Jakim Boleh Panggil Teresa Beri Penerangan Mengenai Halal Ppim Harian Metro 11 09 2024




Kuala Lumpur: "Sila ikuti kelas pensijilan halal". Itu gesaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang mencetuskan kontroversi berkaitan halal.
Nadzim berkata, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh memanggil Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP itu untuk diberikan penerangan mengenai halal.
Berdasarkan pengalamannya bergaul dengan rakan Cina termasuk dahulu belajar di sekolah Cina, katanya, ramai dalam kalangan rakannya mengetahui berkenaan halal.
"Halal dan suci bukan bermaksud semata-mata tak ada babi. Halal merangkumi aspek kebersihan dan kesihatan. Kawan-kawan Cina saya akui sijil halal itu penting, malah ia dapat membuka pasaran yang lebih besar.
Dalam konteks ini Teresa tidak faham Islam tetapi nak bercerita (membuat kenyataan).
"Jelas anggota parti kerajaan itu tidak memahami perkara berkenaan apabila menimbulkan kontroversi tidak sepatutnya berhubung isu halal," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, penerangan mengenai halal juga boleh diperluaskan lagi supaya supaya tiada pihak tersalah faham lagi berkenaan isu sijil halal.
Ini kerana, katanya, apabila ada pihak yang tidak faham mengenai isu berkenaan, mereka akan tersalah memberi maklumat dan sudah pasti membangkitkan kemarahan orang ramai.
"Jakim perlu terangkan dengan terperinci berkenaan isu halal ini supaya semua orang tahu mengenainya.
"Jakim juga boleh menjemput pihak-pihak tertentu untuk menerangkan kepada mereka berkenaan isu ini kerana saya yakin mereka akan menerimanya dengan baik," katanya.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar dilaporkan berkata Jakim mengkaji cadangan untuk mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal.
Media sebelum ini melaporkan, Teresa dalam reaksinya dipetik sebagai berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk membabitkan ribuan pengusaha restoran Melayu.
Teresa turut dilaporkan berkata jika pensijilan halal ini diwajibkan, ia bukan sahaja akan mencetuskan reaksi negatif dalam negara, malah mungkin memalukan negara di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata kenyataan Teresa mengenai isu pensijilan halal itu tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH).
Perdana Menteri dilaporkan berkata, kenyataan Ahli Parlimen itu antara lain mencetuskan kontroversi yang tidak relevan kepada masyarakat di negara ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan juga menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh.
Semalam, Teresa dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman.
Artikel oleh: Harian Metro
JAKIM BOLEH PANGGIL TERESA BERI PENERANGAN MENGENAI HALAL - PPIM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1132889/jakim-boleh-panggil-teresa-beri-penerangan-mengenai-halal-ppim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/09/jakim-boleh-panggil-teresa-beri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jakim Perlu Tampil Terangkan Berkenaan Halal Ppim Berita Harian 11 09 2024

Jakim Perlu Tampil Terangkan Berkenaan Halal Ppim Berita Harian 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 500 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memberi penerangan terperinci setiap perkara berkenaan pensijilan halal kepada semua pihak Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ia supaya t...
Jakim Perlu Agresif Beri Penerangan Isu Sijil Halal Ppim Malaysia Gazette 11 09 2024

Jakim Perlu Agresif Beri Penerangan Isu Sijil Halal Ppim Malaysia Gazette 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia lebih agresif menjelaskan kepada umum makna sebenar halal Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Othman berkata perkara tersebut penting agar orang ramai faham ...
Pelik Teresa Boleh Cakap Merapu Macam Nenek Kebayan Ppim Kinitv 11 09 2024

Pelik Teresa Boleh Cakap Merapu Macam Nenek Kebayan Ppim Kinitv 11 09 2024

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 266 hits
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan menyelar kenyataan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berhubung pensijilan halal Mengulas lanjut Nadzim turut mencadangkan pihak berkuasa yang terlibat dalam isu halal supaya member...
Ppim Kecam Kenyataan Pemimpin Dap Dalam Isu Sijil Halal Sidang Media Ppim 11 09 2024

Ppim Kecam Kenyataan Pemimpin Dap Dalam Isu Sijil Halal Sidang Media Ppim 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 469 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengecam kenyataan oleh dua pemimpin DAP YB Teresa Kok dan YB Anthony Loke berhubung isu sijil halal baru baru ini Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi berkata pihaknya mahu tindakan tegas diambil terhadap...
Teresa Kok Tak Faham Islam Ppim Utusan Malaysia 11 09 2024

Teresa Kok Tak Faham Islam Ppim Utusan Malaysia 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mempersoalkan bagaimana seorang wakil rakyat boleh mengeluarkan kenyataan tentang sijil halal yang mengundang kemarahan umat Islam Presidennya Datuk Nadzim Johan sehubungan itu menggesa pihak b...
Jakim Needs To Clarify Halal Certification Issue The Vibes 11 09 2024

Jakim Needs To Clarify Halal Certification Issue The Vibes 11 09 2024

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 613 hits
THE Muslim Consumers Association has urged Jakim to provide clear explanations regarding the halal certification issue to prevent misunderstandings Lead activist Datuk Nadzim Johan stated that a lack of understanding on the matter could lea...
Ppim Gesa Lindungi Kanak Kanak Mangsa Jenayah Seksual Sinar Harian 12 09 2024

Ppim Gesa Lindungi Kanak Kanak Mangsa Jenayah Seksual Sinar Harian 12 09 2024

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa semua pihak untuk melindungi mangsa kanak kanak khususnya yang dikaitkan dengan jenayah seksual Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata ia kerana pihaknya melihat ramai pengguna di...
Before Teresa Her Mca Counterpart Pounced On Halal Cert Issue

Before Teresa Her Mca Counterpart Pounced On Halal Cert Issue

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 293 hits
A few hours before DAP vice chairperson Teresa Kok stirred the hornet s nest her counterpart from MCA Wee Jeck Seng had pounced on the halal certification issue This was a two pronged assault from the Tanjung Piai MP to point out that the p...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess