Kenapa Sprm Timbulkan Tawaran Rm10 Juta Kepada Mp Sekijang Sedangkan Ia Hanya Coretan Laman Facebook Saja


 


Sebagai respon kepada laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail berhubung cubaan merasuah beliau untuk menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin, SPRM petang ini mengeluarkan kenyataan media dengan tajuk “SPRM SIASAT KEBENARAN ADUAN RASUAH RM10 JUTA KEPADA YB NATRAH”.
Dalam kenyataan tersebut, SPRM memaklumkan Natrah sebagai mengesahkan tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta oleh dua individu kepadanya untuk melompat parti.
SPRM dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima kehadiran Natrah di SPRM Cawangan Segamat, Johor bagi berbincang berhubung perkara itu.
“Dalam pertemuan itu, Natrah mengesahkan bahawa tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta seperti didakwa menerusi kenyataan di akaun Facebook dikenali sebagai Ops Johor.
“Bagaimanapun, SPRM akan terus menjalankan siasatan terhadap isu ini dengan beberapa saksi kes termasuk mengambil keterangan Natrah dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu lagi.


Berikut pula adalah kenyataan media Natrah berhubung laporannya kepada SPRM:-
Kenyataan Media Ahli Parlimen Sekijang
Pada 7hb Mac 2021
Hari ini saya telah membuat satu laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut.
Kejadian itu telah berlaku pada 3hb Mac yang lalu, dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.
Saya membuat laporan ini berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009, berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan.
Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera.
Sekali lagi saya nyatakan bahawa saya tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan saya tidak mahu mengkhianati Parti Keadilan Rakyat, pimpinan, dan yang terpenting pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.
Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.
Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata: “Lawan!”
YB Hjh Natrah Ismail
Ahli Parlimen Sekijang
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh Natrah, jelas intipatinya ialah tentang suatu kejadian cubaan mendapatkan sokongan beliau terhadap Muhyiddin dengan janji manfaat yang boleh diperolehi daripada sokongan tersebut.
Beliau menyebut kejadian yang berlaku pada 3 Mac lalu itu melibatkan dua individu, termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri.
Tidak disebut sama sekali tentang tawaran imbuhan bernilai RM10 juta kepadanya.
Begitu juga dalam pendedahannya sebelum ini, Natrah juga tidak pernah menyebut angka RM10 juta.
Tawaran kononnya berjumlah RM10 juta hanya disebut oleh sebuah laman Facebook yang dikenali sebagai Ops Johor, bahkan ini diakui sendiri oleh SPRM dalam kenyataan medianya.
Jika demikian, kenapa SPRM menimbulkan perkara tersebut dan menjadikannya tajuk kenyataan media sedangkan ia ditimbulkan oleh laman Facebook yang tiada kaitan sama sekali dengan Natrah?
Apakah tujuan SPRM mensensasikan pengakuan Natrah yang beliau tidak pernah ditawarkan rasuah RM10 juta itu?
Apakah SPRM cuba menggambarkan tiada rasuah dilakukan, walhal siasatan belum pun dijalankan lagi?
Siasatlah apa yang Natrah lapor, tak perlu kenyataan media jika tiada keperluan berbuat demikian.
Tak payahlah cari glamour dengan sikit-sikit nak keluarkan kenyataan media yang tidak berkaitan dengan topik siasatan yang sepatutnya, tapi akhirnya lebih menampakkan maksud tersirat apa yang cuba dilakukan.
Harapan rakyat ialah mahu SPRM menjadi sebuah badan yang betul-betul bebas, tidak kira kepada kerajaan atau pembangkang, bukan menampakkan kecondongan yang boleh menjejaskan intergriti.


 (Shahbudindotcom 07/03/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/kenapa-sprm-timbulkan-tawaran-rm10-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Natrah Nafi Ada Tawaran Rm10 Juta Keluar Parti

Natrah Nafi Ada Tawaran Rm10 Juta Keluar Parti

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 76 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myNatrah FOTO Arkib NSTPKuala Lumpur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail mengesahkan tiada tawaran rasuah berjumlah RM10 juta oleh dua indivi...
Cubaan Sogok Sokong Pm Mp Sekijang Buat Laporan Sprm

Cubaan Sogok Sokong Pm Mp Sekijang Buat Laporan Sprm

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 57 hits
Cubaan sogok sokong PM MP Sekijang buat laporan SPRMOleh March 07 2021Tidak sampai 24 jam selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengeluarkan kenyataan menafikan mereka dijadikan senjata politik bagi menguatkan sokongan kepada keraj...
Mp Pkr Buat Laporan Sprm Berkenaan Tawaran Kerajaan Pn

