Pecah Amanah Rm6 6 Bilion Najib Irwan Gagal Supaya Dilepas Tanpa Bebas


freemalaysiatoday.com
Bernama
-March 3, 2022 3:48 PM

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Najib Razak dan Mohd Irwan Serigar Abdullah untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion membabitkan International Petroleum Investment Company (IPIC) yang dihadapi mereka.

Hakim Muhammad Jamil Hussin dalam keputusannya berkata mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan tersebut, mengambil kira faktor pihak pendakwaan telah bersedia dengan perbicaraan.

“Tarikh perbicaraan selama 32 hari pada September 2021 sudah ditetapkan sebelum ini, namun telah dilapangkan atas permohonan pihak pendakwaan dan ia tidak dibantah oleh pihak pembelaan.

“Permohonan untuk dilepaskan tanpa dibebaskan mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah hanya boleh dibenarkan jika pendakwaan tidak berhasrat untuk meneruskan kes,” katanya dan menetapkan 1 hingga 4 April 2023, 8-11 April dan sepanjang Mei tahun depan sebagai tarikh perbicaraan baharu kes tersebut.

Najib, 68, dan Irwan, 63, memohon dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu hari ini, semasa pengurusan kes berkenaan atas alasan mereka telah dituduh sejak 2018 namun masih belum dibicarakan sehingga kini.

Terdahulu, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Najib berhujah walaupun selepas didakwa empat tahun lepas, kes terhadap anak guamnya masih tergantung dan perbicaraan belum lagi bermula.

“Pada masa sama, kami memohon beberapa dokumen daripada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, tetapi ia masih belum dilengkapkan. Oleh itu, kami pohon satu perintah lepas tanpa bebas diberikan kepada anak guam kami,” katanya.

Peguam K Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan berkata pihaknya tidak meragui proses mahkamah atau pihak pendakwaan, tetapi kes yang dihadapi anak guamnya masih lagi tergantung dan disebut sebanyak 14 kali di mahkamah sejak Oktober 2018.

“Kes ini telah tergantung kerana tiada kesesuaian tarikh bicara berikutan tertuduh pertama iaitu Datuk Seri Najib sedang dibicarakan di beberapa mahkamah berbeza, dan pihak kami mendapat makluman daripada peguam beliau, tarikh yang masih tersedia hanyalah pada tahun 2023.

“Sekiranya Yang Arif membenarkan permohonan ini (lepas tanpa bebas), pihak pendakwaan boleh mengemukakan semula pendakwaan pada bila-bila masa,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi bagaimanapun membantah permohonan itu, atas alasan tidak adil bagi mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan pada peringkat ini (sebelum perbicaraan).

Beliau berkata pihak pendakwaan bersedia untuk menjalankan kes, di mana sudah tiga kali serahan dokumen dibuat mengikut Seksyen 51A dan mengikut peruntukan undang-undang, mereka boleh mengemukakan dokumen tambahan jika ada sebelum perbicaraan.

“Pendakwa raya mewakili 34 juta orang awam yang ingin melihat kes ini dibicarakan, bukan boleh dilepas tanpa dibebaskan begitu sahaja. Kami bersedia untuk membuktikan tuduhan terhadap kedua-dua tertuduh,” katanya.

Pada 24 Okt 2018, Najib dan Irwan mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan pecah amanah ke atas harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion, berkaitan bayaran kepada IPIC.

Mereka dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Dis 2016 dan 18 Dis 2017, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/pecah-amanah-rm66-bilion-najib-irwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bicara Kes Saman As 1 18 Bilion Yang Di Fail Src Terhadap Najib Bermula 13 Februari 2023

Bicara Kes Saman As 1 18 Bilion Yang Di Fail Src Terhadap Najib Bermula 13 Februari 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 148 hits
KUALA LUMPUR Kes saman AS 1 18 bilion yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditetapkan untuk perbicaraan selama 16 hari bermula 13 Feb tahun depan Tarikh itu ditetapkan oleh...
Isu Rm2 6 Bilion Najib Nak Saman Dia Boleh Saman Shamsul Iskandar

Isu Rm2 6 Bilion Najib Nak Saman Dia Boleh Saman Shamsul Iskandar

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 148 hits
Saman fitnah Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak terhadap Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tidak sewajarnya berlaku di atas isu skandal Malaysia Development Berhad yang telah diketahui umum Menurut Ahli...
Sudah Tulis Surat Ke4 Mahathir Masih Gagal Paksa Rakyat Benci Najib

Sudah Tulis Surat Ke4 Mahathir Masih Gagal Paksa Rakyat Benci Najib

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 222 hits
Oleh Sirajuddin AhmadTUN MAHATHIR kini telah pun menulis surat ke Empat dalam siri kempen nya untuk PRN Johor Unprecedented bagi Tun Mahathir untuk berbuat sedemikian dalam apa apa keadaan Diwaktu hendak menjatuhkan Perdana Menteri Tuanku A...
Dr M Saya Ratib Nama Najib Supaya Dia Tak Kembali Berkuasa

Dr M Saya Ratib Nama Najib Supaya Dia Tak Kembali Berkuasa

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 118 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 20 2022 11 35 AMBekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui dia malu untuk meratib nama seteru politiknya Najib Razak yang terpalit tuduhan penyelewengan dana negara Namun kata Dr Mahathir dia berbuat ...
Najib Akan Saman Shamsul Iskandar Kerana Fitnah

Najib Akan Saman Shamsul Iskandar Kerana Fitnah

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 232 hits
freemalaysiatoday com February 24 2022 10 13 PMNajib Razak menafikan dakwaan Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan berkata beliau tidak didakwa menyeleweng dana sebaliknya dituduh atas pengubahan wang PETALING JAYA Najib Razak mengarahkan pegua...
Najib My Kids Never Worked For Goldman Sachs

Najib My Kids Never Worked For Goldman Sachs

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 185 hits
Former prime minister Najib Abdul Razak today clarified that his children had never worked for Goldman Sachs Najib said media reports had given the impression that he was induced by Goldman Sachs with purported offers for his children to wo...
Najib Tak Tahu Laporan Bank Negara Mengenai Suami Zeti

Najib Tak Tahu Laporan Bank Negara Mengenai Suami Zeti

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 132 hits
malaysiakini comDiterbitkan Feb 24 2022 8 16 PMBekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidak tahu menahu mengenai sebarang laporan maklumat yang dibuat Bank Negara Malaysia melibatkan suami kepada bekas gabenor bank pusat berkenaan Pa...
Pet Expo Midvalley 2024

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah

Lucy M Enggai Tundi Dek Chord

Sivasangari On Cloud Nine As She Breaks Into World Top 10

2 Termasuk Penjawat Awam Ditahan Kes Tuntutan Palsu Di Sabah

Ktmb Tambah Baik Garis Panduan Susulan Kontroversi Pesta Dalam Tren

Bolehkah Berbuka Puasa Karena Merasa Pusing