Peguam Syarie Jelaskan Isteri Perlu Tahu 7 Perkara Ini Tentang Hak Dirinya Sendiri


Dalam sebuah perkahwinan, seorang wanita yang bergelar isteri harus tahu hak mereka. Walaupun dalam rumah tangga, peranan suami lebih dari isteri, tetapi si isteri tak boleh menidakkan haknya sendiri.
Berkongsi mengenai hal ini, Peguam Syarie & Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menjelaskan bahaya jika isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
Bahaya jika Isteri terlepas pandang 7 perkara ini tentang hak dirinya sendiri.
1. Tempat tinggal asing & selesa
Seorang wanita yang dah bernikah, wajib untuk suami sediakan rumah berasingan daripada keluarganya atau keluarga lelaki itu sendiri.
Tak kisah jika rumah itu sewa ataupun beli, yang penting selesa dan bukan isteri itu yang bayar. Kalau suami yang tinggal di rumah isterinya, suami itu wajib bayar sejumlah wang yang dipersetujui kepada isterinya untuk rumah kelamin tersebut.

2. Belanja utiliti rumah
Bila dah sediakan rumah, jangan lupa pula, bil elektrik dan bil air juga perlu suami tanggung. Ini benda asas di dalam rumah. Kalau tak ada elektrik dan air, apa guna rumah kalau macam tu.
Ini juga sebahagian daripada nafkah tempat tinggal yang isteri berhak dapat daripada seorang suami. Bukan menjadi kewajipan isteri untuk bayar utiliti. Melainkan, bil internet ke bil telefon rumah ke atau bil astro ke, ini bukan keperluan.
3. Makan dan minum
Seorang suami wajib sediakan barang-barang keperluan dapur khasnya. Bahkan, dalam Islam, suami juga sebenarnya yang wajib sediakan makan dan minum. Maksudnya suami yang patut masak, bukannya isteri.
Kalau isteri yang buat, itu dikira sebagai Ihsan atau sedekah daripada isteri. Kalau suami itu tak pandai masak, boleh la isteri itu nak masakkan. Cuma, jangan ingat bila kahwin sahaja, lelaki buat isteri ini macam orang gaji. Masak, basuh baju, cuci rumah semua dia yang buat.
4. Pakaian itu bukan baju semata-mata
Banyak orang fikir, takkan setiap bulan nak beli baju pada isteri. Kalau ikutkan, pakaian sememangnya nafkah wajib setiap bulan, tapi bukan baju atau kain semata-mata.
Tuala wanita, peralatan mandi, peralatan solek, dan macam-macam lagi perkara yang berkaitan dengan keperluan wanita, adalah tanggungjawab wajib seorang suami. Sesetengah orang dia hanya beli baju raya sahaja setahun sekali, tetapi pakaian bulanan langsung diabaikan.
5. Tak boleh dipukul
Haram seorang suami memukul isterinya walaupun niat suami itu untuk mengajar. Tidak ada perkara tersebut dalam Islam. Sekalipun isteri tersebut mungkin tidak hormati suami, tapi bukan cara mengajar isteri tersebut dengan tumbuk, tampar, tarik rambut, tendang dan macam-macam lagi.
Mendidik isteri dalam Islam dimulakan dengan nasihat secara baik, kemudian pisahkan tempat tidur dan kemudian memukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan menggunakan hujung kain lembut sahaja. Jika berlaku pukulan, isteri tersebut boleh buat laporan polis atas keganasan rumahtangga.

6. Dilayan dengan cara baik
Suami wajib bercakap dengan percakapan yang baik. Perbuatan seperti memaki hamun, mencarut, bercakap kasar adalah satu bentuk layanan yang tidak baik.
Meskipun hendak bersama dengan isteri, ia tidak boleh datang dalam bentuk paksaan. Apatah lagi apabila isteri berada dalam keadaan haid atau suami nak meliwat isteri sendiri melalui dubur. Haram perbuatan yang melayani isteri seperti itu dalam Islam.
7. Giliran bermalam yang adil
Bagi wanita yang bermadu, hak mereka dalam perkahwinan adalah mendapat giliran bermalam yang adil. Seorang suami yang berpoligami, tidak boleh melebih-lebih isteri yang disukai dan mengenepikan hak isteri yang kurang disukai.
Walaupun mungkin ada isteri yang telah putus haid, tapi dia masih berhak untuk mendapat giliran bermalam. Bukan suami hanya balik waktu siang atau balik sekali sekala sahaja.
Ajarkan juga ilmu ini kepada kawan perempuan atau ahli keluarga anda yang tersayang kerana seorang wanita yang sedang berkahwin atau baru berkahwin perlu tahu hak dirinya sebagai isteri. Kerana kekuatan seorang wanita terletak kepada ilmunya.
Kredit: Fahmi Ramli (Peguam Syarie)

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Peguam Syarie Jelaskan Isteri Perlu Tahu 7 Perkara Ini Tentang Hak Dirinya Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/peguam-syarie-jelaskan-isteri-perlu-tahu-7-perkara-ini-tentang-hak-dirinya-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Tewas Dijatuhkan Oleh Dirinya Sendiri

Malaysia Tewas Dijatuhkan Oleh Dirinya Sendiri

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 211 hits
Minggu ini GRAB Holding sebuah syarikat anak Malaysia telah disenaraikan di Nasdaq dengan nilai US 40bil Syarikat yang asalnya dari Segambut lari dari Malaysia dan berpindah ke Singapura untuk pasaran yang lebih stabil Satu kerugian buat Ma...
Ditanya Tentang Status Hubungan Datuk Nora Dengan Isteri Pertama Apa Yang Berlaku Mengejvtkan Ramai

Ditanya Tentang Status Hubungan Datuk Nora Dengan Isteri Pertama Apa Yang Berlaku Mengejvtkan Ramai

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 386 hits
Kira kira sebulan yang lalu penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin sempat mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah pun berkahwin dengan rakan baik kepada Allahyarham suaminya iaitu Dr Rushdi Ramli Walau bagaimanapun banyak pula timbul ceri...
Diri Sendiri Sakit Buat Buat Lupa Bila Suami Sakit Isteri Bagi 100 Peratus Salute

Diri Sendiri Sakit Buat Buat Lupa Bila Suami Sakit Isteri Bagi 100 Peratus Salute

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 244 hits
Walau macam mana isteri berkecil hati dengan suami bila suami sakit walau hanya demam biasa sahaha isterilah orang yang paling risaukan suami Malah dia berjaga malam temani suami yang tidak sihat Sebolehnya dia akan cuba memasak apa sahaja ...
Bekas Isteri Fizo Omar Mawar Karim Teruk Diserang Ini Respond Fizo Omar Selepas Baru Dapat Tahu Perkara Itu

Bekas Isteri Fizo Omar Mawar Karim Teruk Diserang Ini Respond Fizo Omar Selepas Baru Dapat Tahu Perkara Itu

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 623 hits
Pelakon Fizo Omar simpati atas nasib yang menimpa bekas isterinya Mawar Karim yang dikecam teruk oleh netizen gara gara berkongsi luahan hatinya mengenai anak mereka Wan
Peguam Jelaskan Mengapa Najib Lantik Peguam Diraja Dalam Rayuan Src

Peguam Jelaskan Mengapa Najib Lantik Peguam Diraja Dalam Rayuan Src

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 180 hits
Peguam Najib turut memohon mahkamah tidak menetapkan tarikh awal pendengaran rayuan kerana memerlukan masa untuk menterjemahkan dokumen mahkamah yang dikaitkan dengan kes itu Bekas perdana menteri Najib Razak Gambar Bernama Hasrat Najib Raz...
Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 313 hits
Dua askar Israel maut ditembak pasukan sendiri BAITULMUQADDIS Dua pegawai tentera Israel terbunuh selepas terlibat dalam satu insiden tembakan ketika mereka melakukan rondaan pada waktu malam lapor agensi berita United Press International s...
Berpeluh Tu Confirm Tak Guna Stroller Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tip Travel Sendiri Dengan Anak

Berpeluh Tu Confirm Tak Guna Stroller Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tip Travel Sendiri Dengan Anak

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 184 hits
Setiap kali keluar rumah dengan anak masa dihabiskan untuk mempersiapkan keperluan anak kecil kita Persiapan jadi lebih panjang bila mana hendak travel jauh Lagi lagi sendirian tanpa dibantu suami Apa ibu nak buat jika travel sendirian tanp...
Hak Hak Isteri Ke Atas Suami Menurut Perkahwinan Islam

Hak Hak Isteri Ke Atas Suami Menurut Perkahwinan Islam

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 244 hits
Sebagai wanita aku mahu di cintai dan menyayangi Bukan hanya aku seorang malah aku yakin semua wanita begitu Bertambah seronoknya rasa hati jika di kurniakan seorang suami yang dapat mencurahkan kasih sayang secara ikhlas dan jujur setia Se...
Kembalikan Hak Berkempen Dalam Prn Johor

Kembalikan Hak Berkempen Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 178 hits
Pakatan Harapan menuntut agar kerajaan mengembalikan hak berkempen kepada parti parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Johor berikutan pandemik Covid 19 yang menunjukkan trend stabil Menurut Majlis Presiden PH memandangkan wabak Co...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy