Pas Perlu Belajar Memahami Adat Raja Raja Melayu


SUSUPAN PETANG

Tiga Adun Pas buat sidang media
minta ampun. Foto BH.PASCA peristiwa terpelantingnya Ahmad Faizal Azumu sebagai MB Perak dan pelantikan Saarani Mohamad sebagai MB baru menarik dan kesan di sebaliknya bukan sesuatu yang boleh diambil ibrah daripadanya. 
Ia membabitkan soal penghormatan dan memahami adat istiadat dengan Raja. Telah berlaku sedikit sikap kurang ajar di balik kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku. 
Perkaranya mengenai cerita tiga orang Adun daripada parti agama memohon keampunan kepada Sultan Perak, Raja Nazrin Muizzuddin Shah ekoran "kekhilafan" mereka tidak sedia menghadap Tuanku apabila di panggil. 

Tiga orang Adun itu itulah, Razman Zakaria (ADUN Gunung Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (ADUN Selama) dan Khalil Yahaya (ADUN Kubu Gajah). Mereka tidak menghadap Sultan Perak kerana kononya atas arahan pucuk pimpinan parti agama itu. Parti lebih tinggi kedudukan daripada istana?
Sebelum itu sebaik sahaja Faizal selamat dijatuhkan dan Umno dalam rangka untuk menamakan MB baru bagi membolehkan penubuhan kerajaan Perak, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan kenyataan menegaskan yang Pas tidak akan bersama Umno dalam membentuk kerajaan itu.
Bunyi kenyataan itu keras dan tegas sekali bagi menggambarkan yang Pas tidak sedia sekongkol dengan Umno setelah menyingkirkan rakan mereka Faizal. Kenyataan dikeluarkan Takiyuddin itu bagai simbolik empati kepada Faizal dan Bersatu dan murka kepada Umno.
Malang yang "sudah berbau tetapi tidak dapat dihidu oleh hidung" Takuiyuddin, Umno tidak membentuk kerajaan bersama PH sebaliknya masih untuk bersama PN. Presiden Umno yang "pondan" "Zahidah Hamidi" telah berjumpa dengan Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awnag, mencapai kata sepakat untuk tubuh kerajaan bersama. Persepakatan itu menyebabkan PH menjilat jari terkena tahi hidung.
Sikap dan sifat undur balik Zahid yang berjangkit dengan hanyir "ikan keli dalam besen" Abdul Hadi itu telah meletakkan tiga Adun berkenaan terjepit dan bingung. Tanpa mereka sedar mereka sudah terlanjur membuat kekhilafan besar (boleh disifatkan menderhaka) apabila tidak ke Istana kerana berpegang kepada kenyataan asal berupa arahan daripada pucuk pimpinan yang dikeluarkan Takiyuddin.
Sultan Nazrin tidak menzahirkan kemurkaan atas apa yang berlaku. Apabila sesudah kerajaan negeri dibentuk dengan pelantikan lima orang Exco, dan tiada wakil Pas sekonyong-konyong tiga Adun itu membuat kenyataan memohon keampunan dan mengakui mereka taat setia dan menjunjungi tinggi institusi raja. 
Presiden mereka Abdul Hadi juga membuat perkara sama, telah menulis warkah panjang kepada Raja Nazrin minta untuk mengadap bagi memberi penjelasan atas apa yang berlaku tetapi malangnya belum ada kesesuaian bagi pihak Raja Nazrin untuk berjumpa Hadi. Sabarlah Yeop, sabar itu separuh daripada imam.
Kemusykilan.
Di sini ada sedikit kemusykilan kenapa Abdul Hadi diminta memohon keampunan sampai menulis surat kepada Raja Nazrin, siapa menasihatnya. Begitu juga dengan tiga Adun berkenaan membuat sidang media memohon keampunan. Sepatut kerja utama memohon keampunan ialah Takiyuddin Hassan selaku Setiausaha Agung. Kedudukannya dalam situasi itu penting.
Beliaulah semoleknya mengeluarkan kenyataan rasmi atas nama Setiausaha Agung memohon keampunan kepada pihak istana atas apa disebut kekhilafan itu. Ketiga-tiga orang Adun itu tidak bersalah secara langsung kerana mereka mengikut arahan surat keramat daripada Setiausaha Agung semata-mata. 
Dengan apa yang berlaku hendaklah ahli dan penyokong Pas tidak berkecil hati dengan Sultan Perak kalau baginda tidak memberi perkenan atau sedikit lewat untuk menerima masuk menghadap Presiden mereka bersama tiga Adun itu. Mereka kena insaf dan mengakui insiden itu atas kesalahan dan kedangkalan mereka sendiri.
Dan apa yang perlu diberi perhatian oleh Pas pula ialah menilai kembali kecekapan dan profesionalisme Takiyuddin sebagai Setiausaha Agung. Tanpa disedari ini orang yang mula-mula membuat kekhilafan kemudian berjangkit dengan kekhilafan lain, adalah Takiyuddin. 
Apakah Pas boleh pertimbangkan untuk menggantikan Takiyuddin dengan orang lain, semisalnya mengembalikan semula Pengasuh Tua, Mustapa Ali ke jawatan itu setidak-tidak sehingga selesai Piraum akan datang?  [wm.kl. 6: 27 pm 11/12/2020]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/12/pas-perlu-belajar-memahami-adat-raja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adat Melayu Vs Sunnah Rasulullah Dalam Rumahtangga

Adat Melayu Vs Sunnah Rasulullah Dalam Rumahtangga

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 311 hits
Adat Melayu vs Sunnah Islam Dalam Rumahtangga Sesuatu yang indah lagi bermnfaat untuk dihayati dan dipraktikkan Selamat mencuba Adat Isteri hidang makanan utk suami isteri berdiri tepi apa2 tak cukup isteri kena tambah habis suami makan ist...
Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan UMNO adalah parti Melayu yang dominan semenjak merdeka malah bukan sahaja dominan sebagai parti Melayu tetapi juga parti dominan dalam Barisan Nasional Namun tegasn...
Terbaca Artikel Siri Pengkhinatan Melayu Sebaran Umno Membuktikan Bahawa Umno Nak Pas Bila Mereka Tersempit Sahaja

Terbaca Artikel Siri Pengkhinatan Melayu Sebaran Umno Membuktikan Bahawa Umno Nak Pas Bila Mereka Tersempit Sahaja

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 237 hits
Ayat artikel sebaran itu bermula Rakyat mengkaji dan melihat sejarah silam sebagai pengajaran sejarah keangkuhan keegoan dan lupa diri dikalangan pemimpin politik dalam negara ini Baru baru ini kita dikejutkan dengan undi percaya yang diusu...
Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 312 hits
Yang marah marah dan mengamuk ini mungkin tidak faham Dasar parti sehingga hari ini ialah UMNO BN akan berunding dengan Pas dan PPBM supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri Antara dasar utama dalam perundingan ialah semua kerusi ya...
Presiden Amanah Saman Harakahdaily Pimpinan Pas Selangor

Presiden Amanah Saman Harakahdaily Pimpinan Pas Selangor

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 428 hits
FAZLI RADZI Presiden AMANAH Mohamad Sabu memfailkan saman terhadap lidah rasmi Pas Harakahdaily dan seorang pemimpin Pas Selangor berhubung artikel yang dimuat naik Peguam Mohamad Tetuan Amin Amirul Partners mengemukakan writ saman di Pejab...
Pas Disuruh Bantu Bob Lokman Bukan Minta Derma Untuk Pendakwah

Pas Disuruh Bantu Bob Lokman Bukan Minta Derma Untuk Pendakwah

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 336 hits
FAZLI RADZILangkah Jabatan Dakwah Pas Pusat melalui Sekretariat Tabung Khas Bantuan Pendakwah meminta derma bagi membantu pendakwah dilihat hanya menerima kritikan warganet Kenyataan sekretariat itu yang dikongsi Yang Dipertua Yayasan Dakwa...
Rekod Pas Tak Pernah Tolak Bajet 2016 Bajet 2017 Dan Bajet 2018 Kenapa

Rekod Pas Tak Pernah Tolak Bajet 2016 Bajet 2017 Dan Bajet 2018 Kenapa

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 219 hits
Selama tiga tahun berturut turut sebelum ini Ahli Ahli Parlimen PAS dikecam hebat kerana tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2016 Bajet 2017 dan Bajet 2018 Ahli Ahli Parlimen PAS tidak menyertai pakatan pembangkang di...
Zahid Harap Bersatu Pas Beri Laluan Pada Umno Di Gerik

Zahid Harap Bersatu Pas Beri Laluan Pada Umno Di Gerik

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 248 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 5 04 pmAhmad Zahid HamidiPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berharap Bersatu dan PAS akan memberi laluan kepada calon partinya pada PRK Parlimen Gerik yang dijadualkan berlangsung Januari tahun depan Katan...
Deputy Minister Declines Comment On Us Terrorists Remarks By Pas Mp

Deputy Minister Declines Comment On Us Terrorists Remarks By Pas Mp

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 211 hits
PAS MP Nik Muhammad Zawawi Salleh courted controversy earlier with his remarks that the Bible was distorted or altered KUALA LUMPUR A PAS MP called the US terrorists while debating the 2021 budget allocations for the foreign affairs ministr...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Mastura Kemuka Rayuan Lebih Rm830 000 Diserah Ke Peguam