Umno Harus Berubah Jika Mahu Sokongan Padu Rakyat Kembali Bukannya Memburukkan Pas Dan Ppbm
Yang marah-marah dan mengamuk ini mungkin tidak faham:
Dasar parti sehingga hari ini ialah "UMNO/BN akan berunding dengan Pas dan PPBM supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri."
Antara dasar utama dalam perundingan ialah semua kerusi yang dimenangi oleh UMNO termasuk yang lompat akan ditandingi oleh BN semula.
Jika ada permintaan untuk 'swap' maka UMNO akan pertimbangkan. Misalnya jika PPBM mahukan kerusi Larut maka PPBM mungkin kena bagi kerusi Kubang Pasu atau Jerlun kepada UMNO.
Demikianlah seterusnya
Jika tiada persetujuan maka pasti BN akan bertanding sendiri. Ini terserah kepada pucuk pimpinan parti. Mengapa perundingan ini diadakan?
Kerana yang di atas tahu realiti untuk menang PRU tidak semudah menjerit dalam media sosial dalam kalangan kita sahaja
Ada banyak faktor orang mengundi dan mengubah pola pengundian mereka
Dalam keadaan pengundi UMNO hanya 2.5 juta orang, dan pengundi sebenar boleh mencecah 19 juta orang pada tahun hadapan, kita perlu melihat dan memahami kehendak dan persepsi pengundi luar juga
Logo bukan segala-galanya lagi. Jumlah sokongan kepada BN bukan sekadar isu dalam PRU-14 tetapi telah merosot sejak 2008 berterusan pada 2013 dan berakhir pada 2018 dengan pelbagai isu besar
Justeru untuk BN kembali menjadi satu 'political force' memerlukan masa dan pemulihan.
Sebab itu pemimpin di atas lebih cenderung mengadakan kerjasama politik supaya kita dapat kembali stabil dan menjadi peneraju semula pada masa hadapan
Ada orang yang marah sangat kerana merasakan UMNO harus memerintah selama-lamanya. Ia satu pegangan yang sangat terpuji namun kita kena sedar realiti dan harus bertatih semula untuk berada di kedudukan dulu
Ada yang marah-marah sebab mungkin peluang menjadi calon akan tipis. Mereka telah biasa bila jadi calon ada peluang dapat dana politik dan menjadi kaya waktu pilihan raya walaupun parti kalah
Ada yang marah-marah dan ego kerana merasakan kita tidak patut kalah dalam PRU lepas. Lalu kita menyalahkan orang lain sebagai pengkhianat dan pembelot.
Namun adalah lebih baik kita mencari jalan memulihkan parti ini dan membina satu imej baharu yang mampu menarik pengundi-pengundi muda dan pengundi atas pagar lain.
Kita harus menunjukkan kesediaan untuk berkompromi dan berkorban dalam menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Sudah tentu kompromi itu bukan bermakna memberi parti lain ruang terlalu besar sehingga membunuh kita.
Namun dalam masa yang sama kita tidak boleh dilihat terlalu ego sehingga menyebabkan orang menyampah dengan kita
Atas faktor itu kita kena menunjukkan kesediaan untuk berunding terlebih dahulu sebelum tidak bersetuju.
Jika ditakdirkan kita bertanding sendiri kita harus bersedia bertanding dengan memberi tawaran yang lebih baik - kepimpinan dan manifesto - kepada pengundi, bukannya memburukkan Pas dan PPBM
Kita harus berubah jika mahu sokongan padu rakyat kembali.
Ab Jalil BackerMR : Pimpinan UMNO sepatutnya rujuk data kajian bukan rujuk emosi ahli.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mindarakyat.net/2020/11/umno-harus-berubah-jika-mahu-sokongan.html