Banduan Adaptasi Kaithi Dengan Aksi Mantap Nilai Kasih Seorang Ayah


Pada 4 November 2025, Ruby berpeluang menghadiri Malam Gala Filem Banduan yang berlangsung di TGV Suria KLCC. Suasananya meriah dan penuh semangat. Gabungan selebriti, penggiat industri, serta peminat tegar filem aksi tempatan. 
Apa yang membuatkan malam itu lebih istimewa, kehadiran pelakon asal filem Kaithi dari India, Karthi Sivakumar, yang diterbangkan khas ke Kuala Lumpur bagi meraikan tayangan perdana adaptasi Malaysia ini. Kagum dan bangga, Ruby rasa seperti menyaksikan satu sejarah baharu! Bagaimana karya filem Tamil Box Office boleh diolah semula oleh produksi tempatan kita dengan jiwa Malaysia.

Kalau sebelum ini kita sudah kagum dengan siri Polis Evo dan Sheriff, kini Banduan pula membuktikan Malaysia bukan sekadar boleh buat filem aksi, tetapi boleh berdiri sama tinggi dengan produksi Asia lain.

Banduan Adaptasi Filem Box Office Tamil Kaithi


Banduan ialah adaptasi rasmi daripada filem Tamil pecah panggung Kaithi (2019) yang pernah meraih kutipan ₹105 crore (lebih RM58 juta) di India. Versi Malaysia ini mengisahkan Dali (lakonan Dato’ Aaron Aziz), seorang bekas banduan yang baru dibebaskan selepas 10 tahun penjara. Dia hanya ada satu impian iaitu ingin bertemu anak perempuannya buat kali pertama. 
Namun, takdir membawanya ke dalam misi berbahaya apabila dia terperangkap bersama Inspektor Johari (Dato’ Rosyam Nor) untuk menyelamatkan sekumpulan anggota polis yang diracun serta menjadi tebusan kumpulan samseng. Filem berdurasi 98 minit ini membawa penonton menyelami malam penuh kekacauan dan dilema moral. Di antara masa lalu, peluang kedua, dan kasih seorang bapa.

Tonton Trailer Rasmi “Banduan” Di Sini


Produksi & Barisan Pelakon Filem Banduan
Banduan diterbitkan oleh Number Twenty One Media dengan kerjasama Dream Warrior Pictures dan Astro Shaw sebagai rakan pemasaran serta pengedaran. Filem ini diarahkan oleh Kroll Azry, berdasarkan skrip oleh Kroll sendiri bersama Nazri Vovinski, manakala idea asal datang daripada pengarah Kaithi, Lokesh Kanagaraj.

Antara barisan pelakon hebat yang menjayakan filem ini ialah:

Dato’ Aaron Aziz sebagai Dali
Dato’ Rosyam Nor sebagai Inspektor Johari
Dato’ Afdlin Shauki sebagai Sarjan Yahya
Adlin Aman Ramlie, Fadhli Masoot, Abi Madyan, Hawra, dan ramai lagi

Lokasi penggambaran pula dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Port Dickson, Kapar, Pulau Carey, Puncak Alam dan Sungai Buloh, menjadikan suasananya terasa sangat dekat dengan penonton tempatan. 
Lakonan & Emosi
Aaron Aziz kembali dengan tenaga luar biasa! Watak Dali dibawa dengan penuh jiwa dan realisme seorang ayah yang keras di luar tetapi lembut di dalam. Chemistry bersama Rosyam Nor menjadikan setiap dialog dan situasi lebih hidup. Ruby suka cara mereka berinteraksi profesional, tetapi tetap ada sisi kemanusiaan. 



Sinematografi & Visual
Arahan sinematografi oleh Vikee Thiagarajan menonjolkan suasana malam yang dramatik. Penggunaan lampu neon, pantulan jalan basah dan sinar lampu siren menambahkan rasa tegang dan “urban noir”. Setiap babak kelihatan tersusun rapi tanpa berlebihan. 



Bunyi & Muzik
Gabungan komposer Sam CS (dari versi asal Kaithi) dan Litia Ramachandran menghasilkan skor yang menggugah adrenalin. Ruby perasan bagaimana muziknya disusun — lembut saat Dali berbicara tentang anaknya, dan meletup bila aksi bermula. Sound mixing pula kemas, seimbang dan immersive.

Aksi & Koreografi
Koreografi pertarungan nampak realistik — tidak terlalu panjang atau dibuat-buat. Setiap pergerakan Dali terasa berat dan berpaksikan pengalaman hidup, bukan sekadar “gaya filem”. Babak kejar-mengejar di jalan raya dan gudang benar-benar buat Ruby terpaku di kerusi.

Nilai & Mesej Filem
Di sebalik aksi tanpa henti, Banduan membawa mesej besar — kasih seorang bapa dan peluang kedua dalam hidup. Filem ini tidak glorify keganasan, sebaliknya mengajak penonton merenung tentang kesilapan, pengorbanan dan harapan.

Ruby suka cara pengarah menyelitkan unsur budaya Malaysia, seperti babak Dali menikmati Nasi Dagang, simbol kasih sayang dan nostalgia ringkas tapi sarat makna.

Banduan membuktikan produksi tempatan mampu menghasilkan karya adaptasi bertaraf antarabangsa tanpa kehilangan identiti sendiri. Ia bukan sekadar naskhah aksi, tetapi sebuah perjalanan jiwa tentang penyesalan, kasih sayang, dan keberanian menebus masa lalu. 


Dengan gandingan pelakon berpengalaman dan pengarahan kemas oleh Kroll Azry, Banduan wajar diberi peluang besar di layar tempatan mahupun luar negara. Ruby keluar dari pawagam dengan rasa puas dan bangga. Tahniah buat semua yang menjayakan filem Banduan. 

Malaysia memang boleh! 🇲🇾✨ 
Saksikan Banduan di pawagam seluruh negara bermula 6 November 2025. Gunakan hashtag rasmi #Banduan #AstroShaw #FilemMalaysia #RubyMyReview


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/11/banduan-2025-adaptasi-kaithi-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasih Seorang Ibu Di Tengah Bencana Pegawai Polis Rela Susukan Bayi Mangsa Taufan

Kasih Seorang Ibu Di Tengah Bencana Pegawai Polis Rela Susukan Bayi Mangsa Taufan

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 151 hits
Kasih Seorang Ibu Di Tengah Bencana Pegawai Polis Rela Susukan Bayi Mangsa Taufan Gambar Pegawai Arizbeth Dionisio Ambrosio menyusukan bayi semasa operasi bantuan di Acapulco Kejadian menyentuh hati ini berlaku selepas Taufan Otis melanda b...
Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 174 hits
LANGKAWI 9 November Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis menemui beberapa mangsa disyaki imigran dari Myanmar di sekitar perairan Langkawi semalam dipercayai susulan insiden bot yang membawa kira kira 300 penumpang imigra...
Makbul Doa Seorang Anak Ibu Akhirnya Dapat Hidayah Lafaz Dua Kalimah Syahadah

Makbul Doa Seorang Anak Ibu Akhirnya Dapat Hidayah Lafaz Dua Kalimah Syahadah

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 135 hits
Makbul Doa Seorang Anak Ibu Akhirnya Dapat Hidayah Lafaz Dua Kalimah Syahadah Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara dan kadang kala ia tidak dapat diduga Beruntunglah mereka yang mendapatkannya kerana tiada nikmat yang lebih besar selain...
Penganggur Mengaku Salah Di Mahkamah Sesyen Kuantan Atas Pertuduhan Menikam Seorang Pekebun Hingga Cedera Parah

Penganggur Mengaku Salah Di Mahkamah Sesyen Kuantan Atas Pertuduhan Menikam Seorang Pekebun Hingga Cedera Parah

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 145 hits
KUANTAN Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas pertuduhan menikam seorang pekebun sehingga mengalami kecederaan parah pada minggu lalu Tertuduh Jabalul Akhir Mat Shafie 25 membuat pengakuan itu selep...
Jualan Kasih Johor Kombo Rm15

Jualan Kasih Johor Kombo Rm15

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum WBT PADA September lepas Menteri Besar Johor mengumuman 42 inisiatif tambahan dengan peruntukan RM209 juta kepada rakyat Johor Antaranya adalah inisiatif Jualan Kasih Johor diperluaskan ke 252 lokasi lagi yang bakal memberi ...
Kasih Pintu Belakang

Kasih Pintu Belakang

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 351 hits
Saksikan telefilem Kasih Pintu Belakang akan disiarkan pada Isnin 27 Oktober ini pukul 9 malam di TV2 dan RTMKlik Kasih Pintu BelakangWaktu Siaran Isnin 27 Oktober 2025 9 00 malamRangkaian TV2 RTMKlikPenulis Skrip Fida Rohani Salim AmbardiP...
Tanda Terima Kasih Rakyat Kemboja Pmx Penuhi Harapan

Tanda Terima Kasih Rakyat Kemboja Pmx Penuhi Harapan

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 166 hits
Rakyat Kemboja baru baru ini membanjiri Facebook PMX dengan ucapan thank you Malaysia selepas Perjanjian Damai KL ditandatangani antara Thailand dan Kemboja Perjanjian tersebut berjaya mengakhiri ketegangan yang telah berlarutan bertahun ta...
Terima Kasih Allah Hantar Insan Beri Cinta Sejati Buat Dia Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Dan Amira Bersatu

Terima Kasih Allah Hantar Insan Beri Cinta Sejati Buat Dia Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Dan Amira Bersatu

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 130 hits
Pelakon dan pengarah tersohor Erma Fatima menarik perhatian ramai apabila berkongsi momen penuh emosi di majlis resepsi pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman Menerusi satu hantaran di Thread Erma mendedahkan dirinya tiba tiba seba...
Mereka Berterima Kasih Sambil Berlinang Air Mata Reaksi Wartawan Timor Leste

Mereka Berterima Kasih Sambil Berlinang Air Mata Reaksi Wartawan Timor Leste

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 165 hits
Buletin TV3 nbsp Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR Malaysia menyifatkan kemasukan Timor Leste sebagai negara anggota ke 11 ASEAN sebagai detik bersejarah dan momen paling menyentuh hati dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang berlangsu...
Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return

Kpdn To Roll Out Compliance Programme At All Kl Public Markets

Pesona N Rdlingen Permata Tersembunyi Di Bavaria

Farah Lee Maklum Masih Belum Miliki Rumah Di Usia 36 Tahun Kalau Dah Terlibat Dengan Riba Rugi Dekat Akhirat Nanti

Trump Berkata Dia Akan Menyaman Bbc Sebanyak Sehingga 5 Bilion Kerana Penyuntingan Video

Pembungkusan Makanan Eco Friendly Gaya Baharu Usahawan Moden

Hanya Orang Sabah Yang Boleh Pimpin Sabah Bukan Orang Luar Johari Ghani

Pantyhose Newsbreak 2025 Part One


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Genap Dua Tahun Menyusun Atur Telur Ayam Jom Meneka Dalam Kesamaran Lagi

Mak Mak Kalau Buat Kerja Rumah Kerja Apa Yang Paling Malas Korang Buat

Quick Nacho Recipe With Ground Beef And Refried Beans

Tiga Tingkatan Itsar Menurut Ibnul Qayyim Mendahulukan Orang Lain Dan Keridaan Allah

Lirik Lagu Gelas Memori Fiq7 Ft Adira Suhaimi

The Lantis Bila Chord