Pasaran Bergerak Perlahan Orang Ramai Tidak Agresif Berbelanja
Pasaran bergerak perlahan kerana orang ramai tidak agresif berbelanja. Percaya atau tidak sekarang, kini ramai peniaga amat sukar untuk mendapatkan pelanggan. Adakah orang tidak berbelanja lagi ataupun ada faktor lain yang menyebabkan pasaran berlagak perlahan
Adakala pasaran tidak tertentu. Antara masalah yang menyebabkan pasaran perlahan adalah:Orang ramai tidak selalu berbelanjaOrang hilang keyakinan untuk membeliPeniaga terpaksa bersaing dengan ramai pesaingPembeli tidak mempunyai kewangan yang baik
Banyak lagi masalah kritikal cabaran usahawan perlu hadapi tahun 2022 ini.. Terdapat juga 10 cabaran usahawan selepas pendemik berakhir. Cabaran 2022 ini bakal dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman
Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan tulang belakang RichWorks International Sdn Bhd. RichWorks telah menganjurkan aktiviti, live, program, kelas dan seminar keusahawanan sejak 2008 lagi. RichWorks giat aktif bantu usahawan secara latihan usahawan dan juga secara online selari dengan misi mereka nak jadikan Platform Netflix untuk usahawan
Kebanyakan program Richworks telah banyak membantu usahawan dalam mencapai hasil jualan yang lebih tinggi. Richworks sasarkan perniagaan akan memperoleh jumlah jualan 1 juta dan ke atas dalam masa enam bulan sehingga 1 tahun namun semuanya perlukan kesanggupan dan kesungguhan individu atau peniaga untuk melakukannya
Akibat ramai orang tidak agresif berbelanja, usahawan sangat terkesan. Usahawan tidak mempunyai pendapatan sekiranya ramai orang tidak membeli. Apa nak buat untuk jadikan orang membeli? Datuk Wira Dr Azizan Osman telah kongsikan sedikit tips berkaitan dengan masalah dan cabaran bisnes 2022
Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.
Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.
Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.
Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?
Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.
Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!
Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.
Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.
Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.
Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.
Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.
Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.
Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.
Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.
Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.
Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.Datuk Wira Dr Azizan Osman
Pendapat Peribadi Penulis:
Semua yang dikatakan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman (DWDAO) ini sangat benar dan bernas. Dr Azizan Osman pakar dalam pemasaran, boleh baca rentak pasaran. Di sinilah manfaat bagi usahawan yang mengikuti kelas atau program percuma Dr Azizan Osman. Usahawan juga perlu buat persediaan dengan lebih mendalam untuk pelan A dan pelan B
Perniagaan akan mati sekiranya kita masih melakukan hal yang sama. Zaman sekarang semua pemasaran berubah mengikut trend di mana kita harus buat perubahan. Takut nak buat perubahan? Perniagaan kita yang berisiko terjejas. Harus juga cepat buat tindakan
Usahawan perlu lebih pantas menggunakan platform yang ada, jangan takut-takut untuk bertindak, takut nanti anda ketinggalan bak kata Datuk Wira Dr Azizan Osman. Datuk Wira juga mengajar ramai usahawan untuk sertai telegram live session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada setiap hari Ahad sepanjang February 2022
10 perspektif cabaran usahawan akan dikongsikan dalam sesi voice chat Telegram Azizan Osman Official segera
Jom, sama-sama kita top-up ilmu keusahawanan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penaberkala.com/2022/02/pasaran-bergerak-perlahan-orang-ramai.html