Pas Dijangka Terajui Pulau Pinang Pru17 Penganalisis


harakahdaily.com
February 1, 2025
KUALA LUMPUR: Peningkatan populasi Melayu di Pulau Pinang dijangka memberi kelebihan kepada PAS untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) di negeri itu pada masa depan, kata penganalisis politik

Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun, berkata bahawa walaupun Gerakan kini menjadi pilihan logik untuk memimpin PN Pulau Pinang kerana kawasan majoriti Cina, pengaruh PAS dijangka meningkat dalam dua pilihan raya akan datang menjadikannya lebih layak menerajui PN di negeri itu.

“Jika PAS menerajui PN sekarang, mereka akan kehilangan undi Cina sepenuhnya. Namun, dengan pertumbuhan populasi Melayu di Pulau Pinang, ia menjadi langkah yang masuk akal kerana mereka masih boleh memenangi negeri ini,” katanya kepada sebuah media tempatan.

Pada 2020, Melayu menjadi kumpulan etnik terbesar di Pulau Pinang dengan 44.4 peratus daripada populasi, diikuti oleh Cina (39.1 peratus), India (9.45 peratus), dan lain-lain (7.1 peratus).

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Penang Institute, Dato’ Dr Ooi Kee Beng berpendapat bahawa pengundi Pulau Pinang lebih menilai dasar dan kesepaduan sosial berbanding perubahan demografi, memandangkan identiti pelbagai budaya serta kedudukan negeri itu di peringkat antarabangsa.

Oh mengakui PAS membuat kemajuan ketara dalam pilihan raya negeri 2023 yang dikuasai DAP, memenangi tujuh kerusi iaitu pencapaian tertinggi parti itu di negeri tersebut dan Bersatu, dengan empat kerusi, hanya menumpang pengaruh PAS.

“Saya rasa pengundi PN di Pulau Pinang kebanyakannya mengundi PAS. Mereka tidak mengundi Bersatu, apatah lagi Gerakan,” katanya, menambah bahawa ini mengukuhkan hujah PAS untuk mengetuai PN Pulau Pinang.

Beliau juga menolak kemungkinan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) memimpin PN di Pulau Pinang.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan denga memetik sumber bahawa PN merancang menumpukan kepada pengundi Melayu dan India untuk memperoleh majoriti tipis dalam pilihan raya negeri akan datang, sambil mengakui kesukaran menarik sokongan pengundi Cina.

Bagaimanapun setakat ini, Gerakan tidak berjaya membantu PN memenangi sebarang kerusi Parlimen atau DUN di Pulau Pinang, meskipun pernah memerintah negeri itu selama 39 tahun dari 1969 hingga 2008.

Namun, parti itu tetap menyatakan keyakinan mereka mampu menawan semula Pulau Pinang berdasarkan pengalamannya mentadbir negeri tersebut.

Oh dan Ooi berpandangan bahawa zaman kegemilangan Gerakan di Pulau Pinang sudah berakhir dan sukar dikembalikan melainkan parti itu meninggalkan PN.

Oh berkata, Pulau Pinang pernah menikmati ledakan teknologi pada 1970-an di bawah kepimpinan Gerakan, yang mencipta banyak peluang pekerjaan dan melonjakkan ekonomi negeri itu.

Namun menurutnya, sokongan terhadap parti itu merosot selepas 2008 akibat kekecewaan terhadap Barisan Nasional dan kini dengan hubungan politiknya bersama PAS, Gerakan tidak lagi mempunyai peluang untuk meraih sokongan bukan-Melayu.

Ooi berpendapat bahawa Gerakan hanya boleh kembali relevan jika ia keluar daripada PN dan berperanan sebagai parti pembangkang tempatan.

“(Gerakan perlu) dipimpin oleh pemimpin yang memahami kebimbangan pengundi Pulau Pinang terhadap pentadbiran PH selama 16 tahun lalu serta menawarkan penyelesaian yang berwawasan,” katanya. 
– HARAKAHDAILY 1/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/pas-dijangka-terajui-pulau-pinang-pru17.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 210 hits
Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau PinangAdrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau PinangPort makan malam sempoi di Sungai Dua Pulau Pinang ni korang boleh try di Restoran Adrianna Ikan Bakar Citarasa Sebenar Kuala Perlis Korang boleh pilih se...
Pulau Pinang Paling Selamat

Pulau Pinang Paling Selamat

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 99 hits
Zuwairi Md YusofBerkat kepimpinan Chow Kon Yeow bukan Char Kuey Tiau dan barisan EXCO2 PHBN Penang berjaya mendahului senarai negeri paling selamat di Malaysia Ini di buktikan lagi dengan kejayaan PDRM menangkap sebuah bot yang cuba menyelu...
Lima Lokasi Nasi Kandar Korang Boleh Cuba Di Pulau Pinang

Lima Lokasi Nasi Kandar Korang Boleh Cuba Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 185 hits
Lima Lokasi Nasi Kandar Korang Boleh Cuba Di Pulau Pinang Pulau Pinang dan nasi kandar memang dah sinonim dulu kini dan selamanya Rata rata yang datang ke Pulau Pinang memang tak puas kalau tidak singgah pekena nasi kandar Kalau dulu akak m...
Rakyat Mual Dengan Pemimpin Pas Cakap Tak Ikut Fakta Kata Penganalisis

Rakyat Mual Dengan Pemimpin Pas Cakap Tak Ikut Fakta Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 122 hits
Insiden membabitkan Razman Zakaria seolah menunjukkan mereka tidak ambil iktibar saman libat Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad kata penganalisis PETALING JAYA Seorang penganalisis berkata keceluparan segelintir pemimpin PAS m...
Lrt Laluan Mutiara Bukti Kerajaan Perpaduan Balas Budi Rakyat Pulau Pinang

Lrt Laluan Mutiara Bukti Kerajaan Perpaduan Balas Budi Rakyat Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 119 hits
HarapandailyJanuary 19 2025Projek Transit Aliran Ringan Laluan Mutiara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang membuktikan bahawa kerajaan perpaduan ingin membalas budi rakyat Pulau Pinang kata Ahli Par...
Nak Sindir Pm Pasal Tersasar Dan Bersasar Mp Pas Ini Pula Kena Sekolah

Nak Sindir Pm Pasal Tersasar Dan Bersasar Mp Pas Ini Pula Kena Sekolah

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 123 hits
roh roh roh neh neh neh memang bodoh langsung tak berjenehHarapandailyJanuary 26 2025Seorang wakil rakyat Pas ibarat kena sekolah dengan orang ramai selepas anggap Perdana Menteri serba tersasar dari isu harga minyak hingga Titah Adendum Ah...
Pas Spiritual Leader Hails Jihad Donation For Siti Mastura

Pas Spiritual Leader Hails Jihad Donation For Siti Mastura

papar berkaitan - pada 26/1/2025 - jumlah : 128 hits
PAS spiritual leader Datuk Hashim Jasin stated that the settlement of damages within the stipulated period ensured that Kepala Batas MP Siti Mastura Muhammad was not declared bankrupt thereby allowing her to retain her parliamentary seat He...
10 Years On Can Amanah Pull The Weight Against The Rising Popularity Of Pas

10 Years On Can Amanah Pull The Weight Against The Rising Popularity Of Pas

papar berkaitan - pada 27/1/2025 - jumlah : 140 hits
AMANAH faces significant challenges as it heads into the GE16 Despite being nearly a decade old and part of the Federal Government twice the party struggles to gain support particularly from the Malay Muslim voter segment where its populari...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Arab Ta If Al Aqsa

Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa