Pejuang Goyah Dalam Usaha Menjadi Kuasa Ketiga Kata Penganalisis


 
Nicholas Chung -May 11, 2021 (Dari kiri) Seorang penganalisis berkata Shafie Apdal dan Syed Saddiq Abdul Rahman kelihatan tunduk kepada Dr Mahathir Mohamad.PETALING JAYA: Penganalisis politik meramalkan Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad goyah dalam matlamatnya untuk menjadi “kuasa ketiga” dalam pilihan raya ke-15.
Penyelidik Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berkata Pejuang sudah cukup bertuah kalau dapat mengekalkan kerusi, sementara saintis politik Universiti Malaya, Awang Azman Pawi berkata parti Mahathir itu berdepan laluan yang sukar untuk menjadi kuasa ketiga.
Oh mengakui Mahathir mungkin masih mempunyai tarikan politik dalam kalangan orang Melayu luar bandar, tetapi faktor utama di sini ialah Pejuang tidak mempunyai jentera pilihan raya yang dimiliki oleh gabungan besar.
“Pejuang boleh dianggap beruntung kalau Ahli Parlimennya dapat mempertahankan kerusi mereka. Masih belum nampak bagaimana mereka akan mendapat kerusi lain, dengan tiga lagi gabungan yang mungkin akan bertanding di kerusi sama dan menyingkirkan mereka,” katanya kepada FMT.
Awang Azman berkata faktor yang akan menghalang kejayaan Pejuang sebagai blok ketiga adalah keanggotaannya yang kecil, sehingga menyekat pertumbuhannya di setiap negeri.
Beliau memberitahu FMT agak sukar bagi Pejuang untuk bersaing dengan entiti yang lebih mapan walaupun ada pengaruh Mahathir, dengan menyifatkan parti-parti seperti Umno, PKR, DAP dan bahkan PAS mempunyai pengaruh lebih besar.
“Mereka telah lama ditubuhkan dan memiliki lebih banyak pecahan, cabang dan struktur parti yang kuat.
“Penentangan Mahathir terhadap blok Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan menjadikan Pejuang kerdil dari segi kemampuannya untuk bersaing. Dan pendiriannya bahawa manifesto bukan kitab suci akan menyebabkan Pejuang akan terus ditolak,” katanya.
Dalam wawancara dengan sebuah portal baru-baru ini Mahathir berkata, Pejuang akan terus menjadi bloknya sendiri untuk PRU15 dan tidak akan bersatu dengan gabungan lain kerana ingin menjadi kuasa ketiga dalam pilihan raya.
Beliau berkata Pejuang mungkin membentuk gabungan dengan parti-parti “sealiran”, dengan menamakan Warisan pimpinan Shafie Apdal dan MUDA yang dipacu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara khusus.
Oh berkata Warisan akan kehilangan sokongan di Sabah sekiranya memilih untuk bekerjasama dengan Mahathir walaupun parti itu akan mendapat tempat di Semenanjung.
Katanya kehadiran Warisan di Semenanjung lebih kepada untuk bergabung dengan MUDA atau Pejuang, atau sekurang-kurangnya memberikan perlindungan politik sementara kepada mereka, sekali gus menyerahkan nasib diri kepada kekuatan politik rakan gabungan yang masih belum diuji.
“Mereka perlu mempertimbangkan pertukaran politik itu dengan teliti,” katanya.
Namun Awang Azman berkata hubungan rapat Syed Saddiq dan Shafie dengan Mahathir akan menyukarkan mereka untuk tidak bekerjasama dengan Pejuang.
Tambahnya mereka kelihatan tunduk pada Mahathir, yang sekali gus mempengaruhi keputusan dan nasib parti mereka dalam jangka panjang, terutama sekali dalam membuat keputusan untuk tidak menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri sebelum ini.
“Pengundi akan menganggap Warisan dan MUDA tidak akan maju ke depan selagi mereka terus mempercayai kepemimpinan Mahathir,” katanya.
Pejuang dan MUDA masih belum berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) , tetapi sebelum ini dilaporkan Warisan merancang untuk mengembangkan sayapnya ke Semenanjung dengan kerjasama parti Syed Saddiq.
Selama 22 bulan pemerintahan PH, Shafie dan Syed Saddiq dilihat oleh pemerhati sebagai antara sekutu yang setia kepada Mahathir.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/pejuang-goyah-dalam-usaha-menjadi-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Semuanya Sudah Porak Peranda Ketidakstabilan Politik Ekonomi Merudum Rasuah Di Puncak Kuasa Goyah Menangani Covid

