Non Muslim Pun Marah Bila Mat Sabu Samakan Rasulullah Saw Dengan Pelarian



Ahli Parlimen Kota Raja dan juga Presiden PAN, menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Malaysia bila dalam satu perbahasan di Parlimen dalam menyokong usul titah SPB YDP Agong bila beliau menyamakan Rasulullah SAW dan para Sahabat dengan pelarian.



Dalam ucapan beliau di parlimen Mat Sabu dengan tanpa rasa bersalah manyamakan penghijrahan Rasulullah SAW sama seperti pelarian yang lari dari negara asal masing-masing.


Ucapan yang berbentuk penghinaan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat itu bukan sahaja telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di negara ini, malah masyarakat Non Muslim juga telah menyatakan kemarahan mereka di media sosial.

Salah seorang warga Non Muslim yang membantah ucapan Mat Sabu ialah Joseph Prakash.

Dalam satu video klip yang beliau muat nail ke dalam YouTube, jelas pengetahuan Joseph dalam sejarah jihad Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan ugama Islam jauh lebih baik dari Mat Sabu.


Seperti dalam bantahan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, perkataan bahawa baginda Nabi Muhammad SAW adalah pelarian adalah satu perkara yang salah dan tidak wajar.
Penghijrahan Rasulullah SAW Adalah Atas Perintah Allah SWT

Menurut sejarah Islam dan melalui sirah Rasulullah SAW, penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah adalah di atas perintah Allah SWT dan juga jemputan para pembesar di Madinah yang ketika itu dikenali sebagai Yathrib.
Firman Allah SWT dalam Al Quran :
إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّـهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّـهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّـهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كالَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّـهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّـهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Maksudnya:
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedangkan dia salah seorang daripada dua (sahabat) ketika mereka berlindung di dalam gua.""Pada ketika itu, dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” "Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya." "Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terbawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) adalah yang tertinggi (selama-lamanya) kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Al-Taubah : 40
Daripada Abu Musa RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
رَأَيْتُ فِي المَنَامِ أَنِّي أُهَاجِرُ مِنْ مَكَّةَ إِلَى أَرْضٍ بِهَا نَخْلٌ، فَذَهَبَ وَهَلِي إِلَى أَنَّهَا اليَمَامَةُأَوْ هَجَرُ، فَإِذَا هِيَ المَدِينَةُ يَثْرِبُMaksudnya: 
"Aku telah bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari kota Makkah menuju ke suatu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu aku mengira tempat itu ialah adalah al-Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib (Nama lama bagi kota Madinah)."
Riwayat al-Bukhari 3622
Jelas dari nas AL Quran dan hadis di atas, penghijrahan baginda Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukanlah satu pelarian tetapi atas mentaati perintah Allah SWT.
Apakah bagi Mat Sabu penghijrahan Rasulullah SAW itu setaraf dengan pelarian yang melarikan diri dari negara mereka sendiri?
Rasulullah SAW Berhijrah Atas Jemputan Pembesar Yathrib

Sheikh Saiful Rahman al-Mubarakfuri dalam kitabnya al-Raheeq al-Makhtum menyatakan, 6 orang Yathrib datang bertemu Baginda SAW pada musim haji tahun 11 kenabian (BACA DI SINI).
Kemudian kembali ke Yathrib dalam keadaan masih tidak beriman.
Sepanjang bersama dengan Nabi mereka banyak memerhati. 
Namun perancangan Allah SWT itu indah. 
Mereka datang dan melihat peribadi Rasulullah SAW dan membawa pulang kisah Baginda SAW yang hebat akhlak serta kepemimpinannya menepati ciri tercatat dalam kitab sebelum datangnya al-Quran.
Rentetan daripada itu, pada Julai 621 Masihi, berlaku Bai'ah Aqabah pertama sejurus kedatangan 12 penduduk Yathrib ke Makkah yang kemudian memeluk Islam. 
Menerusi Bai'ah Aqabah itu secara tidak langsung menjayakan hasrat untuk menubuhkan daulah Islamiah.
Rasulullah SAW menghantar Mus'ab bin Umair sebagai pembuka jalan serta pemudah cara sebelum Rasulullah SAW ke sana sehingga berlakunya Bai'ah Aqabah kedua.
Pada musim haji tahun ke-12 kenabian seramai 75 ahli rombongan dari Yathrib datang menyatakan kesanggupan untuk menerima Baginda SAW sebagai pemimpin mereka.
Hasil daripada baiah kedua itu, bermulalah perancangan yang membawa kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah.
Sangat jelas dalam catatan sejarah, penghijrahan Baginda SAW adalah penuh terancang dan di atas jemputan pembesar-pembesar Yathrib sendiri dan bukannya seperti perlarian yang hanya bergantung pada nasib kerana belum pasti lagi kerajaan dan penduduk tempat yang mereka tuju itu dapat menerima mereka.
Mat Sabu WAJIB Di Ambil Tindakan Di Bawah Akta Hasutan 1948

Apa yang diucapkan oleh Mat Sabu jelas menunjukkan bahawa Mat Sabu adalah seorang yang telah menghina Rasulullah SAW.

