Pastikan Menteri Isytihar Harta Kata Aktivis Anti Rasuah



PETALING JAYA: Aktivis anti-rasuah mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memastikan senarai anggota Kabinet ditapis terlebih dahulu sebelum dilantik ke jawatan masing-masing, tetapi menggesa beliau mengambil langkah seterusnya dengan memastikan mereka juga mengisytiharkan harta.

Tranparency International Malaysia (TI-M) mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin kerana tidak memilih anggota Kabinet dalam kalangan “ahli politik yang sedang dibicarakan atau mereka yang disyaki terbabit dengan rasuah”.

Semalam, presiden TI-M Muhammad Mohan menggesa perdana menteri supaya menghalang mana-mana orang yang disyaki terlibat dengan rasuah atau menghadapi perbicaraan di mahkamah daripada memegang jawatan Kabinet atau jawatan tinggi awam lain.

Muhammad berkata, beliau mahu melihat lebih ramai teknokrat dilantik ke dalam Kabinet kerana ia boleh meningkatkan kepercayaan orang awam.

“Bagaimanapun kita harus memberi mereka peluang untuk bekerja dan mencapai objektif kementerian masing-masing, selain memaklumkan KPI mereka secara telus,” katanya kepada FMT.

Muhammad juga mengingatkan anggota Kabinet supaya melaksanakan tugas mereka “secara bersungguh-sungguh, jujur, berintegriti dan profesional”.

“Mereka juga harus diminta mengisytiharkan harta kepada umum bagi menepis persepsi negatif.”

Ketika mengumumkan Kabinetnya petang ini, Muhyiddin berkata mereka ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis bagi memastikan pentadbirannya diisi dengan individu yang berintegriti.

Bekas presiden TI-M Akhbar Satar berkata, walaupun langkah menapis anggota Kabinet sesuatu yang baik, amat penting juga menteri merupakan individu yang berintegriti, terutama mereka yang memimpin kementerian kesihatan, pelajaran, pendidikan tinggi, dalam negeri dan pertahahan, selain menteri kanan.

“Kementerian ini menguasai aset dan sumber yang mahal,” katanya.

Akhbar juga berkata, menteri harus diwajibkan mengisytihar harta mereka bagi menzahirkan ketelusan lebih tinggi.

Katanya, dengan berbuat demikian, menteri akan membuktikan kepada orang awam bahawa mereka berintegriti dan memandang tanggungjawab masing-masing dengan serius.

Selain itu katanya, ia juga menunjukkan bahawa mereka tidak mudah terseleweng dalam menjalankan tugas sebagai “penggubal undang-undang yang jujur dan berkeperibadian baik”.

Seorang lagi bekas presiden TI-M Ramon Navaratnam berkata, walaupun tapisan itu suatu langkah yang baik, beliau berharap lebih banyak masa diperuntukkan untuk siasatan lebih terperinci dibuat.

“Ini akan memberikan keyakinan lebih tinggi kepada orang awam kerana defisit kepercayaan terhadap ahli politik juga tinggi.”

Beliau berkata, menteri yang baru dilantik perlu mengisytiharkan harta mereka secepat mungkin.

“Hanya demikian rakyat akan yakin dengan kompositi barisan Kabinet,” katanya.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/pastikan-menteri-isytihar-harta-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingat Kembali Sistem Beraja Sudah Lapuk Dan Ketinggalan Zaman Kata Aktivis Ph

Ingat Kembali Sistem Beraja Sudah Lapuk Dan Ketinggalan Zaman Kata Aktivis Ph

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 270 hits
PEGUAM dan aktivis Pakatan Harapan mendakwa sistem Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan didalam institusi demokrasi negara berikutan kewujudan monarki dianggap ketinggalan zaman dikebanyakan negara di dunia Fadiah Nadwa Fikri berkata demi...
Pas Gila Nak Jadi Menteri Punca Membisu Dakwa Aktivis Media Sosial

Pas Gila Nak Jadi Menteri Punca Membisu Dakwa Aktivis Media Sosial

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 419 hits
Malaysia Dateline Pas hanya membisu ketika rakannya dalam Muafakat Nasional bertungkus lumus menyerang Kabinet Muhyiddin Tindakan Pas yang senyap sunyi terhadap pelantikan beberapa menteri yang dikira terpalit dengan skandal menjijikkan dis...
Saya Sihat Alhamdulillah Kata Bekas Menteri

Saya Sihat Alhamdulillah Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 551 hits
KUALA LUMPUR Bekas menteri yang dikaitkan dengan individu yang disahkan positif koronavirus mengesahkan dirinya negatif jangkitan itu selepas melakukan ujian dan pengesanan penyakit itu
Individu Bersih Berintegriti Bebas Rasuah Akan Dilantik Sebagai Menteri Pm

Individu Bersih Berintegriti Bebas Rasuah Akan Dilantik Sebagai Menteri Pm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 471 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurunkan tandatangan pada borang rasmi sempena hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra Putrajaya foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedar...
Bukan 6 Cuma 3 Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri Ph Kata Ppbm

Bukan 6 Cuma 3 Sokong Dr M Sebagai Calon Perdana Menteri Ph Kata Ppbm

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 830 hits
KUALA LUMPUR Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Mohd Redzuan Mohd Yusof menolak dakwaan bahawa 6 ahli Parlimen parti itu tidak menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri Katanya dakwaan bahawa 6 ahli Parlimen PPBM bersetuju m...
Virus 039 Hukuman Tuhan 039 Kepada Negara Barat Kata Menteri Zimbabwe

Virus 039 Hukuman Tuhan 039 Kepada Negara Barat Kata Menteri Zimbabwe

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 204 hits
Virus hukuman tuhan kepada negara barat kata menteri Zimbabwe Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Mar 2020
Bekas Menteri Ph Tak Perlu Bising Tuntut Kredit Hargailah Pegawai Perkhidmatan Awam Kata Tuan Ibrahim

Bekas Menteri Ph Tak Perlu Bising Tuntut Kredit Hargailah Pegawai Perkhidmatan Awam Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 273 hits
Tiada seorang menteri pun yang boleh menuntut kredit ke atas dirinya dalam usaha Malaysia mengembalikan semula sisa buangan plastik yang dibawa secara haram ke negara ini menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar...
Siasatan Skandal Land Swap Aset Tentera Diteruskan Kata Menteri Pertahanan

Siasatan Skandal Land Swap Aset Tentera Diteruskan Kata Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan baru akan meneruskan siasatan ke atas projek membabitkan Kementerian Pertahanan yang diluluskan pentadbiran terdahulu termasuk projek land swap atau pertukaran tanah kata Menterinya Ismail Sabri Yaakob Saya tidak tahu ...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa