Peguam Uk Sangkal Dakwaan Agc Mengenai Identiti Waris Sultan Sulu


 
Jason Santos -March 10, 2022 Malaysia berhenti membayar pampasan tahunan kepada Sultan waris Sulu selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013. (Gambar Reuters)PETALING JAYA: Seorang peguam berpangkalan di London yang mewakili keturunan Sultan Sulu menyangkal dakwaan Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa identiti waris terbabit diragui.
Memetik surat daripada bekas Peguam Negara Tommy Thomas kepada seorang lagi peguam, Paul Cohen pada 2019, Elisabeth Mason berkata, komunikasi surat menyurat Thomas menunjukkan bahawa AGC dan Kementerian Luar mengetahui dan secara rasmi mengiktiraf pihak yang menuntut dan hak mereka “selama bertahun-tahun”.
Mereka juga secara langsung dan secara individu terbabit dengan pihak yang menuntut selama tempoh yang sama, tambahnya.
“Kenyataan minggu lepas daripada Peguam Negara semasa bahawa ‘identiti (waris) diragui’ sangat mengelirukan,” kata Mason kepada FMT.
“Kerajaan Malaysia cukup kenal dengan pihak yang menuntut, tahu bahawa mereka berhubung secara aman dengan Malaysia, dan bahawa mereka berbeza sama sekali daripada penuntut takhta lain yang mencabar kedaulatan Malaysia secara ganas.”
AGC menjawab laporan bahawa kerajaan telah diarahkan oleh mahkamah timbang tara Perancis untuk membayar sekurang-kurangnya RM62.59 bilion (USD14.92 bilion) kepada keturunan Sultan Sulu yang terakhir.
Penimbang tara, Gonzalo Stampa, memutuskan pada 28 Feb bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir wilayah yang kini Sabah.
Ketika menjelaskan mengapa tiada wakil dihantar ke prosiding timbang tara di Sepanyol, AGC minggu lepas berkata, perjanjian 1878 itu “tidak mengandungi perjanjian timbang tara”, dan Putrajaya tidak mengiktiraf tuntutan oleh waris Kesultanan Sulu.
“Kami menegaskan lebih lanjut bahawa identiti waris tersebut diragui dan masih belum dapat disahkan,” katanya.
Bagaimanapun, dalam surat pada 2019 yang dipetik Mason, Thomas mengakui bahawa pihak yang menuntut adalah pewaris yang sah kepada kesultanan itu, dan mereka adalah individu sama yang dibayar Malaysia selama bertahun-tahun.
Surat itu, yang dilihat FMT, turut diberikan salinannya kepada Stampa.
Pertikaian itu berpunca dari Surat Ikatan Penyerahan Hak 1878 antara Sultan Sulu ketika itu, Sultan Jamal al Alam, dan Baron de Overbeck, maharaja Sabah ketika itu, dan Alfred Dent daripada Syarikat Borneo Utara British.
Mengikut perjanjian itu, Jamal menyerahkan kedaulatan ke atas sebahagian besar Sabah kepada Dent dan Overbeck, yang bersetuju bahawa mereka, dan bakal waris mereka, akan membayar waris sultan 5,000 dolar Mexico setiap tahun.
Pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf secara rasmi, Jamalul Kiram II, mangkat tanpa waris, dan bayaran dihentikan buat sementara waktu sehingga ketua hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Charles F Macaskie menamakan sembilan waris yang dilantik oleh mahkamah pada 1939.
Walaupun Malaysia mengambil alih bayaran ini apabila ia menjadi pengganti perjanjian itu berikutan kemerdekaan Sabah dan pembentukan Malaysia pada 1963, bayaran ini – bersamaan dengan RM5,300 – dihentikan pada 2013 selepas pencerobohan Lahad Datu.
Dalam surat pada 2019 itu, Thomas melampirkan salinan sebenar penghakiman Macaskie pada 1939 dan berkata, Malaysia tidak mempertikaikan identiti individu-individu tersebut dan hak mereka untuk dibayar.
Beliau juga kesal kerana bayaran dihentikan pada 2013, sambil menambah, Malaysia “kini bersedia dan sanggup” membayar semua tunggakan anak guam Cohen dari 2013 hingga 2019.
FMT juga telah melihat dokumen daripada kedutaan Malaysia di Manila bertarikh 28 Jun 2012, meminta waris, yang namanya disenaraikan secara individu, untuk mengambil cek mereka bagi “wang penyerahan”.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/peguam-uk-sangkal-dakwaan-agc-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pampasan Kepada Waris Sultan Sulu Polis Sabah Perkukuh Keselamatan

Pampasan Kepada Waris Sultan Sulu Polis Sabah Perkukuh Keselamatan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 236 hits
Idris Abdullah menghadiri majlis serah terima tugas beberapa jawatan tertinggi polis negeri di IPK Sabah hari ini KOTA KINABALU Polis Sabah terus fokus memperkukuhkan aspek keselamatan di negeri itu susulan arahan penimbang tara Sepanyol Go...
Wakil Rakyat Sabah Gesa Putrajaya Tegas Tangani Tuntutan Waris Sultan Sulu

