Hadi Pas Tolak Budaya Perkauman Dan Fanatik Agama


Faiz Zainudin Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan dasar berajuk ‘Islam Memimpin Perpaduan’ pada muktamar parti itu ke 65 di stadium tertutup Sukpa, di Kuantan hari ini. KUANTAN: PAS menentang sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang cuba memainkan isu perkauman, selain menolak gerakan yang terlalu taksub kepada agama, kata Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata, pihaknya akan mempertahankan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia mengikut acuan Islam, bukannya dengan tujuan meraih kepentingan politik.

“Kita tetap mempertahankan kewujudan masyarakat majmuk ini kerana petunjuk Islam, bukannya bermain politik.

“Kita buktikan adanya sayap bukan Islam dalam PAS dan adanya pada Umno yang bersifat Melayu Islam tidak berpisah dan Bumiputera tegar, namun tetap menjalin rantaian yang tidak putus dengan semua kaum yang lain.

“Kita menentang sesiapa sahaja yang mahu membakar api perkauman dan fanatik agama yang merosakkan masyarakat majmuk ini, dan tidak berganjak dalam mempertahankan Islam memimpin dengan semangat tema yang diteruskan,” katanya dalam ucapan dasar presiden yang bertajuk “Islam Memimpin Perpaduan” sempena Muktamar PAS kali ke-65 di sini, hari ini.

Katanya, kedudukan semua kaum akan terjejas jika pendekatan Islam tidak dilaksanakan.

“Kaum lain yang beragama bukan Islam sepatutnya tidak berasa khuatir dengan adanya jaminan keadilan dan hak mengikut Al-Quran dan perlembagaan negara yang sentiasa diislahkan.

“Sebaliknya kalau aspek ini diganggu boleh mengancam kedudukan semuanya,”katanya.

Hadi berkata, kejayaan pendekatan Islam yang dibawa PAS dalam memberi keadilan untuk semua diterjemah melalui pentadbiran parti itu di Kelantan dan Terengganu.

“Kelantan dan Terengganu sudah berjaya membuktikan bahawa keadilan kepada semua kaum dan bangsa bukanlah ucapan kosong yang sudah dibuktikan melalui hak kebajikan dan beragama yang dijaga oleh kerajaan di bawah kepimpinan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan.

“PAS melalui Lajnah Perpaduan Nasional dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang menerima konsep politik Islam yang adil dan rahmat untuk semua adalah jambatan PAS kepada penganut bukan Islam hendaklah diperkasakan dengan penglibatan pelbagai kaum dan bangsa untuk mengubah persepsi negatif dan fobia terhadap Islam,” katanya.

Hadi menyuarakan kebimbangan berhubung perkembangan semasa ketika ini apabila ada pihak yang berani dan bertindak secara melulu mencabar kedudukan Islam, Raja dan hak istimewa yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Katanya, institusi itu sepatutnya dipeliharan dan dijaga semua kaum, bukannya bertindak mencabarnya, termasuklah oelh kalangan orang Islam sendiri.

“Rakyat pelbagai kaum dan agama hendaklah menolak kalangan (kumpulan) ini dalam pilihan raya umum akan datang demi kebaikan semua pihak dan mengatur hari muka yang bahagia dan tiada kecelakaannya. Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa adalah fitrah yang tidak boleh dipisahkan,” katanya.

PAS terbuka jalin kerjasama dengan bukan Islam

Hadi berkata, PAS terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan parti atau pertubuhan bukan Islam.

“Terbarunya dengan MIC yang menunjukkan hasil sangat positif apabila memahami titik persamaan yang boleh bekerjasama dan memahami perbezaan yang boleh dibincangkan secara terbuka tanpa perkelahian, apabila masing-masing menjaga adab dan sempadannya.

“Berpandukan ijtihad politik semasa dalam hal ini, PAS konsisten untuk memilih pendekatan damai dalam berpolitik (muwajahah silmiyyah) dan terbuka untuk berdialog dan menjalin hubungan politik dengan semua pihak atas prinsip kerjasama.

Katanya, PAS juga akan menguasai media sosial dalam memberi penerangan tentang perjuangan yang dibawa parti itu, khususnya kepada bukan Islam.

“Kita akan memberi kefahaman dan penjelasan kepada mereka tentang Islam dan perjuangan PAS berkonsepkan hikmah, tiada paksaan dalam agama dan adil untuk semua.

“Percayalah bahawa hanya Islam yang sempurna, adil dan rahmat dapat menyatukan masyarakat majmuk dengan selamat. Inilah ‘Piagam Jaminan Perlindungan Bukan Islam’ yang akan terus dipegang oleh PAS, antaranya mendahulukan perdamaian dan persaudaraan, tanpa paksaan dalam perkara agama. Islam mewajibkan pemerintah untuk bersikap adil kepada semua.

“Islam mengizinkan penganut agama lain melaksanakan apa yang diizinkan oleh agama mereka, walaupun diharamkan oleh Islam dengan sempadan menjaga sensitiviti umat Islam,” katanya.

PAS juga mengakui kelemahan menguasai media sosial sebelum pilihanraya lalu menyebabkan rakyat keliru dan gagal mendapatkan maklumat tepat tentang parti itu.

“Maklumat perlu disampaikan kepada kumpulan sasaran yang tepat dalam kadar yang cepat,”katanya.

Perjuang hak Sabah dan Sarawak

PAS katanya, beriltizam untuk meningkatkan taraf hidup peribumi Sabah dan Sarawak serta menyeru semua pihak supaya memperkukuh komitmen pada Perjanjian Malaysia 1963 dengan memperbaiki segala kelemahan sepanjang pelaksanaannya ke arah menguatkan persekutuan Malaysia dan merapatkan jurang perbezaan yang wujud selama ini.

“Kita perlu menolak sebarang usaha untuk memisahkan penyatuan ini dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Selatan Sudan dan Timor-Timur yang lebih malang nasibnya selepas berpisah,” katanya.

Muktamar PAS ke 65 yang bermula hari ini dan dijadualkan berakhir pada Ahad dihadiri lebih 1,000 perwakilan parti itu dari seluruh negara. Muktamar sayap Muslimat, Pemuda dan Ulama PAS diadakan lebih awal sebelum ini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/hadi-pas-tolak-budaya-perkauman-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Muda Harus Tolak Kitab Perkauman Pas

Anak Muda Harus Tolak Kitab Perkauman Pas

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 296 hits
By 19 Jun 2019Faiz FadzilKUALA LUMPUR Pemuda Amanah Negara mengajak anak muda menolak Pas atas penghinaan yang diberikan parti itu kepada golongan berkenaan Timbalan Ketuanya Faiz Fadzil berkata sentimen perkauman yang sedang dicanang Pas d...
Hadi Bukankah Pas Pun Tolak Bn Dalam Pru Lalu

Hadi Bukankah Pas Pun Tolak Bn Dalam Pru Lalu

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 245 hits
News Diterbitkan Hari ini 12 39 tengahariBiro Agama Pemuda Bersatu hairan dengan sikap PAS yang menyalahkan pendirian anak muda yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke 14 Sedangkan kata pengerusinya Abu Hafiz Salleh Hudin parti Islam...
Kenyataan Abdul Hadi Bukti Tarbiah Pas Gagal Syed Saddiq

Kenyataan Abdul Hadi Bukti Tarbiah Pas Gagal Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 319 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disifatkan menghina kebijaksanaan anak muda apabila mendakwa golongan itu yang mengundi Pakatan Harapan sebagai tidak mengaji agama sebaliknya mengaji dengan telefon bimbit dan media sosial Ke...
Pas Pun Tolak Bn Pada Pru14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

Pas Pun Tolak Bn Pada Pru14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 279 hits
Biro Agama Pemuda Bersatu hairan dengan sikap PAS yang menyalahkan pendirian anak muda yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke 14 Sedangkan kata pengerusinya Abu Hafiz Salleh Hudin parti Islam itu juga turut menentang BN dengan melet...
Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

Ahli Harus Faham Konsep Tahaluf Siyasi Pas Umno Hadi

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 346 hits
Abdul Hadi AwangKUALA LUMPUR Kira kira 90 peratus pengundi bukan Islam mengambil keputusan mengundi calon Pakatan harapan pada PRU 14 kata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Menurutnya sikap kira kira 30 peratus pengundi muda membuat ...
Muktamar Pas Hadi Tuan Ibrahim Menang Tanpa Bertanding

Muktamar Pas Hadi Tuan Ibrahim Menang Tanpa Bertanding

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 395 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan jawatan masing masing selepas mereka diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan Muktamar PAS ke 65 Abdul Hadi menerajui parti itu sejak tahun 2002 bagi m...
Pas Ajak Rakan Tolak Parti Cauvinis

Pas Ajak Rakan Tolak Parti Cauvinis

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 250 hits
Diterbitkan Hari ini 11 21 tengahariMUKTAMAR PAS Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya hari ini menyeru rakan rakan parti bukan Islam supaya bersama sama mereka menolak parti fanatik perkauman Kita mengharapkan rakan rakan buk...
Ulama Pas Kalau Tak Tunggang Agama Tunggang Khinzir Pun Boleh

Ulama Pas Kalau Tak Tunggang Agama Tunggang Khinzir Pun Boleh

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 231 hits
News Diterbitkan Hari ini 4 34 petangMeskipun tidak mengakuinya secara langsung anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik memberitahu tidak mudah untuk seseorang menjadi penunggang agama Kata bekas pemimpin Dewan Ulama PAS Pahang itu aga...
Whether Islam Or The Economy Ph Has Failed Us Hadi Tells Pas Members

Whether Islam Or The Economy Ph Has Failed Us Hadi Tells Pas Members

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 474 hits
PAS president Abdul Hadi Awang speaks at the party s muktamar in Kuantan today KUANTAN Opening his party s second muktamar after the historic election that saw PAS relegated to the east coast Abdul Hadi Awang today accused the Pakatan Harap...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan