Peguam Ditahan Disyaki Subahat Seludup Dadah Ke Penjara


Peguam Ditahan Disyaki Subahat Seludup Dadah Ke Penjara
KUALA TERENGGANU, 1 Jan (Bernama) — Seorang peguam ditahan kerana dipercayai bersubahat dengan seorang banduan bagi menyeludup masuk dadah ke dalam Penjara Marang.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditangkap di Jalan Hiliran di Pulau Kambing, dekat sini, kira-kira 10.45 pagi, 29 Dis lepas.
Beliau berkata suspek dipercayai bersubahat membawa masuk dadah ke penjara terbabit pada 23 Dis lepas melalui seorang banduan lelaki yang juga anak guamnya selepas selesai menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini.
“Setelah perbicaraan, banduan berkenaan dibawa pulang ke Penjara Marang dan diarah melalui pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas.
“Ketika pemeriksaan, pihak penjara mendapati terdapat objek asing dalam badan banduan itu lalu dihantar ke klinik penjara untuk pemantauan rapi,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Mohd Khairi berkata banduan berkenaan kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Merchang, Marang untuk pemeriksaan, sebelum dibawa semula ke klinik Penjara Marang untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata dalam tempoh dua hari, pihak penjara berjaya menemukan 123 gram pil Yaba, 21 gram ganja dan Erimin 5 (13 gram) yang kesemuanya bernilai RM16,000 setelah banduan berkenaan membuang air besar.
Jumlah dadah yang dikeluarkan itu, katanya mencukupi untuk kegunaan kira-kira 800 penagih.
“Susulan itu, pihak penjara telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Peguam itu kini direman hingga 4 Jan ini untuk siasatan lanjut Seksyen 107(C) dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan,” katanya. Mohd Khairi berkata polis kini meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan seorang suri rumah, Nurul Norasikin Aladin, 30, beralamat di Kampung Batin, Seberang Takir untuk membantu siasatan kes itu.
Beliau berkata peguam itu turut disiasat mengikut Seksyen 348 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kes membabitkan kurungan salah serta pemaksaan menyerahkan harta di sebuah bengkel di Paka, Dungun, 8 Dis lepas.
“Mangsa dalam kes ini ialah seorang ahli perniagaan yang didakwa dipaksa menyerahkan lima kereta, sebuah motosikal dan geran tanah selepas gagal menyelesaikan hutang pelaburan berjumlah RM353,000 oleh pemungut hutang ketika dalam tahanan.
“Mangsa telah berjumpa dengan suspek (peguam) untuk mendapatkan nasihat perundangan pada 15 Dis lepas. Suspek kemudian menghubungi pemungut hutang dan setelah perbincangan, mangsa diminta membayar sebanyak RM9,000 untuk mendapatkan satu daripada kereta terbabit,” katanya.
Mohd Khairi berkata siasatan dijalankan terhadap suspek bagi mendapatkan maklumat mengenai ejen pemungut hutang dan keadaan kereta milik mangsa.
Sumber: BERNAMA
The post Peguam Ditahan Disyaki Subahat Seludup Dadah Ke Penjara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2026/01/01/peguam-ditahan-disyaki-subahat-seludup-dadah-ke-penjara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Guru Antara Ditahan Kes Dadah

Polis Guru Antara Ditahan Kes Dadah

papar berkaitan - pada 24/12/2025 - jumlah : 121 hits
JAMLIAH ABDULLAHALOR SETAR Polis Kedah merekodkan sebanyak 27 657 tangkapan berkaitan dadah sepanjang tahun ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 13 2 peratus berbanding tahun lepas Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata daripad...
Panggil Orang Anjing Boleh Didenda Rm2 000 Penjara Hingga 6 Bulan Di Indonesia

Panggil Orang Anjing Boleh Didenda Rm2 000 Penjara Hingga 6 Bulan Di Indonesia

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 126 hits
Panggil Orang Anjing Boleh Didenda RM2 000 Penjara Hingga 6 Bulan Di Indonesia Individu yang memanggil orang lain dengan nama nama haiwan bakal berdepan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum 10 juta rupiah lapor Kompas Pakar undang...
Najib Razak Dijatuhkan Hukuman Penjara 15 Tahun Dan Denda Rm 11 3 Bilion

Najib Razak Dijatuhkan Hukuman Penjara 15 Tahun Dan Denda Rm 11 3 Bilion

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 124 hits
Pada hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak di atas semua empat pertuduhan salah guna kuasa serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan penyelewengan dan...
Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 177 hits
Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan RM1 53 Bilion KUALA LUMPUR 20 Dis Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal memproses dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa menerusi empat serb...
Tiga Warga China Didakwa Edar 26kg Dadah Methamphetamine Di Pulau Pinang

Tiga Warga China Didakwa Edar 26kg Dadah Methamphetamine Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 81 hits
Tiga lelaki warga China dibawa ke Mahkamah Majistret George Town dalam suasana tegang selepas mereka berdepan pertuduhan serius mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 26 025 kilogram Ketiga tiga suspek Xie Zhouji 38 Zhang Mea 32 dan C...
Wanita Dan Anak Angkat Rentung Polis Tahan Anak Lelaki Disyaki Ada Unsur Jenayah

Wanita Dan Anak Angkat Rentung Polis Tahan Anak Lelaki Disyaki Ada Unsur Jenayah

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 122 hits
BERNAMAButterworth Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna Telok Air Tawar di sini pada 10 Disember yang dipercayai mempunyai unsur...
Upah Rm150 Tak Berbaloi Polis Nasihat B49 Henti Seludup Migran

Upah Rm150 Tak Berbaloi Polis Nasihat B49 Henti Seludup Migran

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 113 hits
Polis Kelantan menasihatkan orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah supaya menghentikan penglibatan dalam aktiviti penyeludupan dan melindungi migran kerana berdepan hukuman berat yang tidak setimpal dengan upah diterima Ketua P...
Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 158 hits
Pihak pendakwaan mencadangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat agar menjatuhkan hukuman penjara maksimum sehingga 80 tahun serta denda berjumlah RM11 4 bilion terhadap Najib Tun Razak susulan sabitan empat pertuduhan menggunakan ked...
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 112 hits
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Ibu Zayn Rayyan Tangguh Hukuman Penjara SHAH ALAM 23 Dis Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ismanira Abdul Manaf untuk menangguhkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan terhadapnya ker...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

Jaguar Has Produced Its Last Internal Combustion Vehicle And Will Go All Electric From 2026

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Bersalah Terima Rasuah Sebanyak Rm2 000 Seorang Penolong Jurutera Majlis Bandaraya Kuantan Di Denda Rm16 000

Jangan Jahil Murakkab

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Keputusan Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2025

Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi