Patut Mca Melingkup

ISU KEDAULATAN PERJANJIAN MALAYSIA - US: RESPON KEPADA WEE KA SIONG
Kartun la kamu ni Wee Ka Siong! Takkan dua dua agremement tu kamu tak baca, sila baca tulisan saya ni;
Kemboja lebih bijak daripada Malaysia sebab ayat dalam perjanjian Amerika–Kemboja sebut “jangan jejas kedaulatan,” tapi versi Malaysia tak tulis perkataan tu. Itu naratif separuh masak dan spin!
Dalam rundingan antarabangsa, bukan ayat yang tentukan kekuatan negara — saiz ekonomi & kuasa tawar-menawar yang tentukan hasil.
Realitinya, Malaysia tak perlukan ayat defensif macam Kemboja sebab kita masuk rundingan sebagai rakan perdagangan besar — bukan negara kecil minta perlindungan.
Malaysia ekonomi 9 kali lebih besar, perdagangan dengan AS 7 kali ganda lebih tinggi, dan kita dapat akses lebih >18,000 produk ke pasaran Amerika dengan kadar tarif sangat rendah.
Deal Malaysia jauh lebih besar, lebih kompleks dan lebih strategik; sebab itu bahasa dipakai bahasa teknikal — persetujuan bersama, timeline dipersetujui dua pihak. Itu tanda kuasa tawar-menawar kuat, bukan tunduk.
Kalau Malaysia “tunduk”, sudah lama kita ikut sekatan AS terhadap China. Tapi hari ini Malaysia kekal bebas — China pelabur terbesar, AS juga rakan dagang utama, dan kita dapat manfaat dua-dua blok kuasa.
Kemboja perlu tulis “kedaulatan” sebab mereka di posisi bertahan. Malaysia pula dalam posisi rakan strategik ekonomi dgn US. Negara kecil minta jaminan. Negara kuat tetapkan syarat dan dapat manfaat lebih besar.
PERBANDINGAN DATA:
1. Perbandingan Saiz Ekonomi (KDNK)
▪️Malaysia - RM1.98 trilion
▪️Kemboja - RM217 bilion
Malaysia ~9 kali lebih besar daripada Kemboja. Malaysia bukan negara yang perlukan frasa perlindungan dalam perjanjian — Malaysia ada kuasa tawar-menawar.
2. Perdagangan dengan US
▪️Malaysia - USD 72 bilion (~RM338B)
▪️Kemboja - USD 11 bilion (~RM52B)
Malaysia berdagang 7 kali lebih besar dengan Amerika. Ini bukan “tunduk”. Ini negara besar berunding cara negara matang.
Kemboja perlukan ayat “kedaulatan” sebab mereka perlukan perlindungan.
3.Akses Produk ke Pasaran AS
▪️Malaysia: >18,000 produk diberi manfaat tarif dan 98.4% eksport ke AS diberi akses lebih baik (MITI release).
▪️Kemboja: majoriti akses hanya sektor garmen/footwear (low-value products).
Negara kecil minta jaminan. Malaysia tetapkan syarat, dapat akses pasaran lebih besar, dan kekal bebas berdagang dengan AS & China serentak. Malah gerakan ASEAN FIRST dan joint BRICS utk imbang US.
Wee Ka Siang elok sekolah balik! Rujuk balik semua kes kes kamu masa jadi Menteri dulu. Tak perform pun!
Syam Ghaz
RUJUKAN:
1. rujukan: https://tradingeconomics.com/malaysia/gdp
2. https://fred.stlouisfed.org/series/ MKTGDPKHA646NWDB
3. https://www.aljazeera.com/economy/2025/2/14/malaysias-economy-grows-5-1-in-2024-on-strong-investment-domestic-demand
4. https://www.worldbank.org/en/news/video/2024/06/06/cambodia-economic-update-june-2024-export-revival-and-trade-shifts
5. Sumber rasmi US Gov: Malaysia–US: https://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5570.html
6. Sumber rasmi US Gov: Cambodia–US: https://www.census.gov/foreign-trade/balance/c5550.html
7. MITI — US Trade Benefits
https://www.miti.gov.my
8. Office of the US Trade Representative
https://ustr.gov
9. Malaysia GDP — World Bank
https://data.worldbank.org/indicator/NY.GDP.MKTP.CD?locations=MY
10. Cambodia GDP — Macrotrends
https://www.macrotrends.net/countries/KHM/cambodia/gdp-gross-domestic-product
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/11/patut-mca-melingkup.html