Ayuh Kita Bergerak Dari Politik Lapuk Ke Politik Baru Bersama Sama Siri 2




SIRI 2


SIRI 2BY FRANCIS LOH ALIRAN KESEDARAN NEGARA
Meluat dengan banjir, meradang dengan kontroversi Azam BakiKetidakcekapan kerajaan dalam menguruskan banjir kilat ini turut menyumbang kepada sentimen kritikal rakyat terhadap yang berkuasa.  
Rakyat barangkali terfikir bahawa pemimpin PN ini cukup tidak sabar untuk berkuasa pada pilihan raya umum akan datang dan kemudiannya memilih untuk berkuasa menggunakan pintu belakang Sheraton.
Namun, mereka juga tidak cekap dalam membaik pulih ekonomi serta melawan Covid. Mereka juga tidak tahu caranya bagi memperbaiki tahap universiti serta sekolah yang semakin memburuk, dan kini, mereka ‘bingung’ dalam menguruskan banjir juga! Lebih buruk lagi, ada yang sekadar mahu tangkap gambar dan berswafoto dengan diri sendiri ketika melawat mangsa banjir. Cukup memalukan!
Sikap kritikal yang muncul ini sekali gus membawa kepada kesedaran tentang rasuah yang berleluasa melibatkan mereka di tampuk kuasa. Bayangkan, selepas beberapa kali bertukar perdana menteri serta sesi penghakiman yang meleret sehingga beberapa tahun, yang melibatkan dua skandal kewangan terbesar yang pernah disaksikan oleh negara ini – SRC International serta kes 1MDB – namun nampaknya tiada apa yang berlaku.
Kita dimalukan di seluruh dunia namun nampaknya tiada apa yang berlaku bagi mengembalikan maruah kita. Sebaliknya, bekas Perdana Menteri Najib Razak, seorang penjenayah yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta didenda sebanyak RM210 juta pada Julai 2020 akibat dari penglibatannya dalam rasuah, tetap kekal bebas. Bahkan, beliau dengan beraninya turut terlibat dalam kempen pilihan raya!



Juga ada beberapa pendengaran kes yang turut dilambat-lambatkan melibatkan beberapa yang lain, termasuklah melibatkan presiden Umno Zahid Hamidi. Ada juga beberapa kes di mana pemimpin yang terlibat kemudiannya dibebaskan dari pertuduhan (‘dilepaskan tanpa dibebaskan’), termasuklah bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman dari Umno.
Saya percaya rakyat Malaysia dari kelas menengah serta dari latar belakang etnik, khususnya di kawasan bandar, pastinya semakin meradang dengan segala macam kisah rasuah ini – seperti kisah di mana ada keluarga diraja Saudi yang memasukkan berbilion dolar ke dalam akaun seseorang; bagaimana wujudnya akaun yang dimiliki oleh sebuah yayasan untuk membuat kerja amal kebaikan, dan kini, bagaimana seorang adik menggunakan akaun abangnya untuk menjalankan proses jual beli saham.
Anak muda menyusunPada 22 Januari, sekitar ribuan anak muda Malaysia berkumpul di Bangsar (ha ha, bukannya di Sogo seperti yang diumumkan awal!) bagi menuntut ketua SPRM Azam Baki agar ditangkap, saatnya begitu banyak usaha bagi beliau memperjelaskan kontroversi melibatkan pemilikan sahamnya itu seakan sia-sia. Mereka juga mahukan SPRM untuk dialihkan dari Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan di bawah Parlimen, serta anggota baru untuk dilantik ke SPRM.
Kontroversi ini berlanjutan selama beberapa minggu, termasuklah di Parlimen, di mana perkara berkaitan pemilikan saham ini turut dibahaskan. Nampaknya, nilai saham yang dimilikinya itu cukup tinggi berbanding dari apa yang dibenarkan oleh seorang penjawat awam dengan pangkat yang sebegitu besar. Paling mengarut, beliau memberikan alasan bahawa adiknya telah menggunakan akaun di bawah namanya bagi membeli saham tanpa pengetahuannya!
Azam dipanggil ke jawatankuasa terpilih parlimen bagi menjawab persoalan ini. Namun beliau membantah atas alasan bahawa perbincangan ini boleh dikategorikan sebagai sub judice kerana beliau sudah memfailkan saman fitnah terhadap wartawan yang melaporkan pemilikan sahamnya yang cukup kontroversi itu. Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat mengkritiknya kerana ingkar kepada Parlimen – pastinya tanpa memberi apa-apa kesan.
Memburukkan lagi keadaan, Suruhanjaya Sekuriti turut melihat akaunnya dan merasakan tidak wujud sebarang proksi, melainkan Azam sendiri yang menguruskan akaunnya. Sekali gus, ia bermakna bahawa Azam menipu sewaktu beliau mendakwa pada awalnya bahawa adiknyalah yang menguruskan akaun tanpa pengetahuannya.
Tambah memelikkan, Azam, serta SPRM sendiri, mengalu-alukan hasil penyiasatan Suruhanjaya Sekuriti itu.
Lanjutan itu, anggota panel penasihat SPRM juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak dirunding oleh pengerusi panel, yang sebulat suara mahu membebaskan Azam dari tuduhan!
Pemimpin perarakan protes dilaporkan turut melibatkan sayap pemuda parti politik serta aktivis. Malam sebelum protes, siri ceramah ‘Pentas Anak Muda’ dianjurkan di Bangsar, bagi menyeru penglibatan orang awam bagi perarakan #TangkapAzamBaki keesokan harinya.
Selepas perarakan, polis memanggil dan menyoal beberapa pemimpin anak muda. Mereka termasuklah timbalan presiden Muda, Dr Thanussha Francis Xavier; pemimpin muda Amanah Mohd Hasbie Muda, timbalannya Zubair Rahim termasuklah ahli jawatankuasa Asmaaliff Adam dan Abbas Azmi; ketua Pemuda DAP Howard Lee; setiausaha Angkatan Muda Keadilan Ahmad Syukri Abd Razak serta anggota parti dan aktivis Adam Adli; pengerusi Jalinan Nusantara Malaysia Mohd Azam Mektar; pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Abu Hafiz Salleh Hudin; peguam Bakri Omar; dan aktivis media sosial Amira Aisha.
Selain dari anak muda melibatkan sembilan parti politik pembangkang, terdapat 23 NGO lain – termasuklah Aliran, Abim, Gerak, Patriot, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Youth dan Pusat Kegiatan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) – yang disenaraikan sebagai penganjur jawatankuasa bertindak protes #TangkapAzamBaki.
Ia cukup mengarut di mana enam jalan utama serta 24 stesen keretapi melibatkan empat laluan – sekitar Dataran Merdeka, Sogo dan Masjid Jamek di Kuala Lumpur – ditutup oleh polis pada 22 Januari pada jam 7 pagi.
Melihat kepada sekatan yang diarahkan oleh pihak polis, para demonstran kemudiannya ‘mengalihkan’ perarakan ke Bangsar. Di sana, ribuan pegawai polis, termasuklah unit Light Strike Force, dikerah bagi berdepan para demonstran yang jelas lebih kecil bilangannya!
Petisyen Aliran; kenyataan bersama masyarakat sivilPada 1 Januari 2022, tiga minggu lalu, Aliran memulakan petisyen dalam talian bagi menuntut perdana menteri bagi menyiasat kes Azam Baki.
Usaha Aliran ini dimulakan sejurus selepas peletakan jawatan Dr Edmund Terence Gomez, seorang ahli ekonomi dan politik tersohor, yang juga merupakan ahli Aliran, dari panel pencegahan rasuah dan perundingan yang ditubuhkan SPRM.
Walaupun permohonan serta peringatan oleh Gomez terhadap SPRM bagi melihat isu pemilikan saham yang cukup kontroversi melibatkan Azam – yang di mana, jika benar, menandakan wujud percanggahan kepentingan melibatkan peranannya sebagai ketua SPRM – namun ketua panel tidak menjalankan sebarang penyiasatan.
Petisyen Aliran juga menyeru agar penyusunan SPRM dijalankan bagi memastikan ketelusan.
Ia juga menuntut agar SPRM diletakkan di bawah Parlimen berbanding Jabatan Perdana Menteri, di mana ia dapat diselia oleh jawatankuasa istimewa terpilih parlimen yang rentas parti. Di sini, sekurang-kurangnya, ia dapat bertindak dengan lebih bebas.
(Sehingga sekarang, hampir 20,000 orang menandatangai petisyen. Jika kalian belum membaca petisyen dan menandatanginya, silakan berbuat demikian sekarang di sini.)
Begitu banyak artikel di media arus perdana, dan lebih banyak lagi di media sosial yang menuntut agar dakwaan terhadap Azam disiasat.
Menariknya, bekas Perdana Menteri Najib Razak, yang juga seorang penjenayah, turut menyatakan sokongan terhadap SPRM! Beliau mengutuk para pengkritik yang melakukan ‘serangan terpilih’ terhadap SPRM. Pemimpin Pas, Hadi Awang pula mendakwa serangan ini adalah usaha pembangkang serta para pengkritik Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob serta kerajaan yang diperintahnya.
Beberapa pihak yang mempertahankan Azam pula cuba untuk mengalihkan kontroversi ini menjadi sebuah isu perkauman. Jelas yang ketika isu ini panas, beberapa kenyataan berterusan yang menghentam kewujudan sekolah rendah vernakular di dalam negara turut dimainkan. Syukurlah yang kenyataan sampah berbaur perkauman ini tidak mendapat perhatian – kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini sepakat mengutuk apa yang berlaku melibatkan Azam.
Pada 11 Januari, Aliran bersama kelompok gerakan sivil seperti Gerak, Patriot dan Suaram, mengeluarkan kenyataan menuntut agar tindakan diambil ke atas Azam. Empat puluh lima NGO yang lain – termasuklah Abim, Bersih, G25, Ikram, Gabungan Bertindak Malaysia, Ideas dan Centre for Independent Journalism – menyokong kenyataan ini.
Melihat bagaimana SPRM cuba untuk mempertahankan Azam, NGO ini kemudiannya menuntut agar siasatan bebas dilakukan ke atas krisis yang berlaku. Tanpa siasatan bebas ini, bagaimana SPRM dapat mengembalikan kredibilitinya semula?
Mereka juga menuntut agar pasukan penyiasat bebas untuk memahami bagaimana pengerusi penasihat SPRM itu cuba untuk mempertahankan Azam tanpa berunding dengan anggota lembaga yang lain.
NGO ini juga ingin mengetahui bagaimana ketua SPRM ini membenarkan adiknya untuk membeli saham menggunakan akaun sekuritinya walhal ia boleh jadi sebuah kesalahan undang-undang. Sila rujuk kenyataan penting yang didukung oleh 49 buah NGO ini yang merupakan sebuah gambaran latar belakang warga Malaysia yang cukup rencam dari soal etnik dan agama.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/ayuh-kita-bergerak-dari-politik-lapuk_93.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayuh Kita Bergerak Dari Politik Lapuk Ke Politik Baru Bersama Sama Siri 1

