Teresa Kok Tak Faham Islam Ppim Utusan Malaysia 11 09 2024


 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan bagaimana seorang wakil rakyat boleh mengeluarkan kenyataan tentang sijil halal yang mengundang kemarahan umat Islam.
Presidennya, Datuk Nadzim Johan sehubungan itu menggesa pihak berkuasa perlu lebih tegas dan bertindak dalam menangani permasalahan tersebut.
“Bagaimana seorang wakil rakyat yang sepatutnya lebih faham hal ini, boleh mengeluarkan kenyataan yang mengundang provokasi kepada agama Islam.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu lebih agresif dalam mendidik seluruh rakyat Malaysia tentang isu halal ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Sebanyak 28 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal yang didakwa Ahli Parlimen Seputeh itu akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada peniaga kecil.
Ia susulan pengumuman Jakim yang sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menjelaskan, beberapa akta ataupun undang-undang perlu dipinda kerana ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
Beberapa pihak lain kemudian menempelak Teresa dengan menganggap kenyataan Ahli Parlimen Seputeh pada 8 September itu menggugat keharmonian dan perpaduan negara ini.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Masridzi Sat berkata, cadangan Jakim berhubung sijil halal itu adalah untuk menjaga maslahah. 
“Tidak perlu melatah tanpa sebab dia (Teresa adalah orang kerajaan. Sepatutnya boleh buat perbincangan dalaman terlebih dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang menganggu sensitiviti agama,” jelasnya. 
Beliau menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu lebih tegas dalam memberi teguran supaya isu ini tidak berulang. 
“Jangan disebabkan perkara ini, sokongan orang Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan hilang,” katanya. – UTUSAN
Artikel oleh: Utusan Malaysia
TERESA KOK TAK FAHAM ISLAM: PPIM

https://www.utusan.com.my/nasional/2024/09/teresa-kok-tak-faham-islam-ppim/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/09/teresa-kok-tak-faham-islam-ppim-utusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kaburkan Wajah Kanak Kanak Mangsa Eksploitasi Di Media Sosial Ppim Malaysia Gazatte 12 09 2024

Kaburkan Wajah Kanak Kanak Mangsa Eksploitasi Di Media Sosial Ppim Malaysia Gazatte 12 09 2024

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia bimbang tindakan pengguna media sosial berkongsi semula gambar dan video kanak kanak yang dikatakan menjadi mangsa eksploitasi beberapa pihak Sehubungan itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Joha...
Jakim Perlu Agresif Beri Penerangan Isu Sijil Halal Ppim Malaysia Gazette 11 09 2024

Jakim Perlu Agresif Beri Penerangan Isu Sijil Halal Ppim Malaysia Gazette 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 175 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia lebih agresif menjelaskan kepada umum makna sebenar halal Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Othman berkata perkara tersebut penting agar orang ramai faham ...
Jakim Boleh Panggil Teresa Beri Penerangan Mengenai Halal Ppim Harian Metro 11 09 2024

Jakim Boleh Panggil Teresa Beri Penerangan Mengenai Halal Ppim Harian Metro 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 365 hits
Kuala Lumpur Sila ikuti kelas pensijilan halal Itu gesaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang mencetuskan kontroversi berkaitan halal Nadzim berkata pihak Jabatan K...
Ratusan Penuntut Universiti Di Raub Tiada Tempat Tinggal Kpt Diminta Selesaikan Ppim Malaysia Gazette 14 09 2024

Ratusan Penuntut Universiti Di Raub Tiada Tempat Tinggal Kpt Diminta Selesaikan Ppim Malaysia Gazette 14 09 2024

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendakwa ratusan pelajar sebuah universiti di Raub Pahang tidak mendapat asrama sehingga menyukarkan mereka meneruskan pengajian di sana Menurutnya perkara itu diadukan oleh ibu bapa penuntut i...
Pelik Teresa Boleh Cakap Merapu Macam Nenek Kebayan Ppim Kinitv 11 09 2024

Pelik Teresa Boleh Cakap Merapu Macam Nenek Kebayan Ppim Kinitv 11 09 2024

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 187 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan menyelar kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung pensijilan halal Mengulas lanjut Nadzim turut mencadangkan pihak berkuasa yang terlibat dalam isu halal supaya member...
Jakim Perlu Tampil Terangkan Berkenaan Halal Ppim Berita Harian 11 09 2024

Jakim Perlu Tampil Terangkan Berkenaan Halal Ppim Berita Harian 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memberi penerangan terperinci setiap perkara berkenaan pensijilan halal kepada semua pihak Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ia supaya t...
Islam In Malaysia At A Crossroads Says Anwar

Islam In Malaysia At A Crossroads Says Anwar

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 202 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said certain groups have tarnished the sanctity of Islam by sowing hatred through the religion PETALING JAYA Islam in Malaysia is at a crossroads because of certain groups that are using the religion to sow hatr...
Berhentilah Menipu Diri Sendiri Kenyataan Media Ppim 07 09 2024

Berhentilah Menipu Diri Sendiri Kenyataan Media Ppim 07 09 2024

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 165 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia menyeru umat Islam khususnya supaya berhenti menipu diri sendiri dan sedia menghadapi realiti realiti ini serta mendepaninya dengan bijaksana dan berkesan Kami merujuk dan memandang berat terutamanya terhad...
Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Black Experiences In Switzerland A New Perspective

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Dap Youth Defends Pending Rep Amid Push For Resignation

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Overcoming The Funding Challenges

Menu Hari Raya 2025