Muhyiddin Dedah Butiran Permintaan Najib Untuk Percubaan Campur Tangan Kehakiman Dalam Surat Kepada Peguam


MALAYSIA NOW

Beliau berkata terdapat permintaan supaya seorang 'peguam kanan' disingkirkan daripada pendakwaan dalam kes rasuah yang sedang berjalan di mahkamah.

  Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendedahkan butiran untuk menyokong dakwaannya yang mengatakan wujud percubaan meminta beliau campur tangan dalam proses kehakiman bagi membantu ahli politik Umno yang berdepan dakwaan rasuah, MalaysiaNow difahamkan ketika isu tersebut timbul lagi susulan kenyataan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tengku Mat.
Dalam respons beliau terhadap notis tuntutan daripada peguam Najib, Muhyiddin turut menamakan “seorang peguam kanan” yang menjadi sasaran bekas pemimpin yang sudah disabitkan bersalah itu.
Muhyiddin berkata beliau didekati Najib dan beberapa orang perantaranya untuk memohon supaya individu itu digugurkan daripada pasukan pendakwaan dalam kes rasuah yang sedang berjalan.
“Walaupun mengugut dengan saman fitnah, tiada tindakan susulan daripada pihak Najib selepas respons yang diberikan Muhyiddin,” kata sumber dalaman Umno yang rapat dengan kem Najib kepada MalaysiaNow.
Pada September, Muhyiddin menerima surat tuntutan daripada peguam Najib, mendesaknya untuk menjelaskan sama ada beliau merupakan dalang di sebalik “khabar angin” yang mengatakan Najib meminta beliau untuk campur tangan dalam kes mahkamahnya.
Muhyiddin menerima surat tuntutan itu beberapa hari selepas beliau mendedahkan mengenai sekumpulan ahli politik yang cuba meminta beliau untuk campur tangan dengan kes rasuah yang melibatkan mereka.
Presiden Bersatu itu membuat dakwaan tersebut pada Ogos tahun lalu, ketika kempen Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menumbangkan pentadbirannya sedang memuncak.
Ia disusuli dengan desakan jurucakap Bersatu Wan Saiful Wan Jan yang mahu Najib dan Zahid tampil menjelaskan dakwaan yang mengatakan mereka adalah orang yang dimaksudkan Muhyiddin.
Kedua-dua Najib dan Zahid jika dicampurkan, berdepan lebih dari 80 pertuduhan jenayah berkait salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah.
Walaupun Muhyiddin menjadi perdana menteri dengan sokongan Umno pada Mac 2020, beliau bagaimanapun berikrar untuk tidak mencampuri kes mahkamah melibatkan sekumpulan ahli Parlimen Umno, yang turut dikenali sebagai kluster mahkamah.
Pada Oktober 2020, MalaysiaNow melaporkan Muhyiddin didekati Zahid dalam usaha untuk menggugurkan kes rasuahnya.
“Namun beliau pulang dengan kecewa, bersama fail yang dibawanya,” kata sumber kepada MalaysiaNow berhubung pertemuan sulit pada Mac 2020, selepas beberapa hari Muhyiddin memegang jawatan perdana menteri.
‘Penjenayah yang disabitkan bersalah’
Isu campur tangan kehakiman kembali menjadi tumpuan minggu lalu selepas Maimun, berkata tiada individu yang menemui beliau untuk campur tangan dan menegaskan anggota kehakiman negara akan terus bersikap bebas ketika ditanya berhubung dakwaan Muhyiddin.
Susulan kenyataan Maimun, Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim mendesak Muhyiddin untuk menjelaskan tuduhan wujud permintaan supaya beliau campur tangan dalam kes rasuah yang sedang berjalan.
Dalam jawapan Muhyiddin yang dilihat MalaysiaNow, beliau berkata kenyataan yang dibuat berhubung cubaan untuk meminta beliau campur tangan dalam sistem kehakiman tidak pernah menamakan Najib.
Sebaliknya, beliau berkata Najib sendiri yang mendedahkan dirinya dengan mengeluarkan notis tuntutan tersebut.
Dalam jawapannya kepada peguam Najib, Muhyiddin turut menyifatkan pemimpin Umno itu sebagai “penjenayah yang sudah disabitkan bersalah”.
“Dengan sabitannya itu, klien anda tidak boleh, dalam apa jua keadaan, berhak ke atas sebarang kerosakan bagi sebarang dakwaan reputasinya terjejas.”
Bulan lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menggugurkan sabitan bersalahnya berkait dana RM42 juta yang dimasukkan dalam akaun bank peribadinya.
Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi enam pertuduhan berkait kesalahan pecah amanah, pengubahan wang haram dan 12 tahun bagi kesalahan salah guna kuasa – dengan jumlah keseluruhan 72 tahun.
Beliau juga turut dikenakan denda RM210 juta atau lima kali jumlah amaun dana yang terlibat.
Bagaimanapun, hakim berkata Najib akan menjalani hukuman tersebut secara serentak selama 12 tahun.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/muhyiddin-dedah-butiran-permintaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Muhyiddin Sudah Buat Laporan Berhubung Isu Campur Tangan Kehakiman Gobind

