Pas Pembangkang Yang Kerjanya Lebih Banyak Menjilat Pm




Pas adalah parti pembangkang di peringkat persekutuan dan atas kedudukan itu, ia sepatutnya memainkan peranan “semak dan imbang” terhadap kerajaan dengan sebaik-baiknya.

Tetapi, kerja Pas kebelakangan ini lebih banyak mengampu, malah kadang-kadang menjilat siapa saja yang menjadi Perdana Menteri daripada menjadi pembangkang dalam erti kata yang sebenarnya.

Barangkali kali terakhir Pas berperanan sebagai pembangkang yang benar-benar pembangkang ialah ketika bersama Pakatan Rakyat sebelum meninggalkan gabungan itu pada pertengahan tahun 2015.

Selepas itu hinggalah sekarang, Pas seolah-olah lupa kerjanya sebagai pembangkang, tetapi mencipta peranan baru - pembangkang yang asyik mengampu Perdana Menteri.

Sebaik meninggalkan PR dan bergerak sendirian atas kuasa ketiga kononnya ketika itu, Pas memilih untuk berbaik-baik dengan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Najib Razak.

Selain berbaik dengan UMNO dan BN sebagai kerajaan serta secara terbuka menjadi penyerang kepada sesama pembangkang iaitu PH, terdapat juga dakwaan Pas dan pemimpin tertentunya ada menerima sumbangan wang yang lumayan daripada pemimpin tertentu untuk aktiviti partinya.

Oleh itu, meskipun bergerak secara sendirian dan sebagai kuasa ketiga, kerja utama Pas ialah untuk memecahkan undi bagi memberi kelebihan kepada UMNO dan BN memenangi PRU14.

Pilihan itu dijadikan keutamaan berdasarkan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada tahun 2016 yang memperlihatkan pertandingan tiga penjuru - BN, PH dan Pas - memberi laluan mudah untuk BN memenanginya.

Bagi mencapai tujuan terselindung itu, sebelum PRU14, bukan saja PH yang menjadi sasaran kecaman serta serangan Pas, bahkan Tun Mahathir Mohamad, calon Perdana Menteri PH pada ketika itu, turut diserang dengan pelbagai kata nista dan penghinaan seperti sudah tua nyanyuk, patut banyakkan beramal ibadat dan bermain dengan cucu serta hanya layak menjadi doktor di Klinik 1Malaysia.

Bagaimanapun, dengan takdir Tuhan dan kuasa rakyat yang benar-benar mahukan perubahan, cubaan Pas membantu BN dalam PRU14 tidak menjadi kenyataan sepertimana keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebaliknya PH yang berjaya menjadi kerajaan.

Sebaik saja PH menjadi kerajaan dan Tun Mahathir menduduki kerusi Perdana Menteri, dengan 18 kerusi Parlimen yang dimilikinya, walaupun masih kekal sebagai pembangkang, Pas mula mengubah haluan menjadi parti yang “makan keliling”,

Oleh sebab sudah akrab dengan UMNO dan barangkali kerana ada “budi yang perlu dibayar dengan body”, Pas terus mengukuhkan kerjasamanya dengan parti assabiyah itu sehingga membentuk Muafakat Nasional bagi tujuan memberi saingan kepada PH dalam PRU akan datang.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama Pas tetap mengampu dan menjilat Tun Mahathir sehingga  kerap membuat kunjungan, memberi puji-pujian dan menyokong agar Perdana Menteri berusia 94 tahun itu terus kekal berkhidmat sehingga habis penggal.

Terbaru, Hadi Awang sekali lagi memuji Tun Mahathir ibarat kelapa tua yang makin tua makin menjadi serta dianggap satu-satunya tokoh yang dianggap mampu menyelamatkan negara ini.

Dalam waktu yang sama, sementara bekerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan PH dalam PRU15 akan datang, bukan saja Pas tidak pernah menyerang Tun Mahathir, malah mengkritik kerajaan pun jarang-jarang sekali dilakukan.

Sebaliknya, meriam serangan Pas lebih banyak dihalakan kepada Anwar Ibrahim dengan pelbagai persepsi dan andaian buruk mengenai nasib orang Melayu, kedudukan Islam dan negara apabila Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri nanti.

Juga dikatakan di belakang Anwar sebagai Perdana Menteri nanti adalah DAP, walhal dalam PH sekarang pun di mana Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, DAP adalah sebahagian parti yang berada di dalamnya.

Sesekali, kalau ada pun kritikan kepada kerajaan, ia hanya yang berkaitan pemimpin DAP dan Amanah saja.

Hakikatnya, serangan Pas kepada Anwar amat melucukan dan seolah-olah ada dendam peribadi yang tak sudah-sudah kerana Ahli Parlimen Port Dickson itu belum lagi berkuasa dan belum terbukti apa-apa kesalahan, kecurangan dan kerosakan kepada agama, bangsa serta negara telah dilakukannya.

Realitinya, itulah Pas sekarang, duduk sebagai pembangkang, tapi kerjanya tak sudah-sudah mengampu dan menjilat Perdana Menteri, manakala kerja membangkang atau memberi pandangan bernas tidak lagi menjadi keutamaan.

Barangkali tiada ilmu sains politik yang dapat menghuraikan pendekatan dan caca marba pendirian serta hala tuju parti Islam yang dipimpin Hadi sekarang ini.

Najib sudah dibodek dan dijilat, kini giliran Tun Mahathir pula dibodek dan dijilat.

Walaupun berbeza parti dan sebagai pembangkang, tindakan membodek dan menjilat itu hanya kerana satu sebab - jawatan Perdana Menteri yang Najib dan Tun Mahathir sandang.

Maknanya, Pas di era Hadi ini wajib mengampu dan menjilat siapa saja yang menjadi Perdana Menteri, walaupun pernah mengutuk dan mencaci sebelum itu.

Untuk itu, walaupun tetap sebagai pembangkang, bila Anwar jadi Perdana Menteri nanti, janganlah terkejut jika ampu dan jilat Pas serta Hadi kelak akan segera beralih kepada Presiden PKR itu pula.

Sudah biasa mengampu dan menjilat Perdana Menteri - siapa pun yang duduk di kerusi itu, sama ada Najib, Tun Mahathir atau Anwar - nikmat dunianya tetap sama bagi Pas. (ShahbudinHusin 20/11/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/11/pas-pembangkang-yang-kerjanya-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pergerakan Kenaikan Harga Pasangan Mata Wang Eurusd Memerlukan Lebih Banyak Tahap Kekuatan Untuk Mencapai 1 13

Pergerakan Kenaikan Harga Pasangan Mata Wang Eurusd Memerlukan Lebih Banyak Tahap Kekuatan Untuk Mencapai 1 13

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 386 hits
EURUSD telah melakukan pembalikan arah aliran penurunan harga pada tahap anjakan 61 8 Fibonacci DImana tahap rendah pada 1 0990 adalah kritikal untuk arah aliran jangka sederhana Selagi harga berada di atas tahap ini kita dapat melihat lebi...
Politikus Pdip Ahok Lebih Pas Jadi Direksi Pln

Politikus Pdip Ahok Lebih Pas Jadi Direksi Pln

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 147 hits
Anggota Komisi VI DPR RI dari Fraksi PDIP Deddy Yevry Hanteru Sitorus mendukung langkah Menteri BUMN Erick Thohir yang akan mengangkat Basuki Tjahaja Purnama alias Ahok menjadi pimpinan salah satu BUMN Menurut Deddy Ahok adalah figur berint...
Kemas Kini Ios 13 2 3 Diberikan Bagi Menampal Lebih Banyak Pepijat

Kemas Kini Ios 13 2 3 Diberikan Bagi Menampal Lebih Banyak Pepijat

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 274 hits
https ift tt 35ic5XA Sebuah lagi kemas kini diberikan oleh Apple pagi ini iOS 13 2 3 menampal pepijat seperti sistem carian yang tidak berfungsi di dalam Mail Files dan Notes Ia juga membaiki masalah di mana fail tidak boleh dimuat turun ap...
Masyarakat Lebih Banyak Beli Handphone Android

Masyarakat Lebih Banyak Beli Handphone Android

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 273 hits
Seorang penjual handphone di Mall Ambassador Jakarta Selatan Riki mengatakan hingga Oktober 2019 masyarakat lebih banyak membeli handphone android seperti merek Samsung Oppo dan Vivo Menurutnya merek tersebut paling diminati karena memiliki...
Kemenhub Beri Perhatian Lebih Pada Sriwijaya Usai Bercerai Dengan Garuda Indonesia

Kemenhub Beri Perhatian Lebih Pada Sriwijaya Usai Bercerai Dengan Garuda Indonesia

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 237 hits
Direktur Jenderal Perhubungan Udara Polana B Pramesti memastikan bahwa kontijensi plan dan mitigasi terhadap operasional penerbangan Sriwijaya Air berjalan dengan optimal sehingga pelayanan kepada konsumen dapat dilaksanakan dengan baik
Ceramah Mca Tarik Lebih Ramai Penyokong Berbanding Ph

Ceramah Mca Tarik Lebih Ramai Penyokong Berbanding Ph

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 399 hits
PRK TG PIAI Masuk minggu kedua kempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai MCA dan Pakatan Harapan terus bersaing bagi menarik sokongan masyarakat Cina di Pekan Nanas semalam MCA mengadakan ceramah mereka di hadapan pasar Pekan Nanas sementara P...
Bukan Manja Tapi Selain Ubat Anak Yang Sakit Perlu Lebih Perhatian Bawa Ke Klinik Jika Demam Lebih 3 Hari

Bukan Manja Tapi Selain Ubat Anak Yang Sakit Perlu Lebih Perhatian Bawa Ke Klinik Jika Demam Lebih 3 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 471 hits
Anak kerap demam batuk dan selsema terutama pada hujung tahun dimana cuaca tidak menentu Hujan dan panas setiap hari boleh mempengaruhi kesihatan anak anak Kadang kadang kita sebagai ibu bapa buntu apabila anak mula sakit Doktor telah berko...
Jangan Kedekut Bahaya Gunakan Botol Susu Bayi Lebih Dari 3 Bulan

Jangan Kedekut Bahaya Gunakan Botol Susu Bayi Lebih Dari 3 Bulan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 502 hits
Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap Jangan kedekut dan menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangat tidak relevan Tengah bancuh susu anak entah kenapa tiba tiba teringat EH BERAPA LAMA EH BOLEH TAHAN BOTOL SUSU NI T...
Siklon Tropika Bulbul Lebih 2 Juta Penduduk Berpindah

Siklon Tropika Bulbul Lebih 2 Juta Penduduk Berpindah

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 286 hits
PULAU MOUSOUNI Siklon tropika Bulbul membadai India dan selatan Bangladesh semalam menyebabkan dua maut ketika pihak berkuasa mengarahkan lebih dua juta penduduk berpindah Siklon itu membawa angin kencnag sehingga 120 kilometer sejam semaki...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin