Pastikan Islam Dominan Jika Mahu Kerjasama Dengan Non Muslim
Dr Ahmad Sanusi Azmi Seeloknya orang Islam yang menjadi pemimpin buat muslim									  	 	   

		  			 			DAHULU, ada di  kalangan muslim yang mencanangkan kempen politik mereka dengan  menyebutkan bahawa “Kafir yang adil itu lebih baik dari muslim yang  korup.” Mereka menghebohkan bahawa pentadbiran kafir lebih telus dan  amanah. Tiada rasuah, tiada korupsi bahkan menghormati Azan.
2. Tadbir kelola yang baik sahaja tidak seharusnya menjadi asas bagi muslim untuk memilih pemimpin kafir.
Ini kerana definisi-definisi kepimpinan  yang dikemukakan oleh sarjana muslim menunjukkan bahawa dalam  pemerintahan Islam, ia bukan sekadar menjanjikan tadbir kelola yang baik  bahkan membangun dan menguruskan urusan agama dengan cermat.
Ini adalah kerana kita bukan sekadar  inginkan pembangunan ekonomi yang mampan dan kehidupan dunia yang  bahagia bahkan kita mahukan pembangunan manusia yang sejahtera.
3. Dengan sebab itu kita lihat, ketika  Rasulullah ﷺ diutuskan, keadaan perdagangan Quraysh dilihat aktif dan  lancar. Ini menunjukkan pembangunan ekonomi yang baik. Pun begitu, Allah  mengutuskan Rasul kepada mereka bagi mewujudkan keadaan negara yang  lebih baik.
Rasulullah ﷺ memperbaiki sistem  masyarakat yang meruncing, memperkemas sistem kekeluargaan yang tidak  teratur dan membangunkan institusi kekeluargaan yang lebih sempurna.
4. Dalam menjayakan misi membangunkan  negera seperti yang dikehendaki oleh Islam, apakah boleh kita meminta  bantuan si Kafir? Al-Quran menjelaskan bahawa tidak seharusnya seorang  muslim itu melantik pemimpin mereka dari kalangan bukan Islam.
Ini adalah jelas di dalam ayat: Surah Ali  Imran ayat 28, An-Nisa’ ayat 138-139, At-Taubah ayat 71 dan  Al-Mumtahanah ayat 1). Ini kerana, wala’ hanya berhak diberikan kepada  Allah, Rasulullah dan orang-orang beriman. (Abu Zahrah, Fatawa Al-Syeikh  Muhammad Abu Zahrah, himpunan dan tahqiq Dr. Muhammad Uthman Syibir,  Dar Al-Qalam, Beirut, m/s 725-726).
5. Dengan sebab itu sebelum berlakunya  perang Badar, seorang lelaki Musyrik datang mengikuti tentera Islam.  Rasulullah ﷺ bertanya kepada lelaki tersebut: Apakah kamu beriman kepada  Allah dan Rasul. Dia menjawab: “Tidak”. Rasulullah lalu bersabda:  Pulanglah, sesungguhnya kita tidak meminta bantuan daripada si Kafir.
6. Al-Imam al-Baihaqi dan Ibn Abi Hatim  pernah menukilkan kisah bagaimana Saidina Umar memarahi Abu Musa  al-Ash’ari kerana melantik penulis (atau setiausaha) beliau dari  kalangan orang Kristian. (al-Bayhaqi, al-Sunan al-Kubra, no. 20196)
7. Al-Imam Ibn al-Qayyim juga menyebutkan  pandangan yang sama. Dalam bab urus tadbir tanah (al-Kharraj), beliau  menegaskan tidak sepatutnya kita melantik non muslim untuk menguruskan  bidang kerja yang boleh dilakukan oleh muslim. (Ibn al-Qayyim, Ahkam Ahl  al-Zimmah, 448).
8. Benar, dalam beberapa perkara,  Rasulullah ﷺ memberikan kelonggaran dalam memberikan ruang kerjasama  pengurusan dengan non muslim. Rasulullah ﷺ pernah memanfaatkan kepakaran  seorang pengembara dari Bani al-Dil yang mahir dalam selok belok  perjalanan.
Nabi juga pernah menggunakan perkhidmatan pertanian yang ditawarkan oleh yahudi Bani Khaybar ketika di Madinah.
9. Namun dalam urusan lantikan pemimpin,  terutamanya dalam jawatan utama pemerintahan, seeloknya muslimlah yang  menjadi pemimpin buat muslim. Andai tiada pilihan, pencalonan terdiri  dari kalangan sesama non muslim, maka pilihlah yang paling kurang  mudarat. Sekiranya non muslim dilantik bekerjasama dengan muslim,  pastikan Islam dominan dan si non muslim tadi membantu ke arah  merealisasikan matlamat kepimpinan Islam.
Semoga Allah membimbing kita.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/pastikan-islam-dominan-jika-mahu.html