Ayah Pensyarah Emak Doktor Tapi Anak Gelandangan




PETALING JAYA – Akibat terjebak dalam kancah dadah, dirinya kini menjadi salah seorang dari ribuan gelandangan di tengah ibu kota yang masing-masing menyimpan pelbagai kisah suka dan duka.

Tidak diduga kehidupannya perlu dihabiskan di kaki lima, Panjang (bukan nama sebenar), 25, pasrah dengan nasib yang diterimanya.

“Ini semua berlaku sebab saya buat jahat. Saya hisap dadah dan akhirnya keluarga tak mahu terima saya.

“Kesudahannya, di sinilah tempat saya,” kata panjang tersengih ketika dia ditemuramah olehportal mStar Online.

Panjang yang berasal dari Sabah ditemui di kaki lima sebuah bank di ibu negara pada 12.30 pagi; ketika warga kota sedang lena diulit mimpi.

Ketika ditemui, Panjang dan rakan-rakannya baru sahaja mengambil beberapa keping kotak yang diberikan oleh NGO kepada kumpulan gelandangan di situ.

Terlihat dari raut wajah Panjang kegembiraan apabila menerima kota-kotak itu seperti menerima tilam baharu untuk mengganti tempat tidur lamanya.

“Saya ada tilam sendiri, kotak ini saya buat alas. Untuk bantal saya guna beg sahaja,” katanya ringkas.

Panjang turut menceritakan kisah hidup lamanya yang dahulu pernah hidup bahagia bersama keluarga yang kini turut menetap di Kuala Lumpur.

“Saya pernah pergi London, melancong ke Eropah dengan mereka. Saya pernahlah merasa apa itu bahagia,” katanya.

Panjang dengan perasaan bangga memberitahu ibu bapa dan ahli keluarganya terdiri dari orang yang baik-baik dan berpelajaran tinggi.

“Ayah saya seorang pensyarah, emak saya doktor gigi dan kakak saya seorang model.

“Jadi saya fahamlah kenapa mereka marah sangat dengan saya. Mana tidaknya, dulu saya ambil dadah, sekarang saya hidu gam pula dan jadi gelandangan. Sudah tentu mereka tak dapat terima saya,” katanya.

Episod hitam kehidupan Panjang bermula apabila dia terjebak dengan najis dadah apabila tamat sekolah. Hidupnya lebih tertekan apabila neneknya meninggal dunia pada waktu yang sama.

Tambah Panjang, sejak enam tahun dia menjadi gelandangan, enam tahun juga lah tidak tidak beraya bersama keluarga. Namun dia ada menghubungi ibunya menerusi telefon apabila terbit rasa rindu.

“Saya tak telefon mak selalu sebab kalau saya telefon, mak akan fikir saya mesti nak minta duit. Memang saya pernah dua-tiga kali telefon mak untuk minta duit.

“Bukan saya tak sayang mereka, saya rindu sangat dengan mereka tapi bila tengok keadaan saya macam ni, saya jadi malas nak balik semula ke rumah, apatah lagi menyusahkan mereka,” tambahnya meluahkan perasaannya.

Mencerita mengenai rutin hariannya pula, Panjang berkata tidak banyak yang boleh dilakukan olehnya kerana mengalami sakit tulang belakang sejak tahun pertama hidup sebagai gelandangan.

Panjang berkata, apabila matahari terbit, dia akan berpindah ke tempat tidur lain berdekatan dengan kawasan sungai di ibu kota dan apabila menjelang waktu petang, dia akan keluar mencari sedikit wang dan makanan.

Menurut Panjang, disebabkan sakit ini juga, dia tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan untuk mendapatkan wang melainkan meminta sedekah.

“Saya boleh cakap ‘English’, jadi saya banyak minta duit daripada pelancong-pelancong asing.

“Waktu siang saya banyak habiskan masa di kafe siber, ‘layan’ Facebook. Bila malam saya cari ‘port’ tidur yang sesuai. Bab makan saya tak risau sebab hampir setiap malam ada sahaja yang sedekahkan makanan, ubat-ubat, barang mandian dan macam macam lagi. Malam ini saya dan rakan-rakan juga diberi kotak dan ubat nyamuk,” katanya.

Ketika ditanya sama ada dia pernah terfikir untuk hidup bahagian seperti dulu, Panjang cuma tersenyum.

Ditanya pula sama ada dia mahu berpindah ke tempat lebih selesa iaitu di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang, Panjang turut memberikan reaksi yang sama.

“Susah nak cakap. Dulu memang saya bahagia, tapi macam sekarang (hidup) pun OK, tak banyak tekanan.

“Lagipun sekarang saya dah ada ‘girlfriend’. Dia pun sama macam saya tak ada rumah. Tengoklah, mungkin saya akan jadikan dia isteri saya tak lama lagi,” katanya yang merujuk kepada seorang wanita 23 tahun dari Sarawak yang dikenali tiga bulan lalu. - Siakapkeli.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sermonwriteraudio-marriage.blogspot.com/2016/03/ayah-pensyarah-emak-doktor-tapi-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Goodbye Tidur Straight 8 Jam Jadi Ayah Hidup Dr Say Berubah Hari Ke 25 Baru Faham Tangisan Anak

Goodbye Tidur Straight 8 Jam Jadi Ayah Hidup Dr Say Berubah Hari Ke 25 Baru Faham Tangisan Anak

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 566 hits
Tidak dinafikan selepas menjadi ibu dan bapa masa diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan sitiuasi baru Dr Say Shazril akui ia memang memerlukan kesabaran Rutin lama sebelum kehadiran cahaya mata tidak boleh diteruskan malah tidur straigh...
10 Random Chat Bareng Ayah Dan Abang Ini Ngakak Banget Memang Tapi Bisa Jadi Obat Rindu

10 Random Chat Bareng Ayah Dan Abang Ini Ngakak Banget Memang Tapi Bisa Jadi Obat Rindu

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 441 hits
Memang kadang orang terdekat kita itu justru sulit dimengerti kocaknya nggak ada obat
Pas Pun Tolak Bn Pada Pru14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

Pas Pun Tolak Bn Pada Pru14 Tapi Nak Salahkan Anak Muda

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 380 hits
Biro Agama Pemuda Bersatu hairan dengan sikap PAS yang menyalahkan pendirian anak muda yang menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke 14 Sedangkan kata pengerusinya Abu Hafiz Salleh Hudin parti Islam itu juga turut menentang BN dengan melet...
Lepas Salam Tak Semestinya Dapat Duit Raya Ibu Ayah Kena Betulkan Mindset Anak

Lepas Salam Tak Semestinya Dapat Duit Raya Ibu Ayah Kena Betulkan Mindset Anak

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 854 hits
Kala sambutan raya kanak kanaklah menjadi orang yang paling seronok Girang gembira dan teruja elok juga dingatkan beberapa pesanan penting supaya menjaga adab Manisnya menyambut hari raya buat kanak kanak kenangan yang akan terpahat dalam i...
Mak Ayah Selalu Marah Stres Antara Punca Anak Kuat Mengamuk Dan Meragam

Mak Ayah Selalu Marah Stres Antara Punca Anak Kuat Mengamuk Dan Meragam

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 472 hits
Geram sampai tahap kesabaran tak boleh nak dikawal boleh berlaku bila anak buat perangai Tambahan pula dengan kepenatan selepas seharian bekerja antara salah satu punca ibu bapa tak boleh nak kawal kemarahan sehinga terpaksa naik tangan Sam...
Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu

Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 449 hits
Dicium Dan Digomol Sampai Dijangkiti Kuman Ayah Kongsi Kisah Anak Meninggal Dunia 2 Syawal Tahun Lalu Dikurniakan cahaya mata adalah satu anugerah terindah bagi pasangan suami isteri Kehadiran anak itu ibarat memberi penyeri untuk sebuah ke...
Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah Protect Adik Beradik Perempuan Nanti Yang Untung Ibu Ayah

Ajar Anak Lelaki Buat Kerja Rumah Protect Adik Beradik Perempuan Nanti Yang Untung Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 766 hits
Anak lelaki dan perempuan memang mempunyai karakter berbeza Hasil didikan ibu ayah amat penting untuk menggilap potensi diri menjadi lebih baik dan boleh diharap Anak lelaki dan perempuan harus dididik menjadi insan yang boleh berdikari dan...
Ayah Mohon Maaf Sebab Ini Pesan Pu Abu Kepada Anak Yang Baru Lahir

Ayah Mohon Maaf Sebab Ini Pesan Pu Abu Kepada Anak Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 394 hits
PENDAKWAH muda yang lahir dari program realiti Pencetus Ummah Mohamad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau lebih dikenali dengan panggilan PU Abu Sufyan berkongsi khabar gembira mengenai kelahiran anak sulungnya Ayah mohon maaf sebab Ini pe...
Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 807 hits
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English