Ustaz Rosli Jabar Dakwa Umno Bagaikan Dirasuk Syaitan Setiap Kali Dengar Slogan Pas Teraju Pahang




KUANTAN: Parti Islam SeMalaysia (PAS) Pahang menyifatkan segelintir penyokong dan pemimpin Umno seperti 'mereka yang dirasuk syaitan dan kepanasan' setiap kali mendengar slogan 'PAS Teraju Pahang'.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Rosli Abdul Jabar berkata, pelbagai komen menghina dan memperlekehkan dibuat oleh pihak terbabit selepas dia membuat hantaran bertajuk 'Impian Yang Sedang Bergerak' di Facebook rasminya, lima hari lalu.
"Apabila saya post (hantaran) tajuk pertama 'Impian Yang Sedang Bergerak', Alhamdulillah... banyak komen positif dari rakyat Pahang yang berkongsi impian sama dengan kami.
"Cuma yang jadi peliknya kalimah 'Teraju Pahang' bagaikan badai yang menerjah kapal politik lawan, terutama UMNO.
"Pelbagai komen yang menghina, memperlekeh dan macam-macam perkataan, sepertinya dibacakan ayat al-Quran kepada mereka yang dirasuk syaitan, menggelupur kepanasan... habis semua perkataan terpacul keluar," katanya dalam satu kenyataan di Kuantan, hari ini.
Terdahulu, Rosli yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Lumpur, dalam satu hantaran Facebook menjelaskan bahawa impian PAS untuk mengambil alih kerajaan negeri adalah cita-cita murni yang sedang bergerak dengan pemikiran yang lurus serta pendirian yang teguh.
Jelasnya, perkara itu sedang dilakukan melalui usaha, doa dan tawakal kepada Allah.
"Kami sedang bergerak dan terus bergerak menuju kepadanya.
"Kami sedang bergerak menuju impian, bergerak tanpa henti hingga tak sempat untuk bermimpi walaupun di siang hari.
"Setiap saat - tak kira siang, malam, tengahari, subuh - dan selagi detik masa sedang berjalan, selagi itu kami sedang berusaha untuk mencapai impian kami," ujarnya.
Kelantan bertahan lebih 30 tahun
Dalam pada itu, Rosli turut menjawab komen yang mengatakan bahawa tidak ada pemimpin PAS Pahang yang layak menjadi menteri besar, jika mereka menang dan mengambil alih kerajaan negeri.
"Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika dilantik menjadi menteri besar Kelantan, pelbagai ramalan - terutama daripada pemimpin Umno - mengatakan kerajaan PAS Kelantan tak akan bertahan lama kerana Almarhum Tok Guru tak pandai memerintah, hanya pandai berceramah di masjid, surau sahaja.
"Namun sehingga kini kerajaan PAS Kelantan bertahan sehingga lebih 30 tahun dan menteri besarnya kini juga seorang 'lebai'... UMNO Kelantan pula yang nampaknya terkial-kial untuk bertahan.
"Kalau Almarhum Tok Guru dikatakan kelulusan agama tak pandai memerintah, tapi Kedah, Terengganu dan Perlis, semua MB (menteri besar) PAS ini bukan dari kelulusan agama pun, tapi tetap UMNO kata mereka tak pandai memerintah juga.
"Maknanya, UMNO ni anggap dia saja pandai memerintah... asal bukan UMNO, semua tak pandai.
"Itulah UMNO, kerjanya nak bodohkan rakyat yang tidak mengundi UMNO... UMNO ingat rakyat Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu ini bodoh agaknya," tegasnya.
Rosli berkata, rakyat Pahang ditakut-takutkan dengan slogan 'Nak Mundur Undi PAS' sedangkan PAS belum lagi diberi peluang mentadbir Pahang.
Katanya, negeri PAS juga terbukti mampu ditabdir dengan baik walaupun pelbagai tekanan, serangan dan sekatan dikenakan kerajaan pusat.
"Saya nak ingatkan UMNO bahawa PAS Pahang tidak bekerja atas nama individu, kami adalah jamaah ataupun satu pasukan dan memerintah perlukan kekuatan pasukan.
"InsyaAllah, pasukan kami memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk memerintah, tak perlu takutkan dan bodohkan rakyat Pahang yang sedang melihat bukti keupayaan PAS memerintah negeri yang sedang PAS kuasai," katanya. #Malaysiakini
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/ustaz-rosli-jabar-dakwa-umno-bagaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Pas Pahang Mendakwa Mentaliti Yb Kerdau Serlahkan Kedangkalan Umno Pahang

Ketua Pemuda Pas Pahang Mendakwa Mentaliti Yb Kerdau Serlahkan Kedangkalan Umno Pahang

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 277 hits
KUANTAN Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih Al Hafiz menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Dewan Negeri Kerdau dalam satu siri podcast baru baru ini Menurut beliau ahli politik daripada UMNO itu menggambarkan mentaliti...
Pemuda Pas Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah Pas Pn Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri

Pemuda Pas Dakwa Kerajaan Pahang Kini Semakin Goyah Pas Pn Sedia Ambil Alih Tampuk Pentadbiran Negeri

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 206 hits
KUANTAN Parti Islam SeMalaysia dan Perikatan Nasional Pahang melihat kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan kini ibarat telur di hujung tanduk rapuh berantakan dan gagal menunjukkan hala tuju jelas Ketua Pemuda Dewan ...
Pas Umum Keyakinan Yang Tinggi Untuk Teraju Pahang Pada Pru 16 Berlandaskan Pencapaian Pentadbiran Di Empat Negeri

Pas Umum Keyakinan Yang Tinggi Untuk Teraju Pahang Pada Pru 16 Berlandaskan Pencapaian Pentadbiran Di Empat Negeri

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 244 hits
KUANTAN PAS mengumumkan keyakinan tinggi untuk menerajui kepimpinan negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum ke 16 berlandaskan pencapaian sedia ada di empat negeri yang kini di bawah pentadbiran parti itu Ketua Penerangan PAS Pahang Ustaz Aire...
Pemuda Umno Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung

Pemuda Umno Pahang Akan Bawa Usul Pembebasan Bekas Perdana Menteri Najib Razak Ke Perhimpunan Agung

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 270 hits
PEKAN Pergerakan Pemuda UMNO Pahang akan membawa usul berkenaan pembebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan pada Ogos nanti Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang Mohd Kamil Ibrahim me...
Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan Dapatkan Imuniti Pemuda Pas Pahang Gesa Pmx Cuti Sementara

Keputusan Mahkamah Tolak Permohonan Dapatkan Imuniti Pemuda Pas Pahang Gesa Pmx Cuti Sementara

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 311 hits
KUANTAN Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk mengambil cuti sementara daripada tugas beliau demikian desak Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih al Hafiz Katanya ia susulan keputusan mahkamah menolak permo...
How Is Pas S Credibility Faring Vs Umno S Struggling Defense Of Malay Values

How Is Pas S Credibility Faring Vs Umno S Struggling Defense Of Malay Values

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 844 hits
ZAID Ibrahim s recent endorsement of PAS potential to uplift Malaysia has bolstered the party s image as a credible Islamic force The former minister praised PAS s moral clarity stating History has shown us that clerical leadership can stee...
Pas Sokong Langkah Kerajaan Pahang Haramkan Vape Serta Merta Proaktif Bantu Penjual Beralih Bisnes

Pas Sokong Langkah Kerajaan Pahang Haramkan Vape Serta Merta Proaktif Bantu Penjual Beralih Bisnes

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 253 hits
KUANTAN Parti Pas SeMalaysia hari ini menyatakan sokongan kepada langkah Pahang mengharamkan penggunaan vape secara serta merta seperti diumumkan kerajaan negeri semalam Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata memang me...
Pengguna Dakwa Dengar Bunyi Mula Windows 20 Tahun Dahulu

Pengguna Dakwa Dengar Bunyi Mula Windows 20 Tahun Dahulu

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 176 hits
Sebahagian pengguna Windows 11 versi ujian terbaru telah mendakwa mendengar bunyi ikonik Windows 20 tahun dulu apabila memulakan PC mereka yang menjalankan Windows 11 Bunyi itu mula diperkenalkan menerusi Windows Vista a
Muslimat Pas Pahang Sokong Penuh Tindakan Kerajaan Negeri Laksana Pengharaman Sepenuhnya Penjualan Vape

Muslimat Pas Pahang Sokong Penuh Tindakan Kerajaan Negeri Laksana Pengharaman Sepenuhnya Penjualan Vape

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 277 hits
KUANTAN Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang menyatakan sokongan penuh terhadap langkah Kerajaan Negeri Pahang dalam melaksanakan pengharaman sepenuhnya penjualan rokok elektronik atau vape di negeri ini Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang Salamiah...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers