Sabah Sarawak Kekal Bersama Malaysia Muhyiddin Yassin


 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa komited untuk memastikan hak-hak bagi Sabah dan Sarawak sepertimana yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah terpelihara, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya mesyuarat jemaah menteri pada 9 September lalu telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Khas mengenai MA63 yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri dan turut akan dianggotai oleh Ketua Menteri Sabah serta Sarawak, manakala menteri-menteri Persekutuan dan ahli-ahli lain akan dilantik mengikut kesesuaian, kelayakan dan bidang kepakaran masing-masing.
“Majlis Khas ini akan membincangkan isu-isu yang berkait dengan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, antaranya kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu, hak negeri di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan, MA63 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), keselamatan negeri dan pendidikan.
“Majlis Khas ini akan dibantu oleh jawatankuasa sedia ada yang telah ditubuhkan di peringkat kementerian dan agensi persekutuan berdasarkan isu-isu yang berkaitan,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia 2020, di Stadium Tertutup Sibu, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berharap agar penubuhan Majlis Khas ini akan dapat merungkaikan beberapa isu yang masih tertangguh berhubung hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak selaras dengan semangat MA63 dan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memberikan keutamaan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak dengan usaha terbaharu merupakan pelan infrastrukur digital iaitu Jalinan Digital Negara (Jendela) yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12.
“Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional untuk memastikan tiada warganegara yang ketinggalan dalam mengecapi nikmat pembangunan...termasuk penduduk di Sabah dan Sarawak yang kita ketahui sebahagian besarnya agak ketinggalan dari segi memperoleh akses kepada capaian internet berkelajuan tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan soal kedaulatan wilayah juga akan terus dipertahankan tanpa sebarang kompromi.
“Saya ingin tegaskan bahawa Sabah dan Sarawak akan terus kekal berada dalam Malaysia. Kerajaan Persekutuan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kedaulatan negara kita.
“Kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara dan agensi-agensi penguatkuasaan memikul tanggungjawab bersama untuk terus mempertingkatkan kawalan sempadan negara bagi mengekang sebarang cubaan untuk menceroboh dan mengancam kedaulatan negara termasuk melaksanakan Op Benteng dan meningkatkan penguatkuasaan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom),” katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata ekonomi negara dijangka pulih pada tahun hadapan dengan unjuran pertumbuhan pada kadar 5.5 peratus sehingga lapan peratus yang dipacu oleh pertumbuhan ekonomi global dan domestik secara berterusan.
Katanya, keyakinan ini adalah berteraskan kepada inisiatif yang telah diambil selepas Bank Negara menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar negatif 3.4 hingga negatif 5.5 peratus berikutan impak Covid-19 yang turut melanda ekonomi di seluruh dunia.
“Saya yakin usaha pemulihan ekonomi akan dipertingkatkan melalui Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen pada November nanti, Insya-Allah,” katanya. — Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/09/sabah-sarawak-kekal-bersama-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peninsula Sabah And Sarawak Should Be Equal Partners In Malaysia Says Dr M

Peninsula Sabah And Sarawak Should Be Equal Partners In Malaysia Says Dr M

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 221 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad says there must be a converging point so relationships are not torn apart PETALING JAYA Former prime minister Dr Mahathir Mohamad says upholding and observing the Malaysia Agreement 1963 will enable...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Sah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 8

Tan Sri Muhyiddin Yassin Sah Sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke 8

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 611 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin Angkat Sumpah PM ke 8 Detik detik Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 8 langsung dari Istana Negara Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana M...
Pn Bn Pbs Di Sabah Kini Dikenali Sebagai Gabungan Rakyat Sabah Pm Muhyiddin Yassin

Pn Bn Pbs Di Sabah Kini Dikenali Sebagai Gabungan Rakyat Sabah Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 290 hits
TUARAN 12 Sept Perikatan Nasional Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah di Sabah kini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat kha...
Francisca Luhong Jelitawan Sarawak Dinobat Miss Universe Malaysia 2020

Francisca Luhong Jelitawan Sarawak Dinobat Miss Universe Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 617 hits
MENEPATI ramalan Francisca Luhong James dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 pada Sabtu Menerusi acara yang berlangsung di Damansara Petaling Jaya itu Francisca tampil dengan persembahan memberangsangkan untuk meraih gelaran ter...
Pm Muhyiddin Yassin Tenang Umumkan Bantuan Rm1 000 Bagi Isi Rumah B40

Pm Muhyiddin Yassin Tenang Umumkan Bantuan Rm1 000 Bagi Isi Rumah B40

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 290 hits
Tadi Anuar Ibrahim kata apa dekat Sidang Media tadi Ok kita lupakan hal tu dulu sebab Abah atau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi telah mengumumkan bantuan tambahan khas buat rakyat Malaysia Bantuan itu adalah Ia adalah...
Umur Calon Pengundi Prn Sabah Sama Dengan Prn Sarawak Dan Pru 15

Umur Calon Pengundi Prn Sabah Sama Dengan Prn Sarawak Dan Pru 15

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 523 hits
Jika merujuk kepada web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia 20 871 orang adalah pengundi awal yang akan mengundi pada 22 September ini 1 103 646 orang pula akan mengundi pada 26 September ini Yang menariknya tentang PRN Sabah ialah 447 calon a...
Muhyiddin Moots Sabah Bersatu Chief As Cm If Partners Agree

Muhyiddin Moots Sabah Bersatu Chief As Cm If Partners Agree

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 189 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has mooted Sabah Bersatu chief Hajiji Mohd Noor as a possible Sabah chief ministerial candidate if the state opposition coalition wins However Muhyiddin qualified his statement by saying that this would also ...
Ketika Perutusan Khas Perdana Menteri Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Abah Muhyiddin Yassin

Ketika Perutusan Khas Perdana Menteri Ada Sesuatu Yang Tidak Kena Dengan Abah Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 434 hits
Hari ini PM Muhyiddin Yassin telah membuat satu sidang media perutusan khas tentang keadaan ekonomi negara Malaysia sekarang Beliau telah umumkan beberapa pakej bantuan rakyat yang boleh meringankan beban sepanjang PKPP ini Perutusan khas k...
Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 Negeri Sabah Dan Sarawak Mulai 21 25 September 2020

Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 Negeri Sabah Dan Sarawak Mulai 21 25 September 2020

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 508 hits
Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 Negeri Sabah Dan Sarawak Mulai 21 25 September 2020 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan menjalankan berapa temuduga Antara jawatan tersebut adalah Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 Jawatan P...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Buat Apa Jika Terseliuh

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Panduan Pemasaran Cara Kampung Yang Mudah Untuk Dibuat Pada Perniagaan Anda

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Secret To Effortless Living Collaboration With Ashdown Studio

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Alhamdulillah Hujan Turun Lebat