Mp Pkr Buat Laporan Sprm Berkenaan Tawaran Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 80 hits
MP PKR Buat Laporan SPRM Berkenaan Tawaran Kerajaan PN Ahli Parlimen Sekijang daripada PKR Natrah Ismail hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan percubaan mendapatkan sokongannya dengan janji...
Ahli Parlimen Sekijang Lapor Sprm Dakwaan Di Tawar Manfaat Untuk Sokong Muhyiddin

Ahli Parlimen Sekijang Lapor Sprm Dakwaan Di Tawar Manfaat Untuk Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 69 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Sekijang daripada Parti Keadilan Rakyat Natrah Ismail hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan percubaan mendapatkan sokongannya dengan janji manfaat yang boleh dipe...
Kompaun Rm10 000 Hanya Untuk Pesalah Berulang Cetus Penularan Covid 19

Kompaun Rm10 000 Hanya Untuk Pesalah Berulang Cetus Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 61 hits
Abdul Hamid berkata individu yang dikenakan kompaun RM10 000 boleh membuat rayuan bagi pengurangan kompaun kepada Kementerian Kesihatan JELI Kompaun RM10 000 yang berkuat kuasa pada 11 Mac ini hanya dikenakan terhadap individu melakukan kes...
Zahid Keluar Wang Yayasan Akalbudi Rm17 9 Juta Dedah Sprm

Zahid Keluar Wang Yayasan Akalbudi Rm17 9 Juta Dedah Sprm

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 95 hits
KUALA LUMPUR 21 Rejab 1442H Jumaat Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu berjumlah RM17 9 juta yang ...
Pegawai Sprm Nafi Tuduhan Rm2 Juta Terhadap Zahid Tak Berasas

Pegawai Sprm Nafi Tuduhan Rm2 Juta Terhadap Zahid Tak Berasas

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 100 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menghadapi 12 tuduhan pecah amanah lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM117 juta KUALA LUMPUR Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memberi ke...
Facebook Diarah Bayar Rm2 63 Bilion Selesai Pertikaian Kerahsiaan Dengan 1 6 Juta Pengguna

Facebook Diarah Bayar Rm2 63 Bilion Selesai Pertikaian Kerahsiaan Dengan 1 6 Juta Pengguna

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 94 hits
Mahkamah mengarahkan Facebook membayar AS 650 juta bagi menyelesaikan pertikaian kerahsiaan antara gergasi media sosial itu dengan 1 6 juta pengguna di sebuah negeri di Amerika Syarikat Hakim Persekutuan AS memberikan persetujuan akhir terh...
Kesan Astrazeneca Kalau Tak Percaya Menteri Ini Cakap Doktor

Bpr Fasa 2 Tarikh Penting Jumlah Baki Bayaran Bermula Esok 7 Mei 2021

Hiburan Lagi Resepi Ringkas Amp Enak Untuk Korang Cuba Ideal Fitri Barulah Sedap

Hiburan Bawa Watak Guru Prihatin Dalam Video Raya Gamuda Land Jasmine Suraya Tampil Manis Bertudung

Dia Lempang Kepala Saya Guna Sayur Wanita Buat Laporan Polis Dakwa Dikasari Peruncit Dipercayai Warga Asing

Bill Gates Hilang Separuh Kekayaan Selepas Bercerai

Parti Kemakmuran Negara

Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald S 2021 Kisah Inspirasi Cikgu Zuraini



Maxis Tawarkan Subsidi Sehingga RM300 60GB Internet Prihatin Sebulan Menerusi Kempen KauBoleh

5 Faedah Utama Beli Belah Dalam Talian Yang Jarang Diperkatakan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cukup Derita Itu Slot Samarinda TV3

7 Undang Undang Pelik Yang Hanya Wujud di Belanda

Ini Sebab Mengapa Arab Saudi Import Pasir Dari Negara Lain


Mekar Di Aidilfitri Bersama Kwc Fashion Wholesale

Akhirnya 2 Juta

Twitter Users Can Now Upload Photos In 4k Resolution And Crop Free

Menangis Kena Tahan Roadblock Polis Akhirnya Benarkan Wanita Ini Balik Kampung Sebab Hilang Kerja

Mulai 10 Mei Rentas Daerah Tidak Dibenarkan Di Sabah

Idea Iklan Raya Saji Didakwa Idea Ciplak Saji Tampil Beri Penjelasan