Apa Semuanya Sudah Porak Peranda Ketidakstabilan Politik Ekonomi Merudum Rasuah Di Puncak Kuasa Goyah Menangani Covid

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 380 hits
Adakah institusi kita terjejas selepas 60 tahun pemerintahan Umno BN By ZUNARThings fall apart the centre cannot hold Mere anarchy is loosed upon the world The blood dimmed tide is loosed and everywhereThe ceremony of innocence is drowned T...
Akta Tak Benarkan Pegawai Polis Bersara Letak Jawatan Semasa Darurat Kata Peguam Pejuang

Akta Tak Benarkan Pegawai Polis Bersara Letak Jawatan Semasa Darurat Kata Peguam Pejuang

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 284 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Kumpulan peguam dalam parti baharu Dr Mahathir Mohamad Pejuang mengingatkan kerajaan bahawa Akta Polis tidak membenarkan pegawai polis bersara atau letak jawatan semasa darurat Kumpulan yang menggelar diri mereka ...
Tubuh Rci Siasat Dakwaan Campur Tangan Gantung Tugas Hamzah Ketika Siasatan Kata Pejuang

Tubuh Rci Siasat Dakwaan Campur Tangan Gantung Tugas Hamzah Ketika Siasatan Kata Pejuang

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 241 hits
May 1 2021 Mior Nor Haidir Suhaimi berkata siasatan terperinci perlu dijalankan ke atas dakwaan campur tangan Hamzah Zainudin dalam urusan polis PETALING JAYA Pejuang menggesa siasatan terperinci ke atas dakwaan mengejutkan ketua polis nega...
Usah Tertipu Dengan Kata Manis Ahli Politik Kemaruk Kuasa Harta

Usah Tertipu Dengan Kata Manis Ahli Politik Kemaruk Kuasa Harta

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 332 hits
Siapa layak memerintah Malaysia RAKYAT Malaysia perlu berfikir jauh dan matang Jadikan syarak sebagai neraca utama ketika memilih pemimpin atau kerajaan Usah tertipu dengan kata kata manis ahli ahli parti politik yang kemaruk kuasa dan hart...
Menteri Perlu Bincang Jangan Tunjuk Kuasa Campur Tangan Bidang Lain Kata Noh

Menteri Perlu Bincang Jangan Tunjuk Kuasa Campur Tangan Bidang Lain Kata Noh

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 257 hits
Noh Omar kesal kerana dakwaan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin campur tangan dalam urusan polis tidak sepatutnya berlaku PETALING JAYA Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar berkata menteri perlu berbincang bukannya menunjukkan kuasa mer...
Anwar Calon Paling Sesuai Pm Akan Datang Kata Penganalisis Politik

Anwar Calon Paling Sesuai Pm Akan Datang Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 253 hits
May 5 2021 Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai pada masa hadapan berdasarkan populariti dua pemimpin terbabit Penganalisis politik Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata ...
Tuntutan Orang Melayu Perkasakan Tulisan Jawi Munasabah Kata Penganalisis Tamadun India

Tuntutan Orang Melayu Perkasakan Tulisan Jawi Munasabah Kata Penganalisis Tamadun India

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 266 hits
unable to retrieve full text content 160 BANGI Rakyat Malaysia khususnya warga bukan Melayu perlu melihat tulisan Jawi daripada perspektif estetika dan falsafah bukan semata mata aspek agama Islam Penganalisis politik sosio budaya dan tamad...
Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

Guna Dana Kwan Tunjuk Kerajaan Kurang Usaha Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 311 hits
April 28 2021 Pakar berkata kerajaan boleh sahaja mengumpulkan dana RM3 bilion melalui cara lain termasuk meminta belanjawan tambahan atau sumbangan daripada orang awam atau sektor korporat PETALING JAYA Langkah kerajaan menggunakan dana Ku...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024