Terbaca Artikel Siri Pengkhinatan Melayu Sebaran Umno Membuktikan Bahawa Umno Nak Pas Bila Mereka Tersempit Sahaja



Ayat artikel sebaran itu bermula...
Rakyat mengkaji dan melihat sejarah silam sebagai pengajaran, sejarah keangkuhan, keegoan dan lupa diri dikalangan pemimpin politik dalam negara ini.  Baru baru ini kita dikejutkan dengan undi percaya yang diusulkan oleh ADUN UMNO didalam sidang DUN Perak. Usul percaya tersebut adalah untuk memastikan  seseorang pemimpin atau peneraju sebuah kerajaan mempunyai sokongan atau sebaliknya.
Dalam hal ini, kesetiaan sesuatu parti atau gabungan akan teruji  melalui undian yang akan dilaksanakan.  Kesetiaan ini yang akan menentukan gabungan atau parti yang sedia ada  dalam keadaan yang terbaik ketika sokongan mereka diperlukan.
Muafakat Nasional telah terbentuk dari kesefahaman PAS dan UMNO dan piagam perjanjian telah pun dimeterai bersama. Kejituan kesefahaman PAS dan UMNO telah diuji dalam undi percaya  didalam sidang DUN Perak yang mana telah memperlihatkan hasilnya. Siapa yang setia dan siapakah yang berpaling tadah.

Tulisan itu membuat tuduhan...

Justeru, keputusan PAS enggan menyertai kerajaan dengan alasan mereka ‘tidak dibawa berbincang’ hanyalah satu lagi helah untuk menggambarkan UMNO parti yang mengkhianati PN. Realitinya, jika kita mengimbas sejarah politik Perak, UMNO sudah berdepan beberapa siri pengkhianatan oleh PAS.

Tulisan itu membawa imbasan bermula tahun 2008, tetapi mereka lupa tahun 1973. Jadi saya akan cerita sedikit tentang gabungan Melayu 1973.

Secara latar belakangnya, akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969 UMNO hilang kuasa dan kuasa bukan Islam Melayu makin kuat, UMNO mula sedar kepentingan Melayu. PAS diajak bersama dan PAS telah mengadakan kerjasama politik dengan Perikatan untuk mengukuhkan semula politik Melayu Islam yang terjejas ketika itu. Pada 1 Jamuari 1973, dibentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan (Umno, MCA dan MIC). Ia diikuti pula oleh penubuhan Barisan Nasional (BN) pada 1 Jun 1974 yang disertai oleh sembilan buah parti termasuk Gerakan, PPP, SUPP, PBB dan Perikatan Sabah (USNO dan SCA). BN yang menyertai Pilihan Raya Umum pada 24 Ogos 1974 telah berjaya mengukuhkan semula Kerajaan Persekutuan melalui politik perpaduan ini.

Tapi macam biasa bila UMNO kuat PAS ditendang dan dikhianati sehingga PAS hilang Kelantan dan PAS hanya tinggal nisan kubur aje (Ada 2 sahaja). Sebab itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz sangat benci kepada UMNO kerana UMNO mengzaliminya dan keluarga beliau. TGNA adalah salah seorang MP PAS yang masih kekal di Parlimen setelah UMNO khianati PAS. Tapi akhir hayat demi Islam TGNA masih mahu melihat UMNO-PAS bersama menegakkan Islam. Adakah UMNO sanggup ketepikan sikap pengkhianatannya demi Islam. Itu kena tanya UMNO.

Dalam tulisan itu ada menceritakan PRU 2008

Tahun 2008
Keputusan PRU-12 menyaksikan UMNO memenangi 28 kerusi manakala PAS 6 kerusi. Ketika itu, perundingan dilakukan untuk membolehkan PAS menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu dengan 34 kerusi.
Bagaimanapun, PAS ketika itu tampil dengan pendirian dan feqah politik mereka bahawa “lebih baik besama kafir yang adil, daripada bekerjasama dengan orang Islam yang zalim”. Lalu mereka memilih untuk bersama DAP menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 11 bulan.
Kenyataan di atas sengaja diputar belit oleh penulis UMNO ini untuk menyucikan UMNO. Bila UMNO tumbang di Perak UMNO menawarkan beberapa jawatan exco kepada PAS dalam rundingan itu. Bukan memberikan PAS menubuhkan kerajaan Melayu Islam. UMNO semasa itu tiada kesungguhan nak Islam berbeza dengan gabungan UMNO-PAS dalam Muafakat Nasional (MN) kerana UMNO sanggup pindaan perlembagaan untuk letak Islam.

Masa itu UMNO tak nak Islam lagi tapi nak kuasa. Nak gabung dengan PAS kerana kuasa bukan kerana Melayu Islam! Itu sangat jelas.

pendirian dan feqah politik mereka bahawa “lebih baik besama kafir yang adil, daripada bekerjasama dengan orang Islam yang zalim”.

Untuk makluman penulis UMNO, ini bukan pendirian fekah ini adalah kefahaman politik syiah yang dibawa oleh sesetengah pimpinan PAS yang cenderung dengan syiah yang kini semuanya berada didalam AMANAH.

Untuk pengetahuan saya bawa cerita asal mengenai keputusan 2008 dan ada isu tentang Perjanjian Pangkor II. Cerita panjang kerana wujud pengkhianatan dalam PAS yang kini semuanya berada dalam AMANAH. Ini sebab PAS tak boleh terima AMANAH, jika AMANAH tolak DAP PAS akan terima AMANAH. Ini dijelaskan oleh Pemuda PAS dalam siri Dialog dengan PEMUDA UMNO. AMANAH berbeza dengan BERSATU.

Saya akan ambil petikan tulisan oleh Haji Hassan Omar, cerita bergini...


Nizar putar beli cerita kononya DAP rela hati nak berikan PAS Menteri Besar sedangkan perkara yang sebenarnya DAP yang memiliki jumlah kerusi terbanyak iaitu 18 berbanding PKR pula 7 dan PAS hanya 6 pada masa itu mengadap dan memujuk Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika itu agar melantik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, untuk menjadi Menteri Besar yang pertama bukan Melayu bukan Islam dan beragama Kristian.


Sultan Perak menolak cadangan tersebut yang bercanggah dengan undang-undang tubuh negeri Perak yang menetapkan Menteri Besar mesti juga seorang Melayu Islam bahkan baginda bertitah mahukan calon dengan pernah mempunyai latar belakang kerjaya sebagai profesional.

DAP secara kebetulan langsung tiada ADUN Melayu manakala pelan pilihan alternatif kedua ialah memilih calon daripada PKR, namun semua ADUN Melayu PKR pula hanya berkelayakan akademik setakat tingkatan lima sahaja.

Oleh itu, Mohammad Nizar sebagai jurutera dan juga memegang jawatan tertinggi dalam PAS dipilih menjadi Menteri Besar bersifat bidan terjun daripada kalangan semua ADUN PAS kerana Ustaz Ahmad pula bukan seorang ADUN.

Siapa kenal Nizar ketika itu??

Nizar yang pada asalnya dijadualkan mengangkat sumpah pada 13 Mac 2008 namun, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP akan memboikot majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Ini kerana PAS bukan parti utama memenangi PRU 2008 peringkat DUN Perak.

Kit Siang juga menyelar PAS dan berpendapat bahawa ADUN Melayu PKR yang harus dilantik sebagai Menteri Besar, sekiranya calon DAP ditolak.

Susulan itu, pihak istana membatalkan istiadat angkat sumpah serta meminta DAP, PKR dan PAS bermesyuarat sekali lagi sebelum menghantar surat rasmi sokongan bersama ditandatangani kesemua 31 ADUN mereka sendiri.

Oleh kerana terdesak, Nizar akhirnya atas ihsan DAP (istilah sekarang dedak DAP) dan PKR bersetuju MB dikalangan PAS.

Akhirnya Nizar berjaya mengangkat sumpah Menteri Besar secara rasmi pada 17 Mac 2008 di hadapan Pemangku Raja Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah di Istana Iskandariah.

DAP memaksa Pakatan Rakyat memberikan enam jawatan Exco dalam kerajaan campuran Perak tersebut berbanding kuota Exco daripada PKR hanya tiga dan PAS pula seorang sahaja.

Bukan itu sahaja, semua keputusan Nizar mestilah mendapat keputusan DAP. Pentadbiran Nizar ‘dibayangi’ DAP

Nizar lebih menjaga kepentingan DAP daripada kepentingan  Melayu antaranya pemberian geran tanah 999 tahun. Ini juga termasuk mengadai 1000 ekar tanah untuk DAP yang didedahkan dalam ceramah baru-baru ini.

Keputusan ini diluar pengetahuan kepimpinan tertinggi PAS.

Paling teruk Nizar bersama Ahmad Awang telah membuat perjanjian Pangkor II yang membuat akur janji tidak akan melaksanakan undang-undang Islam.

Perkara ini telah didedahkan oleh Nordin Ali dalam blognya.

Apa yang Mujahid tak menulis ialah bagaimana PAS Perak di bawah Ustaz Ahmad Awang pada masa itu telah membuat perjanjian untuk tidak melaksakan Undang-undang Islam. Penjajian ini dikenali sebagai PENJAJIAN PANGKOR II.
'Perjanjian Pangkor II' antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar  iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.
Katannya Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut. Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.
Nordin Ali menulis lagi;

(Gambar: Nizar cuba mengelak dari wartawan berkaitan Pangkor II. Mengapa mengelak?)Setelah serangan daripada abangnya sendiri. Nizar mengelak diri menjawab pertanyaan Wartawan. Sekali lagi Nizar berdalih selepas membisu dalam isu Pangkor 2 yang dibangkitkan oleh abangnya sendiri. Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik pada 9 Julai 2008, tetapi Nizar enggan ditemu ramah. Nizar juga khabarnya jarang pulang ke DUN Pasir Panjang selepas itu untuk berjumpa dengan rakyat. Dua kali pulang tetapi rakyat diminta pergi ke stadium untuk jumpa Nizar. Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak (Julai 2008), Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Pendedahan Nordin lagi,

Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.
Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama dengan penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam dalam PAS. Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang menyeleweng pasti akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi Yakan. Tak hairan penulsi wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu Allah yang punya. Jangan kita sombong dan takabur dengan Allah menepikan hakNya.

Nizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya PAS Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud, Qisas dan syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang disebut oleh abang kandungnya adalah BENAR belaka!! Sebagai hujah Mujahid Yusof Rawa, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awanglah yang mencetuskan penolakkan hukum hudud di bumi Perak!

Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh. Siapa dan bagaimana kita menjawab di hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita yang sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka untuk menjawab di sisi Allah nanti? Kesimpulan pengkhianat Melayu dan agama Islam di PERAK dengan mengadai tanah dan agama ialah NIZAR JAMALUDDIN, USTAZ AHMAD AWANG dan geng PAN@AMANAH yang dodokong oleh puak IKRAM. Sikap Nizar dan Ahmad Awang menyebab nama baik PAS sebagai gerakan Islam tercemar!!Saya kata tahun 2008 UMNO tersempit di Perak, pasal itu dia nak PAS selamatkan mereka. UMNO bukan berniat gabungan Melayu Islam. Malah usaha gabungan Melayu ini sebenar inisiatif Mufti Perak sendiri, UMNO tak ada pun. Ok saya bawa tulisan ini untuk tatapan pembaca.


Adakah Ustaz Hadi Menjadi Penentu Hubungan PAS-UMNO selepas PRU12 di Selangor dan Perak. Untuk berlaku adil kita dapat maklumat daripada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang menjadi pengerak utama perpaduan PAS-UMNO di Perak.




Tan Sri Harussani Zakaria ada mengulas mengenai usaha gabungan UMNO-PAS di Perak. Tan Sri Harussani Zakaria menulis;
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mengikut maklumat yang lebai tahu Tan Sri Harussani Zakaria tanpa dipengaruhi sesiapa dia berfikir adalah lebih untuk Perak UMNO-PAS bergabung. Kebetulan pada masa itu PAS hanya berpakat dengan PKR dan DAP keluar daripada BARISAN ALTERNATIF. Sebenarnya tak wujud lagi PAKATAN RAKYAT. TS Harussani tak tahu pun Selangor boleh buat Pakatan PAS-PKR-DAP.

Dengan inisiatif sendiri dia memandu dalam keadaan hujan lebat untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan kerana dia tidak begitu rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS.

Satu perkara yang lebai nak minta pembaca berfikir, pada masa itu TGNA tak rasa dirinya lebih daripada TGHH sebagai Presiden. Dia penasihat parti melalui Majlis Syura. Sebab itu dia menjawab yang boleh membuat keputusan hanya Presiden. [Kemudian jadi porak peranda dalam PAS bila ada penghasut -- yang ini Ahmad Lufti tak nak cerita ke?]

Tan Sri Harussani Zakaria menulis
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.Sakali lagi lebai nak pembaca berfikir secara matang bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) juga tidak mengunakan kuasa Presiden dalam memutuskan isu gabungan UMNO-PAS di Perak cadangan TS Harussani, Mufti Perak.

Pada permulaannya Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) bersetuju, TGHH pun bersetuju tapi yang tak setuju ialah Ahmad Awang. Dr. Haron Din bersetuju dan mengikut maklumat beliaulah yang minta Ahmad Awang berfikir semula.

Bila perkara ini dibawa dalam mesyuarat AJK PAS Pusat keputusan akhir perkara ini tidak dipersetujui. Memang setiap perkara mesti ada yang setuju dan tak setuju. Itu PERKARA ASAS.
Contoh katalah mesyuarat nak tukar "tulisan head" HARAKAH daripada merah kepada oren. Mesti ada yang setuju merah dan ada yang setuju oren. Keputusan akhirnya merah dikekalkan. Takkan kita nak dedah Tarmizi Mat Jam (Kini calon AMANAH) dulu nak Oren. Kemudian blogger kutuk dia. Fikirlah secara rasional.

Penulis Sebaran UMNO ini menulis......

Tahun 2018
Keputusan PRU-13 menyaksikan UMNO memenangi kerusi paling banyak iaitu 27 tetapi tidak dapat menubuhkan kerajaan. PAS yang menang tiga kerusi sekali lagi berpeluang untuk menubuhkan kerajaan 100 peratus Melayu Islam bersama UMNO.
Selepas perundingan dilakukan, tiga ADUN PAS menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk bersama menubuhkan kerajaan. Bagaimanapun, selepas hanya 2 jam menandatanganinya, PAS membuat kejutan dengan menarik diri sehingga membolehkan Pakatan Harapan yang didominasi DAP berjaya menubuhkan kerajaan yang hanya bertahan 22 bulan.
Macam sebelum ini UMNO masih lagi tidak mahu Islam dan PAS masih nak membantu demi Melayu Islam, tapi malangnya rundingan PAS ada gangguan.

Tahun 2018 adalah tahun PAS bergolak dengan geng G18 yang kini dikenali sebagai AMANAH. Perak adalah kubu AMANAH kerana di situ berlaku pengkhianatan dalam PAS. PAS masih sama seperti sebelumnya. Perjuangan PAS berteras Islam dan Melayu. Dasar ini cuba dirosakkan oleh IRC (Kini IKRAM) dengan menyelik dalam PAS membawa dasar yang berbeza. Mereka ini berkiblatkan DAP seperti yang kita maklum sekarang.

Jadi tak hairan 3 Adun PAS yang sebelum ini menyokong kepimpinan ulama akhirnya mengkhianati PAS dengan menyokong DAP dan membentuk kerajaan PH.

Saya ada cerita detail, tapi kalau saya paste di sini panjang pula dan tentu anda akan boring nak baca.

Penulis sebaran UMNO menulis lagi.....

MAC 2020
Pada Mac 2020, setelah kerajaan PH jatuh, UMNO dan PAS yang bergabung atas platform Muafakat Nasional telah bersetuju menamakan ADUN UMNO sebagai Menteri Besar. Bagaimanapun PAS menukar pendirian pada saat-saat akhir sehingga ADUN parti minoriti dilantik sebagai MB. UMNO akur dengan keputusan Istana dalam pelantikan Menteri Besar.

Penulis UMNO ini menipu.
Dalam perjanjian Muafakat Nasional ada menjelaskan siapa sebenarnya MB jika MN Nasional memenagi PRU-15. Tiada dibincangkan soal siapa MB bila kerajaan PH Perak dijatuhkan. Dalam mesyuarat dan perjanjian yang dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan PH Perak, atas usaha BERSATU meninggalkan jawatan MB Perak yang sedang disandang untuk tubuhkan kerajaan PN, sepakat dan UMNO sendiri tandatangan perjanjian jawatan MB adalah BERSATU. Jangan bodohkan ahli UMNO dengan sentimen bodoh dan maklumat palsu. Sampai bila ahli UMNO akan dibodohkan oleh pemimpin sendiri dengan maklumat bohong?

Siri-siri tahun UMNO minta bersama PAS bila mereka tersempit.
Kenapa UMNO tak jumpa PAS bila mereka kuat?
Kononnya nak selamatkan Melayu?
Betul ke apa UMNO cakap?

Saya simpulkan UMNO hanya cari PAS bila mereka tersempit.
UMNO Ibarat anjing tersempit bila kita lepas mereka, dia gigit kaki kita.
Jika dalam UMNO masih ada PENGKHIANAT BANGSA, PEROMPAK WANG RAKYAT selagi itu MUAFAKAT NASIONAL (MN) tak akan berjaya.

Mereka ini haus harta rakyat.
Mereka ini tamak haloba dengan jawatan dan pangkat.
Mereka ini boleh gadai Islam dan Melayu demi nak besarkan tembolok mereka!

NASIR RAMLEE








Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/terbaca-artikel-siri-pengkhinatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Apa Apa Umno Kelantan Dah Ugut Pas Itulah Umno Semasa Tersempit Dulu Pas Yang Tolong

Belum Apa Apa Umno Kelantan Dah Ugut Pas Itulah Umno Semasa Tersempit Dulu Pas Yang Tolong

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 281 hits
Umno Kelantan tampil meminta penjelasan dari PAS susulan kurang jelas dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob yang disiarkan Harakahdaily dan Malaysiakini pada 2 Dis lalu Setiausaha Umno Kelantan Akbar Salim merujuk kepada kenyataan t...
Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

Umno Ialah Parti Dominan Melayu Misi Kuasai Kembali Kerajaan Dengan Kerjasama Parti Pas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan UMNO adalah parti Melayu yang dominan semenjak merdeka malah bukan sahaja dominan sebagai parti Melayu tetapi juga parti dominan dalam Barisan Nasional Namun tegasn...
Setelah Pas Sertai Pn Barulah Sibuk Umno Pas Nak Buat Perlembangaan Mn

Setelah Pas Sertai Pn Barulah Sibuk Umno Pas Nak Buat Perlembangaan Mn

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 414 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Muafakat Nasional Annuar Musa hari ini berkata draf perlembagan gabungan itu sudah disiapkan dan kini disemak oleh pimpinan Umno dan PAS Annuar berkata draf perlembagaan itu juga berkemungkinan akan dibawa ke m...
Krisis Perak Umno Belit Tengkuk Pas Nak Terlepas Kerat Tali

Krisis Perak Umno Belit Tengkuk Pas Nak Terlepas Kerat Tali

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 215 hits
Di sebalik pengumuman daripada pemimpin Umno dan PH yang memberi bayangan kemungkinan kerajaan baru ditubuhkan melibatkan kerjasama kedua dua pihak nampaknya gabungan PN masih sedia berunding dengan Umno untuk mengekalkan kerajaan sedia ada...
Alang Nak Tukar Presiden Terus Sahaja Yang Muda

Alang Nak Tukar Presiden Terus Sahaja Yang Muda

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 272 hits
UMNO KJPEJUANG MukhrizPKR RafiziAMANAH SalehuddinBERSATU AzminDAP Anthony LokePAS
Umno Pas To Meet Soon On Perak Political Crisis

Umno Pas To Meet Soon On Perak Political Crisis

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 169 hits
Tan Sri Annuar Musa says Umno Perak has many experienced and competent leaders to resolve the current political crisis in the state NSTP File picKUALA LUMPUR Umno and Pas will meet as soon as possible to discuss the latest political develop...
Calon Mb Daripada Umno Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti Bersatu Dan Pas

Calon Mb Daripada Umno Berdepan Dengan Isu Sokongan Wakil Parti Bersatu Dan Pas

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 296 hits
KUALA LUMPUR UMNO perlu menampilkan calon Menteri Besar baharu yang diyakini boleh mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi mengelak kemelut jawatan itu berterusan Geostrategis Dr Azmi Hassan berkata biarpun UMNO mem...
As Umno Leaders Meet Pas Sticks By A Pn Govt

As Umno Leaders Meet Pas Sticks By A Pn Govt

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 198 hits
As Umno leaders met in Ipoh tonight over the formation of a new Perak state government PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man has called for Perikatan Nasional to remain in control Tuan Ibrahim said it is hoped the new state government ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

15 Easter Garland Designs To String Along The Spring Festivities

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Do You Know About Kuda Kepang Dance

Cukai Perkhidmatan 8 Hanya Ke Atas Golongan Berkemampuan

300 Extra Padu Registration Counters Opened