Apa Semuanya Sudah Porak Peranda Ketidakstabilan Politik Ekonomi Merudum Rasuah Di Puncak Kuasa Goyah Menangani Covid


 
Adakah institusi kita terjejas selepas 60 tahun pemerintahan Umno-BN?
By

 Francis Loh




ZUNAR

Things fall apart; the centre cannot hold;

Mere anarchy is loosed upon the world;

The blood-dimmed tide is loosed, and everywhere

The ceremony of innocence is drowned;

The best lack all convictions, while the worst


Are full of passionate intensity.

Di dalam surat berita kami yang lepas, Azmil Tayeb bertanyakan: Quo vadis? Apakah masa depan politik kita saatnya politik Melayu sudah terbahagi tiga – di antara Umno, Pas dan Bersatu?

Pada suatu ketika, tidak lama dahulu, Umno mendominasi kesemua politik berkenaan orang Melayu. Pas hanya mampu memberi cabaran di Kelantan dan Terengganu, itu pun bukan secara konsisten.

Pada pilihan raya 2018, kita menyaksikan perubahan regim saatnya gabungan Barisan Nasional-Umno digantikan selepas lebih 60 tahun dominasi politik.

Kemudiannya, hanya setahun selepas itu, Umno bekerjasama dengan Bersatu dan Pas, di bawah payung bagi mengukuhkan muafakat Melayu-Islam, sekaligus menjejaskan gabungan Pakatan Harapan (yang merupakan gabungan multi-etnik yang tulen di Malaysia). Ianya merupakan kudeta pintu belakang yang dijalankan di Sheraton pada akhir Februari 2020.

Ketidakstabilan dan ketidakpastian politik

Semenjak itu, ketidakstabilan terjadi, dan sekaligus politik di Malaysia menjadi tidak pasti. Bukan saja politik Melayu terbahagi tiga, bahkan Umno-BN tidak lagi di berada di pusat kuasa.

Kita ada Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin Yassin yang berkuasa membuat keputusan, namun kita tidak tahu siapa pasangan Bersatu yang sebenarnya.

Apa yang kita tahu, Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz serta beberapa bekas pemimpin Bersatu kemudiannya menubuhkan parti baru, Pejuang.

Kita juga tahu yang wujudnya pertarungan di antara kelompok di dalam Umno. Sesetengah pemimpin seperti Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin terus bekerjasama dengan PN dan berkhidmat sebagai menteri. Beberapa yang lain seperti Zahid Hamidi mahu memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Semenjak kudeta Sheraton, Parlimen hanya bersidang sekejap. Dengan darurat yang berlanjutan, yang diisytiharkan bagi menangani Covid-19, Parlimen tidak akan bersidang untuk beberapa lama juga. Jelas yang PN takut menghadapi undi tidak percaya di Parlimen jika semuanya dibenarkan bersidang!

Pilihan raya umum, tampaknya kian mendatang. Namun, dengan politik Melayu yang terbahagi seperti ini, barangkali kita akan menyaksikan persaingan beberapa penjuru, serta kemungkinan tiada parti akan memenanginya secara terus.

Benar, Umno besar kemungkinan akan memenangi paling banyak kerusi di kawasan majoriti Melayu (kerusi dengan lebih 60% pengundi Melayu). Pas akan mendominasi Kelantan dan Terengganu namun tidak di Kedah, manakala Bersatu (termasuk bekas pemimpin yang bersama Mahathir di dalam Pejuang) hanya akan menjadi nota kaki!

Pun begitu, walau sebagus mana sekalipun Umno memenangi kerusi di kawasan majoriti Melayu, ia tidak akan dapat membentuk kerajaan sendiri. Umno tidak akan berjaya di kawasan multi-etnik (di mana PKR akan mendominasi), atau di kawasan bandar bukan-Melayu (yang tidak disangkal, akan dimenangi oleh DAP). Parti-parti di Sabah dan Sarawak pula sedang memikirkan semula gabungan dari Semenanjung yang mana akan mereka dukung.

Darurat – memperkukuh yang berkuasa, namun memburukkan ekonomi


Tiga ahli ekonomi tersohor – Muhammed Abdul Khalid, bekas pengarah Institut Penyelidikan Khazanah serta bekas penasihat perdana menteri; Jomo Kwame Sundaram, bekas pembantu setiausaha agung PBB serta penasihat senior Institut Penyelidikan Khazanah; serta Nungsari Ahmad Radhi, bekas pengerusi suruhanjaya penerbangan (MavCom) – semuanya sudah menyuarakan pendapat berkenaan darurat yang berlanjutan ini.

Ketiga-tiga mereka berpendapat bahawa darurat memburukkan ekonomi Malaysia. Jomo juga memperhalusi bagaimana lima peristiwa darurat yang sebelum ini hanya memperkukuh mereka yang di puncak kuasa, berbanding rakyat.

Di dalam dapatan berkenaan keadaan perniagaan yang dijalankan oleh  Federation of Malaysian Manufacturers dan Malaysian Institute of Economic Research, lebih 80% responden mengalami pengurangan keuntungan serta pendapatan yang merudum pada separuh tahun pertama 2020. Hanya pengeluar sarung tangan yang melaporkan keuntungan serta pendapatan lebih tinggi.

Lebih menggusarkan, 42% responden merancang untuk mengurangkan 30% pekerja mereka pada akhir tahun 2020 bagi memastikan bisnes terus hidup. Dapatan ini turut mendedahkan bahawa lebih banyak kakitangan akan diberhentikan pada 2021 akibat dari aktiviti pengeluaran yang semakin merudum. Selain dari mereka yang di dalam sektor sarung tangan getah, kapasiti pengeluaran tidak berupaya kembali seperti sedia kala sebelum keadaan Covid. Malahan, kebanyakan pengilang beroperasi pada kadar separuh kapasiti akibat dari jatuhnya permintaan dari dalam serta pengeksport.

Yang paling terkesan juga adalah pengilang bahan pembinaan bagi sektor pembinaan. Seterusnya, pengilang makanan bagi industri pelancongan. Sekitar 39% percaya bahawa syarikat mereka dapat bertahan kurang daripada 12 bulan akan datang; 34% pula janka mereka boleh bertahan lebih daripada 12 bulan. Ramai daripada mereka merasakan bahawa ianya akan mengambil masa sampai dua tahun bagi memulihkan bisnes mereka.

Selain dari pengeluaran, pelancongan, aktiviti sosial, runcit, hospitaliti serta sektor harta benda juga terkesan. Air Asia menjalankan tiga kali proses pemberhentian kerja, mengurangkan sejumlah 2,000 orang dari 24,000 pekerjanya. Malaysia Airlines, yang mempunyai liabiliti lebih dari RM15bn, sedang berbincang dengan para pemajak serta melihat kepada kemungkinan suntikan dana daripada Khazanah. Jika tidak, syarikat penerbangan mungkin terpaksa ditutup terus!

Genting Group, yang menjalankan kasino, hotel, pusat rekreasi dan hiburan serta perkhidmatan kereta kabel ke puncak Genting, sudah memberhentikan kebanyakan operasi serta membuang hampir 3,000 pekerja, iaitu 15% dari keseluruhan tenaga kerjanya, serta menggantung bayaran kepada peminjamnya. Genting Hong Kong (dulu dikenali sebagai Star Cruises) memberhentikan terus operasi dan berhutang sebanyak $3.4bn (RM14bn).

Penang, yang sangat bergantung kepada pelancong luar, menyaksikan banyak hotel ditutup di George Town serta sepanjang pantainya di Tanjong Bungah dan Batu Ferringhi. Ketika perintah kawalan pergerakan dilonggarkan pada awal 2021, ramai pelancong domestik tiba-tiba berkunjung ke hotel tepi pantai, yang menawarkan diskaun bilik sewaktu hari minggu yang panjang. Namun, kadar sewaan bilik masih rendah, apatah lagi ketika perintah kawalan pergerakan diperketatkan semula.

Pada Mei 2020, seramai 826,000 orang mendaftarkan diri mereka sebagai pengganggur dengan Jabatan Statistik. Ini merupakan kadar penggangguran setinggi 5.3% – lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, sewaktu kita perlu untuk mengimport empat hingga lima juta pekerja asing bagi menampung perkembangan ekonomi. Hampir separuh juta lepasan universiti dipercayai mengganggur sekarang, yang tidak kesemuanya dimasukkan ke dalam jumlah bilangan pengganggur yang dinyatakan di atas.

Pelaburan asing yang mengering


Sudahpun terkesan dengan pandemik, darurat bahkan memburukkan lagi keadaan bagi rakyat serta ekonomi. Keyakinan pelabur yang berpotensi semakin menurun akibat dari ketidakstabilan politik serta perubahan polisi. Negara menyaksikan kadar pelaburan asing terendah dalam dua dekad ini, bukan saja dengan rekod kita sebelum ini, malahan jika dibandingkan dengan jiran Asean.

Kesan signifikannya, Facebook dan Google merancang pembinaan dua kabel dasar laut menghubungkan pesisir barat Amerika ke Indonesia dan Singapura, namun tidak ke Malaysia. Kabel ini merupakan sebagian dari rancangan syarikat gergasi teknologi ini bagi membuka akses lebih meluas serta perkhidmatan internet yang lebih laju di rantau ini.

Malangnya, Malaysia tidak termasuk dalam perancangan ini kerana ia menarik pengecualian yang diberi di bawah polisi cukai kabotase. (Polisi kabotase, yang mengurus pentadbiran perkapalan pesisir dalam negara, bertujuan bagi membangunkan perkapalan Malaysia bagi mengurangkan kebergantungan kepada kapal asing). Kerajaan Pakatan Harapan dahulu sudah pun membenarkan pengecualian kepada syarikat gergasi teknologi. Pengecualian ini seharusnya membenarkan kapal asing untuk terlibat di dalam menjalankan kerja-kerja pembaikan serta servis untuk berlabuh tanpa perlu membayar caj berlabuh yang biasanya dikenakan kepada kapal membawa barangan serta penumpang.

Barangkali, ini turut memperjelaskan mengapa Malaysia tidak termasuk dalam senarai 40 buah negara yang dijemput Rumah Putih bagi menghadiri “Persidangan Pemimpin Tentang Klimat” pada 23-24 April. Sebaliknya, yang mewakili Asia Tenggara adalah Indonesia, Vietnam dan Singapura.

Rasuah menjijikkan di puncak kuasa

Reputasi Malaysia turut tercalar jauh sebelum pandemik dan keadaan darurat. Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, dinamakan sebagai “Malaysian Official No 1” dan disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana menyalurkan duit milik kerajaan ke dalam akaunnya sendiri, termasuklah yang diperoleh di Amerika. 

Pendakwa raya di Malaysia membacakan tujuh dakwaan berkaitan kepada Najib – salah guna kuasa, tiga tuduhan jenayah pecah amanah serta tiga tuduhan pengubahan wang haram – melibatkan wang sebanyak RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd, sebuah firma milik Kementerian Kewangan. Perkara ini terjadi di antara 2014 dan 2015, ketika Najib merupakan Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. Pada Julai 2020, Najib didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta didenda RM210 juta.

Barangkali Washington sendiri tahu Najib sedang mengemukakan rayuan bagi sabit kesalahannya (yang sekarang menghampiri hari keputusan), dan mereka mungkin tahu Zahid Hamidi, yang menggantikan Najib sebagai presiden Umno, sendiri menghadapi perbicaraan kes rasuah. Turut menghadapi kes ialah berapa pemimpin Umno yang lain seperti Tengku Adnan Tengku Mansor dan Mohd Isa Abdul Samad.

Pendek kata, reputasi Malaysia di peringkat global sudah pun menerima tamparan hebat saatnya kes rasuah berlaku di puncak kekuasaan pentadbiran.

Respon menangani Covid yang goyah walaupun di bawah pentadbiran darurat

Selain daripada bermain politik bukan di tempatnya serta keadaan ekonomi yang memburuk, ditambah pula dengan keadaan darurat serta rasuah yang berlaku di puncak kuasa, respon goyah kerajaan Malaysian berkenaan Covid-19 sungguh membebankan negara.

Menteri Kesihatan Adham Baba bukan sahaja tidak meningkatkan keyakinan, apatah lagi ketika beliau menyarankan untuk meminum air suam bagi menangani virus.


Kerajaan PN yang diketuai Muhyiddin Yassin juga mengamalkan pilih kasih dalam menangani Covid – ketika orang awam didenda dengan berat malahan ada yang dipenjarakan kerana melanggar peraturan bagi mencegah Covid, namun ada pemimpin politik, termasuklah menteri, yang diperlakukan acuh tidak acuh!

Bayangkan, mengapa rakyat terpaksa dikuarantin selama 14 hari namun para menteri tidak payah! “Apa logiknya?” seperti yang diciap di sebuah akaun Twitter.

Pembukaan semula sekolah pada April juga mengakibatkan kluster baru terjadi. Sekolah ini terpaksa ditutup bagi tujuan disinfeksi serta saringan kesihatan melibatkan guru dan pelajar. Walaupun, sekolah hanya dibuka semula pada Mac dan April.

Ketua pengarah kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, mendedahkan bahawa terdapat 41 kluster Covid melibatkan pembukaan semula sekolah pada akhir Mac. Pada awal April, enam pelajar disahkan positif di sekolah rendah, yang kemudiannya ditutup.

Pengumuman terbaharu mendedahkan penemuan enam kluster baru. Penguatkuasa kesihatan daerah mengarahkan penutupan 19 buah sekolah di daerah Petaling bagi disinfeksi serta menjalankan saringan hubungan rapat.

Dan kini, terdapat ramai orang yang berkumpul, ramai di antara mereka tidak kisah akan penjarakan sosial, di bazar Ramadan serta gedung membeli-belah. Yang jelas, ianya melibatkan rakyat Malaysia dari semua latar belakang etnik.

Mengikut pemerhatian yang dilaporkan di media sosial, Malaysia barangkali akan berdepan ombak keempat pandemik selepas cuti Raya, jika tidak lebih awal. Jadi, apa gunanya pengisytiharan darurat sebenarnya? Siapa dapat menyalahkan rakyat jika mereka mempercayai yang darurat ini merupakan permainan politik bagi mengelakkan Parlimen dari bersidang.

Saya bahkan tidak akan mencuba untuk menyentuh betapa lembabnya proses vaksinasi kita. Jadi, saya tidak akan mengulang apa yang diperkatakan tentang “para raja dan kaum kerabatnya”, dalam memotong barisan serta mendapat suntikan pilihan mereka sendiri itu.

Namun, barangkali kalian mahu menyemak kempen #kerajaangagal di media sosial serta laporan berita ini.

Sebuah ‘gabungan besar’?

Hari April Fools datang dan pergi. Dan sekarang kita berdepan dengan ketidakstabilan serta ketidakpastian politik, ekonomi yang semakin memburuk walaupun ketika pentadbiran darurat, respon goyah dari kerajaan bagi menangani Covid, serta reputasi Malaysia di peringkat global yang merudum – ditambah pula dengan rasuah di peringkat tertinggi negara.

Di dalam surat berita minggu lalu, Azmil Tayeb mencadangkan wujudnya sebuah kemungkinan agar sebuah gabungan politik dibentuk, kali ini melibatkan Umno dan PH (terdiri daripada PKR, Amanah dan DAP). Pemimpin Umno, termasuklah Zahid, sering bersumpah bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP.

Namun, pada Azmil, nampaknya ‘gagasan besar’ ini yang sekaligus membawa pelbagai parti dengan ideologi yang rencam, seperti di Jerman, berkemungkinan terjadi.

Apakah ini sebuah formula yang dapat membawa semua parti politik di Malaysia bersama? Dimanakah wujudnya di Malaysia sosok seperti Angela Merkel, yang disegani oleh semua parti di Malaysia mahupun di peringkat global?

Adakah gabungan besar di Malaysia ini akan didukung oleh institusi serta prosedur demokratik yang kuat, seperti di Jerman? Benarkah? Apakah institusi kita seperti birokrasi, kehakiman, badan polis serta Suruhanjaya Pilihan Raya, sudah terjejas selepas 60 tahun pemerintahan Umno-BN? Ataupun mereka kekal tidak berpihak dan mempunyai autonomi sejak enam dekad yang lalu?

Dan adakah ekonomi kita teguh dalam menghadapi kesemua permainan politik yang pastinya berlaku? Atau adakah semuanya “akan porak peranda” saatnya “apa yang di pusat tak lagi tertanggung”?

Francis Loh
Editor bersama, Surat berita Aliran
1 MEI 2021

TERBTAN SEMULA WRLR.

Terjemahan oleh Zikri Rahman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/apa-semuanya-sudah-porak-peranda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Ekonomi Hitam Vs Hamid Ayob Azam Dan Rakyat

Rasuah Salah Guna Kuasa Dan Ekonomi Hitam Vs Hamid Ayob Azam Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 335 hits
Datuk Dr Hasan Mad AYOB KHAN MYDIN PITCHAY dan ABDUL HAMID BADOR Pada 27 April 2021 Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sekali lagi menyuntik semangat rakyat sekalian untuk bangkit memberikan sokongan kepada PDRM dalam usahanya ...
Ahli Politik Gila Kuasa Punca Covid Menggila Di India

Ahli Politik Gila Kuasa Punca Covid Menggila Di India

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 441 hits
Laporan dari Al Jazeera mengatakan semalam India telah mencatatkan satu rekod baru dalam situasi pendemik COVID 19 dimana dalam masa 24 jam 412 262 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah yang dijangkiti melebihi 21 juta kes Jumlah kematian b...
Ekonomi Merudum Menteri Miti Asyik Mencatur Politik

Ekonomi Merudum Menteri Miti Asyik Mencatur Politik

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 382 hits
Perdana Menteri Malaysia tidak seharusnya mengeluarkan kata kata kita tak banyak wang lagi yang tinggal sekiranya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali melakukan tugasnya dengan baik dalam menarik pelaburan asing Bagi Ahli...
Pendedahan Ahli Politik Terlibat Rasuah Sprm Perlulah Panggil Hamid Bador Beri Keterangan

Pendedahan Ahli Politik Terlibat Rasuah Sprm Perlulah Panggil Hamid Bador Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 278 hits
PUTRAJAYA Parti Bumiputera Perkasa Malaysia mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memanggil segera bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador susulan pendedahannya mengenai ahli politik yang terbabit rasuah baru baru...
Saman Masjid Zuharnan Tidak Salah Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

Saman Masjid Zuharnan Tidak Salah Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 618 hits
Ketika ini ramai yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Kesihatan yang bernama Zuharnan Rashid kerana mengeluarkan kompaun kepada Pengerusi Masjid Sri Maulana Pekan atas sebab tidak menyediakan QR Code MySejahtera dan buku penda...
Covid 19 Kita Ikhtiar Jangan Lupa Kuasa Allah

Covid 19 Kita Ikhtiar Jangan Lupa Kuasa Allah

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 243 hits
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH DEWAN Ulamak PAS Pusat mengajak semua ahli politik untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan di kala negara sedang sibuk berhadapan dan bergelut dengan pandemik Covid 19 yang melanda sejak setahun lebih yang lepa...
Politik Undang Darurat Ekonomi Membosankan Rakyat Malaysia

Politik Undang Darurat Ekonomi Membosankan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 450 hits
Sesuai masa dan tenaga difokuskan kepada yang lebih positif Bukankah Kita sepatutnya mempunyai sebuah kerajaan yang boleh tangani Krisis dan memenuhi HASRAT budaya lazim rakyat
Ekonomi Merudum Bukan Pembohongan

Ekonomi Merudum Bukan Pembohongan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 206 hits
Memandangkan kewangan kerajaan sudah tegang dan hampir dengan had hutang yang meningkat sebanyak 60 peratus daripada KDNK katanya Fitch Solutions merupakan cabang firma penyelidikan Fitch Group yang ternama di seluruh dunia
Tattoos Raised And Itchy

Tattoos Portland Maine

Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Lava168 1