Pas Pun Tolak Bn Pada Pru14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda
Biro Agama Pemuda Bersatu (Armada) hairan dengan sikap PAS yang menyalahkan pendirian anak muda yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14
Sedangkan, kata pengerusinya, Abu Hafiz Salleh Hudin, parti Islam itu juga turut menentang BN dengan meletakkan calon menentang BN dan PH dalam pertembungan tiga penjuru
Malah, katanya, dalam ceramah sempena Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan di Kota Bharu pada Mac tahun lalu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara jelas dan lantang menegaskan komitmen PAS untuk bukan sahaja melawan PH, tetapi juga BN
"Amat pelik, apabila hukuman tidak membaca kitab dan tidak mempelajari agama hanya diberikan kepada anak muda sehingga jatuhnya BN tetapi gelaran yang sama tidak diberikan kepada PAS yang diketuai oleh Abdul Hadi sendiri
"Marilah kita sama-sama mengamalkan politik matang dan sejahtera seperti yang sering dilaungkan oleh PAS sendiri termasuk bukan membalas dendam melalui ucapan dan gelaran buruk sehingga mampu menjatuhkan maruah tokoh agama mahupun Islam itu sendiri
"Hormati perbezaan pilihan parti politik dan bukannya menyuburkan amalan label melabel seperti yang berlaku ini," katanya lagi
Abdul Hadi pada 15 Jun lalu menyifatkan 30 peratus anak muda yang mengundi PH pada PRU lalu sebagai kekurangan ilmu agama sehingga gagal memahami Islam mengikut makna sebenar
Beliau berkata disebabkan itu golongan terbabit didakwanya melakukan kesilapan apabila menumbangkan BN, dan mengundang mudarat lebih besar dengan memilih PH
"Tiga puluh peratus pengundi muda (mengundi PH) yang berumur 21 tahun yang tak mengaji kitab, (tidak) mengaji agama, (tapi) mengaji dengan telefon bimbit, mengaji dengan Facebook, mengaji dengan WhatsApp
"Kefahaman (mereka) dalam masa singkat, dengan WhatsApp, (kemudian) membuat sikap politik," kata Abdul Hadi ketika berucap
Dalam kenyataan hari ini, Abu Hafiz berkata laras ayat sebegitu sangat tidak sesuai dengan kedudukan Abdul Hadi sebagai tokoh politik dan agamawan yang disegani
Tambah Abu Hafiz, tuduhan itu merendahkan tahap intelek orang lain dan melanggar adab susila agama. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/06/pas-pun-tolak-bn-pru14-tapi-nak.html