Adakah Muhyiddin Sudah Buat Laporan Berhubung Isu Campur Tangan Kehakiman Gobind

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 147 hits
Pada 19 Januari 2022oleh Gobind Singh Oleh Gobind Singh DeoAdakah Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat laporan polis atau SPRM berhubung dakwaan beliau bahawa ada pihak tertentu telah mendesak beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan...
Anwar Tuntut Muhyiddin Jelas Dakwaan Beliau Di Desak Campur Tangan Urusan Mahkamah

Anwar Tuntut Muhyiddin Jelas Dakwaan Beliau Di Desak Campur Tangan Urusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 182 hits
SHAH ALAM Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu alukan kenyataan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bahawa tidak ada campur tangan dari pihaknya melibatkan kes kes berprofil tinggi di negara ini Disebabkan it...
Jelaskan Siapa Mahu Campur Tangan Kes Mahkamah Anwar Tanya Muhyiddin

Jelaskan Siapa Mahu Campur Tangan Kes Mahkamah Anwar Tanya Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 240 hits
January 15 2022 Anwar Ibrahim menuntut penjelasan lanjut daripada Muhyiddin Yassin berhubung pendedahannya pada Ogos lalu yang beliau menerima tekanan daripada beberapa pihak untuk mencampuri urusan mahkamah khasnya kes berprofil tinggi PET...
Najib Sought My Help To Remove Sri Ram As Dpp Muhyiddin

Najib Sought My Help To Remove Sri Ram As Dpp Muhyiddin

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 142 hits
Muhyiddin Yassin claimed that Najib Abdul Razak had sought his help to remove Gopal Sri Ram as a prosecutor in the latter s ongoing criminal court case Former prime minister Muhyiddin made this claim in a letter issued by his lawyers dated ...
Ahli Parlimen Rayu Agong Campur Tangan Isu Azam Baki

Ahli Parlimen Rayu Agong Campur Tangan Isu Azam Baki

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 211 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub merayu kepada Yang di Pertuan Agong untuk melakukan dan menyatakan sesuatu berhubung isu pembelian saham dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki T...
Responding To Najib S Letter Of Demand Muhyiddin Reveals Ex Pm Sought Help To Remove Sri Ram From His Case

Responding To Najib S Letter Of Demand Muhyiddin Reveals Ex Pm Sought Help To Remove Sri Ram From His Case

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 643 hits
Lawyers representing former Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin claimed that sixth prime minister Datuk Seri Najib Razak had sought help from the Pagoh member of Parliament to remove senior deputy public prosecutor Datuk Seri Gopal Sri ...
Peguam Jelaskan Mengapa Najib Lantik Peguam Diraja Dalam Rayuan Src

Peguam Jelaskan Mengapa Najib Lantik Peguam Diraja Dalam Rayuan Src

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 148 hits
Peguam Najib turut memohon mahkamah tidak menetapkan tarikh awal pendengaran rayuan kerana memerlukan masa untuk menterjemahkan dokumen mahkamah yang dikaitkan dengan kes itu Bekas perdana menteri Najib Razak Gambar Bernama Hasrat Najib Raz...
Ngo Mohon Campur Tangan Agong Agar Henti Pembalakan Di Seluruh Negara Sejak 25 Tahun

Ngo Mohon Campur Tangan Agong Agar Henti Pembalakan Di Seluruh Negara Sejak 25 Tahun

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 119 hits
KUALA LUMPUR Selepas kejadian banjir Disember lalu meragut sekurang kurangnya 54 nyawa beberapa NGO hari ini memohon campur tangan Yang di Pertuan Agong bagi menitahkan agar kerajaan menghentikan kegiatan pembalakan di seluruh negara selama...
Awani Ringkas Penduduk Kg Baru Rayu Campur Tangan

Awani Ringkas Penduduk Kg Baru Rayu Campur Tangan

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 208 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Cara Claim Towing Kereta Dengan Etiqa Auto Assist Care

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


New Twist In Najib S Bid To Serve Jail Term At Home As Two Ministers Dispute Claims Over Supposed Royal Order

Keuntungan Arenamall Reit Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Setahun

Pelancaran Sony Xperia 1 Vi Mungkin Berlaku Pada 17 Mei

Caam Keluar Amaran Bahaya Debu Gunung Berapi Ruang

Tarif Air Perak 75 Sen Semeter Padu Mulai 1 Mei

Kalau Boleh Aku Nak Korek Balik Kubur Mak Kau Dituduh Calarkan Kereta 3 Adik Beradik Yatim Teruk Dihina Ibu Saudara