Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Sahkan Semua Hutan Yang Diceroboh Secara Haram Telah Berjaya Dibersihkan




KUALA LUMPUR: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengesahkan semua kawasan hutan yang diceroboh dengan pertanian haram bagi penanaman durian berjaya dibersihkan sepenuhnya menerusi Ops Sekat yang berakhir hujung bulan lalu, sejajar dengan pelan tindakan operasi itu yang dijalankan sejak Julai lalu.
Operasi bermula pada 21 Julai lalu memberi tumpuan kepada kawasan hutan yang diceroboh dan ditanam pokok durian pelbagai spesies termasuk Musang King, IOI dan D24 secara tidak sah, terutama di daerah Raub dan sekitarnya.
Pengarah JPNP, Zainuddin Jamaluddin, berkata pembersihan dilakukan dalam beberapa fasa, membabitkan penebangan pokok durian, manakala pokok herba seperti kantan dan tumbuhan kecil lain yang tidak menjejaskan struktur hutan tidak dimusnahkan.
"Setakat ini, semua kawasan yang diceroboh dengan penanaman durian sudah dibersihkan. Proses berjalan lancar tanpa sebarang bantahan penduduk, malah di Kampung Temelian di Raub, mereka yang menanam durian itu sendiri membantu kami.
"Ini kerana kita mengedarkan notis pengosongan tanah yang dilakukan penduduk tanpa kebenaran dengan menyatakan pihak yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 32, Akta Perhutanan Negara 1984 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
"Operasi ini dijalankan hasil kerjasama antara JPNP, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UE) dan Pejabat Tanah.
"Gabungan pelbagai agensi ini menunjukkan kecekapan dalam memastikan proses penguatkuasaan dan pemulihan dilakukan secara menyeluruh," katanya hari ini.
Ribuan hektar tanah kerajaan ditanam durian
Isu pencerobohan hutan di Pahang mendapat perhatian sejak 2020 apabila ribuan hektar hutan simpan dan tanah kerajaan negeri ditanam durian secara haram oleh pengusaha yang tidak memiliki lesen sah.
Media pada Ogos lalu melaporkan lebih 3,000 pokok durian yang ditanam secara haram dalam kawasan seluas 250 hektar di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Benum, Raub, ditebang dalam tempoh 18 hari 'Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Tanaman Durian' bermula 21 Julai lalu.
Tindakan memusnahkan tanaman durian berusia antara tiga hingga 40 tahun itu dilakukan selepas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ingin melihat kegiatan menceroboh tanah di Pahang disekat segera.
Baginda juga mahu proses penguatkuasaan tidak dibuat secara bermusim atau sekejap-sekejap, sebaliknya perlu dilaksana secara berterusan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan merompak hasil negeri itu.
Rompakan tanah secara terbuka
Pada April lalu, Al-Sultan Abdullah bertitah, 14,494.908 hektar tanah kerajaan negeri diceroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian dan pelbagai hasil bumi, malah lebih malang lagi, sebanyak 5,997.09 hektar HSK juga diceroboh, kononnya atas nama pertanian, tetapi ia adalah perompakan secara terbuka terhadap harta negeri.
Kerajaan Pahang diketuai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) sebelum ini melancarkan Op Sekat 3.0, iaitu operasi khas membanteras pencerobohan tanah kerajaan dan rizab hutan di Raub, termasuk menebang pokok ditanam secara haram.
Zainuddin berkata, tiada sebarang penentangan dikesan sepanjang proses pembersihan dijalankan, malah kesedaran dalam kalangan masyarakat semakin meningkat terutama selepas insiden air keruh di Loji Rawatan Air (LRA) Kela, yang berpunca daripada kesan pencerobohan hutan dan pembukaan tanah tanpa kawalan.
"Penduduk kini faham tindakan mereka sebelum ini, seperti menebang hutan untuk tanam durian, memberi kesan besar kepada sumber air. Mereka sendiri melihat akibatnya.
"Kini selepas kawasan hutan dibersihkan, kita sedang menumpukan usaha penanaman semula hutan menggunakan spesies tertentu yang bersesuaian dengan tanah di situ seperti meranti, cengal dan keruing," katanya.
Kawasan projek pertanian sejak 1970-an
Mengulas punca pencerobohan hutan itu, Zainuddin berkata, kawasan berkenaan digunakan untuk projek pertanian sejak 1970-an, sebelum kewujudan Akta Perhutanan Negara 1984.
Beliau berkata, ketika itu, aktiviti penebangan hutan bukan satu kesalahan kerana belum ada dasar jelas mengenai pemeliharaan hutan simpan kekal.
Bagaimanapun, katanya, apabila kawasan itu digazetkan sebagai HSK sekitar awal 1990-an, sebarang aktiviti pertanian di dalamnya menjadi tidak sah mengikut undang-undang.
"Dulu tidak ada akta, jadi mereka bebas buka tanah dan tanam durian, tetapi apabila hutan sudah ada status rasmi, maka undang-undang perlu ditegakkan.
"Sejak itu, kerajaan negeri bertindak tegas mengarahkan pengosongan kawasan pencerobohan, menjalankan operasi penebangan dan kini sedang beralih kepada pemulihan hutan," katanya.
Zainuddin berkata, pihaknya turut mengesahkan tiada kes pencerobohan semula berlaku di kawasan yang sudah dibersihkan dalam tempoh tiga bulan terakhir ini.
"Ini petanda positif. Mereka mula faham dan akur dengan keputusan kerajaan. Kita akan terus pantau dan pastikan tiada pencerobohan berulang," katanya. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/jabatan-perhutanan-negeri-pahang-jpnp.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 225 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang akan terus memperketat pemantauan aktiviti ladang haram meskipun semua kawasan hutan yang diceroboh untuk penanaman durian secara haram telah dibersihkan sepenuhnya Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wa...
Sultan Pahang Bertitah Supaya Pembinaan Setiap Rumah Di Negeri Ini Perlu Berkualiti Tinggi Siap Ikut Jadual Ditetapkan

