Pas Kemaruk Nak Kuasa Dah Dapat Tak Istiqomah



Arif Juhaini
Semasa Pas berdepan riak-riak perpecahan akibat perbezaan pandangan yang tajam dan sukar untuk diselamatkan sehingga menjejaskan kerjasama antara rakan komponen Pakatan Rakyat, parti itu mengadakan muktamar tahunan dengan tema Terus Beristiqamah pada 2014. Perkataan ‘Istiqamah’ terus digunakan pada tahun berikutnya dengan tema “Beristiqamah Hingga Kemenangan”.

Muktamar tahunan pada 2014 itu berlangsung di Batu Pahat, Johor. Sebuah negeri yang berpotensi dirampas oleh pembangkang dalam pilihan raya seterusnya berdasarkan prestasi memberangsangkan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Malangnya, akibat sentimen dalaman Pas yang tajam dan sukar dipertahankan, hala tuju muktamar tersebut bercelaru sehingga menyebabkan para perwakilan pulang dengan kerosakan persaudaraan dan fikrah akibat ucapan penutup penuh beremosi oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Pada waktu inilah juga, istilah ‘Istiqamah’ dijadikan pembatas baharu dalam kalangan penyokong totok Pas untuk membezakan antara kumpulan yang masih menjaga kesepakatan Pakatan Rakyat dan juga yang memilih untuk berpecah.

Sentimen perpecahan dalaman Pas dikuatkan lagi dengan kemunculan cybertroopers yang menjadi rujukan kepada ahli-ahli baharu Pas terutamanya yang muda untuk menentukan siapa yang patut disokong dalam Pas. Kumpulan sasaran yang menjadi kecaman ahli-ahli Pas adalah para pemimpin dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) ketika ini.
Tujuan serangan ini dibuat mudah difahami iaitu untuk menghapuskan kumpulan ini daripada Pas semasa pemilihan pimpinan parti pada 2015 yang berlangsung di Kuala Selangor. Serangan tersebut amat berkesan dan dibantu dengan program-program dalaman oleh segelintir pemimpin Pas, maka menanglah kumpulan yang ingin mengusir golongan yang kononnya tidak beristiqamah.

Dalam Pas, doktrin yang membekukan fikrah memang mudah dibuat. Mereka cukup mudah tunduk dengan imej serban dan jubah serta gorengan dalil. Oleh itu, individu seperti Mokhtar Senik dan Nasrudin Hasan memang mudah membina pengaruh dalam Pas.

Kehandalan membekukan fikrah ahli Pas dengan pelbagai doktrin putar dalil memang cukup dikuasai oleh pemimpin Pas. Segala kata-katanya ditelan bulat-bulat, petak-petak, bujur-bujur tanpa dikunyah dan dihadam dengan betul.

Masa berlalu, Pakatan Rakyat berpecah manakala Pas kekal beristiqamah dengan perjuangan Islam. Kononnya. Dipendekkan pula cerita, Pas yang beristiqamah dengan perjuangan Islam untuk menentang kemungkaran Umno dan Pakatan Harapan (PH) mulai mencair keistiqamahannya selepas menyertai kumpulan pengkhianat menubuhkan kerajaan Tebuk Atap.
Tanpa diminta, Umno yang dahulu dianggap musuh Islam oleh Pas sudah mula dilenturkan imejnya. Kalau dahulu Pas dan Umno dianggap minyak dan air yang tidak mungkin menyatu, kini hubungan tersebut bertukar dan diumpamakan seperti Aus dan Khazraj.

Menurut Mokhtar Senik, pengganggu hubungan Pas dan Umno merupakan golongan munafik. Demikian caranya lebai Pas menunggang dalil, segalanya mengikut selera dan kehendak tekak mereka. Kini selepas menjadi kerajaan, watak agresif dan lantang Pas yang kononnya merupakan benteng pertahanan akidah umat Islam sudah berubah drastik. Maklumlah singa sudah menjadi tikus.

Dahulu, kalau ada laporan berita yang menyentuh sensitiviti umat Islam ditularkan, tidak sampai 24 jam, segala pimpinan Pas seluruh negara dan pelbagai peringkat berduyun-duyun menulis kenyataan media dengan nada penuh kecaman dan herdikan kepada kerajaan samada Barisan Nasional (BN) mahupun PH.

Tetapi kini, sudah berbeza. Pas bukan lagi singa yang berubah menjadi tikus sahaja tetapi juga sudah menjadi kura-kura yang menyembunyikan kepala dalam cengkerang yang berlumut hijau.

Penganjuran pertandingan ratu cantik yang dahulunya disusuli dengan gegak gempita dengan demonstrasi beserta plakad-plakad kecaman di hadapan pejabat penganjur tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Cukup dijamu hidangan teh dalam sebuah bilik pertemuan berpenyaman udara, mereka menukar nada dengan memberikan sokongan tetapi dengan syarat tertentu.

