Pas Umum Keyakinan Yang Tinggi Untuk Teraju Pahang Pada Pru 16 Berlandaskan Pencapaian Pentadbiran Di Empat Negeri




KUANTAN: PAS mengumumkan keyakinan tinggi untuk menerajui kepimpinan negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), berlandaskan pencapaian sedia ada di empat negeri yang kini di bawah pentadbiran parti itu.
Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan berkata, pengumuman itu bukan sekadar laungan politik kosong, sebaliknya satu komitmen serius bersandarkan rekod prestasi yang telah terbukti di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
“Rakyat Pahang layak merasai transformasi sebenar yang telah dibuktikan oleh kerajaan-kerajaan negeri PAS ini,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, PAS bersedia untuk menerajui negeri ini berdasarkan pengalaman luas dalam mentadbir serta membangunkan rakyat berbilang kaum.
“Di Kedah, PAS berjaya memulihkan kewangan negeri tanpa mengabaikan kebajikan rakyat. Di Kelantan dan Terengganu, model pembangunan holistik mengintegrasikan nilai Islam dengan keperluan moden.
“Di Perlis pula, PAS menunjukkan kecekapan pentadbiran tinggi dan ketelusan menyeluruh. Inilah ‘track record’ sebenar untuk dinilai rakyat Pahang,” jelasnya.
Beliau berkata, wibawa PAS sebagai parti yang mampu menerajui Pahang tidak boleh dipertikaikan lagi, dengan prestasi yang ditunjukkan di negeri-negeri terbabit.
“Dengan empat negeri di bawah kepimpinan PAS, kami membuktikan Islam bukan penghalang kemajuan, tetapi ianya tulang belakang pembangunan berkualiti dan berkesinambungan.
“Kepimpinan PAS menunjukkan integriti tinggi, pengurusan kewangan telus, dan kerajaan yang benar-benar berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Formula ini akan kami bawa ke Pahang, insya-Allah,” terangnya.
Tambah beliau, PAS mengajak rakyat Pahang untuk bersatu di bawah satu payung besar demi masa depan yang cerah.
“Pahang dengan potensi sumber alam melimpah, kedudukan strategik dan kekayaan warisan, sewajarnya antara negeri termaju Malaysia. Potensi ini tidak dapat direalisasi tanpa kepimpinan yang komited, bersih dan kompeten.
“Sudah terlalu lama Pahang dalam zon selesa pentadbiran yang tidak membawa transformasi sebenar,” ujarnya.
Beliau turut menyifatkan PRU16 sebagai kemuncak kepada badai perubahan yang melanda negara.
“PAS datang dengan pelan induk yang terbukti berjaya di negeri lain. Kami akan pastikan Pahang tidak ketinggalan dalam gelombang transformasi ini.
“Setiap pengundi adalah ejen perubahan, setiap undi manifestasi kehendak untuk Pahang lebih baik.
“Bersama kita wujudkan Pahang maju, makmur dan sejahtera di bawah kepimpinan amanah dan bertanggungjawab!” katanya. #Harakahdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/pas-umum-keyakinan-tinggi-untuk-teraju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah Pas Pn Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri

Pemuda Pas Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah Pas Pn Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 203 hits
KUANTAN Parti Islam SeMalaysia dan Perikatan Nasional Pahang melihat kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan kini ibarat telur di hujung tanduk rapuh berantakan dan gagal menunjukkan hala tuju jelas Ketua Pemuda Dewan ...
Muslimat Pas Pahang Sokong Penuh Tindakan Kerajaan Negeri Laksana Pengharaman Sepenuhnya Penjualan Vape

Muslimat Pas Pahang Sokong Penuh Tindakan Kerajaan Negeri Laksana Pengharaman Sepenuhnya Penjualan Vape

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 275 hits
KUANTAN Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang menyatakan sokongan penuh terhadap langkah Kerajaan Negeri Pahang dalam melaksanakan pengharaman sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang Salamiah...
Ustaz Rosli Jabar Dakwa Umno Bagaikan Dirasuk Syaitan Setiap Kali Dengar Slogan Pas Teraju Pahang

Ustaz Rosli Jabar Dakwa Umno Bagaikan Dirasuk Syaitan Setiap Kali Dengar Slogan Pas Teraju Pahang

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 166 hits
KUANTAN Parti Islam SeMalaysia Pahang menyifatkan segelintir penyokong dan pemimpin Umno seperti mereka yang dirasuk syaitan dan kepanasan setiap kali mendengar slogan PAS Teraju Pahang Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Rosli Abdul Jabar berkata ...
Pemuda Pas Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul

Pemuda Pas Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 232 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang mendakwa wujud keretakan dalaman antara parti parti komponen Kerajaan Perpaduan termasuk di Pahang Ketua Penerangannya Ahmad Azlan Abu Bakar berkata ia susulan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul A...
Wan Rosdy Dan Rombongan Tiba Di Tanah Suci Mekah Gembira Dapat Bertemu Jemaah Haji Dari Negeri Pahang

Wan Rosdy Dan Rombongan Tiba Di Tanah Suci Mekah Gembira Dapat Bertemu Jemaah Haji Dari Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 187 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selamat tiba di Tanah Suci Mekah pada Ahad dan berkesempatan bertemu jemaah haji dari Pahang yang tiba lebih awal Beliau menyuarakan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan seba...
Kerajaan Negeri Pahang Mengharamkan Penggunaan Rokok Elektronik Atau Vape Secara Menyeluruh

Kerajaan Negeri Pahang Mengharamkan Penggunaan Rokok Elektronik Atau Vape Secara Menyeluruh

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape secara menyeluruh dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Pahang Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Oran...
Kemalangan Bas Bawa Pelajar Upsi Sultan Pahang Titah Semua Masjid Di Negeri Ini Anjur Solat Jenazah Ghaib

Kemalangan Bas Bawa Pelajar Upsi Sultan Pahang Titah Semua Masjid Di Negeri Ini Anjur Solat Jenazah Ghaib

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 333 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di negeri itu menganjurkan solat jenazah ghaib untuk pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Ra...
Sahabat Lama Menyembahkan Rayuan Kepada Tuanku Sultan Supaya Kerajaan Negeri Pahang Berhenti Menyaman Wartawan Tua

Sahabat Lama Menyembahkan Rayuan Kepada Tuanku Sultan Supaya Kerajaan Negeri Pahang Berhenti Menyaman Wartawan Tua

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 187 hits
Hari ini saya sungguh terharu apabila menerima mesej WhatsApp berikut daripada seorang sahabat lama yang juga rakan sekerjaya wartawan Assalam Dir terserempak Tuanku Sultan Pahang di IJN tadi Koi bagitau Tuanku suruhlah Kerajaan Negeri hent...
Pas Sokong Langkah Kerajaan Pahang Haramkan Vape Serta Merta Proaktif Bantu Penjual Beralih Bisnes

Pas Sokong Langkah Kerajaan Pahang Haramkan Vape Serta Merta Proaktif Bantu Penjual Beralih Bisnes

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Parti Pas SeMalaysia hari ini menyatakan sokongan kepada langkah Pahang mengharamkan penggunaan vape secara serta merta seperti diumumkan kerajaan negeri semalam Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata memang me...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest