Keluarga Tersepit Mencari Wang Untuk Baiki Rumah Usang


Predeep NambiarKhairudin Mohamed Yusuff bersama isteri dan anak.
GEORGE TOWN: Perintah kawalan pergerakan menyebabkan kehidupan lebih sukar untuk sebuah keluarga 3 beranak yang bergantung pada kebajikan di sebuah rumah usang di Kampung Melayu, Air Itam.

Mereka masih terima bantuan makanan daripada pejabat Adun tetapi tidak sekerap sebelum PKP berkuatkuasa, menurut Noraini Khairuddin, 46, anak dalam keluarga itu.

Namun bukan itu yang terlalu merisaukan mereka. Apa yang mereka amat bimbang adalah keadaan rumah mereka. Ia kopak-kapik.

“Kita boleh hidup dengan roti dan Milo,” kata Noraini kepada FMT. “Saya bimbang rumah ini.”
Khairudin di biliknya bawah rumah.Bukannya mereka tidak boleh berpindah. “Kami banyak kali tawarkan rumah pangsa kerajaan tetapi mereka tidak mahu,” kata Adun Air Itam, Joseph Ng.

Noraini berkata ibu bapanya tidak mahu tinggalkan kawan-kawan di kejiranan itu dan tidak suka duduk di rumah pangsa.

Mereka berharap dapat membaiki rumah mereka yang berusia 30 tahun dan terus tinggal di situ seumur hidup.
Khairudin di rumahnya yang berusia lebih 30 tahun.Tetapi kawalan sekarang ini menyebabkan ia mustahil untuk memulakan sebarang baik pulih, itupun kalau mereka ada wang.

Tiada kerja yang ada untuk Noraini, satu-satunya anggota keluarga yang mampu bekerja.

Tidak banyak yang boleh bapanya, Khairudin Mohamed Yusuff, 85, buat sejak pinggul kanannya sakit selepas dibedah. Ibunya, Sabar Bee, 75, juga dibedah di perut dan tidak boleh bekerja.
Noraini dan ibunya di ruang tamu.“Saya sahaja yang boleh bekerja, jadi anak yang baik untuk cari wang,” kata Noraini.

Mereka perlu bayar bil utiliti serta sewa bulanan RM140 ke atas tanah yang rumah mereka duduki. “Kami guna pencen bapa untuk bayar,” kata Noraini.

“Tetapi saya masih perlu cari kerja supaya boleh baiki rumah. Tetapi saya tak banyak berjalan kerana baru-baru ini kaki saya tercedera dan sakit. Lagipun, macam mana nak cari kerja dalam tempoh kawalan?”
Sabar Bee di biliknya.Rumah seluas 20×20 kaki itu dibina atas kaki bajang dan Khairuddin duduk di bawahnya kerana kesakitan pada kaki menyebabkan beliau sukar menaiki tangga.

Ng berkata beliau ada memohon geran daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk membaiki rumah itu tetapi tidak berjaya. Katanya lagi, wakil daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung meronda kawasan kampung setiap hari bagi memastikan penduduk terima barang makanan setiap hari.

Beliau juga cuba mendapatkan bantuan Tenaga Nasional Bhd kerana ia ada program untuk membina rumah bagi penduduk kampung. Permohonan itu sebelum PKP berkuatkuasa dan beliau masih menunggu respon.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/keluarga-tersepit-mencari-wang-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Ustaz Ebit Keluarga Tinggal Di Rumah Usang Seronok Dapat Pindah Rumah

Terima Kasih Ustaz Ebit Keluarga Tinggal Di Rumah Usang Seronok Dapat Pindah Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 462 hits
ALOR SETAR Terima kasih kerana bantu keluarga kami hanya Allah mampu membalas jasa Ustaz Ebit kata Jamaliah Rejab 54 Jamaliah adalah isteri kepada pesakit strok Ishak Darus 77 yang berjaya dipujuk pendakwah Ustaz Ebit Lew untuk berpindah ke...
Bantuan Wang Tunai Rm100 Setiap Keluarga

Bantuan Wang Tunai Rm100 Setiap Keluarga

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 534 hits
SOURCE appeared first on Permohonan sumbangan Bantuan Wang Tunai RM100 untuk Penghuni Perumahan Awam dan Program Perumahan Rakyat Dibuka Bermula Hari Ini melalui eperumahan dbkl bantuan Permohonan sumbangan wang tunai RM100 di bawah Inisiat...
Ebit Lew Mohon Maaf Sempat Sediakan Peralatan Rumah Pada Keluarga Pak Aq Sebelum Balik Kl

Ebit Lew Mohon Maaf Sempat Sediakan Peralatan Rumah Pada Keluarga Pak Aq Sebelum Balik Kl

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 319 hits
Beberapa hari yang lalu tular video Ustaz Ebit Lew yang mengunjungi rumah sebuah keluarga di Kedah dan memberikan bantuan kepada mereka Pun begitu bantuan tersebut telah menimbulkan pelbagai salah faham yang dikaitkan dengan pihak tertentu ...
Lelaki Disyaki Dijangkiti Covid 19 Minta Pulang Untuk Sara Keluarga Di Rumah

Lelaki Disyaki Dijangkiti Covid 19 Minta Pulang Untuk Sara Keluarga Di Rumah

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 198 hits
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid 19 Disebabkan itu kebanyakan kedai kedai pejabat dan premis perniagaan terpaksa ditutup selepas kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawala...
Sepanjang Pkb Rumah Adalah Syurga Dan Keluarga Adalah

Sepanjang Pkb Rumah Adalah Syurga Dan Keluarga Adalah

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 207 hits
Kerajaan akan pastikan tiada rakyat yang tercicirKUALA LUMPUR Demi memastikan seruan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memastikan tiada rakyat yang tercicir sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tiga kementerian...
Telefon Percuma Untuk Anak Anak Keluarga B40 Yang Layak Inisiatif Untuk Mudahkan Murid Belajar Di Rumah

Telefon Percuma Untuk Anak Anak Keluarga B40 Yang Layak Inisiatif Untuk Mudahkan Murid Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 562 hits
Setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan semua institusi pendidikan seperti tadika taska sekolah rendah sekolah menengah dan juga universiti diarahkan untuk tutup sehingga tamat PKP Baca Namun sesi pembelajaran masih diteruska...
Satu Keluarga Tenaga Medis Dibantai Semua Dibacok Di Rumah Dengan Sadis

Satu Keluarga Tenaga Medis Dibantai Semua Dibacok Di Rumah Dengan Sadis

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 395 hits
Satu keluarga tenaga medis dibacok di Kabupaten Purwakarta Mereka jadi korban pembacokan Sang pembacok membantai semua orang anggota keluarga itu Selasa Kejadian ini di di Kampung Munjul Kelurahan Munjuljaya Mereka dibacok orang tak dikenal...
Menangis Lagi Setahun Tinggal Dalam Kebun Getah Ebit Lew Carikan Rumah Sewa Buat Keluarga Ini

Menangis Lagi Setahun Tinggal Dalam Kebun Getah Ebit Lew Carikan Rumah Sewa Buat Keluarga Ini

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 409 hits
Satu perkongsian baharu daripada laman Facebook Ustaz Ebit Lew yang menunjukkan bahawa beliau sedang membantu sebuah keluarga di Baling Kedah undang sebak kepada warganet Menangis lagi di Baling Kedah Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita ...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Cuti Raya China 2025

Shell Pulai Perdana 2 Livina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pussy888 Top 34 By Margherita Pussy888fun Io 25 2025 68

Maulana Ardiansyah Alyssa Dezek Lebih Dari Rindu Chord

Cromok Fallen Heroes Chord

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Sabah Chief Minister Thanks Federal Govt For Rm25 Million Aid

Number Of Flood Evacuees In Sabah Sarawak Continues To Rise