Ayuh Kita Bergerak Dari Politik Lapuk Ke Politik Baru Bersama Sama Siri 1

papar berkaitan - pada 15/2/2022 - jumlah : 145 hits
Ayuh bekerja bersama dalam mengiringi Perubahan serta Harapan bagi Malaysia yang lebih baik bagi pilihan raya akan datangBy 15 Feb 2022Beberapa perkembangan dramatik yang cukup memberi Harapan berlaku sejak bulan laluSungguh tidak disangka ...
Muda Harapan Baru Politik Malaysia Masa Hadapan Bina Sekarang

Muda Harapan Baru Politik Malaysia Masa Hadapan Bina Sekarang

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 223 hits
MUDA akan diterima secara baik oleh semua GENERASI baru dan menjadi ancaman kepada UMNO dan DAP secara langsung dan tidak langsung kepada parti lain
Pagi Baru Tahu Hamil Malam Bersalin 10 Tahun Tunggu Tak Sangka Dapat Baby

Pagi Baru Tahu Hamil Malam Bersalin 10 Tahun Tunggu Tak Sangka Dapat Baby

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 192 hits
Anak dianggap penyeri dalam rumah tangga Semestinya bagi pasangan yang berkahwin mengharapkan kehadiran si kecil sebagai pelengkap hidup suami isteri Namun rezeki anak semuanya ketentuan ilahi Apa yang penting usaha dan tawakal itu kunci se...
Aturan Baru Wisatawan Luar Negeri Bisa Lewat Bandara Soekarno Hatta

Aturan Baru Wisatawan Luar Negeri Bisa Lewat Bandara Soekarno Hatta

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 161 hits
Kementerian Perhubungan mengeluarkan revisi aturan terkait Surat Edaran Nomor 11 2022 tentang Petunjuk Pelaksanaan Perjalanan Luar Negeri dengan Transportasi Udara pada Masa Pandemi Covid 19
Erick Thohir Perlu Pengusaha Baru Jika Ekonomi Ingin Tumbuh

Erick Thohir Perlu Pengusaha Baru Jika Ekonomi Ingin Tumbuh

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 140 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Erick Thohir mengungkapkan Indonesia membutuhkan pengusaha pengusaha baru jika ingin perekonomian terus tumbuh secara berkelanjutan
Servis Cuci Mesin Basuh Lama Jadi Baru

Servis Cuci Mesin Basuh Lama Jadi Baru

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 170 hits
Cerita ni untuk pengguna mesin basuh lama tapi boleh juga jadikan peringatan untuk yang baru beli dan guna mesin basuh Aku pun tak ada siapa pesan kalau tak sebab terbaca artikel pasal mesin basuh ni Kalau yang duduk dengan family tu lagi l...
Umur Baru 32 Kenapa Galak Sangat Kejar Aku Ambik Booster Kj Dah Ke Belum

Umur Baru 32 Kenapa Galak Sangat Kejar Aku Ambik Booster Kj Dah Ke Belum

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 232 hits
Tanya Jangan saman Consent adalah sukarela boleh ke gesa dan paksa Ramai yang memberi pandangan negatif Sudah KAH ditangani Ramai yang mendapat kesan tindak balas selepas booster Sudah KAH ada pandangan pakar bebas Ramai yang mahu betdialog...
Istana Anggarkan Rp8 3 Miliar Pembelian Mobil Baru

Istana Anggarkan Rp8 3 Miliar Pembelian Mobil Baru

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 126 hits
Dalam situs tersebut dijelaskan tanggal tender dibuat pada 7 Januari 2022 Tahap tender pun sudah selesai dan digelar Kementerian Sekretariat Negara satuan kerja Istana Kepresidenan Jakarta
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord