Rundingan 22 Januari Tentukan Hidup Mati Muafakat Nasional Di Kelantan



SHAH ALAM – UMNO negeri tidak pernah menolak kerjasama dengan Pas Kelantan untuk menubuhkan gagasan Muafakat Nasional (MN) di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terbabit.
Justeru, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, UMNO Kelantan terus menyokong sebarang usaha dan kerjasama untuk menubuhkan MN di peringkat Negeri Che Siti Wan Kembang terbabit.
Bagaimanapun, Ahmad Jazlan berkata, UMNO Kelantan akan menolak kerjasama dengan Pas menerusi MN jika mereka terus berdegil mahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyertai gagasan berkenaan.
“Sebagai contoh kenapa UMNO menolak bersatu samalah seperti Pas enggan menerima kemasukan Parti Amanah Negara (Amanah) ke dalam MN.
“Pas tidak boleh menerima Amanah kerana parti itu dikatakan ditubuhkan oleh individu yang mengkhianati Pas. Begitu juga kenapa kita tidak boleh menerima Bersatu kerana ramai pemimpin mereka pernah mengkhianati UMNO,” ketika kepada Sinar Premium pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, UMNO Kelantan juga mempunyai prinsip tersendiri di mana mereka berpegang kepada keputusan parti dan akar umbi yang menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu seperti diputuskan oleh Perhimpunan Agung UMNO, sebelum ini.
Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Mesyuarat Perwakilan UMNO Kelantan dari dulu hingga sekarang konsisten sebulat suara menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Justeru itu, Ahmad Jazlan berkata, rundingan antara UMNO dan Pas pada 22 Januari ini penting bagi menentukan sama ada terdapat keperluan kerjasama antara kedua-dua parti menerusi penubuhan gagasan MN di Kelantan, nanti.
“Ini bermakna belum ada sebarang ikatan atau kerjasama rasmi antara UMNO dan Pas menerusi pembentukan gagasan MN buat masa sekarang. Jadi hubungan UMNO dan Pas Kelantan sekarang saya ibaratkan sebagai tergantung tak bertali.
“Bagaimanapun, pendirian UMNO Kelantan adalah jelas kerana kita tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan Bersatu mahu pun PN kecuali dengan Pas sahaja,” katanya.
Ditanya sama ada sejauh mana keyakinan beliau mengenai penubuhan MN di Kelantan, Ahmad Jazlan menegaskan, beliau tidak boleh memberikan sebarang jaminan kerana ramai pemimpin tertinggi Pas masih mempertahankan PN yang turut disertai oleh Bersatu.
“Saya tidak boleh jaminan mengenai masa depan MN di Kelantan kerana ia akan diputuskan dalam rundingan dengan Pas Kelantan pada 22 Januari ini.
“Saya belum pasti keputusan Pas namun asas pertemuan kita jelas iaitu bagi mewujudkan atau menubuhkan MN di peringkat negeri Kelantan tanpa penyertaan Bersatu.
“Itu terpulang kepada pemimpin Pas negeri untuk membuat keputusan muktamad, namun UMNO senang sahaja dari kita sentiasa konsisten dan berpegang teguh kepada Piagam MN antara parti ini dengan Pas dan ketika itu tidak wujud lagi PN,” katanya.
Selamatkan Muafakat Nasional demi Abata

 
Dalam pada itu, Ahmad Jazlan berkata semasa mesyuarat pemimpin tertinggi kedua-dua parti sebelum ini, UMNO sudah menyatakan pendirian tegas kepada pemimpin Pas berkali-kali bahawa mereka tidak sekali-kali menyertai PN.
“Istilah tidak mahu menyertai PN bermaksud UMNO tidak akan bekerjasama dengan PN yang disertai Bersatu bagi menghadapi PRU15,” katanya.
Ketika ditanya adakah itu bermakna UMNO menolak kerjasama dengan Pas jika mereka terus mahu PN dan Bersatu menyertai MN, Jazlan berkata, beliau enggan mendahului keputusan rundingan antara UMNO dan Pas, pada 22 Januari nanti.
“Saya tidak berkata begitu, kerana mungkin Pas di Kelantan mereka mahu bersama Bersatu atau bersama MN tanpa penyertaan Bersatu? Itu dua kemungkinan berbeza tetapi apa pun keputusan muktamad akan diketahui pada 22 Januari ini,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada UMNO akan mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Kelantan dimenangi pada PRU14 lalu, Jazlan berkata, perkara itu bergantung kepada rundingan dengan Pas pada 22 Januari ini.
Sementara itu, Ahmad Jazlan berkata, rundingan antara Pas dan UMNO pada 22 Januari ini bukan berlangsung atas usaha Pas sebaliknya susulan surat dihantar Biro Politik UMNO Kelantan kepada Menteri Besar, baru-baru ini.
“Sebenarnya rundingan Pas dan UMNO pada 22 Januari ini adalah susulan surat saya kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap Menteri Besar yang di mana saya mengemukakan permohonan untuk mengadakan rundingan antara Biro Politik UMNO Kelantan dengan pimpinan Pas negeri.
“Saya mahu menjelaskan bahawa idea pertemuan pada 22 Januari ini adalah cetusan daripada UMNO bukannya Pas. Kita yang menghulurkan ‘jambatan’ untuk memulakan hubungan dan penubuhan MN di Kelantan bukannya Pas.
“Sebenarnya, UMNO mencadangkan tarikh pertemuan itu diadakan lebih awal iaitu pertengahan bulan Januari tetapi Pas memberi tarikh 22 Januari dan tanpa menyemak saya terus bersetuju biarpun kita mungkin terpaksa menangguhkan majlis dan program UMNO dirancang lebih awal pada tarikh sama,” katanya.
Ahmad Jazlan berkata rundingan antara UMNO dan Pas Kelantan itu penting bagi menentukan hala tuju penubuhan MN dan membuat persiapan awal menjelang PRU15 yang mungkin diadakan tidak lama lagi.
“Kita perlu capai keputusan muktamad mengenai kerjasama dengan Pas menerusi gagasan MN secepat mungkin bagi membuat persiapan rapi jentera parti menjelang PRU15.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Kedai Percuma Pak Nil bantu mangsa banjir Kabinet 2022: Siapa Timbalan Perdana Menteri? Rider e-dagang mogok, dakwa kontrak baharu tidak adil Isteri kantoi curang 3 kali, suami lafaz talak depan anak Long Tiger Junior semakin ramai Ketegangan dalam Umno ekoran langkah kerajaan sekat pengeluaran KWSP Azlee Senario sebak, bagaikan tsunami saya melihatnya Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya Kes Mayat Reput: Tatu Bunga Mawar Warna Hitam Pada Punggung Mayat Al-kisah kambing dan PAS Emma Watson bersolidariti bersama Palestin Layari Laman Facebook MYKMU.NET
 
MKT UMNO akan tentuan tarikh baru PAU 2021

The post Rundingan 22 Januari tentukan hidup mati Muafakat Nasional di Kelantan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/01/04/__trashed-5/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sets Jan 22 To Meet Kelantan Umno On Future Direction Of Muafakat Nasional

Pas Sets Jan 22 To Meet Kelantan Umno On Future Direction Of Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 315 hits
Kelantan PAS commissioner Datuk Ahmad Yakob said the meeting among others would discuss the future direction as well as the future of the two parties in the 15th general election 8211 Bernama photo PASIR MAS Kelantan PAS has set January 22 ...
Khutbah Jumat Tahun Baru 2022 Resolusi Untuk Hidup Setelah Mati

Khutbah Jumat Tahun Baru 2022 Resolusi Untuk Hidup Setelah Mati

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 522 hits
Tak terasa tahun masehi kini berganti Kita meninggalkan tahun 2021 dan memasuki tahun 2022 Menyadarkan bahwa waktu terus berjalan dan jatah usia kita terus berkurang Semakin dekat pula kita dengan kematian Karenanya khutbah Jumat tahun baru...
Pas Tak Boleh Dipercayai Muafakat Nasional Sudah Gagal Kata Nur Jazlan

Pas Tak Boleh Dipercayai Muafakat Nasional Sudah Gagal Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 211 hits
Berdasarkan kenyataan yang dibuat pimpinan PAS dan UMNO mengenai Muafakat Nasional bolehlah dianggap ikatan kerjasama itu sebenarnya sudah gagal kata Datuk Nur Jazlan Mohamed Beliau yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Johor berkata Presiden U...
Bola Mati Masih Jadi Momok Indonesia

Bola Mati Masih Jadi Momok Indonesia

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 194 hits
Bola mati masih menjadi kelemahan Indonesia Singapura Bola mati masih menjadi titik lemah di Tim Garuda kembali kecolongan gol dari set piece saat menang atas di semifinal Indonesia berhasil melaju ke final Kepastian ini diraih usai Indones...
Hanya Ingat Mati 4 Jam Junjung Bayi Dalam Kotak Sebak Dengar Voice Note Ibu Ni

Hanya Ingat Mati 4 Jam Junjung Bayi Dalam Kotak Sebak Dengar Voice Note Ibu Ni

papar berkaitan - pada 25/12/2021 - jumlah : 255 hits
Bagai mati hidup semula Ibarat berada di tengah tengah lautan Masa tu hanya fikir ini mungkin takdir kami berdua Saya hanya reda dengan doa yang tak putus Kongsi Suriyati Abdul Mokhtar 34 ibu kepada dua orang anak dan salah seorang mangsa b...
Tiga Juta Rakyat Malaysia Mati Pucuk Dr Ismail Tambi

Tiga Juta Rakyat Malaysia Mati Pucuk Dr Ismail Tambi

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 430 hits
Tiga Juta Rakyat Malaysia Mati Pucuk Dr Ismail Tambi Lebih tiga juta rakyat negara ini mengalami masalah mati pucuk atau erectile dysfunction kata Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif Dr Mohd Ismail Mohd Tambi Katanya angka itu...
Keputusan Akhir Berhubung Hukuman Mati Akan Diputuskan Tidak Lama Lagi

Keputusan Akhir Berhubung Hukuman Mati Akan Diputuskan Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 182 hits
MALAYSIA NOW Jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti perkara itu akan menyerahkan dapatannya kepada menteri undang undang yang akan membentangnya kepada Kabinet sebelum keputusan dimuktamadkan Seorang aktivid memegang sepanduk dalam sebua...
Pengurus Stesen Minyak Mati Lemas Ketika Memukat

Pengurus Stesen Minyak Mati Lemas Ketika Memukat

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 241 hits
Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN RAKAN Saiful Anuar Mustafa menunjukkan lokasi mangsa ditemukan mati lemas dalam kejadian bot terbalik di Ladang Rakyat Mak Lagam di Kemaman hari ini NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNANKEMAMAN Pengurus st...
Hiburan Saya Hanya Ingat Mati Diana Rafar Akui Trauma Dengan Insiden Banjir

Hiburan Saya Hanya Ingat Mati Diana Rafar Akui Trauma Dengan Insiden Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 385 hits
Pelakon berhadapan suasana kelam kabut dengan persekitaran yang berubah menjadi lautan bergelora membuatkan dia hanya terfikir soal ajal Diana atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar mengakui tidak dapat melupakan peristiwa itu Malah sehing...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024