Tiada Lagi Amaran Individu Pihak Bangkit Isu Rasis Bangsa Agama Akan Terus Ditangkap Kpn



Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak-pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama; sebaliknya mereka yang terlibat termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta-merta, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador

"Saya tidak teragak-agak untuk menangkap mereka (pihak bangkitkan isu perkauman) dan memang saya akan buat (lakukan tangkapan)

"Saya bagi arahan kepada anak-anak buah saya untuk siasat kes terkelas melibatkan keagamaan dan kaum. Jangan tunggu, terus siasat dan tangkap. Saya ulang tiada lagi amaran," katanya kepada Bernama News Channel di sini hari ini

Abdul Hamid berkata banyak pihak terpedaya dengan agenda tertentu yang dicipta pihak-pihak tidak bertanggungjwab untuk menimbulkan suasana tidak harmoni dalam negara

Beliau berkata individu-individu yang terpedaya itu, kemudian berkongsi perkara tidak sahih, merakam video berbaur perkauman dan menyebarkannya di media sosial selain menghina dan memaki pemimpin negara

"Saya menyeru kepada orang ramai jangan terpedaya dengan mainan politik pihak tertentu dengan secara tidak disedari mereka terperangkap, makanya orang yang menularkan video tidak tahu hujung pangkal, akhirnya mereka ditahan dan didakwa

"Saya nasihatkan jangan ambil tindakan yang melulu dan ikut emosi," katanya sambil menambah tindakan pihak tidak bertanggungjwab ini telah mengakibatkan masyarakat keliru, takut dan negara dilihat seolah-olah porak peranda

Abdul Hamid berkata pelbagai isu perkauman sedang dan telah diselesaikan pihak polis demi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam sentiasa berada pada tahap terbaik

"Saya menyeru pemimpin politik supaya mereka ada sikap tanggungjawab dalam bulan (Bulan Kebangsaan) ini kerana kita hendak sambut Merdeka. Banyak kenyataan tidak bertanggungjawab dikeluarkan, sepatutnya
mereka (pemimpin politik) lebih bertanggungjawab selepas kita berjaya jalankan proses demokrasi cemerlang

"Sekarang macam porak-poranda pula. Semua kaum, orang ramai jadi takut apa yang berlaku dalam negara kita ini, biarlah bertanggungjawab.. Jangan keluarkan kenyataan tanpa guna akal fikiran, hentikan semua ini," katanya

Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/08/tiada-lagi-amaran-individupihak-bangkit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Bangkit Isu Perkauman Termasuk Pemimpin Politik Akan Terus Ditangkap Tiada Lagi Amaran Kata Kpn

Individu Bangkit Isu Perkauman Termasuk Pemimpin Politik Akan Terus Ditangkap Tiada Lagi Amaran Kata Kpn

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 687 hits
Bernama Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman bangsa dan agama sebaliknya mereka yang terlibat termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta merta kata Ketua Polis Neg...
Individu Bangkit Isu Perkauman Terus Ditangkap Tiada Lagi Amaran Igp

Individu Bangkit Isu Perkauman Terus Ditangkap Tiada Lagi Amaran Igp

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 398 hits
Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba menyentuh sensitiviti perkauman bangsa dan agama sebaliknya mereka termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta merta kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Saya tidak...
Teruskan Main Isu Bangsa Agama Raja

Teruskan Main Isu Bangsa Agama Raja

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 430 hits
Tanggungjawab orang Melayu mempertahankan bangsa agama dan raja Itu satu amanah yang besar perlu dilaksanakan dengan keinginan yang bersungguh sungguh Dalam konteks Melayu mempertahankan Melayu adalah mempertahankan Islam Di Malaysia apabil...
Exco Selangor Sanggup Akhiri Karier Politik Pertahan Isu Tukar Agama Sebelah Pihak

Exco Selangor Sanggup Akhiri Karier Politik Pertahan Isu Tukar Agama Sebelah Pihak

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 349 hits
Seorang exco Selangor yang mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini tetap akan mempertahankan prinsipnya berhubung usul rang undang undang penukaran agama anak secara sebelah pihak oleh ibu atau bapa Adun Kota Kemu...
Jangan Salah Faham Pihak Rapid Kl Tampil Beri Penjelasan Isu Viral Anjing Dalam Lrt

Jangan Salah Faham Pihak Rapid Kl Tampil Beri Penjelasan Isu Viral Anjing Dalam Lrt

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 453 hits
Tular satu video yang dirakam oleh salah seorang penumpang memperlihatkan seekor anjing yang berada di dalam sebuah stesen LRT Miharja didakwa dibawa oleh seseorang menaiki kenderaan awam tersebut Video berkenaan dilihat telah menimbulkan r...
Bangsa Lain Tidak Akan Wujud Jika Melayu Rasis Musa Hassan

Bangsa Lain Tidak Akan Wujud Jika Melayu Rasis Musa Hassan

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 381 hits
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata sekiranya orang Melayu Islam ini rasis maka tidak akan ada satu bangsa lain pun yang akan wujud di negara ini melainkan Melayu Islam Namun katanya kerana kemurnian dan keikhlasan yang dia...
Kalau Melayu Islam Rasis Jangan Harap Ada Bangsa Lain Di Negara Ini Musa Hasan

Kalau Melayu Islam Rasis Jangan Harap Ada Bangsa Lain Di Negara Ini Musa Hasan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 845 hits
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan berkata sekiranya orang Melayu Islam ini rasis maka tidak akan ada satu bangsa lain pun yang akan wujud di negara ini melainkan Melayu Islam Namun katanya kerana kemurnian dan keikhlasan yang diaj...
Ruu Tukar Agama Sebelah Pihak Selangor Mungkin Ganti Keputusan Indira Kata Peguam

Ruu Tukar Agama Sebelah Pihak Selangor Mungkin Ganti Keputusan Indira Kata Peguam

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 294 hits
Mahkamah Persekutuan pada 29 Januari 2018 memutuskan sebarang penukaran agama kanak kanak bukan Islam harus mendapat persetujuan kedua dua ibu bapa PETALING JAYA Beberapa peguam bimbang pindaan perkataan dalam enakmen penukaran agama anak b...
Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Renaming Port Dickson A Historical Identity That Should Not Be Erased

Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Health Ministry Targets Vape E Cigarette Ban By Mid 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Storytelling Is Key To Marketing

Roti Pandan Garlic

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As

Lebai Pas Adun Adun Sungai Ramal Mohon Maaf Tanpa Syarat Pada Ahli Parlimen Dap