Pas Sudah Tak Istiqamah Selepas Kemaruk Pegang Kuasa


 
January 4, 2021 Semasa Pas berdepan riak-riak perpecahan akibat perbezaan pandangan yang tajam dan sukar untuk diselamatkan sehingga menjejaskan kerjasama antara rakan komponen Pakatan Rakyat, parti itu mengadakan muktamar tahunan dengan tema Terus Beristiqamah pada 2014. Perkataan ‘Istiqamah’ terus digunakan pada tahun berikutnya dengan tema “Beristiqamah Hingga Kemenangan”.
Muktamar tahunan pada 2014 itu berlangsung di Batu Pahat, Johor. Sebuah negeri yang berpotensi dirampas oleh pembangkang dalam pilihan raya seterusnya berdasarkan prestasi memberangsangkan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Malangnya, akibat sentimen dalaman Pas yang tajam dan sukar dipertahankan, hala tuju muktamar tersebut bercelaru sehingga menyebabkan para perwakilan pulang dengan kerosakan persaudaraan dan fikrah akibat ucapan penutup penuh beremosi oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.
Pada waktu inilah juga, istilah ‘Istiqamah’ dijadikan pembatas baharu dalam kalangan penyokong totok Pas untuk membezakan antara kumpulan yang masih menjaga kesepakatan Pakatan Rakyat dan juga yang memilih untuk berpecah.
Sentimen perpecahan dalaman Pas dikuatkan lagi dengan kemunculan cybertroopers yang menjadi rujukan kepada ahli-ahli baharu Pas terutamanya yang muda untuk menentukan siapa yang patut disokong dalam Pas. Kumpulan sasaran yang menjadi kecaman ahli-ahli Pas adalah para pemimpin dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) ketika ini.
Tujuan serangan ini dibuat mudah difahami iaitu untuk menghapuskan kumpulan ini daripada Pas semasa pemilihan pimpinan parti pada 2015 yang berlangsung di Kuala Selangor. Serangan tersebut amat berkesan dan dibantu dengan program-program dalaman oleh segelintir pemimpin Pas, maka menanglah kumpulan yang ingin mengusir golongan yang kononnya tidak beristiqamah.
Dalam Pas, doktrin yang membekukan fikrah memang mudah dibuat. Mereka cukup mudah tunduk dengan imej serban dan jubah serta gorengan dalil. Oleh itu, individu seperti Mokhtar Senik dan Nasrudin Hasan memang mudah membina pengaruh dalam Pas.
Kehandalan membekukan fikrah ahli Pas dengan pelbagai doktrin putar dalil memang cukup dikuasai oleh pemimpin Pas. Segala kata-katanya ditelan bulat-bulat, petak-petak, bujur-bujur tanpa dikunyah dan dihadam dengan betul.
Masa berlalu, Pakatan Rakyat berpecah manakala Pas kekal beristiqamah dengan perjuangan Islam. Kononnya. Dipendekkan pula cerita, Pas yang beristiqamah dengan perjuangan Islam untuk menentang kemungkaran Umno dan Pakatan Harapan (PH) mulai mencair keistiqamahannya selepas menyertai kumpulan pengkhianat menubuhkan kerajaan Tebuk Atap.
Tanpa diminta, Umno yang dahulu dianggap musuh Islam oleh Pas sudah mula dilenturkan imejnya. Kalau dahulu Pas dan Umno dianggap minyak dan air yang tidak mungkin menyatu, kini hubungan tersebut bertukar dan diumpamakan seperti Aus dan Khazraj.
Menurut Mokhtar Senik, pengganggu hubungan Pas dan Umno merupakan golongan munafik. Demikian caranya lebai Pas menunggang dalil, segalanya mengikut selera dan kehendak tekak mereka. Kini selepas menjadi kerajaan, watak agresif dan lantang Pas yang kononnya merupakan benteng pertahanan akidah umat Islam sudah berubah drastik. Maklumlah singa sudah menjadi tikus.
Dahulu, kalau ada laporan berita yang menyentuh sensitiviti umat Islam ditularkan, tidak sampai 24 jam, segala pimpinan Pas seluruh negara dan pelbagai peringkat berduyun-duyun menulis kenyataan media dengan nada penuh kecaman dan herdikan kepada kerajaan samada Barisan Nasional (BN) mahupun PH.
Tetapi kini, sudah berbeza. Pas bukan lagi singa yang berubah menjadi tikus sahaja tetapi juga sudah menjadi kura-kura yang menyembunyikan kepala dalam cengkerang yang berlumut hijau.
Penganjuran pertandingan ratu cantik yang dahulunya disusuli dengan gegak gempita dengan demonstrasi beserta plakad-plakad kecaman di hadapan pejabat penganjur tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan. Cukup dijamu hidangan teh dalam sebuah bilik pertemuan berpenyaman udara, mereka menukar nada dengan memberikan sokongan tetapi dengan syarat tertentu.
Begitu juga isu kartel daging yang baru-baru ini dilaporkan kerana terlibat dengan skandal pencemaran kehalalan sejak empat dekad lalu. Pas bukan sahaja hampir lesu bersuara bahkan mengubah isu kepada halal atau haram sahaja.
Demikianlah canggungnya kefahaman Pas kepada keutamaan isu. Memanglah apa yang sudah ditelan menjadi darah daging tiada kewajipan untuk diluahkan semula. Memang begini keluasan dan kelunakan ajaran Islam.
Tetapi yang perlu ditegaskan adalah tentang hak umat Islam sebagai pengguna telah diperdayakan sejak sekian lama. Tetapi kita juga boleh faham betapa lemahnya Pas dalam memahami keutamaan isu-isu begini. Halal dan haram bagi mereka cukup sempit dengan membelakangkan kesedaran kepada isu yang sebenar.
Kini apa yang dikutuk kepada musuh politiknya dahulu, semuanya telah berpatah balik kepada Pas. Istiqamah hanyalah omong kosong yang bertujuan sekadar menakutkan ahli-ahli Pas.
Dulu janji hapuskan arak, judi dan sebagainya. Tetapi kini setelah menjadi kerajaan, tidak ada waima sebuah kedai arak atau kedai judi pun ditutup. Malah dilaporkan cabutan khas nombor ekor juga dinaikkan semula kepada 22 kali pada 2021.
Banyak lagi kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mana Pas adalah sebahagiannya. Tidak perlulah diberikan senarai panjang dalam tulisan ini. Cuma adakah Pas tidak malu kerana bergelumang dengan kerajaan yang membelakangkan mandat rakyat dan semangat demokrasi?
Pas kini tidak ubah ibarat ayam berkokok tetapi ekor bergelumang najis.
Justeru, ahli-ahli Pas wajib menyoal kepada kepimpinan mereka yang sudah menjadi sebahagian anggota kerajaan. Berapa banyak pencapaian yang telah dibuat untuk perjuangan Islam? Apa bentuk model pentadbiran Islam yang kontemporari boleh ditiru oleh kerajaan negeri dan negara yang lain? Tetapi kita juga tahu, mengharapkan ahli yang berani dan lantang menyoal perkara begini umpama mengharap tikus menjadi naga.
Pemimpin Pas pun cukup-cukuplah menggunakan contoh semasa pemerintahan awal Tok Guru Nik Aziz yang menggunakan bank Islam berbanding bank konvensional. Kisah itu sudah ramai yang tahu dan bukan lagi satu nilai berita yang menarik. Kini orang ramai nak tahu apa yang telah dicapai oleh Pas sepanjang menjadi kerajaan hasil pengkhianatan?
Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan di Putrajaya, apa pencapaian yang boleh membanggakan umat Islam? Kalau dahulu, pimpinan Pas bertempik atas pentas ceramah memaki hamun pemerintahan PH tetapi setelah menjadi kerajaan, semuanya menikus sahaja. Apa perkembangan kes arwah Adib dan sebagainya? Sehingga kini semua pihak masih bercakap mengenainya dan menanti tindakan lanjut daripada kerajaan.
Apa yang membanggakan bagi Pas sekarang hanyalah mendapat lantikan jawatan menteri bukan kanan, timbalan menteri, senator dan ghanimah lain dalam pelbagai GLC. Lantikan ini pun ramai orang tahu bukanlah kerana kepakaran dan kecekapan pimpinan Pas tetapi sekadar mahu mulut mereka disumbat agar tidak bercakap sesuatu kenyataan yang merosakkan Perikatan Nasional.
Inilah contoh terbesar kegagalan penghayatan istiqamah yang dilaung-laungkan oleh Abdul Hadi Awang dalam beberapa muktamar dahulu. Hanya kerana jawatan, kuasa dan takut kehilangannya, istiqamah bukan lagi perkara yang menjadi pegangan kepada Pas.
Mereka lebih rela dilihat parti dua kolam berbanding hilang kuasa dan jawatan. Lihat sahajalah seperti di Perak. Sekejap kata tidak sanggup duduk dalam kerajaan baharu, kemudian demi kemaruk kuasa, terus berubah kenyataan.
Kesedapan Pas mengaut kuasa dan harta ini kerana mereka tahu ahli bawahan tidak berani membantah secara terang-terangan. Inilah kejayaan doktrin kebekuan fikrah yang dibawa oleh Pas kini. Walaupun mendakwa sebagai parti yang terbuka kepada kritikan tetapi kalau dikritik oleh ahli secara terbuka, maka bersiap sedialah pengkritik itu untuk dilempar dengan pelbagai label.
Siapa dalam kalangan Pas yang bersuara mengenai kemunduran pentadbiran Pas di Kelantan sehingga masalah air pun gagal diselesaikan segera? Mungkin mereka akan menjawab bahawa kritikan itu telah dibuat secara dalaman tetapi percayalah sebenarnya tiada pun kritikan itu dibuat. Ahli Pas harus disedarkan dengan pembohongan dan kepalsuan fikrah perjuangan Islam yang dibawa oleh parti mereka.
AMANAH harus lebih agresif mengambil peranan ini. Kalau ahli Pas belum sudi menukar keahlian parti tetapi pastikan sekurang-kurangnya akal mereka boleh berfungsi untuk menilai kelayakan pimpinan mereka. Memanglah kerja ini mengambil masa tetapi bila lagi kalau bukan sekarang?
Arif Juhani, bekas wartawan Harakah dan Suara Keadilan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/pas-sudah-tak-istiqamah-selepas-kemaruk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Kemaruk Memegang Kuasa Pas Sudah Tidak Istiqamah

Selepas Kemaruk Memegang Kuasa Pas Sudah Tidak Istiqamah

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 184 hits
MOHD ARIF JUHANISemasa Pas berdepan riak riak perpecahan akibat perbezaan pandangan yang tajam dan sukar untuk diselamatkan sehingga menjejaskan kerjasama antara rakan komponen Pakatan Rakyat parti itu mengadakan muktamar tahunan dengan tem...
Pas Kemaruk Nak Kuasa Dah Dapat Tak Istiqomah

Pas Kemaruk Nak Kuasa Dah Dapat Tak Istiqomah

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 190 hits
Arif Juhaini Semasa Pas berdepan riak riak perpecahan akibat perbezaan pandangan yang tajam dan sukar untuk diselamatkan sehingga menjejaskan kerjasama antara rakan komponen Pakatan Rakyat parti itu mengadakan muktamar tahunan dengan tema T...
Ambil Alih Kerusi Pas Exco Wanita Pahang Di Ingatkan Tidak Mendabik Dada Dengan Kuasa

Ambil Alih Kerusi Pas Exco Wanita Pahang Di Ingatkan Tidak Mendabik Dada Dengan Kuasa

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 297 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang mengingatkan seorang exco wanita Pahang supaya tidak mendabik dada dan takbur dengan pangkat dan kuasa yang diberikan rakyat pada masa kini Pengerusinya Haslihelmy DM Zulhasli berkata maklumat daripada p...
Tujuh Fakta Menyanggah Mahathir Yang Makin Tua Makin Kemaruk Kuasa

Tujuh Fakta Menyanggah Mahathir Yang Makin Tua Makin Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 153 hits
Kenyataan terbaru Tun Mahathir Mohamad bahawa PH tidak akan mendapat sokongan pengundi Melayu jika tanpa penyertaannya dalam gabungan itu memberi beberapa kesimpulan tentang watak dan hati perut bekas Perdana Menteri itu Pertama ini memperl...
Akp Vs Pas Bila Dapat Kuasa

Akp Vs Pas Bila Dapat Kuasa

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 214 hits
Abu MishkatAKP 1994 Erdogan yg masa tu Datuk Bandar Istanbul kata akan kembalikan wajah Islam pd kota Istanbul dan Aya Sofia akan dijadikan masjid muslimin semula Skrg dunia menyaksikan janji itu sudah dilunasi PAS Sejak sebelum 1990 janji ...
Kesian Bomba Awal Tahun Dah Kena Pegang Anu Orang Lelaki Alor Setar Alami Kesakitan Selepas Sarung Cincin Di Anu

Kesian Bomba Awal Tahun Dah Kena Pegang Anu Orang Lelaki Alor Setar Alami Kesakitan Selepas Sarung Cincin Di Anu

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 237 hits
Perbuatan seorang lelaki berusia 38 tahun menyarung cincin di kemaluannya mengundang padah apabila cincin itu tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan kesakitan yang tidak terkata Kejadian itu berlaku di Alor Setar Tidak dapat menanggung kes...
Hanya Pas Layak Pegang Exco Agama

Hanya Pas Layak Pegang Exco Agama

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 223 hits
Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak Fairuz Hafiizh Othman tidak bersetuju sekiranya kerajaan Perak di bawah Menteri Besar baharu menukar portfolio yang sudah disandang ahli parti itu Beliau berkata adalah kerja bodoh dan jahat untuk me...
Pertandingan Ratu Cantik Pertama Selepas Merdeka Yang Di Sertu Oleh Lebai Pas

Pertandingan Ratu Cantik Pertama Selepas Merdeka Yang Di Sertu Oleh Lebai Pas

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 206 hits
MOHD MUKLISPertandingan Ratu Cantik Pertama selepas merdeka yang di sertu oleh lebai PAS Siap ada contestant Melayu lagi tapi nak hairan apa sujud dalam kuil bincang secara ilmiah arak lembut pun halal judi special draw jadi 3 kali ganda be...
Isteri Akan Hilang Kawan Kawan Selepas Berkahwin Hanya Ada Suami Anak Anak

Isteri Akan Hilang Kawan Kawan Selepas Berkahwin Hanya Ada Suami Anak Anak

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 433 hits
Mendirikan rumah tangga mempunyai keluarga memerlukan pengorbanan yang besar Setelah bergelar suami isteri banyak perkara yang perlu dikorbankan lebih lebih lagi waktu bersuka ria seperti zaman bujang Lebih banyak masa diperlukan dirumah un...
Mahalini Dah Peluk Islam

Tahap Empat Babitkan Keseluruhan Kulit Otot Dan Tulang Ini Gambaran Lecur Mengikut Tahap

Repressive Laws Killing Press Freedom Say Activists

Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Nak Beriadah Tapi Malas Hadap Jammed Ini 5 Taman Rekreasi Terletak Di Kl Selangor Boleh Diakses Guna Lrt Amp Mrt

Anniversary 4 Tahun Sebagai Ghostwriter

Friction Over Candidate Threatening Ph S Kkb Campaign

Pertumbuhan Berterusan Wall Street Hijau Untuk Hari Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Persediaan Awal Haji

218 Fibonaci

219 Makna 99 Allah Pecahan

217 Kajian Surah Ad Dukhan The Smoke

This Is Drink Green Mango

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister