Perlukah Malaysia Bayar Berbilion Ringgit Kepada Keturunan Sultan Sulu


 
Reshna Reem Ganesan -March 2, 2022 
Malaysia berhenti membayar pampasan tahunan kepada Sultan waris Sulu selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013. (Gambar Reuters)PETALING JAYA: Berita mengenai kerajaan Malaysia diarahkan oleh mahkamah timbang tara Perancis untuk membayar sekurang-kurangnya RM62.59 bilion (USD14.92 bilion) kepada keturunan Sultan Sulu terakhir menimbulkan gempar di media sosial.
Pada 28 Feb, penimbang tara, Gonzalo Stampa, memutuskan bahawa Malaysia melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah.
Proses timbang tara itu bermula di Sepanyol, tetapi kini telah berpindah ke Paris.
FMT melihat dengan lebih dekat isu ini dan kesannya.
Apakah pertikaian itu?
Pertikaian itu sendiri adalah berkaitan Surat Ikatan Penyerahan Hak 1878 antara Sultan Sulu ketika itu, iaitu Sultan Jamal al Alam, dengan Baron de Overbeck, Maharaja Sabah ketika itu dan Alfred Dent wakil Syarikat Borneo Utara British.
Di bawah perjanjian itu, Jamal menyerahkan kedaulatan ke atas sebahagian besar Sabah – dari pantai barat laut dan menjangkau ke pantai timur hingga ke Sungai Sibuco di selatan – kepada Dent dan Overbeck.
Sebagai pertukaran, Dent, Overbeck dan waris mereka akan membayar kepada waris Sultan sebanyak 5,000 dolar Mexico setiap tahun.
Pada 1936, Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf secara rasmi, Jamalul Kiram II, mangkat tanpa waris dan pembayaran dihentikan buat sementara waktu sehingga Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Charles F Macaskie menamakan sembilan waris yang dilantik oleh mahkamah pada 1939.
Pembayaran kepada waris terbabit diteruskan hingga ke zaman moden apabila Malaysia menjadi penerus perjanjian itu berikutan kemerdekaan Sabah dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada 1963.
Tetapi pada 2013, selepas pencerobohan Lahad Datu, Malaysia berhenti membayar pampasan tahunan kepada Sultan waris Sulu, iaitu bersamaan RM5,300.
Dalam buku Tommy Thomas bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”, beliau berkata tiada bukti mengaitkan keturunan Sulu yang menerima bayaran tahunan daripada Malaysia kepada penceroboh bersenjata ke Lahad Datu.
Apakah yang sedang berlaku?
Pada 2017, peguam bagi waris memohon kepada mahkamah Sepanyol untuk menyediakan penimbang tara. Waris diwakili peguam Paul Cohen dan Elisabeth Mason yang berpangkalan di London.
Asas tuntutan Sepanyol ke atas Sabah berasal daripada penegasan bahawa Sepanyol pada masa itu mempunyai kedaulatan langsung ke atas kesultanan Sulu dan semua tanggungannya.
Bagaimanapun pada 2020, hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Martin Idang berkata, mahkamah Malaysia, bukan mahkamah Sepanyol, yang harus menyelesaikan pertikaian yang timbul daripada Surat Ikatan Penyerahan Hak 1878.
Ini kerana mahkamah Sepanyol katanya, tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa ke atas Malaysia.
Kes timbang tara ini pada asalnya dibicarakan di Madrid. Sumber menjelaskan bahawa walaupun kerajaan Malaysia dijemput dan dimaklumkan mengenainya, ia memilih untuk tidak terlibat.
Bagaimanapun pada 2021, Malaysia berjaya menghujahkan bahawa protokol komunikasi mahkamah Sepanyol dengan kerajaan tidak tepat. Atas asas itu Mahkamah Tinggi Madrid membatalkan pelantikan asal Stampa.
Semasa perkara ini dirayu, mahkamah Perancis menerima pakai timbang tara berkenaan yang diumumkan pada 28 Feb.
Semalam, laman berita Sepanyol La Información melaporkan, Stampa memutuskan bahawa perjanjian 1878 itu merupakan “perjanjian pajakan persendirian antarabangsa” komersial dan susulan itu sah.
Kesan-kesannya
Dalam autobiografinya, Thomas mengakui Malaysia melanggar perjanjian apabila bayaran dihentikan pada 2013.
Cohen memberitahu FMT bahawatimbang tara itu adalah mengenai pertikaian kontrak, bukan pertikaian lama mengenai kedaulatan.
“Kes ini bukan soal kedaulatan. Malaysia mengaku melanggar perjanjian lamanya dengan waris Sulu,” katanya.
“Oleh itu, persoalannya ialah bagaimana caranya untuk mengimbangkan semula bayaran itu memandangkan nilai semasa kontrak tersebut kepada Malaysia adalah tiga juta kali ganda berbanding persetujuan asal.”
Sementara itu sumber berkata, jika Malaysia enggan membayar, asetnya boleh dirampas secara global menurut Konvensyen New York yang membenarkan penguatkuasaan anugerah timbang tara.
“Ini boleh membawa kepada kempen rampasan meluas yang dibenarkan mahkamah di seluruh dunia,” kata sumber itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/perlukah-malaysia-bayar-berbilion.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langgar Perjanjian 1878 Kerajaan Malaysia Diarah Bayar Rm63 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu

Langgar Perjanjian 1878 Kerajaan Malaysia Diarah Bayar Rm63 Bilion Kepada Waris Sultan Sulu

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 249 hits
Langgar Perjanjian 1878 Kerajaan Malaysia diarah bayar RM63 bilion kepada waris Sultan SuluKerajaan Malaysia telah diarahkan untuk membayar kira kira AS 14 92 bilion kepada waris Sultan Sulu yang terakhir kerana melanggar perjanjian 1878 ya...
Report Malaysia Ordered To Pay Almost Rm63b To Sulu Sultan S Descendants

Report Malaysia Ordered To Pay Almost Rm63b To Sulu Sultan S Descendants

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 386 hits
The Malaysian government has reportedly been instructed to pay at least US 14 92 billion to the descendants of the last Sulu sultan This is due to a violation of the 1878 agreement signed by Sultan Jamal Al Alam Baron de Overbeck and the Br...
Pampasan Kepada Waris Sultan Sulu Polis Sabah Perkukuh Keselamatan

Pampasan Kepada Waris Sultan Sulu Polis Sabah Perkukuh Keselamatan

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 233 hits
Idris Abdullah menghadiri majlis serah terima tugas beberapa jawatan tertinggi polis negeri di IPK Sabah hari ini KOTA KINABALU Polis Sabah terus fokus memperkukuhkan aspek keselamatan di negeri itu susulan arahan penimbang tara Sepanyol Go...
Warisan Mps Want Parliament To Debate Rm63b Award To Sulu Sultan S Kin

Warisan Mps Want Parliament To Debate Rm63b Award To Sulu Sultan S Kin

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 130 hits
PARLIAMENT Warisan MPs are demanding that the Dewan Rakyat accept a debate motion on the US 14 92 billion arbitration award to the descendants of the Sulu sultanate In a joint statement the seven Warisan MPs said the motion by Kota Belud MP...
Majikan Malaysia Kedekut Bayar Gaji

Majikan Malaysia Kedekut Bayar Gaji

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 400 hits
PETALING JAYA Majikan Malaysia disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelan jakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar untuk gaji Angka itu adalah antara yang terendah di rantau ini ber...
Does Malaysia Have To Pay Billions To Sulu Heirs

Does Malaysia Have To Pay Billions To Sulu Heirs

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 210 hits
If Malaysia refuses to pay the award it could be vulnerable to having its assets seized globally under the New York Convention which allows for the enforcement of arbitral awards News about the Malaysian government being instructed by a Fre...
Malaysia Strongly Opposes Paying Sulu Descendants

Malaysia Strongly Opposes Paying Sulu Descendants

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 141 hits
Putrajaya has voiced strong opposition against an order to pay descendants of the last Sulu sultan a whopping RM62 59 billion It has also vowed to challenge the basis of the descendants claim which was over violations of the 1878 agreement ...
Menukar Ringgit Malaysia Ke Matawang Asing

Menukar Ringgit Malaysia Ke Matawang Asing

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 179 hits
Salah faham tentang membeli emas atau membuat pelaburan emas adalah anda terfikir anda telah menggunakan duit anda untuk berbelanja ia mungkin separuh benar jika anda membeli barang kemas Anda akan merasa kekurangan atau kehilangan duit ter...
Hiburan Bos Malaysia Paling Kedekut Bayar Gaji Di Asia Tenggara Kongres Kesatuan Sekerja

Hiburan Bos Malaysia Paling Kedekut Bayar Gaji Di Asia Tenggara Kongres Kesatuan Sekerja

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 594 hits
Lapor para majikan di Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar untuk membayar gaji pekerja sekaligus menjadikan bos bos ini sebagai antara majikan paling kedekut di Asia Tenggara Angka peratusan Malaysia ...
Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Simpan Duit Kertas Rm5

In Focus As Malaysia Corruption Dragnet Widens Pm Anwar S Political Payback Threatens To Hurt Business Sentiment

Terokai Kehidupan Moden Di Eka Heights Memperkenalkan Lumira

Pas No Decision Yet On Pn S Pm Candidate But Bersatu Backs Muhyiddin

Refacing Vs Replacing Cabinets Cost Breakdown For Your Kitchen

Aidil Fitri 1445h

Lumira Eka Heights Menawarkan Kediaman Selesa Dengan Sentuhan Moden



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Box Bag Crochet

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Rizky Febian Feat Mahalini Bermuara Chord

Penjara Naqab Neraka Dunia Untuk Tawanan Palestin

Everyman Tracker Build Pt 7 Custom Pipes Panels And More