Pau2017 Bermulanya Teka Teki Tarikh Pru14
Perhimpunan Agung UMNO adalah satu acara yang sangat sinonim bagi penyokong UMNO itu sendiri, bila mana pada PAU inilah merupakan peluang terbaik bagi mereka untuk bersua muka dengan sahabat-sahabat mereka yang hanya berbual di media sosial sahaja sebelum ini. Maka tidak hairan jika kafe Riverside selalu ‘fullhouse’ apabila tiba musim PAU.
Itu belum termasuk lagi dengan kehadiran makcik-makcik yang datang dari seluruh pelusuk kampung ke PWTC walaupun hanya memenuhi ruang legar di tingkat bawah kerana disitu terpasang skrin besar untuk menonton siaran secara langsung persidangan dari Dewan Merdeka. Namun itu adalah perkara yang menjadi kebiasaan apabila menjelang PAU.
Menariknya tentang PAU kali ini adalah selepas berakhirnya PAU maka muncullah teka-teki bilakah, parlimen bakal dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan yang isu PRU ini pun sudah lama juga meniti dibibir setiap batang tubuh apabila bersembang tentang politik. Mana tidaknya apabila ura-ura ini sudah lama dibuat apabila pelbagai ‘feel good factor’ telah wujud sepanjang penggal ini, lebih-lebih lagi dengan kejayaan Temasya Sukan SEA yang menyaksikan Malaysia kembali bergelar juara selepas kali terakhir adalah pada tahun 2001.
Usah dipedulikan apa yang dimomokan oleh pembangkang tentang usaha dan ‘effort’ yang dilakukan kerajaan sepanjang penggal ini lagipun apa yang mereka tahu hanyalah untuk melihat kegagalan kerajaan sahaja. Apabila bercakap tentang pulangan yang diperolehi terus sahaja diam apabila dibentangkan. Adakah ciri wakil rakyat yang begini kita mahukan? Jawapannya tidak!
Berbalik kepada isu pokok tadi, teka-teki tentang tarikh bilakah pembubaran Parlimen itu adalah terletak ditangan YAB PM sebenarnya, malah perkara itu masih menjadi teka-teki sebenarnya apabila ianya masih dirahsiakan kepada umum. Malahan, orang-orang kanan beliau pun tidak dibenarkan untuk diberitahu kepada umum, biarlah ia kekal menjadi rahsia dahulu agar setiap jentera terus dengan kesiap-siagaan dahulu walau apa cara sekalipun
PAU2017 bakal membuka tirainya perasmiannya maka buat seluruh perwakilan dan pemerhati serta petugas yang hadir ke PWTC, semoga segala input yang diperolehi dari PAU kali ini perlu disampaikan kepada rakan yang berada dikampung agar mereka pun kekal bersama dengan kita. Semoga PAU kali ini menjadi 'booster' buat kita semua untuk kembali menawan 2/3 kerusi di parlimen. Akhir kata, selamat bersidang buat semua para perwakilan. Wallahualam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hishamuddinz.blogspot.com/2017/12/pau2017-bermulanya-teka-teki-tarikh.html