Rekod Pas Tak Pernah Tolak Bajet 2016 Bajet 2017 Dan Bajet 2018 Kenapa




Selama tiga tahun berturut-turut sebelum ini Ahli-Ahli Parlimen PAS dikecam hebat kerana tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2016, Bajet 2017 dan Bajet 2018.
Ahli-Ahli Parlimen PAS tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2016 kerana, mengikut Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “dasar parti kita akan sokong perkara-perkara positif untuk rakyat” selain kerana Ahli-Ahli Parlimen PAS “bersetuju secara dasarnya dengan bantuan-bantuan yang diberi oleh kerajaan terhadap rakyat”. (1)
Kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ini memarahkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang berkata kengganan tolak Bajet 2016 menunjukkan PAS mahu bersama BN (2) malah Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, Ketua Whip DAP, Anthony Loke dan Ketua Whip AMANAH, Khalid Samad, mengeluarkan kenyataan khas bagi membedal pendirian PAS itu (3).
Ahli-Ahli Parlimen PAS juga tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2017 kerana, mengikut Ahli Parlimen Temerloh, “kita tidak mahu maksudnya menolak keseluruhan Bajet 2017 sebab ada juga dalam bajet itu perkara-perkara yang baik dan perlu sampai kepada rakyat seperti bahagian emolumen sebagai contohnya” (4).
Ahli-Ahli Parlimen PAS juga tidak menyertai pakatan pembangkang di dalam menolak Bajet 2018 kerana, mengikut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad, “PAS sokong perbelanjaan yang bermanfaat kepada rakyat seperti mendirikan sekolah, hospital, BRIM, biasiswa, bantuan kepada petani, nelayan” dan “Kebenaran ialah rakan PAS walaupun yang membawa kebenaran itu ialah musuh” (5).
Bandingkan pula kenyataan Ahli-Ahli Parlimen PAS di dalam menerangkan sebab mereka tidak menolak Bajet 2016, Bajet 2017 dan Bajet 2018 ini dengan penjelasan Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR di dalam menerangkan sebab mereka tidak menolak Bajet 2021.
Jelas Ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim: “Pertimbangan kita adalah untuk memastikan projek pro-rakyat seperti petani, nelayan, pekebun kecil, pekerja, penganggur, pekerja kilang itu ditingkatkan dan sebahagiannya diambil kira dalam Bajet 2021” dan “keputusan-keputusannya itu nampak memberikan sedikit response…maka saya dapati agak sukar untuk kita memberikan penolakan keras pada peringkat awal (ke atas Bajet 2021). (6)”
Jelas Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke: “Mengapa kita tidak undi belah bahagi hari ini? Sebabnya ialah kita tidak menolak keseluruhan Belanjawan tersebut. Ada perkara yang kita boleh bersetuju dan sokong seperti pembayaran gaji untuk kakitangan awam, elaun khas untuk frontliners, bantuan tunai kepada rakyat, subsidi gaji untuk majikan, peruntukan untuk pengangkutan seperti MY30 dan lain-lain peruntukan yang memberi manfaat terus kepada rakyat. (7)”
Bukankah hujah-hujah yang diberikan oleh Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR sekarang sama dengan hujah-hujah yang diberikan oleh Ahli-Ahli Parlimen PAS sebelum ini?
Tidakkah ini menjadi bukti jelas bahawa Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR kini sudah mengakui kesilapan mereka dan kebenaran pendirian Ahli-Ahli Parlimen PAS sebelum ini?
Tidakkah ini menjadi bukti jelas bahawa pemikiran Ahli-Ahli Parlimen PAS jauh lebih matang dan jauh lebih terkehadapan berbanding pemikiran Ahli-Ahli Parlimen DAP dan PKR?
DR. KAMARUL ZAMAN HJ YUSOFF
RUJUKAN:
https://www.astroawani.com/berita-politik/pas-tidak-akan-sertai-usul-tolak-bajet-2016-abdul-hadi-79006https://www.malaysiakini.com/news/317999https://www.malaysiakini.com/news/319086https://www.malaysiakini.com/news/362033https://www.malaysiakini.com/news/401849https://www.facebook.com/16194831839/posts/10161147402101840/https://www.facebook.com/129323924541/posts/10157922129319542/ https://facebook.com/story.php?story_fbid=3825454564165240&id=100001022016761




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/rekod-pas-tak-pernah-tolak-bajet-2016.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegagalan Tolak Bajet Kenapa Salahkan Anwar

Kegagalan Tolak Bajet Kenapa Salahkan Anwar

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 317 hits
BOB KELANANG RAMAI yang kecewa dan marah apabila pembangkang gagal untuk menumbangkan kerajaan PH pada 26 November lalu menerusi undian menolak Bajet 2021 di parlimen Saat pembentangan Bajet itu telah dijadikan detik yang dinantikan untuk m...
Mana Dia Kata Nak Tolak Bajet Tahap Kementerian

Mana Dia Kata Nak Tolak Bajet Tahap Kementerian

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 375 hits
Sedap kalau puak ni dimaki memang layak Apapun aku salute AMANAH memang tahap rela dikencing Dan yang rela dikencing nak pilih lagi ke tahun depan
Tunggu Penggulungan Menteri Kewangan Sebelum Terima Tolak Bajet

Tunggu Penggulungan Menteri Kewangan Sebelum Terima Tolak Bajet

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 315 hits
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menjelaskan bahawa partinya akan melihat dahulu jawapan Menteri Kewangan ketika menggulung Belanjawan 2021 nanti sebelum membuat keputusan menyokong atau menolak belanjawan tersebut Beliau menjelask...
Shahidan Najib Khianat Rakyat Jika Tolak Bajet

Shahidan Najib Khianat Rakyat Jika Tolak Bajet

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 306 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 5 51 pmPARLIMEN Bekas perdana menteri Najib Razak akan mengkhianati rakyat sekiranya beliau menolak Belanjawan 2021 menurut Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional Shahidan Kassim Saya nak ...
Nazri Cadang Umno Bentuk Kerajaan Perak Dengan Pkr Dan Pan Tolak Pas

Nazri Cadang Umno Bentuk Kerajaan Perak Dengan Pkr Dan Pan Tolak Pas

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 512 hits
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri negeri itu Nazri juga me...
Khuatir Rakyat Terlena Mengamuk Jika Ph Tolak Bajet

Khuatir Rakyat Terlena Mengamuk Jika Ph Tolak Bajet

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 419 hits
Via WhatsApp Bagi aku bila tiada undian belah bagi semalam ia bukan pun isu besar Jika kita lihat semasa undian pembangkang memang menolak bajet semalam Yg 13 org berdiri tu utk usul undi belah bagi kerana suara undian didengar hampir sama ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Mapa Lyrics Sb19 Aruma

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Black Fungus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Asal Nak Bikin Youtube Content Kini Dah Jadi Pengarah Filem Penghukum Nusantara Assassin

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here