Nak Bagi Bayi Puting Boleh Bila Pandai Hisap Jari Masuk 4 6 Bulan Pastikan Stop


Memberikan bayi puting tiruan menimbulkan pelbagai pendapat di kalangan pihak. Masuk angin, gigi  jongang dan sebagainya menjadi ketakutan bagi ibu bapa yang ingin memberikan anak puting. Pandangan yang diberikan oleh konsultan tangisan bayi ini boleh anda jadikan panduan.
Rupa-rupanya memberikan bayi pun ada langkah-langkahnya. Tidak sekadar memberikan tanpa ilmu, ibu bapa perlu tahu beberapa perkara seperti tanda-tanda bayi lapar atau sekadar mahukan comfort sucking yaang boleh dipenuhi dengan hisapan pada puting ini. Berikut ialah perkongsian daripada Puan Uswatun Hasanah, Konsultan Tangisan Bayi dari Baby Language;
Sejak sekian lama kita di hidangkan dengan kata-kata tak enak tentang puting tiruan hingga buat ramai dari kita ‘anti puting’ akibat prasangka TERMASUKLAH saya suatu ketika dahulu.
Prasangka saya berakhir bila ilmu menyapa kerana saya tiada HUJAH ILMIAH untuk membalas dan mati akal dengan fakta depan mata.

#1: Hisap puting = hisap angin kosong? Lihat gambar bayi menghisap puting yang saya sertakan. Celah mana ye angin luar nak masuk? Jadi di mana asas hujah hisap angin kosong ini? Saiz puting yang di pilih mestilah sesuai dengan mulut bayi anda supaya pelekapan puting ke mulutnya kemas.
Hal yang sama di tekankan bila bayi menyusu badan dan bila bayi mengguna botol. PELEKAPAN MESTI KEMAS. Pelekapan yang kemas ada beberapa tujuan antaranya untuk kelancaran aliran susu (jika menyusu) , keselesaan dan meminimumkan kemasukan udara.
Ya, pelekapan tak kemas ketika menghisap puting boleh meningkatkan jumlah kemasukan udara ke dalam badan bayi seiring masa. Namun, jika itu berlaku, adakah ia salah puting atau salah ibubapa yang memilih puting?
Paling penting, udara bukan boleh masuk ketika menghisap puting saja. Sejumlah kecil udara akan sentiasa boleh masuk ke dalam badan bayi semasa menangis, tergelak, menyusu, menelan air liur dan bernafas menerusi mulut. Jadi, mengapa ‘salahkan’ puting saja?

#2: Beri puting = menipu bayi ? Buat yang belum tahu, tujuan menghisap kepada bayi ada dua iaitu;
1: Untuk mengenyangkan (nutritive sucking) dan;
2: Untuk mententeramkan (non nutritive sucking/comfort sucking).
Jika IBU TAHU bayi jelas, nyata dan terang sedang lapar, SENGAJA menyumbat puting tiruan kepada mereka itu ‘jahat’ kerana ia ibarat menipu bayi.
Soalnya, berapa lama bayi kecil yang sedang kelaparan boleh tertipu? Adakah logik bayi yang sedang kelaparan boleh berpuas hati menghisap puting kosong cukup lama hingga terlelap misalnya? Ini super tak logik. Lagi pula, yang jahat dalam situasi ini itu siapa? Ibu atau puting?
Bayi kecil adalah makhluk paling jujur yang tak akan berhenti menuntut keinginannya selagi tak di penuhi.
Satu bukti mudah? Ramai bayi masih enggan berhenti menangis walau sudah letih di pujuk ibu hanya kerana teknik menenteramkan ibu itu salah. Ibu yang penyayang dan sabar tetapi teknik yang salah, bayi tetap menangis.
Kenapa ini berlaku? Kerana bayi jujur. Mereka TAK BERFIKIR untuk menangis dan TAK BELAJAR untuk menangis serta TAK MEMILIH ORANG untuk menenangkannya. They just do it. Straight and simple. Lapar, tak selesa, rasa tak selamat dan sakit = mereka menangis. Kenyang, selesa, rasa selamat dan sihat = mereka diam. Itulah bayi kecil.
Jadi, anda masih rasa boleh menipu bayi kecil yang kelaparan dengan jayanya bermodalkan puting tiruan?

Perlu tahu tanda bayi lapar
Ibu perlu terlebih dahulu tahu membezakan bayi lapar atau tidak. Ilmu itu harus di dapatkan bukan saja dari bidang penyusuan bayi tetapi juga dari bidang tangisan bayi.
Bayi yang hanya mahukan ‘comfort sucking’ contohnya bayi hanya mahu menghisap untuk rasa rilek (mamai) sebelum tidur, lalu di berikan puting, jadi apa masalahnya? Celah mana pula menipunya?
Baik, mungkin ada yang kata, kenapa tak di beri bayi ‘comfort sucking’ di dada ibu saja? Bukankah lebih baik dan lebih mudah? Ya, saya 100% setuju kerana saya juga adalah ibu yang menggunakan dada untuk ‘comfort sucking’ kepada anak sulung saya.
FAKTANYA, BUKAN SEMUA BAYI SUKA comfort sucking di dada ibu berlama-lama. Ada sebahagian bayi yang jadi marah-marah bila di sua dada ibu ketika dia hanya cuba mahu ‘chill’ dan rilek, termasuk anak kedua saya .
Kenapa? Kerana ‘masalah’ dengan payudara ibu ialah ia tetap akan mengeluarkan susu setiap kali di rangsang dengan hisapan tak kiralah jenis hisapan apa pun. Mekanisma menyusu (makan) di dunia ini dan ketika di dalam rahim tak sama.
Menyusu di dunia ini adalah satu pekerjaan buat bayi. Mereka perlu menangis/menyampaikan signal mengesan lokasi sasaran puting berdasarkan bau dan reflek rooting menggerakkan rahang dan memulakan hisapanmenggerakkan lidah untuk membantu proses menelan susu menyilih ganti aksi menyusu dan bernafas dengan cepat dan berkesan di sepanjang proses.
Maka ya, ada bayi yang jadi ‘bengang’ bila perlu melakukan ini ketika mereka hanya mahu rilek dan tidur. Sebahagian bayi pula mempunyai keinginan menghisap yang ‘over active’ dan sukar di penuhi ibu di celah-celah tuntutan hidup yang lain. Maka inilah 2 contoh bagaimana puting amat membantu.

#3: Puting = gigi jongang = jangkitan telinga = lambat cakap = ketagih = kegagalan penyusuan ibu (keliru puting) = alat ‘shut up’? Puting di saran cerai menjelang usia anak pandai hisap ibu jari iaitu sekitar usia 4-6 bulan. Sebab, hisap ibu jari itu aktiviti hisap juga. Maka, ia memberi kesan menenteramkan yang sama. Bezanya kini ,anak telah ada kekuatan otot untuk mendapatkan sumber ‘menghisap’ itu dengan sendiri iaitu jarinya.
Bila anak telah mahir hisap jari, boleh lah terus cerai puting. Lagi pula, macam mana pula anak nak hisap kedua-dua, jari dan puting serentak, bukan?
Bila ibu bapa cerai IKUT SARANAN usia 4-6 bulan ini, anak belum ada gigi atau baru hanya ada beberapa batang gigi susu sahaja. Jadi, tak timbul langsung isu rosak gigi atau jonggang.

Apatah lagi isu lambat atau masalah percakapan. Ini kerana puting di saran cerai SEBELUM usia proses aktif bercakap bermula.
Alahai..sudahlah. Kurang beberapa bulan kita bakal ke tahun 2020. Letih rasanya nak menjawab skeptikal remeh – temeh di atas. Semua tohmahan di atas teramat sangat lapuk dan telah banyak kali di jawab oleh terlalu ramai professional dalam banyak artikel. Google je lah ye
Sumber: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
THB EDU USA
DBL SYDNEY
THE WONDER WEEKS ACADEMY
The post Nak Bagi Bayi Puting, Boleh. Bila Pandai Hisap Jari, Masuk 4-6 Bulan Pastikan Stop appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-bagi-bayi-puting-boleh-bila-pandai-hisap-jari-masuk-4-6-bulan-pastikan-stop/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk 6 Bulan Elfira Makin Nervous Bab Kelahiran Kalau Boleh Nak Bersalin Normal

Masuk 6 Bulan Elfira Makin Nervous Bab Kelahiran Kalau Boleh Nak Bersalin Normal

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 493 hits
Memasuki trimester kedua kehamilan dengan usia kandungan mencecah 6 bulan pelakon Elfira Loy mengakui diri gerun memikirkan detik kelahiran anak sulungnya nanti Elfira Loy juga turut berkongsi tentang pemeriksaan antenatal yang dilakukannya...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Tak Perlu Air Kosong Boleh Jadi Keracunan Sawan

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Tak Perlu Air Kosong Boleh Jadi Keracunan Sawan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 479 hits
Amalan beri makan dan air kosong kepada bayi 6 bulan ke bawah mungkin masih banyak berlaku di dalam masyarakat Mama dan papa kalau betul sayangkan anak hapuskan segera amalan ini Ibu bapa dan penjaga bayi termasuk pengasuh dan ahli keluarga...
Kalau Nak Bagi Puting Tunggulah Bayi Umur 3 4 Minggu Jangan Lahir Terus Bagi

Kalau Nak Bagi Puting Tunggulah Bayi Umur 3 4 Minggu Jangan Lahir Terus Bagi

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 632 hits
Suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari berkongsi tentang kebaikan risiko dan tip kepada ibu bapa yang ingin memberikan anak mereka puting atau pacifier Perkongsian tersebut dibuat melalui laman instagramnya Ummi dan...
Hari Hari Mama Boleh Tengok Syahmi Selepas 6 Bulan Di Icu Fadilla Dibenarkan Pulang

Hari Hari Mama Boleh Tengok Syahmi Selepas 6 Bulan Di Icu Fadilla Dibenarkan Pulang

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 524 hits
Setelah 6 bulan berada di hospital akibat komplikasi selepas bersalin ketika melahirkan anak sulungnya November tahun lalu akhirnya Nur Fadilla telah dibenarkan keluar wad ICU dan pulang ke rumah Walaupun keadaannya hanya terlantar dan masi...
600 000 Ponsel Ilegal Masuk Ke Ri Tiap Bulan Terbanyak Dari Singapura

600 000 Ponsel Ilegal Masuk Ke Ri Tiap Bulan Terbanyak Dari Singapura

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 262 hits
Direktur Industri Elektronika dan Telematika Kementerian Perindustrian Janu Suryanto mengatakan jumlah impor ponsel ilegal yang IMEI nya tidak terdaftar di Indonesia diperkirakan mencapai 600 ribu buah per bulan
Nak Masuk Ke Rumah Baru Jangan Abaikan 5 Perkara Ni Suami Wajib Buat

Nak Masuk Ke Rumah Baru Jangan Abaikan 5 Perkara Ni Suami Wajib Buat

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 394 hits
Berpindah ke rumah yang baru dibeli memang sangat menyeronokkan Rasa gembira dan bangga yang tidak terkira kerana dapat menyediakan sebuah rumah untuk isteri dan anak anak Anak anaklah orang yang paling gembira saat ni Pun begitu jangan han...
Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

Anak Asyik Nak Berdukung 24 Jam Ada Cara Ibu Boleh Buat Bagi Anak Faham

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 452 hits
Anak asyik nak berdukung je 24 jam Nak buat kerja pun tak boleh Letak je terus nangis Sampaikan kerja rumah jadi terbengkalai luah Aini Mesti ramai yang mengalami masalah anak asyik nak berdukung setiap masa dan akan menangis setiap kali le...
Tak Boleh Masuk Rumah Sebab Buka Tudung

Tak Boleh Masuk Rumah Sebab Buka Tudung

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 418 hits
tak boleh masuk rumah sebab buka tudung Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Siapa yang tak boleh masuk rumah sebab buka tudung tu Siapa yang buka tudung ni Ye saya Iye saya lah orang itu Saya lah yang buka tudung tu Saya lah yang ta...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids