Showcase Jiwa Malaysia 2025 Irama Bersatu Di Bawah Satu Semangat Jiwa Malaysia


Showcase Jiwa Malaysia 2025: Malam Penuh Warna, Irama & Jiwa Anak Malaysia | Assalamualaikum semua.. Pada 1 November 2025 lalu, malam yang betul-betul menyatukan jiwa muzik Malaysia. Sis sempat ke Showcase Jiwa Malaysia 2025 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, dan sumpah dari awal sampai akhir, pentas tu memang hidup! 

Dianjurkan oleh Regnant Works dengan sokongan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), showcase ni bukan sekadar konsert hiburan. Ia lebih kepada satu pentas yang meraikan semangat Malaysia MADANI dengan gabungan pelbagai genre dan generasi artis tempatan. Tiket pun berbaloi, start dari RM88 je tapi feel dia macam konsert mega

Pengacara Majlis Padu – Tak Bagi Penonton Sunyi Walau Sesaat!
Sebelum masuk ke segmen artis, sis nak puji dulu pengacara majlis malam tu iaitu Raden dan Shasha, memang tiptop! Dengan gaya spontan, selamba tapi tetap profesional, mereka berjaya buat penonton kekal terhibur dari mula sampai akhir. 

Mereka bukan sekadar “isi masa”, tapi betul-betul hidupkan suasana. Setiap kali ada pertukaran artis, MC pandai main dengan crowd, ada kuiz spontan, gurauan ringan dan interaksi yang mesra. Sis rasa inilah rahsia kenapa showcase ni tak pernah nampak bosan walau berdurasi panjang. Energi mereka memang selari dengan semangat “Jiwa Malaysia” tu sendiri


Barisan Artis Yang Padu Dalam Persembahan
Berikut antara artis-artis yang membuat persembahan pada malam tersebut :
🎤 ALPHA Buka Tirai dengan Pesona Fresh & BertenagaShowcase dimulakan oleh Alpha, kumpulan boyband baharu yang berjaya curi perhatian dengan gaya kemas dan vokal harmoni. Mereka bawa suasana segar ke pentas dengan lagu:

💥 Monalisa
💥 P. Ramlee/Saloma
💥 Bujang


Lagu Monalisa jadi pembuka yang manis, dan waktu mereka mash-up lagu klasik P. Ramlee/Saloma, sis terus rasa goosebumps. Ada elemen nostalgia tapi dibalut dengan gaya moden — kombinasi yang memang menjadi

🎸 Masdo – Retro Tak Pernah LapukLepas tu, dewan terus bergema bila Kugiran Masdo naik pentas. Gaya retro mereka, suit putih dan vibe santai memang tak pernah mengecewakan. Masdo bawakan barisan lagu popular yang buat semua orang sing along:
💥 Begini Jadinya
💥 Janji Manis
💥 Teruna & Dara
💥 Dinda
💥 Malam Pesta Rock N Roll
💥 Bercanda Di Malam Indah


Sis paling terkesan bila Dinda dimainkan — satu dewan terus jadi lautan flashlight. Kalau korang pernah tengok Masdo live, korang tahu betapa mereka punya aura unik. Gabungan suara Ali Sariah dengan persembahan penuh gaya memang bawa kita “terbang” ke era 70-an tapi masih kekal segar

💃 Baby Shima – Ratu Panggung yang Penuh EnergiLepas tu, suasana bertukar jadi lebih “panas” bila Baby Shima muncul. Penonton terus bersorak, sebab siapa je yang tak tahu dia memang queen of stage! Dengan koreografi dan vokal bertenaga, Shima hiburkan semua dengan:
💥 Island Boi
💥 Pap Pap
💥 Stecu
💥 Emang Dasar

Bagi sis Shima berjaya kekalkan vibe fun tanpa nampak over. Suara live dia pun mantap, dan crowd memang ikut menari habis-habisan masa Pap Pap. Dangdut moden dalam showcase patriotik? Rare tapi menjadi

🎧 Def Gab C – Nostalgia Hip Hop yang Masih BerbisaBila Def Gab C naik pentas, sis terus dibawa balik ke zaman muzik 2000-an. Mereka buktikan walaupun dah lama dalam industri, tenaga dan gaya tetap padu! Antara lagu yang mereka bawakan:
💥 Ibukota Cinta
💥 Ampunkan Aku
💥 Let Down (cover Radiohead yang tak disangka-sangka!)
💥 Cinta Sakti
💥 Merah

Sis terkejut bila mereka bawak Let Down versi mereka sendiri twist yang berani tapi kena dengan tema “Jiwa Malaysia”. Cinta Sakti pula jadi kemuncak nostalgia crowd ikut nyanyi seolah-olah lagu tu baru semalam keluar radio

🎶 Floor 88 – Lawak, Energi dan Lagu IkonikLepas tu pentas diteruskan dengan Floor 88 — dan macam biasa, mereka memang tahu cara buat penonton gelak sambil enjoy. Antara lagu yang mereka perform:
💥 Original Sabahan💥 Hutang💥 Kongkalikong

Lagu Hutang memang crowd favorite, dan masa Kongkalikong, satu dewan ikut nyanyi sambil menari. Floor 88 ni memang ada chemistry yang susah nak lawan — spontan, bersahaja dan tetap solid dari segi vokal

🎤 Sixth Sense – Penutup Showcase yang Sarat EmosiSebagai artis terakhir malam tu, Sixth Sense jadi pilihan paling tepat untuk menutup showcase dengan jiwa dan makna. Vokal Adi masih power, dan lagu-lagu mereka buat ramai yang terdiam, hanyut dalam lirik dan melodi:
💥 Tanpa💥 Yang Sempurnakanku💥 Khatimah Cinta💥 Tak Bisa Memilihmu💥 Menyesal💥 Hari Ini Dan Semalam

Bila Khatimah Cinta dimainkan, sis terus rasa meremang. Lampu redup, crowd senyap, semua nyanyi sama-sama. Moment tu betul-betul menyentuh hati — macam kita semua berkongsi satu perasaan yang sama malam tu


Satu Showcase, Seribu Cerita Jiwa
Yang paling best tentang Showcase Jiwa Malaysia 2025 ni — ia bukan sekadar himpunan artis terkenal, tapi refleksi sebenar muzik Malaysia yang pelbagai dan penuh warna. Dari boyband Alpha yang segar, Masdo yang retro, Baby Shima yang bertenaga, Def Gab C yang legend, Floor 88 yang fun, sampai Sixth Sense yang penuh emosi — semuanya menyumbang kepada satu malam yang luar biasa. Walau datang dari genre berbeza, semuanya bersatu di bawah satu semangat jiwa Malaysia. 
Kalau nak cari event muzik yang betul-betul tunjuk siapa kita sebagai rakyat Malaysia inilah dia. Showcase Jiwa Malaysia 2025 bukan sekadar pentas nyanyian, tapi satu malam yang mengikat hati, irama dan kenangan


Sis keluar dari dewan malam tu dengan senyuman bukan sebab konsert habis, tapi sebab sis tahu muzik tempatan kita masih hidup, dan terus berkembang dengan jiwa yang sama : Jiwa Malaysia. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2025/11/showcase-jiwa-malaysia-2025-irama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekali Lagi Harum Nama Malaysia Kucing Baby Juara World Winner Show 2025

Sekali Lagi Harum Nama Malaysia Kucing Baby Juara World Winner Show 2025

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 339 hits
Sekali Lagi Harum Nama Malaysia Kucing Baby Juara World Winner Show 2025 Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sering menjadi pilihan ramai orang disebabkan sifatnya yang comel dan manja mampu menawan hati siapa sahaja yang melihat telata...
Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

Malaysia Menyeru Agar Asean Lebih Bersatu Di Tengah Persaingan Kuasa Global

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 219 hits
Malaysia menyeru ASEAN untuk bersatu dan berdaya maju dalam menghadapi persaingan global dengan penekanan kepada keamanan kebersamaan dan kepentingan regional KUALA LUMPUR Malaysia telah menggesa ASEAN untuk membentuk satu barisan yang lebi...
Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 194 hits
Sekitar Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Bersama Rakan Strategik yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 57 Pendatang Asing Tanpa Izin Dalam Satu Operasi Bersepadu Di Kuantan Hari Ini

Jabatan Imigresen Malaysia Pahang Tahan 57 Pendatang Asing Tanpa Izin Dalam Satu Operasi Bersepadu Di Kuantan Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Jabatan Imigresen Malaysia Pahang menahan 57 pendatang tanpa izin dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sekitar Kuantan hari ini JIM menerusi hantaran di memaklumkan dalam operasi tersebut seramai 25...
Luckin Coffee X Butterbear Siri Minuman Perayaan Paling Comel Di Malaysia 2025

Luckin Coffee X Butterbear Siri Minuman Perayaan Paling Comel Di Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 185 hits
Menjelang musim perayaan hujung tahun ini Luckin Coffee Malaysia memperkenalkan siri minuman terbaru mereka iaitu Little Butter Series dan Holiday Series hasil daripada kolaborasi menarik bersama Butterbear watak comel dan popular dari Thai...
Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena Fifa

Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena Fifa

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 206 hits
Malaysia Antara Negara Terawal Lancar Padang Mini Bawah Projek Arena FIFA PETALING JAYA 25 Okt Malaysia muncul antara negara terawal ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa yang melancarkan padang mini menerusi projek Arena FIFA in...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah

Ucapan Hari Lahir Buat Kak Long Tersayang Yang Ke 48 Tahun

Delicious Beef Tagine Recipe Bbc Good Food

Jbl Grip Grab Go Portable Bluetooth Speaker

Domino S Pizza Mempersembahkan Sentuhan Baharu Cita Rasa Klasik Itali

Anugerah Superbrands Malaysia 2025 Malam Gala Untuk Jenama Cemerlang Di Malaysia