Begitu juga isu kartel daging yang baru-baru ini dilaporkan kerana terlibat dengan skandal pencemaran kehalalan sejak empat dekad lalu. Pas bukan sahaja hampir lesu bersuara bahkan mengubah isu kepada halal atau haram sahaja.

Demikianlah canggungnya kefahaman Pas kepada keutamaan isu. Memanglah apa yang sudah ditelan menjadi darah daging tiada kewajipan untuk diluahkan semula. Memang begini keluasan dan kelunakan ajaran Islam.

Tetapi yang perlu ditegaskan adalah tentang hak umat Islam sebagai pengguna telah diperdayakan sejak sekian lama. Tetapi kita juga boleh faham betapa lemahnya Pas dalam memahami keutamaan isu-isu begini. Halal dan haram bagi mereka cukup sempit dengan membelakangkan kesedaran kepada isu yang sebenar.

Kini apa yang dikutuk kepada musuh politiknya dahulu, semuanya telah berpatah balik kepada Pas. Istiqamah hanyalah omong kosong yang bertujuan sekadar menakutkan ahli-ahli Pas.

Dulu janji hapuskan arak, judi dan sebagainya. Tetapi kini setelah menjadi kerajaan, tidak ada waima sebuah kedai arak atau kedai judi pun ditutup. Malah dilaporkan cabutan khas nombor ekor juga dinaikkan semula kepada 22 kali pada 2021.

Banyak lagi kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mana Pas adalah sebahagiannya. Tidak perlulah diberikan senarai panjang dalam tulisan ini. Cuma adakah Pas tidak malu kerana bergelumang dengan kerajaan yang membelakangkan mandat rakyat dan semangat demokrasi?

Pas kini tidak ubah ibarat ayam berkokok tetapi ekor bergelumang najis.
Justeru, ahli-ahli Pas wajib menyoal kepada kepimpinan mereka yang sudah menjadi sebahagian anggota kerajaan. Berapa banyak pencapaian yang telah dibuat untuk perjuangan Islam? Apa bentuk model pentadbiran Islam yang kontemporari boleh ditiru oleh kerajaan negeri dan negara yang lain? Tetapi kita juga tahu, mengharapkan ahli yang berani dan lantang menyoal perkara begini umpama mengharap tikus menjadi naga.

Pemimpin Pas pun cukup-cukuplah menggunakan contoh semasa pemerintahan awal Tok Guru Nik Aziz yang menggunakan bank Islam berbanding bank konvensional. Kisah itu sudah ramai yang tahu dan bukan lagi satu nilai berita yang menarik. Kini orang ramai nak tahu apa yang telah dicapai oleh Pas sepanjang menjadi kerajaan hasil pengkhianatan?

Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan di Putrajaya, apa pencapaian yang boleh membanggakan umat Islam? Kalau dahulu, pimpinan Pas bertempik atas pentas ceramah memaki hamun pemerintahan PH tetapi setelah menjadi kerajaan, semuanya menikus sahaja. Apa perkembangan kes arwah Adib dan sebagainya? Sehingga kini semua pihak masih bercakap mengenainya dan menanti tindakan lanjut daripada kerajaan.

Apa yang membanggakan bagi Pas sekarang hanyalah mendapat lantikan jawatan menteri bukan kanan, timbalan menteri, senator dan ghanimah lain dalam pelbagai GLC. Lantikan ini pun ramai orang tahu bukanlah kerana kepakaran dan kecekapan pimpinan Pas tetapi sekadar mahu mulut mereka disumbat agar tidak bercakap sesuatu kenyataan yang merosakkan Perikatan Nasional.

Inilah contoh terbesar kegagalan penghayatan istiqamah yang dilaung-laungkan oleh Abdul Hadi Awang dalam beberapa muktamar dahulu. Hanya kerana jawatan, kuasa dan takut kehilangannya, istiqamah bukan lagi perkara yang menjadi pegangan kepada Pas.

Mereka lebih rela dilihat parti dua kolam berbanding hilang kuasa dan jawatan. Lihat sahajalah seperti di Perak. Sekejap kata tidak sanggup duduk dalam kerajaan baharu, kemudian demi kemaruk kuasa, terus berubah kenyataan.

Kesedapan Pas mengaut kuasa dan harta ini kerana mereka tahu ahli bawahan tidak berani membantah secara terang-terangan. Inilah kejayaan doktrin kebekuan fikrah yang dibawa oleh Pas kini. Walaupun mendakwa sebagai parti yang terbuka kepada kritikan tetapi kalau dikritik oleh ahli secara terbuka, maka bersiap sedialah pengkritik itu untuk dilempar dengan pelbagai label.

Siapa dalam kalangan Pas yang bersuara mengenai kemunduran pentadbiran Pas di Kelantan sehingga masalah air pun gagal diselesaikan segera? Mungkin mereka akan menjawab bahawa kritikan itu telah dibuat secara dalaman tetapi percayalah sebenarnya tiada pun kritikan itu dibuat. Ahli Pas harus disedarkan dengan pembohongan dan kepalsuan fikrah perjuangan Islam yang dibawa oleh parti mereka.

AMANAH harus lebih agresif mengambil peranan ini. Kalau ahli Pas belum sudi menukar keahlian parti tetapi pastikan sekurang-kurangnya akal mereka boleh berfungsi untuk menilai kelayakan pimpinan mereka. Memanglah kerja ini mengambil masa tetapi bila lagi kalau bukan sekarang?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31169

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sudah Tak Istiqamah Selepas Kemaruk Pegang Kuasa

Pas Sudah Tak Istiqamah Selepas Kemaruk Pegang Kuasa

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 178 hits
January 4 2021 Semasa Pas berdepan riak riak perpecahan akibat perbezaan pandangan yang tajam dan sukar untuk diselamatkan sehingga menjejaskan kerjasama antara rakan komponen Pakatan Rakyat parti itu mengadakan muktamar tahunan dengan tema...
Selepas Kemaruk Memegang Kuasa Pas Sudah Tidak Istiqamah

Selepas Kemaruk Memegang Kuasa Pas Sudah Tidak Istiqamah

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 184 hits
MOHD ARIF JUHANISemasa Pas berdepan riak riak perpecahan akibat perbezaan pandangan yang tajam dan sukar untuk diselamatkan sehingga menjejaskan kerjasama antara rakan komponen Pakatan Rakyat parti itu mengadakan muktamar tahunan dengan tem...
Takiyuddin Tak Perlu Desak Pas Nak Pilih Mn Atau Tidak

Takiyuddin Tak Perlu Desak Pas Nak Pilih Mn Atau Tidak

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 234 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 8 52 amDikemaskini Hari ini 9 44 amTakiyuddin HassanSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menegaskan mana mana pihak tidak perlu meminta parti itu memilih sama ada hendak bersama Muafakat Nasional atau ...
Sampai Bila Pas Nak Makan Dua Kolam

Sampai Bila Pas Nak Makan Dua Kolam

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 238 hits
Syam Ghaz Pas ni makan dua kolamKolam Muafakat Nasional dengan UMNO kolam Perikatan Nasional dengan BERSATUKenyataan media ini juga secara tersirat boleh kita faham kedudukan Kerajaan PN dalam keadaan sangat goyang menanti runtuh Pas jika K...
Bagaimana Pas Nak Sokong Dua Dua Tok Usin Bagi Pencerahan

Bagaimana Pas Nak Sokong Dua Dua Tok Usin Bagi Pencerahan

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 216 hits
Ramai tanya tok tentang pendirian parti guru tok Katanya ada hubungan dengan Bersatu dalam masa yang sama ada juga hubungan dengan Amno Sedangkan Amno tak nak berkawan dengan Bersatu Habis camne Tok teringat kata2 guru tok Dia kata Dengang ...
Tujuh Fakta Menyanggah Mahathir Yang Makin Tua Makin Kemaruk Kuasa

Tujuh Fakta Menyanggah Mahathir Yang Makin Tua Makin Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 147 hits
Kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad bahawa PH tidak akan mendapat sokongan pengundi Melayu jika tanpa penyertaannya dalam gabungan itu memberi beberapa kesimpulan tentang watak dan hati perut bekas Perdana Menteri itu Pertama ini memperl...
Nak Tanya Parti Agama Pas

Nak Tanya Parti Agama Pas

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 201 hits
Mohd Asri Abu BakarSalam Dah nak masuk tahun baru 2021 dah kita ni Dah hampir 11 bulan PN memerintah Ingatkan bertambah baik rupa rupanya bertambah parah Pertanyaan ikhlas utk PAS hudud mana hudud Dah selesai ker pembentangan RUU355 Kes Adi...
Isu Terakhir Yang Nak Dibawa Pas Parti Yang Menggunakan Agama Demi Sevival Politiknya

Isu Terakhir Yang Nak Dibawa Pas Parti Yang Menggunakan Agama Demi Sevival Politiknya

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 149 hits
Rasanya rakyat dah faham perangai parti agama yang selma ini kita dapat melihat wajah sebenar mereka Bagi penyokong Pas teruskan menyokong walau seribu dalil rakyat dah tahu perangai sebenar parti agama ini Nak tunjuk bagusnya islam memang ...
Akp Vs Pas Bila Dapat Kuasa

Akp Vs Pas Bila Dapat Kuasa

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 212 hits
Abu MishkatAKP 1994 Erdogan yg masa tu Datuk Bandar Istanbul kata akan kembalikan wajah Islam pd kota Istanbul dan Aya Sofia akan dijadikan masjid muslimin semula Skrg dunia menyaksikan janji itu sudah dilunasi PAS Sejak sebelum 1990 janji ...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih