Siasatan Skandal Land Swap Aset Tentera Diteruskan Kata Menteri Pertahanan



KUALA LUMPUR: Kerajaan baru akan meneruskan siasatan ke atas projek membabitkan Kementerian Pertahanan yang diluluskan pentadbiran terdahulu, termasuk projek “land swap” atau pertukaran tanah, kata Menterinya, Ismail Sabri Yaakob.

“Saya tidak tahu mana yang sudah selesai, tapi yang belum selesai, tertangguh kita akan teruskan.

“Yang diserah kepada pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan sebagainya itu di bawah tanggungjawab SPRM,” katanya selepas mesyuarat pertama Kementerian Pertahanan hari ini.

Beliau berkata, taklimat khusus berhubung siasatan projek itu akan dibuat minggu depan.

Pada 9 Mei 2019, Menteri Pertahanan ketika itu, Mohamad Sabu mengumumkan 13 daripada 16 projek “land swap” Kementerian Pertahanan membabitkan Najib Razak dan bekas menteri pertahanan sejak 1997.

Katanya, hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan ke atas 16 projek itu mendapati kerajaan kerugian lebih RM500 juta disebabkan penilaian tanah lebih rendah daripada nilai pasaran dan pengurusan kontrak yang lemah.

Enam belas projek itu terdiri daripada 1,183 hektar tanah milik Kementerian Pertahanan bernilai RM4.7 bilion dan kos projek sebanyak RM4.8 bilion. Hanya 5 projek disiapkan sehingga Disember 2018.

Sebelum ini, bekas timbalan menteri pertahanan, Liew Chin Tong menggesa kerajaan baru terus menyiasat projek berkaitan kementerian itu, termasuk perolehan beberapa aset ketenteraan di bawah kerajaan Barisan Nasional yang didakwa menyalahi peraturan.

Ini termasuklah kenderaan berperisai AV8, kapal tempur pesisir pantai dan helikopter tempur ringan buatan Amerika Syarikat MD530G yang melibatkan kos tinggi dan lewat dihantar.

Tambah baik Kertas Putih Pertahanan

Ismail berkata, Kertas Putih Pertahanan yang diluluskan kerajaan terdahulu akan ditambah baik.

“Banyak pandangan yang diberikan ahli Parlimen nak tambah baik kertas putih membabitkan angkatan tentera kita akan lihat semula, kita akan tambah baik kalau perlu.”

Semalam, Ismail dilaporkan berkata, Kertas Putih Pertahanan yang diluluskan Dewan Rakyat pada 2 Dis tahun lalu akan menjadi panduan utama kementeriannya dalam membuat perancangan dan pelaksanaan jangka pendek, sederhana serta panjang.

Covid-19

Ismail berkata, kementeriannya akan membantu operasi membawa pulang rakyat Malaysia di negara teruk terjejas akibat Covid-19, termasuk Itali.

“Kita juga sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk perlindungan kakitangan kita.”


MR :  Teruskan mana-mana dasar yang baik adalah cara pentadbiran PN terbaik


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/siasatan-skandal-land-swap-aset-tentera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Menteri Pertahanan Gerak Tentera Bantu Polis Kurangkan Pergerakan Rakyat

Akhirnya Menteri Pertahanan Gerak Tentera Bantu Polis Kurangkan Pergerakan Rakyat

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 413 hits
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini mengeluarkan kenyaatan dalam satu perutusan khas mengenai penularan wabak COVID 19 dimana kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia bermula Ahad ini bagi membantu pihak p...
Tak Tolak Kemungkinan Kerah Tentera Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Menteri Pertahanan

Tak Tolak Kemungkinan Kerah Tentera Sekiranya Rakyat Masih Ingkar Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 508 hits
PUTRAJAYA 19 Mac Anggota tentera mungkin akan dikerahkan sekiranya tahap pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid 19 kekal berada di tahap rendah Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaak...
Kes Ltte Mungkin Dibuka Semula Kata Menteri Kdn

Kes Ltte Mungkin Dibuka Semula Kata Menteri Kdn

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 339 hits
Kementerian Dalam Negeri tidak menolak kemungkinan akan membuka semula kes individu yang didakwa terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagaimanapun berkata ia bergantung kep...
Azmin Bakal Dilantik Tpm Hishamuddin Menteri Pertahanan

Azmin Bakal Dilantik Tpm Hishamuddin Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 398 hits
Buat permulaan Muhyidin dijangka hanya akan melantik lima anggota dalam barisan kabinet beliau Walaupun Umno menjadi komponen utama Perikatan Nasional yang dibentuk apabila mempunyai ahli parlimen paling ramai namun pimpinan Umno tidak mend...
Menteri Pertahanan Tidak Mempunyai Kuasa Untuk Mengatur Mana Mana Unit Angkatan Bersenjata Patriot

Menteri Pertahanan Tidak Mempunyai Kuasa Untuk Mengatur Mana Mana Unit Angkatan Bersenjata Patriot

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 495 hits
AKMAL MANAF Persatuan Patriot Kebangsaan percaya polis sebagai pihak berkuasa yang kini memantau Perintah Kawalan Pergerakan mempunyai sumber mencukupi untuk mengawal dan menguruskan perintah tersebut dengan berkesan Presiden Patriot Briged...
Umno Tak Selesa Azmin Jadi Menteri Kanan Kata Tajuddin

Umno Tak Selesa Azmin Jadi Menteri Kanan Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 463 hits
Haspaizi Zain Umno berasa kurang selesa dengan tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri kanan Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata tindakan Muhyiddin m...
Pastikan Menteri Isytihar Harta Kata Aktivis Anti Rasuah

Pastikan Menteri Isytihar Harta Kata Aktivis Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 287 hits
PETALING JAYA Aktivis anti rasuah mengalu alukan keputusan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memastikan senarai anggota Kabinet ditapis terlebih dahulu sebelum dilantik ke jawatan masing masing tetapi menggesa beliau mengambil langkah seteru...
Perpindahan Ibu Negara Indonesia Beri Impak Besar Ke Sarawak Kata Timbalan Ketua Menteri

Perpindahan Ibu Negara Indonesia Beri Impak Besar Ke Sarawak Kata Timbalan Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 390 hits
Perpindahan ibu negara Indonesia beri impak besar ke Sarawak kata timbalan ketua menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterb
41 Malaysians Lack Consistent Savings According To Sun Life Malaysia S 2025 Financial Resilience Index

Dr M Slams Us Malaysia Trade Deal Accuses Govt Of Selling Out Sovereignty

How Us Malaysia Trade Pact Sells Our Sovereignty Short

Prosecution Najib Can T Claim He Was Duped Jho Low Acted As His Proxy In 1mdb And Arranged Family Holidays

1mdb Trial Prosecution Says Arab Donation Claim Is Fiction Najib Deliberately Shut His Eyes To Rm2b Source

Tng Digital Introduces An In App Ev Charging Network That Simplifies Access To Multiple Operators

Amd Powers U S Sovereign Ai Factory Supercomputers Accelerating An Open American Ai Stack

Saifuddin Cites New Leads In Search For Muhyiddin S Fugitive Son In Law


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Padang Besar Here We Come Part 1

Hardcover Rigid Box Chipboard Kotak Keras Simbol Kemewahan Kualiti Premium Untuk Jenama Anda

Strawberry Smoothie

Hiburan Puaslah Kau Botak Semoga Kau Dilaknat Keluarga Zayn Rayyan

Kes Bakar Lelaki Dalam Kereta Dua Rakan Dipenjara 18 Tahun

Anwar Temui Ceo Nvidia Berkenaan Pembangunan Ai Di Malaysia