Sultan Pahang Bertitah Supaya Pembinaan Setiap Rumah Di Negeri Ini Perlu Berkualiti Tinggi Siap Ikut Jadual Ditetapkan

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 193 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah supaya pembinaan setiap rumah di negeri ini perlu berkualiti tinggi dan siap mengikut jadual ditetapkan Baginda bertitah kegagalan mematuhi jadual pembina...
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 151 hits
KUANTAN nbsp Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang merupakan pasukan penguatkuasaan bersepadu pertama di negara ini yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan mencegah kehilangan dan ketirisan hasil Kerajaan Negeri Pahang Ditubuhkan pada 9 Oktobe...
Jaip Sahkan Kamal Adli Uqasha Senrose Bernikah Ikut Syarak Memenuhi Semua Rukun Nikah

Jaip Sahkan Kamal Adli Uqasha Senrose Bernikah Ikut Syarak Memenuhi Semua Rukun Nikah

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 147 hits
Jabatan Agama Islam Pahang mengesahkan status pernikahan pasangan selebriti Ahmad Kamal Ahmad Adli atau Kamal Adli 39 dan Nik Zaris Uqasha Nik Sen 33 adalah sah dan mengikut hukum syarak JAIP dalam satu kenyataan memaklumkan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Tahan Seorang Lagi Pekebun Haram Musang King Di Raub

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Tahan Seorang Lagi Pekebun Haram Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 159 hits
KUANTAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang menahan seorang lagi pengusaha kebun durian musang king semalam kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram mencecah ratusan ribu ringgit Suspek dipercayai memperoleh menerima me...
Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 215 hits
KUANTAN PAS Pahang mendakwa parti itu tidak pernah melontarkan tuduhan untuk mendakwa kerajaan Pahang tidak Islamik atau bersifat sekular sebaliknya ia sengaja dibangkitkan Umno untuk mengelirukan rakyat sekali gus membenci PAS Timbalan Pes...
Perikatan Nasional Lancar Jentera Pilihan Raya Umum Ke 16 Pahang Ahad Ini Semua Pemimpin Tertinggi Hadir

Perikatan Nasional Lancar Jentera Pilihan Raya Umum Ke 16 Pahang Ahad Ini Semua Pemimpin Tertinggi Hadir

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 241 hits
KUANTAN Pimpinan tertinggi Perikatan Nasional dijangka menghadiri ceramah Hogoh Jelai yang juga bakal menjadi platform pelancaran jentera pilihan raya PN Pahang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 di FELDA Sungai Koyan Lipis pada Ahad
Wan Rosdy Penyata Kewangan Negeri Pahang Diberikan Pengiktirafan Tinggi Oleh Ketua Audit Negara

Wan Rosdy Penyata Kewangan Negeri Pahang Diberikan Pengiktirafan Tinggi Oleh Ketua Audit Negara

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 225 hits
KUANTAN Pengiktirafan tinggi oleh Ketua Audit Negara terhadap penyata kewangan negeri Pahang membuktikan komitmen berterusan pentadbiran kerajaan negeri dalam membina Pahang yang makmur berdaya saing dan berintegriti Menteri Besar Pahang Da...
Jpj Pahang Berjaya Kesan Dan Ambil Tindakan Terhadap Dua Individu Terbabit Kes Touting Di Genting Highlands

Jpj Pahang Berjaya Kesan Dan Ambil Tindakan Terhadap Dua Individu Terbabit Kes Touting Di Genting Highlands

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 202 hits
KUANTAN Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang berjaya mengesan dan mengambil tindakan terhadap dua individu yang memujuk serta mendesak penumpang di kawasan Genting Highlands dalam satu operasi khas pada Sabtu lalu Operasi yang bermula j...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess

Anwar Shrugs Off Thai General S Jibe As Ex Indonesian President Cringes At Trump S Role In Peace Signing

Ewon Slams The Door On Cabinet Post Confirming A Reshuffle Is Next

High Salary Job Ads Abroad May Be Drug Trafficking Traps