Peguam Najib Dakwa Polis Musnahkan Beg Tangan Berkaitan 1mdb


MALAYSIAKINI
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa beg tangan berjenama bernilai jutaan ringgit yang disita oleh polis kerana didakwa terlibat dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah musnah akibat kecuaian semasa mengendalikan barang-barang berkenaan.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri  Najib Razak berkata mereka mendapat tahu mengenai keadaan beg tangan itu semasa memeriksa barang-barang berkenaan yang disimpan dalam peti simpanan di Bank Negara Malaysia (BNM).
Pemeriksaan dibuat oleh Najib, isterinya Rosmah Mansor dan anak perempuan mereka Nooryana Najwa pada 22 Feb lepas dalam satu lagi permohonan pemeriksaan di hadapan seorang lagi hakim Mahkamah Tinggi.
“Tiap satu beg tangan yang dikatakan mahal itu langsung tidak dipedulikan, ia dimusnahkan oleh polis kerana mereka menulis terus di atas beg-beg berkenaan dengan “magic pen”, dan bukannya di atas kertas.
“Beg-beg ini bernilai jutaan ringgit dan begitu cara mereka mengendalikannya,” katanya di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin.
Beliau berkata demikian semasa berhujah dalam permohonan Najib untuk memeriksa secara fizikal beg-beg tangan berjenama, barang kemas, dan lain-lain barang berharga yang disita polis pada 2018.
Beliau juga berkata anak guamnya tiada bersama semasa barang itu disita, sebaliknya pengurus bangunan (tempat barang-barang itu disimpan), yang dipanggil untuk berada di sana.
“Dokumentasi eksibit (barang yang disita) juga tidak dibuat dengan teratur… dengan itu permohonan kami untuk membuat pemeriksaan adalah memang amat patut, untuk melihat sendiri eksibit itu,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata pihak pendakwaan membantah permohonan Najib untuk memeriksa barang-barang itu atas alasan keselamatan, kerana barang yang disita itu bernilai lebih RM680 juta.
Beliau mengatakan bahawa ia merupakan dakwaan serius untuk mengatakan bahawa barang-barang itu telah musnah kerana barang-barang itu disimpan dalam peti besi BNM yang hanya boleh diakses oleh pihak yang yang diberi kuasa sahaja.
Hakim Muhammad Jamil kemudiannya membenarkan permohonan Najib selepas memutuskan bahawa dia mempunyai hak untuk memeriksa barang-barang berkenaan, bagi membolehkan dia menyediakan pembelaan dalam permohonan lucut hak.
“Soal berhubung keselamatan dan kuantiti besar barang itu bukan satu isu. Saya juga membenarkan pemohonan (Najib) untuk diiringi oleh dua peguam cara dalam melaksanakan pemeriksaan di bawah penyeliaan responden (pendakwaan),” katanya.
Pihak pendakwaan memfailkan permohonan lucut hak harta aset yang disita dari premis yang dimiliki oleh Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal dana 1MDB mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Najib merupakan pihak ketiga dalam permohonan lucut hak itu.
Dalam notis usul yang difailkan terhadap Obyu Holdings, ia menyatakan bahawa antara aset itu adalah 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 barang hiasan jam tangan 234 pasang kaca mata, 306 beg tangan, dan wang tunai bernilai RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.
Sebahagian besar daripada barang mewah yang disita oleh polis dilaporkan daripada apartmen yang dimiliki Obyu Holdings.
Selain itu satu hartanah di Kuala Lumpur turut dirampas pada 1 Nov 2018.Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/peguam-najib-dakwa-polis-musnahkan-beg.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beg Tangan Jutaan Ringgit Musnah Akibat Magic Pen Kata Peguam Najib

Beg Tangan Jutaan Ringgit Musnah Akibat Magic Pen Kata Peguam Najib

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 309 hits
Muhammad Shafee Abdullah berkata pihaknya mendapat tahu mengenai keadaan beg tangan berjenama itu semasa memeriksa barang itu yang disimpan dalam peti simpanan BNM KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu beg tangan berjenama bernil...
Najib S 1mdb Audit Tampering Trial Postponed After Another Covid 19 Concern

Najib S 1mdb Audit Tampering Trial Postponed After Another Covid 19 Concern

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 311 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak s 1MDB audit report tampering trial has been postponed to tomorrow after lead defence counsel Muhammad Shafee Abdullah said a member of his team had undergone a Covid 19 test Shafee said lawyer Rahmat...
Bukan Najib Tapi Pihak Ke 3 Seleweng Dana Src Kata Peguam Bela

Bukan Najib Tapi Pihak Ke 3 Seleweng Dana Src Kata Peguam Bela

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 541 hits
Pihak pembelaan dalam perbicaraan SRC International Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini dakwaan penyelewengan dana syarikat itu dilakukan pihak ke 3 bukannya bekas perdana menteri itu Peguam Harvinderjit Singh berkata R...
Apandi Dakwa Dipujuk Sri Ram Untuk Tangkap Najib Pada Jan 2018

Apandi Dakwa Dipujuk Sri Ram Untuk Tangkap Najib Pada Jan 2018

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 583 hits
Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali menuduh Gopal Sri Ram pernah cuba memujuknya untuk menangkap perdana menteri ketika itu Najib Razak Pada hantaran di Facebooknya hari ini Apandi mendakwa Sri Ram mantan hakim mahkamah persekutuan itu t...
Usd10 Bilion Diambil Kerajaan Najib Dari Ecrl Dakwa Sarawak Report

Usd10 Bilion Diambil Kerajaan Najib Dari Ecrl Dakwa Sarawak Report

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 214 hits
Ia menunjukkan tidak kurang dari USD10 bilion dijarah oleh kerajaan Najib dari 1MDB dan kedua dua projek di atas Bagaimanapun maklumat itu tidak pernah diserahkan kembali ke Malaysia kata Sarawak Report Sarawak Report mendedahkan sebanyak U...
Mahathir Perlu Henti Campur Tangan Dalam Kes Najib

Mahathir Perlu Henti Campur Tangan Dalam Kes Najib

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 341 hits
oleh Ab Jalil Backer Tun Dr Mahathir perlu berhenti mengulas hal perbicaraan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak jika mahu rakyat percaya kepada kebebasan kehakiman negara Semakin banyak Dr Mahathir mengulas semakin jelas menunjukkan beliau ter...
Sri Ram Beritahu Wang Dalam Akaun Sudah Cukup Untuk Dakwa Najib Kata Apandi

Sri Ram Beritahu Wang Dalam Akaun Sudah Cukup Untuk Dakwa Najib Kata Apandi

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 295 hits
PETALING JAYA Bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berkata pendakwa raya ad hoc dalam perbicaraan kes 1MDB Najib Razak Gopal Sri Ram mencadangkan bahawa penemuan wang di dalam akaun bekas perdana menteri itu sudah mencukupi untuk mendakwa...
Beg Tangan Rosak Rosmah Mahu Kerajaan Bayar Ganti Rugi Atau Gantikan Dengan Yang Baharu

Beg Tangan Rosak Rosmah Mahu Kerajaan Bayar Ganti Rugi Atau Gantikan Dengan Yang Baharu

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 470 hits
Salah satu rahsia yang dibongkarkan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad adalah koleksi beg tangan mewah Datin Seri Rosmah Mansor yang dirampas semasa serbuan di rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak Terbaharu menurut Sin...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri