Bicara Kes Saman As 1 18 Bilion Yang Di Fail Src Terhadap Najib Bermula 13 Februari 2023




KUALA LUMPUR - Kes saman AS$1.18 bilion yang difailkan SRC International Sdn Bhd terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditetapkan untuk perbicaraan selama 16 hari bermula 13 Feb tahun depan.
Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Suriani Ujang semasa pengurusan kes tersebut yang berlangsung secara dalam talian di sini hari ini.
Pada prosiding itu, Najib diwakili peguam Wan Mohammad Arfan Wan Othman manakala Lisa Yong hadir bagi pihak SRC.
Mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan kes itu pada 13 hingga 16 Feb, 20 hingga 23 Feb, 6 hingga 9 Mac dan 13 hingga 16 Mac 2023.
Pada Selasa lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin menolak permohonan Najib untuk menggantung prosiding kes saman itu selepas berpendapat Najib tidak akan diprejudis jika saman tersebut diteruskan ketika beliau menunggu rayuan kes jenayah membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC di Mahkamah Persekutuan.
Pada 7 Mei tahun lepas, SRC di bawah pengurusan barunya, memfailkan saman terhadap Najib serta bekas-bekas pengarah syarikat itu Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Tan Sri Ismee Ismail.
Bagaimanapun, syarikat itu kemudian menggugurkan keenam-enam nama daripada saman tersebut dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.
SRC mendakwa Najib telah menyalah guna kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan.
Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.
SRC, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 7 Disember tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC selepas menolak rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Pada hari sama, Najib memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/02/bicara-kes-saman-as118-bilion-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saman Najib Terhadap Kerajaan Serangan Sampingan Dalam Kes Jenayahnya Agc

Saman Najib Terhadap Kerajaan Serangan Sampingan Dalam Kes Jenayahnya Agc

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR 27 Rejab 1443H Selasa Kerajaan Malaysia mendakwa saman RM1 9 juta yang dikemukakan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kerajaan dan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas adalah satu tindakan yang menyalahgunakan proses mahka...
Kes Src Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Najib Tangguh Rayuan

Kes Src Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Najib Tangguh Rayuan

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 189 hits
March 3 2022 Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd yang...
Kes Src Permohonan Najib Tangguh Rayuan Berkaitan Bukti Baru Ditolak

Kes Src Permohonan Najib Tangguh Rayuan Berkaitan Bukti Baru Ditolak

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 220 hits
malaysiakini comDiterbitkan Mar 2 2022 5 37 PMMahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baru dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC Internatio...
Src S Us 1 18b Suit Vs Najib Trial Set For Feb March 2023

Src S Us 1 18b Suit Vs Najib Trial Set For Feb March 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 282 hits
SRC International Sdn Bhd s US 1 18 billion civil suit against former Prime Minister Najib Razak has been set for a 16 day hearing beginning Feb 13 next year The dates were fixed by High Court Deputy Registrar Suriani Ujang during online ca...
Mahkamah Tolak Usul Tangguh Saman As 1 18b Src Ke Atas Najib

Mahkamah Tolak Usul Tangguh Saman As 1 18b Src Ke Atas Najib

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 260 hits
malaysiakini comProsiding saman sivil AS 1 18 bilion SRC International ke atas Najib Razak masih akan diteruskan meskipun rayuan kes jenayah SRC bekas perdana menteri itu masih belum selesai di mahkamah persekutuan Mahkamah Tinggi Kuala Lum...
Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Najib Untuk Gantung Prosiding Saman Sivil Src

Mahkamah Tinggi Menolak Permohonan Najib Untuk Gantung Prosiding Saman Sivil Src

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk menggantung prosiding saman sivil USD1 18 bilion SRC International Sdn Bhd terhadapnya Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin berkata Najib 6...
Beza Kes Najib Dan Anwar

Beza Kes Najib Dan Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 215 hits
ABDULLAH MAT ISABeza Kes Anwar dan NajibKes Anwar Fakta Banyak bercanggah dan meragukan Bukti Tiada bukti kukuh kaitan bukti dan keterangan saksi juga bercanggah dan meragukan Dahi Saiful hitam mcm Razman Kastam tapi boleh tak mandi wajib t...
Saya Tak Pernah Minta Muhyiddin Campur Tangan Kes Kata Najib

Saya Tak Pernah Minta Muhyiddin Campur Tangan Kes Kata Najib

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 263 hits
freemalaysiatoday com February 18 2022 4 08 PMNajib Razak berkata beliau hanya menemui Muhyiddin sekali ketika beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada Dis 2020 untuk meminta orang ramai dibenarkan membuat pengeluaran daripada Kumpulan Wan...
Saya Dah Rasa Lega Dah Balu Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Rm60 000

Saya Dah Rasa Lega Dah Balu Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Rm60 000

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 236 hits
Selepas hampir dua tahun akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya Ali Puteh Doakan yang baik baik untuk saya dan anak saya Saya dah rasa lega dah kata Hidayah rin...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Masuk Ke Muzium Tak Perlu Bayar

Ferrari Terbakar Selepas Terbabas Langgar Penghadang Jalan Jurutera Dan Teman Wanitanya Selamat

Hilang Landyard Di Ktm Komuter Seremban


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Faro168 Faro168 World 12 July 25 168 Casino Faro168 Top 90 By Prince

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks