Pengalaman Menaiki Classic Train Day 6 1





Alhamdulillah bersua lagi. Haa sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya dan juga klik follow blog tau. terima kasih atas kerjasama anda semua. Semoga Allah juga membalasnya. Boleh klik entri sebelum ini di SINI.
Selepas menunaikan solat, kami kemudian berjalan untuk ke train station. Train pukul 2.15 petang yang akan membawa kami melihat panorama cantik sepanjang perjalanan bermula dari Montreux dan berakhir di Zwessimen train station.
Seriously di Switzerland ini semua tempat cantik, semua angle cantik dengan laterbelakang gunung dengan pokok berdaun kekuningan, padang ragut lembu dan biri biri menghijau dihiasi sungai dan tasik dengan air menghijau serta binaan rumah dari papan. Padang ragut mereka pula cantik umpama padang golf di tempat lain.
Mereka memang memotong rumput menggunakan jentera. Rumput ini kemudian disimpan untuk kegunaan di musim sejuk sebagai makanan kepada haiwan ternakan mereka.



Pengalaman menaiki Classic Train The GoldenPass Bella Epoque selama 2 jam ini pastinya sesuatu yang sangat indah. Terasa cepat jer masa berjalan. Tak terasa pun 2 jam telah berlalu. Lagi lagi macam saya yang memang suka melihat view sepanjang perjalanan. Memang tak sanggup nak terlelap walaupun macam mana mengantuk sekali pun.   






Panorama gunung ganang, padang menghijau, sungai dengan air berwarna kehijauan, dedaunan kekuningan dan kemerahan adalah gabungan yang sangat indah. Dalam hati sentiasa berkata untungnya negara mereka dikurniakan Allah dengan keindahan alam sebegini. 



Sebaik turun di station di Zwessimen, ternampak rumah yang berdekatan dengan jalan raya di depan stesyen, jadi apa lagi kami pun bergambar berlatarbelakangkan rumah tersebut. 
Di tepi rumah siap ada lagi lembu lembu yang sedang meragut rumput. Lembu dipakai dengan loceng besar digantung di leher macam loceng di zaman sekolah dulu. Loceng akan berbunyi bila lembut bergerak. Oooh pengalaman dapat melihat dari dekat dan mendengarnya sendiri. 
Selama ini tengok dari jauh sahaja. Ini yang dikatakan jauh perjalanan luas pemandangan untuk kita melihat negara orang dan melihat kehebatan ciptaan Allah.




Kami kemudian menaiki bas untuk makan malam di restoran pizza di Interlaken. Hidangan kami ialah fish and chips walaupun rupanya lebih kepada fish nugget. Di sini mereka menawarkan tambahan fries dan sos tanpa bayaran tambahan. 





Makan fries panas panas dalam cuaca sejuk memang lah sangat nikmatnya. Lebih lebih lagi makan beramai ramai dengan BFF yang dah macam adik beradik, malahan lebih rapat dari adik beradik sendiri pun. Perangai pun masih tak berubah seperti zaman universiti bila berada sesama sendiri. 


Kami kemudian dibawa check in Hotel Grauholz di mana kami akan berada di sini selama 2 malam. Sehingga di sini dulu, semoga bertemu lagi di entri sambungannya. Jangan lupa untuk membacanya tau....
  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/11/pengalaman-menaiki-classic-train-day-6-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menaiki Boat Di Lake Como Day 3

Menaiki Boat Di Lake Como Day 3

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 218 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Destinasi kami hari ini ialah ke Tasik Como dan bandar Milan di Itali Boleh klik entri sebelum ini di Saya tidak pernah terfikir untuk sampai ke Tasik Como Bila dengar Tasik Como pasti yqng terlintas di fikira...
Eight Stranded At Bukit Larut Resort After Injuries Rescuers Rush To Save The Day In Taiping Hiking Incident

Eight Stranded At Bukit Larut Resort After Injuries Rescuers Rush To Save The Day In Taiping Hiking Incident

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 221 hits
Eight individuals were stranded at the Bukit Larut Resort in Taiping after three of them sustained injuries during a hiking activity yesterday Picture By Raymond ManuelIPOH Nov 3 Eight individuals were stranded at the Bukit Larut Resort in ...
Perjalanan Ke Zermatt Day 5

Perjalanan Ke Zermatt Day 5

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 208 hits
Alhamdulillah berkesempatan lagi untuk menyambung catatan percutian kami ke Itali dan Switzerland Selepas balik dari sana kami ke Turki pula dan baru balik semalam Boleh klik entri sebelum ini di Selepas sarapan kami check out Hotel B B di ...
Kenangan Di Montreux Day 6

Kenangan Di Montreux Day 6

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 180 hits
Assalamualaikum kita bersua lagi Boleh klik entri di Zermatt sebelum ini di Kami menginap di Hotel Mountime berdekatan dengan Tasch Train terminal Pemandangan keliling hotel sangat cantik Buka jer sliding door dah nampak gunung ganang yang ...
Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum kita bersua lagi Jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog tau Terima kasih atas kerjasama anda semua Boleh klik entri sebelum ini di Selepas sarapan kami naik bersiap siap untuk ke beberapa destinasi hari ini Kami te...
King Wraps Up Four Day Saudi State Visit Continues Regional Tour In Bahrain

King Wraps Up Four Day Saudi State Visit Continues Regional Tour In Bahrain

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 266 hits
His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia departed for Bahrain today after completing a four day state visit to Saudi Arabia the first by a Malaysian monarch in more than four decades Picture via Facebook Sultan Ibrahim Sultan IskandarRIY...
Kenangan Di Lauterbrunnen Day 7 1

Kenangan Di Lauterbrunnen Day 7 1

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 193 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Kali ini sambungan dari perjalanan hari ke 7 di Switzerland di mana selepas Tasik Blausee kami ke Lauterbrunnen Boleh klik entri di Tasik Blausee di Sebaik turun dari bas dan sebelum masing masing berpecah den...
City Tour Bandar Milan Day 4 1

City Tour Bandar Milan Day 4 1

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 242 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Kali ini saya akan menyambung catatan perjalanan di bandar Milan Boleh klik entri sebelum ini di Selepas menaiki boat di Tasik Como destinasi seterusnya ialah city tour bandar Milan Milan adalah salah satu dar...
Sarravalle Designer Outlet Day 3

Sarravalle Designer Outlet Day 3

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 222 hits
Alhamdulilah kita bersua lagi Hari ini kami check out dari Hotel Le Trezze dan akan ke Sarravalle Designer outlet dan kemudian terus ke Milan Seperti biasa untuk sarapan makan telur rebus dan roti bakar Boleh baca entri sebelum ini di Sebel...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej