Parlimen Sampah Xavier Biadab Hina Titah Agong


Kenyataan pemimpin PKR dirancang, rakyat digesa buat laporan polis
by Athirah Huda Zalhe


BANGI, 26 Ramadan 1441H, Selasa – Kenyataan pemimpin PKR, Dr Xavier Jayakumar yang menyifatkan sidang Parlimen semalam sebagai ‘sampah dan tidak berguna’ adalah biadab serta melanggar adab seorang Ahli Parlimen.

Menempelak kenyataan Ahli Parlimen Kuala Langat itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan kenyataan Xavier jelas sebagai penghinaan terhadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Apakah beliau menyifatkan titah ucapan tuanku sebagai sampah dan tidak berguna kerana itu sahaja agenda pada sidang Parlimen pada hari tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Merujuk video yang dimuat naik Xavier di Facebooknya semalam, beliau mendakwa kerajaan sekarang takut berdepan dengan pembangkang kerana usul undi tidak percaya yang ingin dibawa Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Video ucapan dalam bahasa Inggeris berdurasi lebih satu minit itu turut mempertikaikan pelantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kononnya tidak dipilih rakyat dan kerajaan perampas.

“Kami adalah suara untuk semak dan imbang kerajaan. Tetapi kerajaan hari ini, Parlimen hari ini adalah sampah, sidang Parlimen ini adalah tidak berguna.

“Kita hanya akan berada di sana untuk satu jam cuma untuk dengar titah Yang Di-Pertuan Agong dan kemudian kami diarahkan untuk pulang ke rumah. Semua ini kerana alasan COVID-19,” katanya dalam rakaman berkenaan yang masih mengenakan pakaian rasmi untuk Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, semalam.

Sehubungan itu, Haji Aminuddin menyarankan semua rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan dan institusi diraja supaya membuat laporan polis terhadap Xavier.

Beliau turut menggesa rakyat terus memerhati dan melaporkan mana-mana individu yang turut mengeluarkan kenyataan seumpamanya kepada pihak berkuasa.

“Kata-kata beliau ini bagi saya, boleh dikira sebagai menghasut. Walau bagaimanapun, kita biar mahkamah putuskan jika laporan polis ini membuahkan hasil.

“Semestinya ini bukanlah kenyataan tidak sengaja tetapi saya yakin telah dirancang teliti untuk timbulkan rasa kebencian semata-mata kerana dahagakan perhatian dan pengaruh politik mereka yang semakin melemah.

“Tindakan yang segera perlu diambil untuk menghentikan atau menghalang mana-mana individu atau kumpulan lain mengeluarkan kata-kata nista yang sama sebegini,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/05/parlimen-sampah-xavier-biadab-hina.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Xavier Jayakumar Hina Agong

Dr Xavier Jayakumar Hina Agong

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 335 hits
PAS mendesak jawatankuasa Parlimen mengambil tindakan tatatertib terhadap kenyataan Dato Dr Xavier Jayakumar yang menyifatkan sidang Dewan Rakyat pada Isnin kelmarin sebagai sampah Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad berkata bekas Menteri P...
Sidang Parlimen Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Pm Ke 8 Titah Agong

Sidang Parlimen Muhyiddin Layak Dilantik Sebagai Pm Ke 8 Titah Agong

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 815 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada pengamal media selepas selesai Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke 14 yang disempurnakan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa...
Parlimen Agong Mahu Rakyat Kekal Perpaduan Bangun Negara

Parlimen Agong Mahu Rakyat Kekal Perpaduan Bangun Negara

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 497 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menyuarakan kebimbangan kerana negara masih berdepan masalah polarisasi kaum dan mahu rakyat mengekalkan perpaduan dalam ucapan sempena pembukaan persidangan pertama Parlimen ...
Agong Ingatkan Ahli Parlimen Jangan Bawa Isu Politik Di Saat Negara Menentang Covid19

Agong Ingatkan Ahli Parlimen Jangan Bawa Isu Politik Di Saat Negara Menentang Covid19

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 407 hits
Selepas sekian lama tidak bersidang hari ini merupakan hari Istiadat Pembukaan Parlimen untuk kerajaan baru di bawah parti Perikatan Nasional dan ia merupakan mesyuarat kali pertama penggal ketiga Parlimen ke 14 Seperti biasa istiadat ini a...
Parlimen Menjadi Sampah Kerana Ph Shabudin Yahaya

Parlimen Menjadi Sampah Kerana Ph Shabudin Yahaya

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 330 hits
PH perlu sedar bahawa institusi Parlimen diperlihat seperti sampah kerana pembangkang itu Tegas Ahli Parlimen Bersatu Datuk Shabudin Yahaya sikap mereka yang tidak menghormati institusi Perlembagaan itu merupakan satu penghinaan sekaligus t...
Parlimen Sampah Pembela Buat Laporan Polis

Parlimen Sampah Pembela Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 521 hits
Jangan jadi pembangkang melampauI batas derhaka kepada tuankuBANGI 26 Ramadan 1441H Selasa Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ke atas bekas Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Datuk Dr...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Keperluan Pakaian Musim Sejuk

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd