Takiyuddin Tak Perlu Desak Pas Nak Pilih Mn Atau Tidak


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 8:52 am
Dikemaskini Hari ini 9:44 am
Takiyuddin HassanSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menegaskan mana-mana pihak tidak perlu meminta parti itu "memilih sama ada hendak bersama Muafakat Nasional (MN) atau tidak."

Ini katanya kerana PAS adalah antara watak utama yang merangka dan berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan ummah

"Justeru itu PAS berpandangan MN bukanlah milik eksklusif sesuatu parti atau kelompok, sebaliknya harus dibuka kepada semua kalangan yang cintakan perpaduan, keharmoniandan keadilan di dalam negara ini," jelasnya pada satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin dipercayai mengulas gesaan sesetengah pihak, khususnya daripada Umno yang mengatakan parti itu perlu memutuskan sama ada mahu bersama-sama dengan Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU 15

Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman pada 26 Disember lalu dilaporkan berkata PAS perlu membuat keputusan segera mengenai pendiriannya untuk bersama MN atau PN.

Kata Tajuddin keputusan PAS diperlukan kerana PRU-15 mungkin akan diadakan tidak lama lagi.
"Sekarang ini dia orang (PAS) belum lagi bercakap (belum) buat keputusan yang jelas. Cuma dia kata Umno pun nak bersama dengan Muafakat Nasional dan dia pun nak juga MN menerima Bersatu.

“Kita (Umno) nak PAS buat keputusan nak bersama dengan Umno dalam MN ke tidak, lekas buat keputusan sebab kita nak pilihan raya ini,” kata Tajuddin, petik Astro Awani.

Sementara itu, Takiyuddin pada hari ini juga berkata PAS mengekalkan komitmen yang mantap dalam "agenda besar MN."

Umno, PAS boleh kerjasama dengan parti lain

"Adalah jelas dari sudut pendekatan dan strategi politik tiada suatu pun halangan yang dikenakan untuk Umno daripada kekal bersama Barisan Nasional (BN) mahupun untuk PAS dari menyertai manamana gabungan atau kerjasama politik.

"Apa yang penting adalah gabungan Umno dan PAS boleh malah perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai cita-cita yang sama dalam menghadapi PRU15 dengan suatu persefahaman yang jitu khususnya tiada pertembungan sesama sendiri yang menguntungkan pihak lain.

"PAS amat yakin bagi mencapai cita-cita dan hasrat ini semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta hormat menghormati, bukan sebaliknya," katanya lagi.

Kenyataan Takiyuddin juga dipercayai sebagai maklum balas terhadap Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi yang sebelum ini menyoal setiausaha agung PAS itu: "Apakah main kayu tiga bukan konspirasi?"
Puad juga dilaporkan berkata peluang penyatuan terbesar hadir "apabila Umno-PAS tandatangan Piagam Muafakat Nasional."

"Peluang itu akan terlepas begitu sahaja kerana banyak sangat pakatan, gagasan dan gabungan yang mahu disertai," kata Puad petik Sinar Harian pada 27 Dis.

Terdahulu Takiyuddin membangkitkan isu 'legasi paling murni seorang pemimpin sejati' pada hantaran di Twitternya yang merujuk kepada saranan Puad supaya MP Umno menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.

Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu yang mentadbir kerajaan persekutuan.

Umno pula dikatakan 'dingin' dengan Bersatu apabila parti itu mendakwa tidak mendapat penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN serta kebimbangan agihan kerusi PRU15 kerana keduanya merebut sokongan pengundi Melayu Islam.

Semalam, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah mendedahkan usaha pendaftaran Muafakat Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah kerana dia difahamkan nama itu sudah digunakan oleh pihak lain.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa pula sebelum ini dilaporkan berkata pendaftaran MN akan memakan masa sebelum didaftarkan dengan ROS.

Ini kerana katanya, pimpinan gabungan itu perlu menguruskan bagi kerja-kerja prapendaftarannya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/takiyuddin-tak-perlu-desak-pas-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Diminta Pilih Bersama Mn Atau Pn Mb Perak

Pas Diminta Pilih Bersama Mn Atau Pn Mb Perak

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 259 hits
IPOH 13 Jamadilawal 1442H Isnin Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad meminta PAS memaklumkan hala tujunya dengan jelas sama ada memilih untuk bersama Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional Katanya ia bagi mengelakkan situasi seper
Mmpw2020 Penganjur Akan Teruskan Melainkan Polis Suruh Batalkan Pas Jadi Kerajaan Pun Nak Berdemo Lagi

Mmpw2020 Penganjur Akan Teruskan Melainkan Polis Suruh Batalkan Pas Jadi Kerajaan Pun Nak Berdemo Lagi

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 320 hits
Penganjur pertandingan ratu cantik Miss Mrs Plus World Malaysia 2020 tidak akan membatalkan acara kemuncak program tersebut yang dijadual 2 Jan depan kecuali selepas mendapat arahan pihak berkuasa untuk berbuat demikian Pengarah Eksekutif N...
Pas Akan Pilih Bersatu Dan Tinggalkan Umno Sebab Mudah Dapat Kerusi 18 Ketoi Hanyut Akan Ikut Asal Dapat Jawatan Kah

Pas Akan Pilih Bersatu Dan Tinggalkan Umno Sebab Mudah Dapat Kerusi 18 Ketoi Hanyut Akan Ikut Asal Dapat Jawatan Kah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 251 hits
January 5 2021 PENGANALISIS meramalkan PAS akan meneruskan hubungannya dengan Bersatu dan meninggalkan Umno kerana dapat mengelak konflik besar rundingan kerusi dalam Perikatan Nasional berbanding rundingan dengan Umno Tidak seperti Umno PA...
Kerusi Selamat Parlimen Alor Setar Milik Umno Atau Pas

Kerusi Selamat Parlimen Alor Setar Milik Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 218 hits
Umno dan PAS bersaing untuk bertanding kerusi parlimen Alor Setar pada pilihan raya ke 15 kata laporan Menurut Utusan Malaysia kerusi itu bakal menjadi rebutan Umno dan PAS yang saling menaruh keyakinan mempunyai peluang merampas kawasan te...
Nak Maklum Atau Nak Bagi Tahu

Nak Maklum Atau Nak Bagi Tahu

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 261 hits
zus dinKADANG KADANG SAYA CONFUSED DUA EKOQ NI CUBA NAK BAGITAHU ATAU TEGUR DSAI KE ATAU PT95 KE ATAU DIRI MEREKA SENDIRI Cakap terus terang lah weyy kasi mudah faham dan move forward Undian belanjawan pada Selasa mengajar kita untuk tidak ...
Nak Tengok Hantu Tunggu Pas Jadi Pembangkang

Nak Tengok Hantu Tunggu Pas Jadi Pembangkang

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 261 hits
MAN TOBANak tengok hantu kubur bangkit buat la PAS jadi pembangkang balik Sah sah hantu hantu kubur nih bangkit gangu otak korang hari hari
Anda Tak Tahu Mana Satu Nak Atok Atau Serabut Lagi Sertailah Pkr

Anda Tak Tahu Mana Satu Nak Atok Atau Serabut Lagi Sertailah Pkr

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 219 hits
Mahathir dah kata dia tak perlu patuh dan taat kepada Anwar selaku Ketua Pembangkang atau Pengerusi PH Ini peluang baik Anwar pun offer kat Mahathir Kalau mahu join PH mesti terima prinsip dan reform yg akan dibawa oleh PH dan jangan ulang ...
Nak Tanya Parti Agama Pas

Nak Tanya Parti Agama Pas

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 239 hits
Mohd Asri Abu BakarSalam Dah nak masuk tahun baru 2021 dah kita ni Dah hampir 11 bulan PN memerintah Ingatkan bertambah baik rupa rupanya bertambah parah Pertanyaan ikhlas utk PAS hudud mana hudud Dah selesai ker pembentangan RUU355 Kes Adi...
Puad Zarkashi Ingatkan Annuar Musa Yang Rancang Nak Bubar Umno Adalah Bersatu Bukan Pkr Atau Dap

Puad Zarkashi Ingatkan Annuar Musa Yang Rancang Nak Bubar Umno Adalah Bersatu Bukan Pkr Atau Dap

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 278 hits
Akan ada yang komen kenapa perbezaan pendapat dibahas di luar Pada mereka musuh akan untung jika berlaku perbahasan terbuka UMNO adalah parti besar Ia kembali bangkit UMNO wajar lebih terbuka Jangan sapu sampah bawah carpet Jangan apologati...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn