Pas Patut Izin Tokoh Agama Ph Berceramah Di Kelantan


N Faizal Ghazali 
   
Ketika PAS begitu lantang mengkritik kerajaan PH atas sekatan pihak berkuasa kepada Dr Zakir Naik di negara ini, Amanah pula menggesa kerajaan Kelantan menunjukkan keterbukaan dengan membenarkan pendakwah tidak sealiran dengan parti itu menyampaikan ceramah di masjid dan surau di negeri berkenaan.

Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan, berkata kecaman PAS kepada PH bersandarkan kepada hak dan kebebasan yang dituntut agar diberikan kepada Zakir.

Justeru, katanya, kebebasan yang dimahukan itu perlu dibuktikan secara amali di Kelantan terlebih dulu.

"Jika PAS ikhlas dalam isu ini, mereka sepatutnya tidak menghalang tokoh-tokoh agama yang tidak sealiran untuk menyampaikan kuliah atau ceramah di masjid-masjid seluruh Kelantan.

"Misalnya pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar (Nik Abdul Aziz) yang tidak dibenarkan untuk menyampaikan ceramah di surau dan masjid di Kelantan.

"Larangan demi larangan seperti itu jelas memperlihatkan pimpinan PAS hanya mahu meraih kepentingan politik melalui isu Zakir," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.

Keberadaan Zakir di negara ini tidak begitu dipedulikan sebahagian besar rakyat Malaysia - kecuali beberapa pemimpin politik tertentu - selepas dia diberi taraf pemastautin tetap oleh kerajaan.

Penceramah PAS bebas di negeri PH Bagaimanapun keadaan berubah selepas kerajaan Kelantan membawa Zakir untuk berceramah di Kota Bharu pada 10 Ogos lalu. Dalam program yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV itu, sebahagian ucapan pendakwah yang dikehendaki New Delhi itu menarik perhatian ramai apabila dia menyentuh mengenai kedudukan penganut Hindu dan orang Cina di negara ini.

Zakir mendakwa kenyataannya dipetik di luar konteks. Dia kemudian meminta maaf selepas memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Polis kemudian melarang Zakir menyampaikan ceramah melalui apa-apa wadah - termasuk di media sosial - di negara ini sehingga siasatan kesnya diselesaikan.

Semalam Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata larangan menyekat dakwah bercanggah dengan syarak, dan sepatutnya Zakir diberikan panduan agar tidak menyentuh isu-isu sensitif.

Anggota Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula sebelum ini menyifatkan, hanya umat Islam yang munafik sahaja yang bersetuju menghalau pendakwah tersohor itu.

Hazmi berkata PAS sebenarnya hanya memperjuangkan sesuatu isu jika ia mampu membawa keuntungan politik kepada parti berkenaan.

Katanya, Kelantan wajar memberi laluan kepada mana-mana tokoh agama yang mempunyai kredibiliti menyampaikan dakwah di negeri itu tanpa mengambil kira ideologi politik masing-masing.

"Kelantan wajar mencontohi kerajaan negeri yang ditadbir PH apabila penceramah dan pemimpin PAS masih dibenarkan berceramah di masjid-masjid yang ada," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/pas-patut-izin-tokoh-agama-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkait Ustaz Abdul Somad Mui Akan Silaturahmi Dengan Tokoh Lintas Agama

Terkait Ustaz Abdul Somad Mui Akan Silaturahmi Dengan Tokoh Lintas Agama

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 210 hits
Terkait Ustaz Abdul Somad MUI Akan Silaturahmi dengan Tokoh Lintas Agama Lebih lanjut ia mengatakan silaturahim dengan berbagai tokoh masyarakat terutama tokoh lintas agama guna menjaga persatuan dan kesatuan
Dap Perlu Izin Kedua Dua Ibu Bapa Tukar Agama Bawah Umur

Dap Perlu Izin Kedua Dua Ibu Bapa Tukar Agama Bawah Umur

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 338 hits
Diterbitkan Hari ini 1 17 tengahariSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pendirian partinya bahawa penukaran agama individu bawah umur kepada Islam hanya boleh dilakukan dengan kebenaran kedua dua ibu bapa Pendirian kita jelas Kita m...
Sue Zakir Naik And Kelantan Pas Government For Billions

Sue Zakir Naik And Kelantan Pas Government For Billions

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 414 hits
Its time for the Malaysian Indians to stop talking and start acting SUE ZAKIR NAIK and KELANTAN PAS GOVERNMENT FOR BILLIONS over Zakir Naik undermining the Malaysian Indian Hindus for not being loyal to the leader and country The Kelantan P...
Posisi Menteri Agama Jatah Ppp Atau Pkb

Posisi Menteri Agama Jatah Ppp Atau Pkb

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 222 hits
Sekretaris Jenderal PPP Arsul Sani mengatakan Presiden Joko Widodo sudah memberi tahu jatah menteri ke partai koalisi Apakah jatah menteri agama kembali jadi milik PPP
Zakir Tumpu Kepada Ceramah Agama Sahaja Pm

Zakir Tumpu Kepada Ceramah Agama Sahaja Pm

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 311 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Klarifikasi Lengkap Abdul Somad Soal Tudingan Penista Agama

Klarifikasi Lengkap Abdul Somad Soal Tudingan Penista Agama

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 224 hits
Penceramah Abdul Somad mengaku mengetahui dirinya telah dilaporkan oleh Brigade Meo Nusa Tenggara Timur ke Kepolisian Daerah NTT terkait dugaan penistaan agama Melalui video yang diunggah FSRMM TV di kanal Youtube pada Ahad 18 Agustus 2019 ...
Mahu Komunis Diiktiraf Dap Khianati Agama Orang Cina

Mahu Komunis Diiktiraf Dap Khianati Agama Orang Cina

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 404 hits
Pemimpin DAP mahu Komunis diiktiraf dihargai BERITA YB Haji Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak merangkap ADUN Semanggul ini amat mengharukan Beliau mendedahkan Ciapan seorang pemimpin DAP di akaun Twitter beliau bahawa mendiang datuknya a...
Awanibyte Lapor Kandungan Berbaur Perkauman Agama Dengan Segera Mcmc

Awanibyte Lapor Kandungan Berbaur Perkauman Agama Dengan Segera Mcmc

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 341 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menggesa rakyat Malaysia supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R iaitu Race Religion dan Royalty di media sosial kepada pihak suruhanjaya dengan segera JOHORTIMES MY Please ...
Tiada Lagi Amaran Individu Pihak Bangkit Isu Rasis Bangsa Agama Akan Terus Ditangkap Kpn

Tiada Lagi Amaran Individu Pihak Bangkit Isu Rasis Bangsa Agama Akan Terus Ditangkap Kpn

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 320 hits
Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman bangsa dan agama sebaliknya mereka yang terlibat termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta merta kata Ketua Polis Negara Datu...
Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Luna Maya Bu Ketua Resmi Jadi Istri Maxime Ini Dia 7 Artis Belum Menikah Yang Bisa Jadi Patokan Umur Gen 90 An

Dolla Mwa Chord

Spring Fever Amazon Diesel Powered Mini Bike Pt 1

Marsha Sudah Ku Temui Chord

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Di Antara Doa Yang Paling Lengkap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelas Berenang

Apa Punya Bengap Angkara Salam Tak Cium Tangan Vokalis Skinhead Kena Belasah

Ingatkan Tak Sambung Pas Terkejut Tak Sangka Azam Baki Dilantik Semula Terajui Sprm

Eh Xperience Kafe Menarik Di The Campus Ampang

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Digital Twins In Urban Planning Building Smarter Cities Before They Re Built