Kerana Allah Pas Kawan Umno


PAS dan Umno memeterai taawun – kerjasama – membentuk jawatankuasa teknikal bagi semua pilihan raya kecil (PRK) selepas ini dan moga-moga seterusnya PRU15.
Demi penyatuan ummah. Itulah kunci keramat persetujuan itu.
Ia suatu yang tidak terfikir sejak PAS diterajang dari Barisan Nasional pimpinan Hussein Onn yang di belakangnya Dr Mahathir Mohamad menjelang tahun 80 dulu.
Menjelang PRU14 Pakatan Harapan menyediakan ruang untuk PAS supaya bersamanya dan Dr Mahathir mengajak PAS supaya bersama PH.
Sepuluh bulan selepas PRU14 PAS bersama Umno capai taawun.
Apa yang Umno dan PAS buat itu?
Saya harap Umno setuju dengan saya tidak lain demi memenuhi saranan Allah antara orang yang Allah kasih ialah dua pemuda yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
Pada kempen PRK Semenyih dalam hi-tea bersama Assabiqun dan veteran Umno dengan warga emas Semenyih, demi sedih dan pilu tidak terhingga kerajaan, negara, bangsa Malaysia dan politik pasca PRU14 saya datang untuk bersama yang saya tidak pernah suka sebelum ini.
Adapun segala dukacita yang melanda bangsa Malaysia itu tidak akan menyelesaikan masalah dan beban yang dideritai semua melainkan bertindak sesuai dengan hasrat majoriti rakyat pra PRU14 sekalian umat dalam politik dan luar politik, bersama mengembalikan kedaulatan yang mulai terhakis.
Jika Umno tidak mahu kepada muafakat itu, saya mahu PAS mahu dan pergi kepada Umno, ibarat gunung tidak datang kepada Muhammad, maka Muhammad pergi kepada gunung.
Tiada rugi dan malunya PAS bertemu Umno justeru ia seperti ajaran bertemu dengan pemuda kerana Allah. Saya kira kita tidak bertepuk sebelah tangan. Moga-moga tidaklah lain niat Umno melainkan seperti niat PAS.
Jika tidak bertemu selama ini justeru apa? Saya hanya boleh becakap sebagai orang PAS, tidak menjawab bagi pihak Umno, demi Allah jua. Jika berdosa saya tidak bersama Umno dulu, saya mohon Allah ampunkan saya!
Jika ada Melayu tidak bersama taawun PAS dan Umno sedang masing-masing ummah juga, biarkan mereka meneruskan apa yang umat Melayu/Islam mengiranya rugi dulu. Kita tidak menghalang Luncai meninggalkan labunya.
Apa yang kedua-duanya capai itu, bukan kehendak Umno saja, tapi ia juga kehendak PAS. Kemenangan di Cameron Highlands dan Semenyih itu bukan kemenangan Umno saja, tapi kemenangan semua termasuk PAS selepas Islam seolah-olah di hujung tanduk selepas PH berkuasa.
Berkata PM Mahathir, PAS rugi dengan taawun itu, yang untung Umno. Tanpa taawun, yang tetap untung PH terutana DAP dan bukan Melayu dalam PKR. PAS tidak untung, Umno pun tidak untung. PAS macam lama dan Umno pun macam PAS lama juga.
Tapi dengan taawun, Umno tidak untung seperti dulu lagi. Ia tidak untung semua tetapi tidak rugi semua. Tanpa taawun PAS rugi semua. Dengan taawun PAS sekalipun tidak dapat semua, tapi tidak hilang semua.
Dari hilang semua kepada PH, baiklah Umno bagi setengah kepada PAS. Dari PAS tidak dapat apa, baiklah PAS dapat setengah dan Umno dapat setengah.
Dengan taawun, Umno tidak dapat semua dan PAS pun tidak dapat semua. Dan yang mungkin tidak dapat semua ialah Melayu dalam PH.
Tanpa taawun Umno tidak mungkin kembali ke Putrajaya. Dengan taawun, PAS yang tidak pernah sampai ke Putrajaya, akan sampai bersama Umno. Kerana Allah PAS untung, Umno tidak lagi rugi.
Subky Latif
Mkini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/29/kerana-allah-pas-kawan-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Ke Putrajaya Bersama Umno Kerana Allah Subky Latif

Pas Ke Putrajaya Bersama Umno Kerana Allah Subky Latif

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 240 hits
PAS dan Umno bekerjasama selepas tewas teruk PRU14 kepada Pakatan Harapan yang dianggotai PKR PAN PPBM dan Warisan Foto ihsan MalaysiaGazette oleh Subky Latif PAS dan Umno memeterai taawun kerjasama membentuk jawatankuasa teknikal bagi semu...
Pas Hints At Expected Dowry For Marriage With Umno

Pas Hints At Expected Dowry For Marriage With Umno

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 384 hits
PAS president Datuk Seri Hadi Awang recalled yesterday the conditions for his party s 70s partnership with Barisan Nasional that included the rejection of Western culture According to PAS mouthpiece Harakah Hadi further said the previous pa...
Kebimbangan Terhadap Fahaman Dibawa Umno Pas

Kebimbangan Terhadap Fahaman Dibawa Umno Pas

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 268 hits
Pada 9 Mac lalu pemimpin Parti Sosialis Malaysia Michael Jayakumar dilaporkan berkata masyarakat Melayu dan Islam perlu merasa bimbang dengan pakatan Umno PAS mengatakan sudah masanya mereka mempersoalkan jenis fahaman yang dibawa oleh kerj...
Umno Pas Bentang Gerak Kerja Bulan Hadapan

Umno Pas Bentang Gerak Kerja Bulan Hadapan

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 318 hits
Oleh Tuty Haryanti Ahmad RodziABDUL HADI beramah mesra bersama Mohamad Hasan pada majlis Makan Malam bersama Presiden PAS di Kompleks PAS Negeri Sembilan Seremban Foto Iqmal Haqim Rosman SEREMBAN UMNO dan PAS dijangka membentangkan satu ger...
Hadi Pas Umno Umpama Adik Beradik Tak Akan Berkahwin

Hadi Pas Umno Umpama Adik Beradik Tak Akan Berkahwin

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR PAS dan UMNO tidak akan berkahwin kerana kerjasama kedua dua parti itu umpama ikatan adik beradik yang diharamkan melangsungkan perkahwinan Presidennya Datuk Seri Hadi Awang berkata penggabungan PAS dan UMNO adalah haram umpama...
New Zealand Ajar Dunia Pas Umno Bagaimana Cara Menghormati Manusia

New Zealand Ajar Dunia Pas Umno Bagaimana Cara Menghormati Manusia

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 362 hits
AZAN Jumaat akan berkumandang di setiap saluran radio dan TV di New Zealand esok Esok wanita di seluruh New Zealand akan memakai tudung tanda simpati terhadap umat Islam New Zealand berikutan pembunuhan kejam oleh pengganas Australia yang m...
Tidak Tahulah Kafir Atau Tidak Pm Sindir Kerjasama Umno Pas

Tidak Tahulah Kafir Atau Tidak Pm Sindir Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 256 hits
Diterbitkan pada 20 March 2019Oleh Abdul Rahim SabriTun Dr Mahathir Mohamad membalas pantun yang dituju kepadanya dengan sindiran merujuk kepada kerjasama Umno dan PAS Foto oleh Farhan NajibKUALA LUMPUR 20 Mac Tun Dr Mahathir Mohamad memula...
Umno Dan Pas Air Dicincang Takkan Putus

Umno Dan Pas Air Dicincang Takkan Putus

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 187 hits
News Diterbitkan Hari ini 9 55 pagiSelepas Umno mengumumkan parti berkenaan bersanding dengan PAS dua minggu lalu kini naratif baru pula dipersembahkan oleh parti yang mentadbir Kelantan dan Terengganu itu Di sebalik pelbagai kenyataan dan ...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega