Pemain Muda Lebih Sesuai Jayakan Taktikal Agresif Berani Di Bawah Kim Pan Gon Penganalisis Sukan



Pemain Muda Lebih Sesuai Jayakan Taktikal Agresif, Berani Di Bawah Kim Pan Gon- Penganalisis Sukan
Nafas baharu corak permainan yang ingin diterapkan ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Kim Pan Gon, memerlukan barisan pemain muda bagi menjayakan pendekatan gaya permainan agresif dan berani, seperti yang diinginkan.
Penganalisis sukan Dr Pekan Ramli berkata, penggunaan taktikal agresif pada perlawanan berintensiti tinggi, memerlukan pemain yang mampu mengekalkan kecergasan pada tahap tertinggi sepanjang 90 minit aksi dan kebolehan itu lebih cenderung dimiliki pemain muda.

Malah Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi itu menyifatkan, pemain muda turut mempunyai kelajuan, sekali gus menjadi pakej terbaik dan lebih memudahkan perancangan taktikal ingin dibawa jurulatih dari Korea Selatan berusia 52 tahun itu
“Jadi saya nampak pemain-pemain otai…Pan Gon kena lupakan, kerana bola sepak hari ini sudah berubah. Pemain otai memang bagus mungkin dari segi pengalaman tetapi dia akan merosakkan tempo permainan, sekali gus tak dapat corak permainan yang konsisten dalam perlawanan.
“Kalau dalam kesebelasan utama hampir semuanya mempunyai kelajuan dan ketangkasan dengan tahap kecergasan tinggi, tiba-tiba ada satu atau dua pemain ‘otai’ main. Itu penting untuk dipertimbangkan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, Pekan berkata pemain sayap lincah Terengganu FC (TFC) Muhammad Faisal Abdul Halim dan pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC Muhammad Akram Mahinan, antara yang dijangka tidak berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu Pan Gon.

Selain dua pemain itu, beliau optimis pemain sayap TFC Muhammad Hakimi Abdullah dan Pemain Terbaik final Piala Malaysia 2021 Zhafri Yahya, turut memiliki potensi yang baik di bawah bimbingan bekas Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bolasepak Korea (KFA) itu.
“Mereka antara pemain yang mempunyai kadar kerja tinggi dalam permainan, kita juga nak pemain yang sanggup bermati-matian di padang, tambahan Pan Gon mesti akan cari pemain yang boleh beliau gunakan untuk cuba menyamai cara Korea Selatan bermain,” katanya.
Dalam pada itu, Pekan berharap Pan Gon dan barisan kejurulatihannya dapat memberikan perhatian kepada pemain-pemain muda dari pasukan atau pun kelab yang sederhana, selain mendapatkan pemain muda yang benar-benar ingin beraksi ‘demi lencana di dada’.
Dalam sidang media memperkenalkannya dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan yang baru, Pan Gon menyasarkan untuk menyediakan asas yang kukuh, dan berazam membawa skuad Harimau Malaya ke satu tahap lebih tinggi melangkaui rantau Asia Tenggara.
Meskipun tidak menyatakan secara terperinci mengenai taktikal bakal digunakan, Pan Gon tanpa berselindung mahu mengubah corak permainan pasukan negara menjadi lebih agresif dan berani mengambil risko berdepan pihak lawan.
Ujian pertama Pan Gon bersama skuad Harimau Malaya adalah pada siri aksi persahabatan antarabangsa masing-masing menentang Filipina pada 23 Mac dan Singapura (26 Mac) dengan kedua-dua perlawanan dijadual berlangsung di Singapura.– BERNAMA
Pemain Muda Lebih Sesuai Jayakan Taktikal Agresif, Berani Di Bawah Kim Pan Gon- Penganalisis Sukan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Najib bidas PH dan PN, pengurusan ekonomi ke laut, hanya tahu ‘gali lubang tutup lubang’ Pas jangan jadi pak turut – Khairuddin Bila Mahathir 2.0 Buka Mulut Tak pernah minta Muhyiddin campur tangan kes saya PRN Johor: Pembangkang mahu buat ‘come back’? Rakyat sudah taubat Remaja Lelaki Ditahan Rogol Kekasih Hingga Hamil Tuduhan melampau – Ebit Lew Penguasa SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan seleweng RM25j Tragedi Rayan ‘Berulang’ Di Afghanistan, Doa Malaysia Buat Haidar [VIDEO] Zahid Minta Hati-hati Penyebaran Varian Baharu ‘Taksub Kluster Mahkamah’ Selain Dari COVID KJ Bakal Jadi Presiden Parti BEBAS ? Pembantu speaker DUN dipenjara 30 bulan atas kesalahan mencabul Murid enggan ke sekolah bongkar amang seksual guru Pengantin baharu, bapa mertua paut tiang Jambatan Pulau Pinang Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

The post Pemain Muda Lebih Sesuai Jayakan Taktikal Agresif, Berani Di Bawah Kim Pan Gon-Penganalisis Sukan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/19/pemain-muda-lebih-sesuai-jayakan-taktikal-agresif-berani-di-bawah-kim-pan-gon-penganalisis-sukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muda Hanya Seperti Teratai Lebih Baik Ph Putuskan Saja Hubungan Dengannya

Muda Hanya Seperti Teratai Lebih Baik Ph Putuskan Saja Hubungan Dengannya

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 292 hits
Apa yang sepatutnya harus dilakukan kepada Muda berikutan kenyataan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memberi amaran kepada PKR bahawa akan berlaku pertembungan antara kedua dua parti jika rundingan pembahagian kerusi menemui kegagalan Mes...
Lebih Banyak Rugi Daripada Untung Sertai Muda Kata Anak Perempuan Taikun

Lebih Banyak Rugi Daripada Untung Sertai Muda Kata Anak Perempuan Taikun

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 296 hits
Dian Lee berkata beliau mahu membina Malaysia yang lebih progresif telus dan inklusif PETALING JAYA Anak perempuan kepada taikun hartanah Lee Kim Yew menangkis tanggapan pengkritik dengan menggambarkan dirinya akan mengalami lebih banyak ke...
Prn Johor Kenapa Muda Terlalu Berani Ceroboh Pkr Di N44 Larkin

Prn Johor Kenapa Muda Terlalu Berani Ceroboh Pkr Di N44 Larkin

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 239 hits
SYED SADDIQPRESIDEN MUDAMUDA adalah Rakan Kongsi PAKATAN HARAPAN Parti ini ditawarkan 9 kerusi oleh Komponen PH tetapi MUDA hanya menerima 2 KERUSI dari DAP dan 4 KERUSI dari PAN dan tidak menerima tawaran dari PKR Hari ini MUDA mengumumkan...
Prn Johor Muda Tak Ada Calon Atau Mahu Kerusi Lebih Untuk Sekutunya

Prn Johor Muda Tak Ada Calon Atau Mahu Kerusi Lebih Untuk Sekutunya

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 262 hits
SEHINGGA 19 FEBRUARIKomponen Pakatan Harapan masih menunggu pengumuman calon calon mereka DAP memberikan DUA KERUSI sementara AMANAH memberi EMPAT KERUSI kepada MUDA Sementara PKR cuba menawarkan TIGA KERUSI tapi tidak disambut oleh MUDA MU...
Profil Pratama Arhan Pemain Muda Terbaik Aff 2020 Yang Hijrah Ke J League

Profil Pratama Arhan Pemain Muda Terbaik Aff 2020 Yang Hijrah Ke J League

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 223 hits
Profil Pratama Arhan yang kemarin baru saja resmi bergabung dengan Tokyo Verdy di J League 2
Benar Kata Zahid Jadikan Yang Buruk Sempadan Untuk Kita Lebih Dewasa

Benar Kata Zahid Jadikan Yang Buruk Sempadan Untuk Kita Lebih Dewasa

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 270 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi hari ini menasihatkan orang ramai khususnya rakyat Johor supaya menjadikan sesuatu yang buruk itu sebagai sempadan dalam usaha untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran negara Nasihat itu dibuat 15 hari ...
Kos Prn Johor Rm96 Juta Lebih Baik Guna Untuk Turunkan Harga Ayam Akmal

Kos Prn Johor Rm96 Juta Lebih Baik Guna Untuk Turunkan Harga Ayam Akmal

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 317 hits
Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya semalam bahawa kos melaksanakan Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac ini sebanyak RM96 juta amat mengejutkan Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir kos sebanyak itu tidak seharusnya dibazirkan sekiranya...
Individu Bujang Lebih Berisiko Mati Awal

Individu Bujang Lebih Berisiko Mati Awal

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 283 hits
LONDON Satu kajian mendapati bahawa individu yang menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia dapat menikmati hidup lebih lama dan sihat lapor portal berita MailOnline semalam Kajian Pejabat Statistik Kebangsaan itu mendedahkan kadar kema...
Perkhidmatan Line Clear Express Yang Mengecewakan

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Trust The Vision Ellaspede Delivers A Radical Honda Cbx750 Caf Racer

Eksplorasi Digital U Pustaka 2025 Latihan Pangkalan Data J Gate

Indonesia Tempat Wisata Menarik Di Bandung

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Remaja 17 Tahun Suspek Utama Letupan Ketika Solat Jumaat Di Jakarta Polis

Anwar Free Education For Hardcore Poor From Preschool To University Starting Next Year