Dari sudut hukum syara', barang siapa yang dengan sengaja menghina kemuliaan Rasulullah SAW adalah dihukumkan sebagai kufur (BACA DI SINI).
Tidak mencukupi sekadar perkataan Rasulullah SAW adalah pelarian ditarik balik dalam ucapan Mat Sabu dalam parlimen.

Mat Sabu WAJIB bertaubat kerana telah melakukan dosa besar dalam keadaan sedar dan waras.

Dari sudut perundangan negara, Mat Sabu boleh didakwa di bawah Akta HAsutan 1948 dan Mat Sabu juga boleh dianggap telah melanggar prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.

Banyak lagi perkara lain yang boleh Mat Sabu jadikan contoh, untuk meredakan keadaan mungkin Mat Sabu akan keluarkan kenyataan permohonan maaf dan mengakui bahawa itu semua adalah kesilapan beliau sebagai manusia.

Sebagai manusia, kalau melakukan kesilapan biasa, mungkin kita boleh maaf dan lupakan tetapi kesilapan bodoh macam ini, hanya kepada Allah SWT sahaja yang mampu ampunkan Mat Sabu, kerana yang dihina itu adalah Kekasih Allah SWT dan tidak mungkin masyarakat Islam dapat melupakannya!!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/08/non-muslim-pun-marah-bila-mat-sabu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Samakan Nabi Muhammad Dengan Pelarian Warga Asing

Mat Sabu Samakan Nabi Muhammad Dengan Pelarian Warga Asing

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 395 hits
Perjuangan nabi muhammad s a w menyebarkan agama islam disamakan dengan situasi pelarian yang nak masuk ke negara malaysia Nabi melarikan diri dengan membawa nilai islam dan mengajak manusia mengenal islam sebagai agama yang tulen Apakah ma...
Pemuda Pas Gesa Mat Sabu Tarik Balik Dakwaan Nabi Pernah Jadi Pelarian

Pemuda Pas Gesa Mat Sabu Tarik Balik Dakwaan Nabi Pernah Jadi Pelarian

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 295 hits
Pemuda PAS Kelantan mendesak Presiden Amanah Mohamad Sabu supaya menarik balik dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung knyataan yang menyifatkan Nabi Muhammad SAW sebagai pelarian Ketuanya Mohd Ariff Abdullah berkata ucapan ang...
Pelarian Ronghiya Nak Di Samakan Dengan Rasulullah Tu Satu Kenyataan Berat

Pelarian Ronghiya Nak Di Samakan Dengan Rasulullah Tu Satu Kenyataan Berat

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 246 hits
HAMDAN TAHA Rasulullah berhijrah ke kota Madinah dengan wahyu Allah swt jika tidak kerana wahyu rasulullah tidak akan meninggalkan Mekah kerana rasulullah tidak pernah takut dengan kafir laknatuAllah dan Hijrah itu mendatangkan kebaikan bua...
Pakatan S First Choice For Pm Is Anwar Then Shafie Say Guan Eng And Mat Sabu

Pakatan S First Choice For Pm Is Anwar Then Shafie Say Guan Eng And Mat Sabu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 306 hits
Pakatan Harapan component party members have pledged to allow PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim the first opportunity to form government and become prime minister DAP secretary general Lim Guan Eng and Parti Amanah Negara president Moh...
Tanjong Karang Naik Angin Mat Sabu Sebut Pasal Rasuah

Tanjong Karang Naik Angin Mat Sabu Sebut Pasal Rasuah

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 318 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Tan Sri Noh Omar terus mencelah dan naik berang semasa ucapan perbahasan Mohamad Sabu apabila ahli Parlimen Kota Raja itu mula membangkitkan tentang isu rasuah Mohamad Sabu mengingatkan bahawa tidak seharusnya seseora...
Cik Non Marah Guard Parodi Meletop Bikin Terhibur

Cik Non Marah Guard Parodi Meletop Bikin Terhibur

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 756 hits
Seperti biasa menerusi parodi di Meletop penonton dapat menyaksikan pelbagai gelagat lucu daripada selebriti untuk menghasilkan video parodi dan yang paling disukai adalah gandingan Jihan Muse dan Bell Ngasri Biarpun begitu sebenarnya ramai...
Mat Sabu Denies Insulting The Malays

Mat Sabu Denies Insulting The Malays

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 299 hits
Mat Sabu says it is dangerous to support a corrupt Muslim leader simply because he or she could repent KUALA LUMPUR Chaos erupted at the Dewan Rakyat today when Noh Omar questioned a remark by Mohamad Sabu who was speaking on corruption The...
Kisah Sultan Abdul Hamid Ii Membela Kehormatan Rasulullah Saw

Kisah Sultan Abdul Hamid Ii Membela Kehormatan Rasulullah Saw

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 318 hits
Pada akhir 1800 an Sultan Abdul Hamid II mendapat laporan bahawa satu pementasan komedi berkenaan kehidupan Nabi Muhammad sedang ditayangkan di sebuah teater di Paris Perancis Sebagai khalifah kpd seluruh umat Islam Sultan Abdul Hamid II ne...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall