Pas Ke Putrajaya Bersama Umno Kerana Allah Subky Latif
PAS dan Umno bekerjasama selepas tewas teruk PRU14 kepada Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, PAN, PPBM dan Warisan. – Foto ihsan MalaysiaGazette
oleh Subky Latif
PAS dan Umno memeterai taawun – kerjasama – membentuk jawatankuasa teknikal bagi semua pilihan raya kecil (PRK) selepas ini dan moga-moga seterusnya PRU15.
Demi penyatuan ummah. Itulah kunci keramat persetujuan itu.
Ia suatu yang tidak terfikir sejak PAS diterajang dari Barisan Nasional pimpinan Hussein Onn yang di belakangnya Dr Mahathir Mohamad menjelang tahun 80 dulu.
Menjelang PRU14 Pakatan Harapan menyediakan ruang untuk PAS supaya bersamanya dan Dr Mahathir mengajak PAS supaya bersama PH.
Sepuluh bulan selepas PRU14 PAS bersama Umno capai taawun.
Apa yang Umno dan PAS buat itu?
Saya harap Umno setuju dengan saya tidak lain demi memenuhi saranan Allah antara orang yang Allah kasih ialah dua pemuda yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
Pada kempen PRK Semenyih dalam hi-tea bersama Assabiqun dan veteran Umno dengan warga emas Semenyih, demi sedih dan pilu tidak terhingga kerajaan, negara, bangsa Malaysia dan politik pasca PRU14 saya datang untuk bersama yang saya tidak pernah suka sebelum ini.
Adapun segala dukacita yang melanda bangsa Malaysia itu tidak akan menyelesaikan masalah dan beban yang dideritai semua melainkan bertindak sesuai dengan hasrat majoriti rakyat pra PRU14 sekalian umat dalam politik dan luar politik, bersama mengembalikan kedaulatan yang mulai terhakis.
Jika Umno tidak mahu kepada muafakat itu, saya mahu PAS mahu dan pergi kepada Umno, ibarat gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad pergi kepada gunung.
Tiada rugi dan malunya PAS bertemu Umno justeru ia seperti ajaran bertemu dengan pemuda kerana Allah. Saya kira kita tidak bertepuk sebelah tangan. Moga-moga tidaklah lain niat Umno melainkan seperti niat PAS.
Subky Latif
Jika tidak bertemu selama ini justeru apa? Saya hanya boleh becakap sebagai orang PAS, tidak menjawab bagi pihak Umno, demi Allah jua. Jika berdosa saya tidak bersama Umno dulu, saya mohon Allah ampunkan saya!
Jika ada Melayu tidak bersama taawun PAS dan Umno sedang masing-masing ummah juga, biarkan mereka meneruskan apa yang umat Melayu/Islam mengiranya rugi dulu. Kita tidak menghalang Luncai meninggalkan labunya.
Apa yang kedua-duanya capai itu, bukan kehendak Umno saja, tapi ia juga kehendak PAS. Kemenangan di Cameron Highlands dan Semenyih itu bukan kemenangan Umno saja, tapi kemenangan semua termasuk PAS selepas Islam seolah-olah di hujung tanduk selepas PH berkuasa.
Berkata PM Mahathir, PAS rugi dengan taawun itu, yang untung Umno. Tanpa taawun, yang tetap untung PH terutana DAP dan bukan Melayu dalam PKR. PAS tidak untung, Umno pun tidak untung. PAS macam lama dan Umno pun macam PAS lama juga.
Tapi dengan taawun, Umno tidak untung seperti dulu lagi. Ia tidak untung semua tetapi tidak rugi semua. Tanpa taawun PAS rugi semua. Dengan taawun PAS sekalipun tidak dapat semua, tapi tidak hilang semua.
Dari hilang semua kepada PH, baiklah Umno bagi setengah kepada PAS. Dari PAS tidak dapat apa, baiklah PAS dapat setengah dan Umno dapat setengah.
Dengan taawun, Umno tidak dapat semua dan PAS pun tidak dapat semua. Dan yang mungkin tidak dapat semua ialah Melayu dalam PH.
Tanpa taawun Umno tidak mungkin kembali ke Putrajaya. Dengan taawun, PAS yang tidak pernah sampai ke Putrajaya, akan sampai bersama Umno. Kerana Allah PAS untung, Umno tidak lagi rugi.
SUBKY LATIF ialah bekas wartawan kanan dan veteran PAS. Artikel pertama kali diterbitkan Harakahdaily hari ini dengan tajuk ‘Kerana Allah PAS kawan Umno’.
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post PAS ke Putrajaya bersama Umno kerana Allah – Subky Latif appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/191315/pas-bertemu-umno-kerana-allah-tidak-rugi-malu-subky-latif/