Cara Terminate Unifi Online Je
Kalau korang tengah pening nak
terminate UniFi tapi tak tahu nak mula dari mana, aku faham sangat. Aku pun
dulu fikir kena pergi TMpoint, isi borang, tunggu giliran bagai. Rupanya boleh
terminate UniFi online je, dan prosesnya tak serumit yang disangka.
Sebelum buat keputusan terminate,
aku sempat minta pandangan adik aku juga. Kebetulan dia pun baru je terminate
UniFi secara online. Dia cakap kalau nak cepat dan senang urus, boleh je pergi
cawangan TMpoint terus. Tapi sebab aku malas nak keluar dan lebih suka urus
dari rumah, aku pilih jalan kedua, terminate UniFi online je.
Terminate UniFi Online 2025
Jadi ni aku kongsikan pengalaman
sebenar aku terminate UniFi pada tahun 2025, lengkap dengan tarikh dan
langkah-langkah yang aku buat sendiri. Apa aku kongsi ni ikut pengalaman aku
sendiri ya. Oh ya, sebelum ni aku terminate Astro melalui panggilan telefon je.
Tarikh Penting Langgan Sampai
Terminate
26 Oktober 2020 – Mula langgan
UniFi.25 Ogos 2025 – Buat keputusan nak
terminate sebab nak pindah rumah sementara (rumah tengah renovate).27 Ogos 2025 – Hantar email
permohonan termination.29 Ogos 2025 – Terima balasan
pertama dari UniFi.8 September 2025 – Buat follow-up
sebab tak dapat call pengesahan.10 September 2025 – Terima
balasan kedua dari UniFi.11 September 2025 – Terima
panggilan pengesahan termination.
Akaun sah ditamatkan selepas
proses 28–30 hari.
Kenapa Aku Terminate UniFi?
Sebenarnya aku sayang juga nak
terminate sebab dah pakai sejak 2020 tanpa masalah besar. Sepanjang masa tu
juga aku pernah kongsi juga kenapa aku Tukar Kabel Copper UniFi Ke Fiber.
Tapi disebabkan rumah aku tengah
renovate dan kami kena pindah ke rumah sewa sementara (jangkaan dalam dua
bulan). Pilihan yang ada ialah relocate atau kena cari alternatif lain
menggantikan UniFi.
Nak relocate UniFi ke rumah
sementara terasa menyusahkan, tambah pula ada caj pindah. Jadi selepas fikir
panjang, aku ambil keputusan paling praktikal; terminate dan cari pengganti
UniFi.
1. Call Customer Service
Aku call UniFi Customer Service
(100), untuk tanya prosedur nak terminate. Bercakap dengan Encik Hakim, pegawai
yang bantu aku dari awal. Dia bagitahu proses termination kena buat melalui
email rasmi, bukan terus melalui panggilan.
Minta aku hantar email rasmi ke
[email protected] bersama beberapa dokumen:
Termination request report number (no request).Salinan kad pengenalan (depan
& belakang).Penyata bank (untuk refund jika
ada lebihan bayaran).
2. Hantar Email Permohonan
Terminate
Tapi aku tak terus hantar hari
sama sebab sibuk dengan urusan pindah. Jadi aku email semua dokumen pada 27 Ogos 2025. Lewat dua hari dari tarikh aku call.
3. Selesaikan Bil Tertunggak
Sebelum hantar email, aku dah
jelaskan semua bil tertunggak supaya tak ganggu proses terminate. Ini penting
sebab kalau ada baki belum bayar, permohonan terminate akan tergantung. Aku
semak terus guna UniFi app.
4. Customer Support UniFi Balas
Dua hari lepas tu (29 Ogos 2025),
UniFi balas emel aku. Dalam balasan tu, mereka bagitahu permohonan aku dah
dihantar ke pasukan khas untuk tindakan lanjut, dan akaun akan ditamatkan dalam
28–30 hari selepas notis diterima. Mereka juga beritahu akan buat
panggilan pengesahan dalam masa 7 hari dari nombor: +60320217930
5.Tak Terima Panggilan
Pengesahan, Follow-Up
Aku tunggu seminggu macam yang
diberitahu, tapi tak ada sebarang panggilan pun dari pihak termination team.
Jadi pada 8 September 2025, aku hantar follow up email. Lepas seminggu, aku tunggu-tunggu
tapi tak ada siapa pun call. Jadi aku email follow-up pada 8
September 2025. Ringkas je ayat aku tapi tegas.
6. Customer Support UniFi Balas
Lagi
Macam biasa, dua hari kemudian
(10 September), mereka balas semula:
“The termination process is
currently in progress. During this period (28–30 days), the account must remain
active and all bills must be cleared.”
Maksudnya proses memang berjalan,
cuma ambil masa. Aku pula jenis tak penyabar. Yelah nanti kalau aku kena bayar
lebihan caj memang tak mahu lah aku.
7. Terima panggilan Dari UniFi
Support
Akhirnya 11 September 2025, pihak
UniFi call aku untuk pengesahan akhir. Staff cuma nak tahu sebab termination
dan bagi sedikit penerangan. Dia ada juga offer alternatif (pindah lokasi atau
downgrade pelan), tapi tiada unsur paksaan.
Aku jelaskan aku terminate sebab
nak berpindah dan dia faham. Alhamdulillah proses berjalan lancar tanpa drama.
Syukur sangat sebab tak payah beratur kat TMpoint pun.
Tips Untuk Korang Yang Nak
Terminate UniFi Online
Pastikan bil tiada tunggakan. Kalau
tak, sistem akan hold permohonan.Simpan semua rujukan dan
screenshot emel. Berguna kalau perlu follow up.Kalau tak dapat call dalam 7
hari, follow up sendiri. Kadang sistem delay.Sabar. Proses ambil masa lebih
kurang sebulan untuk lengkap.
Kesimpulan
Untuk aku, proses terminate UniFi
secara online ni tak susah pun, cuma kena sabar tunggu respon dan call
pengesahan. Pastikan semua bil dah dibayar dan dokumen lengkap masa
email, itu yang paling penting.
Kalau nak cepat, boleh juga terus
ke TM Point terdekat, tapi bagi aku, buat online pun dah cukup senang.
Nota kecil: Aku kongsi ni ikut
pengalaman sendiri je masa terminate UniFi tahun 2025. Cara atau tempoh mungkin
berbeza ikut situasi dan polisi semasa. Jadi elok juga semak dulu dengan pihak
UniFi, ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2025/11/cara-terminate-unifi-online.html