Wakil Rakyat Sabah Gesa Putrajaya Tegas Tangani Tuntutan Waris Sultan Sulu

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 165 hits
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta Ahli Parlimen Sabah supaya bertenang dan menjelaskan segala persoalan berbangkit sudah pun dijelaskan oleh menteri PETALING JAYA Dua Ahli Parlimen dari Sabah mendesak Putrajaya supaya lebih te...
Uk Lawyer Refutes Agc S Claim On Identities Of Sulu Sultan S Heirs

Uk Lawyer Refutes Agc S Claim On Identities Of Sulu Sultan S Heirs

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 161 hits
Citing a 2019 letter from former attorney general Tommy Thomas to fellow lawyer Paul Cohen Elisabeth Mason said Thomas correspondence showed that the AGC and the foreign ministry had known and formally recognised the claimants and their rig...
Langgar Perjanjian 1878 Kerajaan Malaysia Diarah Bayar Rm63 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu

Langgar Perjanjian 1878 Kerajaan Malaysia Diarah Bayar Rm63 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 255 hits
Langgar Perjanjian 1878 Kerajaan Malaysia diarah bayar RM63 bilion kepada waris Sultan SuluKerajaan Malaysia telah diarahkan untuk membayar kira kira AS 14 92 bilion kepada waris Sultan Sulu yang terakhir kerana melanggar perjanjian 1878 ya...
Kerajaan Tidak Iktiraf Tuntutan Rm62 59 Bilion Waris Sultan Sulu

Kerajaan Tidak Iktiraf Tuntutan Rm62 59 Bilion Waris Sultan Sulu

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 165 hits
Kerajaan tidak iktiraf tuntutan RM62 59 bilion waris Sultan Sulu Tuntutan Waris Kesultanan Sulu yang meminta Kerajaan Malaysia membayar RM62 59 bilion kepada mereka adalah terbatal selepas Mahkamah Madrid pada 29 Jun 2021 membatalkan pelant...
Perlukah Malaysia Bayar Berbilion Ringgit Kepada Keturunan Sultan Sulu

Perlukah Malaysia Bayar Berbilion Ringgit Kepada Keturunan Sultan Sulu

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 128 hits
March 2 2022 Malaysia berhenti membayar pampasan tahunan kepada Sultan waris Sulu selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013 PETALING JAYA Berita mengenai kerajaan Malaysia diarahkan oleh mahkamah timbang tara Perancis untuk membayar sekuran...
Report Malaysia Ordered To Pay Almost Rm63b To Sulu Sultan S Descendants

Report Malaysia Ordered To Pay Almost Rm63b To Sulu Sultan S Descendants

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 388 hits
The Malaysian government has reportedly been instructed to pay at least US 14 92 billion to the descendants of the last Sulu sultan This is due to a violation of the 1878 agreement signed by Sultan Jamal Al Alam Baron de Overbeck and the Br...
Aim Bukan Untuk Politik Noh Sangkal Dakwaan Ahli Parlimen Sungai Siput

Aim Bukan Untuk Politik Noh Sangkal Dakwaan Ahli Parlimen Sungai Siput

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 106 hits
Noh Omar meminta S Kesavan mengemukakan nama pegawai AIM yang didakwanya menggunakan keahlian parti politik sebagai syarat pinjaman KUALA LUMPUR Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Noh Omar menyangkal dakwaan bahawa agensi Amanah Ikht...
Warisan Mps Want Parliament To Debate Rm63b Award To Sulu Sultan S Kin

Warisan Mps Want Parliament To Debate Rm63b Award To Sulu Sultan S Kin

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 137 hits
PARLIAMENT Warisan MPs are demanding that the Dewan Rakyat accept a debate motion on the US 14 92 billion arbitration award to the descendants of the Sulu sultanate In a joint statement the seven Warisan MPs said the motion by Kota Belud MP...
Hukum Memakai Pendakap Gigi

Jangan Bersangka Sudah Beriman

Aku Menyesal Kahwin Dengan Warga Asing Enggan Tunaikan Nafkah Sebab Tak Tahu

Alliance Bank Rakan Mytaman Untuk Meluaskan Kebolehcapaian Kad Kredit Maya Kepada 150 000 Pengguna

Laporan Dosm Inflasi Malaysia Naik 2 Mei 2024

Kak Jane Pergi Selamanya

Bila Allah Tarik Nikmat Ibadah

Blackrock Isu Sebenar Jual Pegangan Aset Strategik Negara



10 Fakta Biodata Harissa Adlynn Halim Pelakon Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Astro Ria Gandingan Redza Rosli

6 Makhluk Mitos Yang Digeruni dan Disanjung Masyarakat Asia Tenggara

10 Filem Komedi Lawak Terbaru Yang Best Juga Tersedia Online Netflix Prime Video HBO GO Dengan Sarikata Bahasa Melayu

Info Dan Sinopsis Filem Ipar Adalah Maut 2024 Kini Di Pawagam Malaysia

Kahwin Beristerikan Bella Hanna Bella Luna Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Redza Rosli Yang Ramai Tak Tahu


Enjoy A Variety Of Abundant Prizes Playing Gacor123 Slot

Ulasan Filem Atlas Agak Mengecewakan

Nangka Madu Dari Kebun

Data Driven Decisions For Success

Kkm Digesa Jangan Mengetepikan Pemegang Taruh Kosmo 25 06 2024

Ppim Dakwa Kkm Ketepikan Pakar Dalam Pindaan Akta Perubatan Utusan Malaysia 26 06 2024